SEBAB IBLIS POLITIK MENIUP SENTIMEN BANGSA....

 

Ketika 𝗟𝗲𝗲 𝗖𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗪𝗲𝗶 bermatian atas gelanggang untuk memenangi perlawanan demi negara, tak ada sesiapa yang persoalkan kesetiaannya.


Berita juga 𝗣𝗲𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗧𝗮𝗻 dan 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗵, 𝗡𝗶𝗰𝗵𝗼𝗹 𝗗𝗮𝘃𝗶𝗱, 𝗟𝗲𝗲 𝗭𝗶𝗶 𝗝𝗶𝗮 dan lain-lain atlet negara. Saat mereka berhempas pulas, merekalah 𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Langsung tak ada rasa 𝗽𝗿𝗲𝗷𝘂𝗱𝗶𝘀 terhadap kesetiaan mereka. Dan kalau mereka menang, seluruh negara meraikannya. Tak terlintas langsung soal 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘀𝗮𝗹.


Tapi bila masuk bab politik, automatik rasa prejudis tu timbul. Kenapa? Dalam sukan, kita yakin orang bukan Melayu ni 𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 berjuang untuk negara. Tapi masuk je  𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, laju pertikaikan kesetiaan mereka.


Kenapa?


Itu kerana adanya 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀-𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang kerap tiupkan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗿𝗮-𝗺𝗮𝗻𝘁𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 supaya kita tidak saling akrab dan terus meragui serta bermusuhan.


Sebab selagi rakyat tidak menolak 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻, selagi itulah parti politik gersang, yang tidak pandai mentadbir, hanya mahukan kuasa dengan niat 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 akan terus bernafas. 


Kalau tanpa kebencian kaum, sudah pasti parti-parti ini akan 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗱𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻, 𝗸𝗼𝗺𝗮 dan akhirnya 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻. Berhati-hatilah dengan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.