STRATEGI BAHARU SEDANG DIRANGKA ATASI KOS SARA HIDUP – RAFIZI
Sepertimana yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada minggu lepas, kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Bagi keseluruhan tahun 2022, inflasi Malaysia adalah 3.3% seperti yang diunjurkan oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.
Perbandingan bulan ke bulan pula menunjukkan inflasi bagi bulan Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2%, ianya lebih rendah berbanding 0.3% pada November 2022.
Semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen Restoran & Hotel dan Perumahan, serta Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain.
Peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah, terutamanya di Restoran & Hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi.
Usaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak, dari kerajaan, peniaga sehinggalah kepada rakyat.
Sepertimana yang disebutkan sebelum ini, kerajaan ingin mengingatkan bahawa pengguna boleh memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan di antara permintaan dan bekalan demi mengawal inflasi.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan OpenDOSM NextGen pada 12 Januari 2023, iaitu platform data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang diterbitkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.
Platform ini turut mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan oleh KPDN.
Data PriceCatcher yang diterbitkan merupakan data terkini dengan selang waktu satu hari. Kerajaan mengharapkan penerbitan data ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat, dan seterusnya menjadikan permintaan lebih anjal di samping mengawal kenaikan harga.
Pelbagai usaha lain juga telah dilaksanakan untuk mengawal harga di semua restoran dan gerai makanan di seluruh negara, namun terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan pemantauan disebabkan kapasiti pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terhad.
Beberapa agensi Kerajaan termasuk Kementerian Ekonomi, KPDN, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu sebagai quick win solution kepada isu kos sara hidup dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Langkah untuk jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga.
Rafizi Ramli
Menteri Ekonomi.
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta

Posted on 23/01/2023by Joe
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta. Seorang anggota imigresen Gred 19 dikesan ‘memiliki’ empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta dipercayai hasil kegiatan haram salah guna cap di pintu utama negara.
Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berikutan penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor dan Johor sejak Selasa lalu.
Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat ejen termasuk dua warga China. Mereka adalah ejen pekerja asing warga China yang beroperasi di negara ini.
Keempat-empat kenderaan itu bagaimanapun disimpan oleh seorang ejen tempatan.
“Agak mengejutkan seorang anggota imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu ‘memiliki’ kesemua kenderaan mewah tersebut.
“Siasatan mendapati kenderaan-kenderaan mewah yang digunakan anggota berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu membuat setting counter di pintu utama negara,” katanya.
Menurut sumber itu, pihak berkuasa telah mengenal pasti identiti empat ejen berkenaan dan operasi mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Sementara itu, SPRM menahan seorang pegawai imigresen dan tiga ejen pekerja asing bagi membantu siasatan kes rasuah salah guna pengesahan cap di pintu utama negara menerusi Ops Selat.
Mereka yang berusia 28 hingga 52 tahun itu diberkas petang kelmarin.
“Siasatan mendapati sindiket ini turut melibatkan rangkaian jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” kata sumber itu.
Setakat semalam, SPRM telah memberkas seramai 50 individu terdiri daripada 28 anggota dan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam dipercayai orang tengah.
Turut dirampas wang berjumlah RM800,000, 26 buah kenderaan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi. SPRM turut menyita rumah, tanah dan barangan kemas.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
I can't believe this has been going on under the very nose of the Immigration DG of Malaysia..he ought to be suspended n asked to show cause
ANTI KLIMAKS BILA SPRM LAMBAT BERTINDAK
Norman Radzuan
Tiga faktor utama penyebab kerajaan ini dlm bahaya
PMX TELAH BERKALI KALI BERITAHU ADA KETIRISAN
Selepas seminggu DS Anwar menjadi PMX, berulang kali beliau menceritakan mengenai berlaku ketirisan dlm perbelanjaan negara . Tapi sehingga kini tiada seorang pun lagi yg didakwa.
Akhirnya PMX berkata bukan tugas beliau utk menyiasat kes rasuah, itu tugas SPRM dan juga bukan tugasnya untuk mendakwa, itu tugas Peguam Negara.
Sedangkan PMX sudah memberi jaminan tidak campur tangan dlm soal ini. Adakah saranan PMX tidak dihormati? Ambil contoh fail mengenai tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan program Jana Wibawa setiap kes ini terdapat percubaan utk menyedut wang rakyat.
Kata Anwar, “Saya beritahu pegawai penguat kuasa supaya bertegas tidak kira….(siapa) dan kepada rakan rakan Kabinet juga, setiap minggu saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan membela mereka jika ada kesilapan atau bukti menyedut kekayaan negara.”
Cerita kali ini berbeza seperti 2018. Sebaik kerajaan PH menang antara isu yg menggemparkan negara apabila polis menyerbu kediaman mantan PM, Najib Razak. Di situ polis menjumpai barangan dan wang tunai menghampiri RM 1 billion. Keghairahan rakyat semakin bertambah ketika itu…rupa2 Najib itu penyamun.
Sehingga kini tiada kes yg menggemparkan seperti diharapkan rakyat iaitu siasatan dan pendakwaan akan berlaku. Ia benar2 anti klimaks dlm keghairahan rakyat MENAHAN DIRI kehebatan pimpinan PMX.
———————————————————————————-
Ada 3 faktor utama yg boleh dianggap membahayakan yg boleh menggugat kerajaan perpaduan ini utk kekal sepenggal.
a) Tiada dakwaan salah laku kuasa kpd pimpinan terdahulu oleh SPRM. Akhirnya rakyat akn berkata adakah PMX hanya sekadar melahirkan persepsi (fitnah politik) utk melemahkan pembangkang kerana tidak disertakan dgn tindakan. Malah sudah ada kita mendengar tuduhan PMX tidak walk the talk atau talk only no action.
Akhirnya kepercayaan rakyat ke atas dakwaan tersebut terhakis dan malah dianggap fitnah. Bahaya jika menjelang PRN 6 negeri yg hanya 5 bulan lagi jika masih tiada dakwaan dilakukan. Yg kena tempias PMX sdgkan beliau overperform.
b) Kita masih lagi gagal menguasai media sosial. Malah kita gagal mengambil tindakan sewajarnya kpd pemfitnah cybertrooper. Akhirnya kehebatan PMX tertutup dgn fitnah media sosial. Saya berharap menjelang 1 MAC ini kerajaan perpaduan sudah siap siaga pasukan perangnya melawan serangan tanpa henti PN di media sosial.
Saya beri contoh Gong Xi Fa Cai baru2 ini. Di Tik Tok saya lebih byk melihat (nisbah perbandingan 10-1) wajah Muhyiddin dan Hadi Awang menyambut perayaan tersebut anjuran parti Gerakan berbanding kehadiran PMX anjuran parti MCA. Jelas PN masih menguasai media sosial. Ingat di Malaysia jika mana2 parti berjaya menguasai persepsi bermakna parti itu akn menjadi kerajaan.
c) Kerajaan Perpaduan masih mengekalkan ribuan jawatan lantikan politik di dlm kerajaan. Sehingga kini dari maklum balas diterima ramai kakitangan kerajaan terutama lantikan politik silent sabotage kerajaan perpaduan.
Seperti saya katakan jika hanya Menteri baru sahaja cuba membawa agenda tetapi tidak melibatkan sebilangan besar kakitangan awam… cita2 reform itu sukar berlaku dan hanya tinggal kenangan.
Formula utk kerajaan perpaduan ini relevan menjelang PRU16 nanti…. atasi ketiga tiga pemasalahan yg diulaskan. Kita kena tegas dan pantas. Jgn jadi seperti tipikal Melayu meeting 10 kali masih tiada keputusan atau action dilakukan.
PKR AKAN MENANG BANYAK KERUSI DI SELANGOR
PKR akan menang banyak kerusi di Selangor
Penganalisis politik meramalkan Selangor akan terus ditadbir Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pandangan itu hadir selepas Pesuruhjaya Pas Selangor Ahmad Yunus Hairi pada 16 Januari lalu menyuarakan keyakinannya Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah merampas negeri itu.
Menurut Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, PH bukan sahaja akan mengekalkan pentadbiran di negeri itu, malah beliau menjangkakan KEADILAN yang menjadi tunjang kepada Kerajaan Negeri akan meraih lebih banyak kerusi berbanding pilihanraya lalu.
Pandangan itu bukan sahaja disandarkan kepada prestasi pentadbiran negeri tetapi jelasnya pengaruh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah diangkat sebagai Perdana Menteri akan menyumbang kekuatan.
“Penerimaan positif umum terhadap presiden parti, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan memastikan KEADILAN mampu menambat hati pengundi,” katanya dipetik.
Sementara itu, mengulas perkembangan politik yang menyaksikan kerjasama antara blok PH dan Barisan Nasional, Awang Azman dan Azmi Hassan dari Akademi Nusantara percaya gandingan kedua-dua pihak terbabit mampu menyekat PN di Selangor.
Awang Azman walau bagaimanapun berpendapat, perkara itu bergantung kepada sejauh mana kedua dua gabungan berkenaan mampu bekerjasama.
Bagi Azmi, walaupun beliau percaya kerusi PH boleh terus dipertahankan, namun PN masih berpeluang merampas kerusi milik BN di Selangor.
Hal itu jelasnya susulan parti itu kini berada dalam keadaan paling lemah dalam sejarahnya dengan pecah belah antara kelompok yang mendesak perubahan kepimpinan.
“Apa yang berlaku baru-baru ini dalam Perhimpunan Agung Umno, saya rasa Bersatu mampu memenangi beberapa kerusi di negeri itu, tetapi bukanlah sehingga menggulingkan Kerajaan Negeri kerana saya percaya PH dan BN akan bekerjasama dengan baik dari segi pembahagian kerusi,” katanya.
Beliau sementara itu meramalkan BN akan mengekalkan empat kerusi dimenangi dalam PRU14 iaitu Hulu Bernam, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Sungai Air Tawar.
Manakala kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor seperti Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali serta kerusi dalam parlimen Sungai Besar seperti Sungai Panjang dan Sekinchan yang menyaksikan kemaraan PN pada PRU lalu bakal menyaksikan pertandingan sengit.
AWAT LA HANG NI BODO SANGAT? TAK PASAI PASAI KENA MAKI- TAK PERNAH LALU HIGHWAY KA BRO? NAMA KEMAIN ISLAM RYAN....HANG BETOI LA BURUKAN NAMA ISLAM
ahmad shahril
Dapat la jugak free
mamat ni akhirnya...free-free jea kena maki sebab pamerkan kebodohan diri...nak sangat
glamer kan...hambik.
NI LEBAI- HANG PEE JADI SAKSI LA NANTI
Logik Hadi dan pemimpin PAS, kalau orang awam yang nak beri
duit, apa masalah. Tak kena mengena pun dengan PAS. Ikut akta pilihanraya, cuma
calon, wakil calon atau parti tak dibenarkan beri duit. Betul juga kan?
Tapi apa kata orang awam yang beri sedekah tu disiasat. Tanya
dia mana dapat duit banyak-banyak boleh sedekah dekat ramai orang? Periksa
akaun dia ada tak duit yang datangnya dari sumber yang meragukan.
Cukai pendapatan pun dijelaskan atau tidak. Paling penting,
siasat kalau dia ada hubungan dengan apa apa parti tak. Janganlah setakat sebut
orang awam je boleh lepas terus. Kenalah leraikan satu persatu. Guane boh?
.
SPRM | Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.
Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.
PRN: TERENGGANU MAMPU LAKUKAN PERUBAHAN
PRN: Terengganu mampu lakukan perubahan
Terengganu bukanlah negeri kubu kebal Pas atau PN kerana dalam sejarah politik negeri itu kerana Pas hanya pernah memerintah sebanyak 3 kali dalam 60 tahun. Selebihnya politik negeri itu dikuasai BN
Hal itu, kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Rafizi Ramli, tidak ada masalah untuk Pakatan Harapan (PH) atau KEADILAN mahu melakukan kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Kalau nak lihat masa depan KEADILAN di Terengganu, hipotesis asal Terengganu itu lama sangat (di bawah Pas) dan tak boleh berubah.
“Kita lihat akar umbi Umno (misalnya) lebih lama seperti Johor dan Melaka, akar itu boleh tercabut, tak ada masalah.
“Jadi negeri akar umbi (Pas) tertutup tak betul. Tambah pula Terengganu yang ada gelombang di Kemaman, pernah menang di DUN Bandar atau Kuala Terengganu dan lain lain,” katanya katanya dalam Konvesyen Pilihanraya Negeri Terengganu 2023.
Menurut Rafizi, ramai orang luar tidak tahu bahawa pengundi Terengganu bukanlah berfikiran seperti penduduk di pendalaman kerana kebanyakan parlimen mempunyai komuniti sub bandar yang besar.
“Sebenarnya ada pengundinya sudah sampai taraf bandar dan separa bandar.
“Sebahagian kawasan misalnya Kuala Terengganu atau Paka, Kertih sebahagian Kemaman latar belakang ekonominya dan pendidikan tak banyak berbeza dengan Melaka atau Johor,” katanya
Justeru, beliau berkata mind set jentera parti di Terengganu perlulah berubah terlebih dahulu dan keadaan Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh KEADILAN juga boleh menjadi faktor pembolehubah yang baik dalam PRN akan datang.
“Komponen (kerajaan) paling besar adalah PH dan komponen paling besar sudah tentu dari KEADILAN. Itu faktor kita ada, yang tak ada sebelum ini.
“Kita juga ada peluang 5 tahun ini untuk tunjuk (rekod) lebih baik. Kalau peluang pekerjaan rakyat itu lebih baik (dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan) dan itu boleh beri lonjakan,” katanya lagi.
GUNA MEDIA SOSIAL LAWAN PN.- MUDAH ARAH DAN CAKAP- NAMUN BERAPA BANYAK YANG TIDAK DIPEDULIKAN ?
Guna media sosial lawan PN
Gelombang hijau yang kuat di Terengganu mungkin menyukarkan gerakan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad, jentera parti tidak boleh terlalu memilikirkan kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke 15 lalu dengan Pas diketahui mempunyai begitu banyak kewangan.
Katanya, jentera KEADILAN perlu mengatasi cabaran teresebut dan menggunakan media sosial untuk menguasai sokongan pengundi di Pantai Timur.
“Kita berhadapan gelombang hijau tetapi kita tahu di belakang gelombang hijau ada Bersatu dengan wang cukup banyak. Ramai kawan saya dari KEADILAN, Umno malah orang Pas pun tak pernah tengok Pas begitu mewah. Kalau dulu mereka janjikan syurga, hari ini duit dapat, syurga dapat
“Kita tidak boleh bercakap apa pihak lawan buat. Kita sebagai parti politik, mahu tidak mahu kita mesti kuasai media sosial,” katanya dalam dalam Konvesyen Pilihanraya Negeri Terengganu 2023 pagi tadi.
Meskipun telah menjadi kerajaan dan tidak ada masalah mesej Kerajaan Perpaduan disiarkan dlaam media arus perdana namun generasi muda, katanya tidak bergantung kepada media seumpama itu.
“Sekarang tak ada masalah (menteri) masuk RTM, TV3 tetapi orang muda tak tengok. Generasi muda menilai media sosial.
“Mereka guna TikTok dengan cukup efektif dalam PRU, memang mereka bakar sentimen kaum dan agama tetapi kita kena ada jawapan. PM cakap agenda Madani, mesej ini perlu buat lebih mudah untuk disebar luaskan. Ini cabaran kepada Angkatan Muda KEADILAN, khusus kepada unit komunikasi parti.
“Saya berharap kita harus bekerja 200%, menang ia memenatkan kerana lepas PRU tepoh hari tetapi jadikan hakikat kita menang di peringkat Persekutuan itu sebagai satu lonjakan masuk ke gelanggan piliharaya kali ini, dan kita tawarkan itu sebagai alternatif yang lebih baik untuk pengundi Terengganu,” katanya
Selain itu, beliau mengakui rakyat juga mahu tahu apa penyelesaian mengenai masalah hidup rakyat. Hal itu perlu diketengahkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya pendekatan yang sesuai dengan pengundi Terengganu perlu digunakan untuk menyampaikan mesej kempen.
DULU DIA KATA ORANG BUKAN BUMIPUTRA SUKA BAGI RASUAH...TAPI KINI....
bharian.com.my
'Pemberian itu satu sedekah' - Abdul Hadi | Berita Harian
KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.
TAK NANTI TUNGGU TOK WALI UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN
Keberkatan tidak semestinya melalui seorang wali, atau ulamak
muktabar. Ia boleh jadi melalui pemimpin yang soleh jika Allah berkehendak
ianya berlaku.
Ini kejadian semasa kenduri rakyat meraikan kampung Cheruk
To'kun semalam. Kehadiran ramai sangat tidak dapat bertahan, termasuk anak
kecil yang satu ini.
Biar VTT ni jadi kenangan dan asbab pahala yang berpanjangan dan
semoga anak kecil ini sembuh dalam rawatan penyakitnya. Sedikit demi sedikit
Allah angkat martabat insan yang berpuluh tahun difitnah dan dilecehkan.
Sumber: MP BM
BUKAN PERNAH KATA ORANG CINA SUKA BAGI RASUAH KAH ?
Baru saja HADI awang
Cemuh orang Cina suka bagi Rasuah...
Sekarang dia buat
sendiri, pulak?
Hipokrit! Lebai
Penipu!
HELLO EN AZAM BAKI- NANTI MASUK NURAKA KERANA HINA ULAMAK ...KEH..KEH...
Aiseh! Encik Azam ni cakap macam nak masuk Melaka je ni. Jangan
lawan cakap ulama. Kalau ulama kata sedekah, sedekah la maknanya. Guane boh?
Apa akan terjadi, kalau betul ada orang awam yang sedekah (baca:
rasuah) pengundi untuk undi PAS dan terbukti orang awam itu tiada kena mengena
dengan PAS?
Pertama, orang awam itu perlu ditahan, dibicarakan dan dihukum.
Kedua, pemimpin PAS (calon & wakil) akan bebas. Tapi, ketiga, kemenangan
PAS tetap dikira terbatal.
Perlu diingat, petisyen yang difailkan oleh UMNO ini untuk salah
laku ketika kempen dan permohonan membatalkan kemenangan calon PAS. Ia bukannya
laporan SPRM.
Jadi jika kejadian itu wujud, tak kira siapa pun yang beri,
kemenangan itu boleh dibatalkan atas alasan berlakunya rasuah dan ketidak
adilan ketika tempoh kempen berlangsung.
Takutnya lepas ni PAS akan kata yang beri duit tu orang UMNO.
Dengan niat sengaja nak sabotaj PAS. Bukan kira lebai ni. Dia nak bagi alasan
bukan kira logik pun. Guane boh?
Kurang dari 60 hari, Kabinet PMX Telah Berjaya Buat Banyak Perubahan :
From FB shbt AI -
Alhamdulillah...
THANKS PMX WORKING HARD FOR RAKYAT
Terbaik & Mantap
-------------------
Kurang dari 60 hari, Kabinet PMX Telah Berjaya Buat Banyak Perubahan :
1. Bantuan Khas RM60 Juta untuk 240,000 Pesawah
2. Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM9.7 juta untuk 12,138 peneroka tanaman getah Felda
3. KKM Tawar 4,263 Jawatan Pegawai Tetap
4. Harga Max Minyak Masak Kekal Tidak Dinaikkan ( RM6.90/Kg )
5. Syarikat Thailand melabur RM5 Billion Projek Tenaga
6. MA1963 Dipercepatkan
7. Akhirnya Stadium Malaysia membeli Kanvas untuk jaga padang bola sepak
8. Rakyat dibenarkan ambil Vaksin walk in tanpa Appoinment mulai 9 Jan 23’
9. MINDEF teruskan perlaksanaan Kertas Putih Pertahanan ( 2021-2030 )
10. Siaran Percuma Piala AFF
11. KBS Usahakan Initiatif buka screen besar di 128 Tempat terbuka untuk Piala AFF
12. Melancarkan Pelan Data Perpaduan, RM5 Sebulan dan Data 30GB selama 6 bulan
13. Aktifkan 471 Stesen Pemancar Komunikasi yang Terjejas Pasca Banjir
14. Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah: Diskaun sehingga 30 peratus untuk rakyat membeli 1,000 barangan keperluan
15. Lawatan PM ke Indonesia: MOU Malaysia-Indonesia berpotensi cecah RM1.66 bilion
16. Kerajaan tambah 12 lorong RFID di PLUS untuk elak kesesakan
17. Kuota haji Malaysia dinaikkan daripada 14,306 kepada 31,600 jemaah
18. Label Ubat Mesra OKU: Telah lancar inisiatif memudahkan OKU mendapat maklumat mengenai ubat
19. PM arah usahakan naik taraf infrastruktur dan fasiliti penjaja di Kuala Lumpur
20. Kerajaan lancar OpenDOSM untuk semua rakyat terutama penyelidik dan mahasiswa akses data dengan mudah
21. Kerajaan tambah peruntukan RM4.5 juta untuk perolehan mesin CT Scan di Hospital Pendang, Kedah
22. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) sumbang RM2 juta untuk mangsa banjir
23. Pelaksanaan MA63 : Kerajaan bersetuju untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri Sarawak sebagai Anggota Lembaga Pengarah LHDNM.
24. Pelaksanaan MA63 : Menaik taraf CIQ serta infrastruktur jalan raya yang akan menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan, Indonesia dalam kadar segera.
25. Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan syor oleh YAB Premier Sarawak berhubung pengecualian cukai bagi Bayaran Insentif Khas yang diterima penjawat awam negeri. Turut dilaksanakan semua negeri.
26. Pelaksanaan MA63 : Kerajaan komited untuk menyegerakan rundingan formula baharu Pemberian Khas ini. Sebagai langkah permulaan, kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing akan dinaikkan lebih kurang RM300 juta setahun
27. Tol percuma pada 20-21 Januari 2023 untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ini kerana bukan sahaja kaum Cina, tetapi kaum Melayu, India dan yang lain akan ikut serta bercuti dan meraikan semangat perpaduan.
28. Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak utk menganggotai SUHAKAM. Ia adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan, dan masalah-masalah sosial yg lain yg melibatkan kanak-kanak.
29. Mengadakan Majlis Ilmu Mingguan secara Langsung di Rumah Seri Perdana
30. Inisiatif Tambang Murah tetap untuk penerbangan ke Sabah Sarawak bagi semua Musim Perayaan
31. Bantuan Awal Persekolahan RM150 untuk seorang murid bagi semua rakyat Malaysia
32. Bekalan Telur berjaya pulih, December hanya kekurangan 1 Juta berbanding November ( 157 juta ) dan Oktober ( 118 Juta )
33. Memulakan penanaman jagung bijian ( Grain Corn )
34. Memperluas Penternakan Lembu Secara Fidlot
35. Kadar Inflasi pada December berjaya diturunkan kepada 3.8% berbanding November dan Oktober 4.0%
36. Intel melabur lagi RM30 billion yang akan membuka peluang pekerjaan 9,000 orang
37. Tarif elektrik tidak akan dinaikkan, Kerajaan tidak teruskan perancangan yang dirancang pentadbiran sebelum ini
38. KPKT umum sebanyak 4,713 unit rumah bakal diserahkan kepada rakyat.
39. Seramai 4,608 penghuni golongan B40 bakal mendapat manfaat daripada hasil kerja naik taraf 12 unit lif yang akan dibaik pulih dan diselenggara di PPR Kota Damansara, Kuala Lumpur.
40. Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menaik taraf Pasar Tok Kenali dan Jalan Binjai di Kelantan serta Pasar Pasir Pinji di Ipoh, Perak. Seramai 353 peniaga dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan naik taraf pasar awam dan penyediaan 100 kios perniagaan.
41. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berusaha menutup 100 lokasi tapak sampah haram ( 68 telah berjaya dihapus sehingga Disember ) serta memperkasakan inisiatif kitar semula.
42. KPKT tubuh pasukan khas selesai 381 projek rumah swasta sakit
43. Gaji Menteri dipotong sebanyak 20%
44. MOT umum OKU, murid sekolah rendah naik kereta api KTMB percuma mulai 15 Februari
45. Penyewa flat Sri Perlis akan diberi hakmilik rumah selepas menyewa lebih 40 tahun
Alhamdulillah...
Terima Kasih...
Anwar Ibrahim
#KerajaanPerpaduan
#PakatanHarapan
#KerajaanYDPA
Membangun 🇲🇾madani💪🏼🙏🏼
And banyak lagi…. 🫰🏻🇲🇾
This is all action, less than 60 days!!!!
-------------
Subscribe to:
Posts (Atom)