Guna media sosial lawan PN
Gelombang hijau yang kuat di Terengganu mungkin menyukarkan gerakan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad, jentera parti tidak boleh terlalu memilikirkan kekalahan dalam Pilihan raya Umum ke 15 lalu dengan Pas diketahui mempunyai begitu banyak kewangan.
Katanya, jentera KEADILAN perlu mengatasi cabaran teresebut dan menggunakan media sosial untuk menguasai sokongan pengundi di Pantai Timur.
“Kita berhadapan gelombang hijau tetapi kita tahu di belakang gelombang hijau ada Bersatu dengan wang cukup banyak. Ramai kawan saya dari KEADILAN, Umno malah orang Pas pun tak pernah tengok Pas begitu mewah. Kalau dulu mereka janjikan syurga, hari ini duit dapat, syurga dapat
“Kita tidak boleh bercakap apa pihak lawan buat. Kita sebagai parti politik, mahu tidak mahu kita mesti kuasai media sosial,” katanya dalam dalam Konvesyen Pilihanraya Negeri Terengganu 2023 pagi tadi.
Meskipun telah menjadi kerajaan dan tidak ada masalah mesej Kerajaan Perpaduan disiarkan dlaam media arus perdana namun generasi muda, katanya tidak bergantung kepada media seumpama itu.
“Sekarang tak ada masalah (menteri) masuk RTM, TV3 tetapi orang muda tak tengok. Generasi muda menilai media sosial.
“Mereka guna TikTok dengan cukup efektif dalam PRU, memang mereka bakar sentimen kaum dan agama tetapi kita kena ada jawapan. PM cakap agenda Madani, mesej ini perlu buat lebih mudah untuk disebar luaskan. Ini cabaran kepada Angkatan Muda KEADILAN, khusus kepada unit komunikasi parti.
“Saya berharap kita harus bekerja 200%, menang ia memenatkan kerana lepas PRU tepoh hari tetapi jadikan hakikat kita menang di peringkat Persekutuan itu sebagai satu lonjakan masuk ke gelanggan piliharaya kali ini, dan kita tawarkan itu sebagai alternatif yang lebih baik untuk pengundi Terengganu,” katanya
Selain itu, beliau mengakui rakyat juga mahu tahu apa penyelesaian mengenai masalah hidup rakyat. Hal itu perlu diketengahkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya pendekatan yang sesuai dengan pengundi Terengganu perlu digunakan untuk menyampaikan mesej kempen.