SIAPA Dzulkifli Ahmad ??!



1. Sebelum beliau dicalonkan oleh Najib utk jadi Ketua SPRM yg baru, beliau adalah pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara sbg Timbalan Pendakwa Raya yg ketika itu baru bergelar Datuk.

2. Pada ketika itu beliau terlibat dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal SRC International yg melibatkan Najib.

3. Setelah mengetahui keadaan tidak menyebelahi Najib (Najib akan ditangkap & didakwa), Dzulkifli terus menelefon Najib & Rosmah tengah mlm pada 5 Januari 2016 utk membocorkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

4. Tiba² Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu telah dipecat dan diganti oleh Dzulkifli.

5. Tak lama slps itu Dzulkifli dianugerahkan pangkat TAN SRI !!!.. JasaMu Dikenang...

NAMPAK TAK !!.. Hebat percaturan penyangak #BossKau utk bersihkan diri daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung kes SRC & RM2.6 bilion ketika Najib & BN berkuasa dahulu..

~SR

KISAH BAGAIMANA PM 4 DAN PM 7


Hamsina Hamzah

Sedia maklum,

 Ramai antara kita tahu bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana enggan disuruh menandatangani perjanjian terhadap kroni IPP-YTL.Apa kata beliau ?
“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” - Tan Sri Ani Arope.
Ketika itu kami masih ingat bermula pada jam 5:17 ptg pada 3 Ogos 1996 (24 tahun yg lalu) satu semenanjung Malaysia 'black-out' bergelap tiada elektrik selama 12 jam. Keesokan harinya baru pulih.
Insiden tersebut telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Tun M yang ketika itu adalah PM ke-4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB. Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.
IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015..
Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!
Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd dan Ekran Corp.
SEMUANYA KRONI !!
Kesemuanya IPP ni akan memberikan keuntungan berbilion-bilion ringgit !!
Manakala ketika ini pula, Portal The Malaysian Insight mendakwa melihat satu surat dari Atuk sepanjang 17 perenggan kepada Maszlee, yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana mengingkari arahan kabinet.
Hingga kini Maszlee tidak membuat sebarang penafian di atas laporan tersebut.
Arahan kabinet apa yang beliau ingkari?
Tidak jelas. Tapi menarik diperhatikan nama YTL sejak akhir-akhir ini diperkatakan ramai orang, kerana pada sidang akhbar Maszlee, beliau ada menyebut salah satu isu yang kontroversi adalah internet percuma di sekolah selain isu jawi dan sarapan percuma.
Untuk rekod, kontrak YTL Communication membekalkan internet ke sekolah melalui rangkaian 1BestariNet telah tamat pada tahun lalu.
Maszlee kemudian tidak menyambung kontrak tersebut, sebaliknya membuka kepada pesaing telekomunikasi lain seperti Telekom.
Kembali semula kepada persoalan saya tadi, kenapa kami kata Tun tak berubah?
Ingat tak ketika kempen PRU 14 sebelum ini di mana Tun berkata beliau tak ada banyak masa untuk pulihkan Malaysia kerana usianya yang sudah 90 lebih?
Sudah setahun lebih, apa yang pulih? Pasaran saham makin jahanam, pelabur asing lari..
Tun, apakah yang sebenarnya Tun mahu lakukan? Tun tak ada banyak masa nak pulihkan Malaysia atau NAK PULIHKAN KRONI ??!
RUJUKAN :
*Memoirs of Tan Sri Ani Arope*

PARTI BERMUKA -MUKA


Nizam Aka

Inilah sikap bermuka-muka dan penipuan tahap tertinggi..Pas sembang seolah-olah dia lah pejuang tulisan jawi,tapi dalam lidah rasmi parti sendiri pun tak amalkan tulisan jawi,malah terselit pula bahasa inggeris penjajah..Sama dengan kekasih hati kesayangannya UMNO,sembang kononnya pejuang jawi,tapi UMNO lah menghapuskan mata pelajaran jawi di sekolah-sekolah..Malah nama UMNO tu sendiri pun masih lagi guna nama Inggeris penjajah,United Malay National Organisation..Kedua-dua parti inilah penghasut kepada rasis yang melampau...

AWAS ADA TANGLONG DIHADAPAN


MIQDAD ZAKARIA


Ana dengar ulasan DrMaza dalam isu Tanglong dan Jawi..
Dia kata.. "Kenapa dalam isu jawi tidak ada menteri yang bangun mempertahankan jawi seperti dalam isu tanglong.. Sehingga 7 orang menteri turun serentak di satu tempat bila melibatkan budaya cina iaitu tanglong.."
Ni ceq nak habaq kat ang ni Maza..
Dalam isu jawi semua menteri dari PH memberi sokongan.. Ana ulang sekali lagi.. Takut mata ang kabur.. Telinga ang pulak pekak.. "Kesemua menteri Pakatan Harapan tidak kira dari parti apa pun.. Semuanya menyokong jawi.." ada faham..?
Yang tak sokong adalah persatuan cina.. Seperti Dong Zong yang sedara sebut tu.. Siapa yang ada di belakang Dong Zong..? Semua dah maklum.. Mereka adalah MCA.. Sekutu BN.. Sahabat karib UMNO.. Tuan Besar kepada PAS.. Teman satu kolam dengan ang si Syahidan yang ada kes raba budak bawah tu..
Ish.. Rasa nak sambung "beletaiq" sungguh eh..!
Ha ha..

HOSPITAL HAMPIR MUFLIS, KINI KAUT UNTUNG 2 JUTA


ZAMZURI ARDANI

Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat kerajaan negeri Melaka dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka memegang saham sebanyak 74%.
Syarikat ini mengalami kerugian terkumpul sekitar RM40 juta semasa di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Pada tahun 2017, hospital ini merekodkan kerugian sebanyak RM10 juta.
Di bawah pentadbiran baru Pakatan Harapan, Ketua Menteri Melaka melantik seorang akauntan, Mdm Chong May Lee menjadi CEO di situ. Beliau bekerja keras memulihkan keadaan bagi malakukan 'turn around'. Beliau terpaksa melakukan beberapa keputusan yang sukar bagi membersihkan pentadbiran hospital dari amalan segala macam kecurangan dan pembaziran.
Pada tahun 2018, kerugian dapat dikurang dari RM10 juta tahun sebelumnya kepada RM3 juta sahaja dalam tempoh 6 bulan pentadbiran baru mengambil alih.
Alhamdulillah, berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan amalan tatakelola perniagaan yang baik, pada tahun 2019 hospital ini mula mencatatkan keuntungan sebanyak RM 2 juta.
Tahniah Putra Specialist Hospital Melaja Sdn Bhd!

Ello Tauke, Mana itu Bas ?



Nizam Aka

Ello tauke..Apa masalah lu ni..Itu thn 2017,Waa punya lebai kelantan ada odar itu elektlik punya bas..Waa manyak syok woo..Tp apasal lu hantar itu Mencedez? Itu punya bas mana pigi?Malu lah Waa punya lebai lu bikin ini mcm..
Itu Selangor bukan lebai odar bas,lu hantar bas..Dahlah itu punya bas manyak smart woo..Itu Selangor talak tipu mcm Kelantan..


Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks

BN TIADA IDEA HADAPI PRK KIMANIS

TLDM TERIMA DRON PERKUAT PERTAHANAN LAUT

Kenyataan peguam negera mengenai video seks timbulkan lebih banyak soalan, kata peguam.


Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla (kiri) berkata kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas mengenai isu klip video seks sejenis tidak konklusif.
PETALING JAYA: Seorang peguam berkata, kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas mengenai klip video seks sejenis adalah tidak konklusif dan menimbulkan lebih banyak persoalan.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, apabila peguam negara membuat kenyataan berhubung satu-satu keputusan, ia sepatutnya menyelesaikan isu berkaitan kes berkaitan.
Pada Khamis, Thomas berkata, beliau tidak akan membuat pendakwaan berhubung video berkenaan kerana tiada kemungkinan untuk mengenal pasti identiti individu terbabit melalui perisian pengecaman wajah kerana resolusinya yang rendah.
Haniff memberitahu FMT, ketika klip video tersebut mula-mula tular, bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz mengaku terbabit dengannya dan menuduh timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai individu pasangannya.
“Jika peguam negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak kerana identiti mereka tidak dapat dikenal pasti, maka apakah keputusannya berhubung pengakuan Haziq,” soalnya.
Beliau berkata, Haziq boleh didakwa kerana membuat fitnah jenayah, dan sekiranya beliau terlibat dalam konspirasi jenayah untuk memfitnah, maka ia juga merupakan satu perbuatan jenayah.
“Hubungan seks luar tabii adalah satu kesalahan, dan sekiranya ia konsensual sekali pun, paling tidak Haziq harus didakwa,” katanya.
Haniff berkata, perkara sama terpakai ke atas pihak yang menyebarkan video tersebut, dengan menambah bahawa mereka boleh didakwa kerana konspirasi jenayah atau menyebarkan pornografi.
Semalam bekas perdana menteri Najib Razak berkata, 3 keadaan sepatutnya berlaku selepas Thomas membuat keputusan untuk tidak membuat pendakwaan berhubung video tersebut, termasuk tindakan saman oleh Azmin terhadap Haziq.
Najib berkata, Haziq sepatutnya didakwa kerana membuat laporan polis palsu, selain pihak yang mengedar video berkenaan kepada orang ramai.
Beliau juga berkata, keputusan Thomas kerana kekurangan bukti tidak bermakna Haziq membuat laporan polis palsu.
“Sesiapa juga boleh membuat laporan polis, tetapi terserah kepada pihak pendakwaan sama ada mahu mendakwa seseorang suspek,” katanya.
Berhubung penyebaran klip video seks, Sivananthan percaya sekiranya Thomas mempunyai bukti mencukupi untuk mensabitkan orang yang didakwa, maka beliau akan membuat pendakwaan ke atas individu terbabit.
“Jika beliau tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup bukti. Harus diingat bahawa anggapan awam mengenai bukti dan bukti dari pandangan undang-undang adalah 2 perkara berbeza.
“Tahap bukti bagi mensabitkan seseorang sangat tinggi. Peguam negara perlu memutuskan sama ada beliau mempunyai cukup bukti mengikut undang-undang,” katanya.

MENTERI PERTANIAN TURUN PADANG, TUBUH PASUKAN URUS KRISIS

Umno SEMAKIN LUMPUH DI KIMANIS



Hamsina Hamzah


Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin menerima tamparan hebat hari ini.

Ini berikutan tindakan 57 ahli cawangan Umno Kampung Bandau, Membakut dalam parlimen Kimanis meninggalkan parti Umno dan menyerahkan borang menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Penyerahan borang tersebut diketuai Ketua Cawangan Umno kampung berkenaan, Razali Daud yang diserahkan kepada Calon WARISAN bagi PRK Kimanis, Karim Bujang.

Menurut Razali, sudah tiba masanya beliau dan ahli-ahli yang lain beralih arah untuk mengubah landskap kehidupan yang lebih bermakna.

Sementara itu, keputusan Ketua Cawangan Umno Kampung Bandau tersebut menyertai WARISAN mendapat sokongan padu pemimpin dan ahli-ahli lain.

Cawangan Umno Bandau yang ditubuhkan pada 1994 itu, kini terkubur selepas kesemua ahlinya kini menyertai WARISAN.

- Admin
Mohd Zulaimi Kazim


KUASA SEORANG PM

Tiada penerangan foto disediakan.




Dia seorang bekas Perdana Menteri dan sememangnya dia amat tahu kuasa seorang PM. Sebab itulah dia sanggup lakukan apa sahaaj unutk kembali menjadi seorang yang berkuasa.

Sanggup jumpa Anwar di Mahkamah, sanggup bersama LKS dan DAP, sanggup terima bantahan lantik diri sendiri sebagai Menteri Pendidikan ketika awal dulu janji bagi peluang dia jadi PM dan atur dan susun betul-betul sehingga beliau menguasai semuanya, dia mula ketepikan janji.


Strateginya biar dikalangan menteri banyak buat silap supaya mudah digertak... ada pegawai menteri terpalit dengan kes SPRM dibiarkan tidak diambil apa-apa tindakan malah tidak tegur sedikit pun yang bertujuan untuk menjerut menteri jadi yes man seperti menteri-menteri umno dulu.

Anwar kembali akan jadi mangsa sebab memang dia tak suka Anwar pun sebab itu beliau mencipta jalan berliku untuk Anwar dan yang akan naikkan Anwar selepas ini adalah rakyat.

Makin lama makin jelas apa sudahnya nanti... kejutan yang dirancang sdg berjalan.


SETAKAT JADI KHADAM BUAT APA?



Norshidah Mat Daud


sentiasa meningkat kononnya ðŸ¤®ðŸ¤®ðŸ¤®

Haramkah smpai x laku, siap berhutang lagi x bayo-bayo


Tiapkali PRK dok jadi khadam, x berani nak bertanding

Ni jumlah ahli yg bertambah tu dari kalangan manusia ke jin?
Sembang macam orang mabuk


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks mungkin yang mengatakan 'Nasrudin Hassan At Tantawi 1 hr Penyertaan Ahli Baru PAS sepanjang tahun 2019 ialah seramai: 45,344 orang. #Alhamdulillah'

BERGAMBAR. EZAM BERSAMA OTAI REFORMIS

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan jambang
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Mat Sabu sekarang bukan yg dulu

Liana


DULU SEPERTI SINGA SKG MENIKUS

Dulu saya sanjung beliau... bak seekor Singa menentang kezaliman. Kini menikus disebalik sunglasses ke mana saja. Cermin mata hitam yg tidak pernah dipakainya dulu. Maaf kata dlm politik imej begitu tidak digemari rakyat. Nampak bongkak. Ku lihat pemakaian Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Muhyiddin jauh lebih bersederhana.
Katanya dulu jika Mahathir lari landasan perjuangan PH dia org pertama akn menegur. Tapi sebutir ayat pun dia tak berani tegur bila Mahathir semakin salah guna kuasa. Dulu dia kata tidak ada lagi pangkat tentera kpd org politik tapi dia sendiri yg memberinya.
Mana suara keras Mat Sabu memperjuangkan nasib rakyat di Parlimen. Abg Mat ku rasa sedang terlena dgn keistimewaan bergelar Menteri di Kementerian yg hebat itu. Ingatlah Abg Mat derita rakyat. Ingatlah Abg Mat walaupun sibuk di Kementerian hebat itu Abg Mat kena ambil peduli nasib rakyat.
Ingatlah Abg Mat jgn lupa kedudukan Abg Mat skg kerana kekuatan yg dibina Anwar Ibrahim dulu. Ingatlah juga Abg Mat kedudukan Abg Mat sebagai Menteri ini akn bersifat sementara jika lupakan perjuangan asal PH... Ingatlah Abg Mat 38 tahun perjuangan dahulu. Bagi ku sentuhan mu sudah hilang bisanya.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiriImej mungkin mengandungi: 4 orang, termasuk Garu Yola, orang senyum, orang berdiri dan luaran