PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng ! oleh AL HUSSEYN
PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak Daeng
PERMATANG PAUH: Bekas
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada
orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan
Nasional (BN).
"Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya
ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut
Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini
malam ini.
Katanya, jika ada dalam
kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk
mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu
penderitaan PAS semasa dalam BN.
"Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Sehubungan itu, beliau
yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam
kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.
Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad Awang
Penafian Pak Daeng
sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan
Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa
kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat
atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini.
Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....
Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....
Ketika menyampaikan
ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan
seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya
bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.
Ustaz Ahmad Awang ketika
itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab
yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah
mengenali siapa sebenarnya musang itu!
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.
Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3
Mereka menafikannya,
tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah
mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS.
Dan
apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam
PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat
JKPP pada 25 Ogos lalu?
Walaupun berita yg dilaporkan oleh Malaysian Insider tersebut
dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk
cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman
untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014