KOMPUTER, LAPTOP, TABLET, SMARTPHONE..?

 

No photo description available.


BOB KELANANG

Sekarang nih hampir semua pelajar sekolah terpaksa meneruskan sesi pembelajaran 2021 dengan menggunakan teknik PDPR… yer... memang sedih bagi mana-mana pelajar yang berada dalam kategori tidak mampu DAN miskin... kita faham tu... tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh terutamanya di luar bandar...

PDPR ini dilihat lebih meningkatkan jurang perbezaan pendidikan diantara pelajar... bagi keluarga yang mampu... ini semua tiada masalah... tapi bagi keluarga yang fakir DAN miskin... ianya menjadi satu bebanan yang akhirnya menidakkan peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya...

Artikel ini ditulis sekadar untuk melihat keberkesanan penggunaan Komputer, Laptop, Tablet dan Smartphone... jadi mari kita soroti isu ini sambil merujuk kepada konsep pembelajaran secara PDPR.

Setiap sesuatu itu ada Pro dan Kontra nya... xsemuanya bagoosh untuk semua keadaan.

Komputer peribadi (Personal Computer) memang bagoosh... sebab semua fungsi dan kepenggunaannya adalah lengkap... namun untuk sambungan ke Internet, pengguna perlukan sambungan berkabel ethernet Cat 5 atau Cat 6 paling kurang... atau membeli WiFi USB untuk sambungan secara tanpa wayar (wireless) kepada Router... pelik juga sebenarnya kenapa komputer peribadi tidak dilengkapi dengan fungsi WiFi terbina dalam... Ianya agak berat dan menggunakan elektrik yang agak tinggi juga sebenarnya... DAN yang paling kritikal... komputer peribadi ini tidak mudah alih DAN biasa nya tidak dilengkapi dengan kamera webcam... harga pula boleh didapati dari serendah RM350 (secondhand / refurbish / used) sampailah kepada model terkini dan termaju pada harga RM10k

Untuk memudahkan penggunaan komputer secara mudahalih... maka ujudlah segment Notebook, Laptop atau Netbook (bergantung kepada varian dan saiz)... Ianya mempunyai semua fungsi yang sama seperti komputer peribadi... dan boleh disambungkan kepada Internet sama ada dengan menggunakan kabel network atau fungsi WiFi terbina dalam... hampir semua model menyediakan kamera webcam terbina dalam... penggunaan elektrik yang agak rendah dan disokong oleh bateri yang agak terhad... tapi tetap menyelesakan... harga pula agak mampu milik dari serendah RM500 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM7000

Tablet pula adalah satu peranti tanpa wayar yang mudah alih menggunakan kuasa bateri yang agak tahan lama... namun ianya terhad kepada sistem pengoperasian Windows, Android dan iOS... aplikasi yang ada untuk kegunaan Tablet juga tidaklah terlalu kurang. Malah perisian Microsoft Office 365 juga boleh dilanggan dengan menggunakan tablet... Kamera webcam memang telah terbina dalam semua tablet dan ianya agak mudah untuk dikendalikan... Tablet umumnya menggunakan Stylus Pen untuk membuat coretan atau contengan padanya... namun hampir semua tablet boleh dipasangkan dengan papan kekunci (keyboard)... sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam... harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM4000

Smartphone pula adalah sama seperti Tablet cuma saiz displaynya agak terhad... tak macam tablet yang boleh mencecah saiz display sehingga 10 inci atau 12 inci... saiz display smartphone pula biasanya sekitar 5 inci dan ke bawah... Inilah satu kekangan yang membatasi penggunaannya untuk PDPR... Sambungan Internet biasanya sama ada melalui SIM Card ataupun menggunakan fungsi WiFi terbina dalam... harga pula agak mampu milik dari serendah RM200 (secondhand / refurbish / used / new) sampailah kepada model yang

hebat

dan termaju pada harga RM6000

Kesimpulan yang kita boleh dapati antara semua ini... adalah jalan tengah kepada semuanya adalah dengan menyediakan kemudahan Tablet Untuk Pendidikan... ianya mesti bersaiz 10 inci atau lebih sekurang-kurangnya dan lengkap dengan Stylus Pen serta papan kekunci (keyboard). Penggunaan Google Drive dalam Cloud untuk data adalah sesuatu yang

terbaik

.

 

KEHADIRAN US EBIT LEW MENDAPAT PENGHARGAAN DARI MP PORT DICKSON, YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM

 Image may contain: one or more people, text that says "MAXIS 18:18PM anwaribrahim_my Liked by yusmadi.yusoff and thousands of others anwaribrahim_my Seterusnya saya ke sekitar Sunggala bagi program ziaral kebajikar rumah ke rumah. Untuk kali ini empat buah rumah saya kunjungi bagi bertanya khabar serta memberikan bantuan berupa keperluan asas kepada yang memerlukan. Semoga mereka sentiasa dilindungi, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. #PortDickson"Image may contain: one or more people and people standing, text that says "8:19PM anwaribrahim_my 三 Liked by mohammadluvermen and thousands of others anwaribrahim my Menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada anggota- -aggota polis di bu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. Pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan persama sama kakitangan perubatan ketika pandemik Covid- 19 akan terus dihargai serta dikenang rakyat dan negara. Semoga mereka terus komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. #PortDickson"Image may contain: one or more people, text that says "MAXIS 8:18PM anwaribrahim_my Liked by drwanazizah and thousands of others anwaribrahim_m eramah mesra bersama anak anak-anak yatim di bawah seliaan Yayasan Anak- -Anak Yatim Port Dickson di Kampung Bahasa Kapor. Alhamdulillah dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka, semoga la dapat meringankan beban. Saya juga mendoakar agar anak-anak ini terus diberkati dan dirahmati Allah SWT. #PortDickson"Image may contain: 1 person, text that says "anwaribrahim_my Liked by mohammadluvermen and thousands of others anwaribrahim Menyerahkan sumbangan beg sekolah sempena program "Kembali Ke Sekolah" bagi tahun 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. Seramai 200 penerima mendapat manfaat dari inisiatif yang digerakkan Persatuan Kebajikan Pendidikan Bumi Hijau dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson. Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah buat anak- Semoga mereka fokus pelajaran dan cipta kecemerlangan. #PortDickson"

Image may contain: one or more people, text that says "MAXIS 8:19PM anwaribrahim_my Liked by yusmadi.yusoff and thousands of others anwaribrahim_ Di Port Dickson hari ini bagi melakukan beberapa tugasan dan lawatan kerja. Lokasi pertama yang saya kunjungi adalah tapak sarang burung walit di Tanjung Agas yang diusahakan oleh syarikat NESQ diketuai saudara amri Abu. Ini adalah industri yang sangat sangat bernilai untuk diusaha dan dirancakkan oleh rakyat Malaysia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi tempatan. #PortDickson"







Siapa yang tidak berbangga sekiranya terdapat insan lain yang sudi bersama berganding bahu membantu masyarakat di kawasannya? Apatah lagi insan itu seorang tokoh agama dan seorang sukarelawan yang dihormati ramai seperti Al Fadil Us Ebit Lew.

Perasaan seperti inilah yang dikongsi bersama oleh MP Port Dickson, YB Dato Seri Anwar Ibrahim apabila tokoh agama dan sukarekawan ini berkunjung ke Port Dickson bagi menyalurkan khidmat kebajikannya kepada masyarakat. Perasaan ini diluahkan sendiri oleh MP Port Dickson itu melalui page Pusat Khidmat Ahli Parlimen Port Dickson itu sendiri di

https://www.facebook.com/DSAIp132/

.

Meskipun kehadiran Us Ebit Lew hanya sehari di Port Dickson, namun besar jasanya kepada warga Port Dickson. Sepertimana banyak individu atau NGOs lain yang juga pernah turun ke sini, pengorbanan dan khidmat bakti mereka dapat merancakkan lagi program kebajikan yang selama ini dititikberatkan oleh MP Port Dickson semenjak beliau menjadi Wakil Rakyat di situ. Benarlah kata orang, jika banyak kita berjasa kepada orang lain dengan keikhlasan, nescaya Allah akan hantar makhluknya untuk membantu kerja baik kita.

Bagi sesiapa yang mahu mengetahui apa jua program yang telah, sedang dan akan diatur oleh MP Port Dickson, sila ikuti di page resmi beliau di

https://www.facebook.com/DSAIp132/

. Di sana juga dibentangkan melalui video tentang kad laporan MP Port Dickson tersebut.

WFAUZDIN NS

 

THAIPUSAM DAN MASJID.. MASIH INGAT FITNAH PADA DR MUJAHID ?



Soal Thaipusam ini tidak berkait langsung dengan Menteri Agama, tetapi tahun lepas menjelang hari thaipusam..apakah kita masih ingat, Orang yang beserban..Berjubah..Kononnya ahli tareqat mengfitnah dan menghina Dr Mujahid dengan gambar mengusung Kavadi sambil meletakkan caption Kelompok Pluralisme dan mengajuk slogan Rambutan Al'amin mengikut jejak hasutan jahat Mufti Utara... Apakah dia sudah meminta Maaf atas fitnah mereka ? 


Tapi itulah perencanaan Allah itu yang terbaik untuk memberi gambaran kelompok Ulama dan Islamiyyin yang Nabi kata wajib diperangi idealogi jahat mereka.. sama seperti isu berbuka Puasa di Grudwara Sikh dijadikan isu besar..hari ini Allah balikkan peristiwa Upacara perkahiwinan dengan ritual Agama Sikh dizaman mereka melibatkan saudara mara orang kenamaan...


Tahun ini semua Masjid diarah tutup..Manakala sebahagian Upacara dan ritual Thaipusam dibenar.. Ya, hak penganut Hindu kita tak nafikan.. Tetapi bagaimana hak Solat bagi Ummat Islam.. ? Itu sebab aku kata.. sebarang hukum dan Undang2 mesti menggunakan neraca dan timbangan yang sama.. 


Jadi ada yang nak kata Kerajaan Melayu Islam ini liberal..Menteri Agama Liberal ? Dah tak kedengaran mereka ini..Ramai yang melakukan fitnah di dalam Masjid sebelum ini Allah hukum mereka dari tangan pemimpin mereka sendiri.. ada yang berKuliah disaman..Ada yang Solat Didakwa.. Bayangkan semua ini berlaku zaman Pemerintahan PH..


Malah Suara seorang Ulama Jahat dari Utara yang sering menghasut dizaman PH mengatakan Islam terancam pun kini sudah tidak berbunyi lagi..   Sebab dia antara gambaran kelompok gereja di era Kegelapan Eropah dulu yang membela Raja dan Kerajaan yang Zalim.. 🙂


Ipohmali



Kes Covid-19 naik mendadak, Penjara Bentong diletak bawah PKPD

 

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong, Pahang dikuatkuasakan bermula 25 Jan hingga 8 Feb.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong, Pahang dan kuarters kakitangannya bermula tengah malam ini susulan peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan ketat itu dilaksanakan dari 25 Jan hingga 8 Feb bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan serta pegesanan kontak rapat.

“Sehingga kini, sebanyak 615 kes positif direkod melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.

“KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan kes mendadak jangkitan Covid-19 dalam masa singkat dalam kalangan tahanan penjara ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah individu melanggar SOP masih tinggi dengan 550 ditahan polis semalam yang mana 499 dikompaun, 42 direman manakala sembilan lagi dijamin.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (130), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (112), tiada penjarakan fizikal (68), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (54), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (44) dan lain-lain (142),” katanya.

Beliau berkata, menerusi Op benteng pula pihak berkuasa menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua bot serta lima kenderaan darat.

Sementara itu, Ismail memaklumkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan 1,340 pemeriksaan khas PKP semalam, yang mana 1,306 premis mematuhi SOP manakala 34 lagi diberikan nasihat.




Kenapa Double Standard dalam SOP?


MOHD MUKHLIS

Saya sebenarnya malas ulas bab ini sebab nanti boleh jadi isu sensitif, tapi sebab "kawan baik" SSST sudah tegur tentang double standard SOP Thaipusam, saya pun hendak komen serba sedikit.

Tulisan P Ramasamy boleh di baca di sini. https://www.freemalaysiatoday.com/.../why-the-double.../

Apa yang saya faham dari penulisan Ramasamy, Kerajaan Pulau Pinang dan Hindu Endowments Board (HEB) telah membatalkan acara berkait dengan Thaipusam termasuk perarakan dan hanya AJK Kuil sahaja di benarkan berada di kuil selaras dengan arahan MKN 6 hari lepas.

P Ramasamy juga mempersoalkan kenapa semalam Anuar Musa boleh veto keputusan MKN untuk membenarkan perarakan oleh kuil Batu Caves? Dia juga anggap tindakkan ini hanya untuk mendapat laba politik sebab ada keistimewaan di situ pada geng kuil Batu Caves.

Saya rasa ramai kawan hindu bersetuju dengan tindakkan untuk membatalkan perarakan Thaipusam untuk tahun ini. Sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup dengan Covid, secara peribadi saya okay sahaja untuk buat perarakan minina 10 orang dengan SOP ketat, sama juga saya setuju kalau masjid di buka dengan SOP ketat dan hanya 10 orang jemaah di bawah PKP.

Tapi saya nak tulis tentang benda ini sebab saya hendak tunjukkan HIPOKRASI mereka yang dulu memekak Islam terancam zaman PH tambahan bila masjid di selangor masih ditutup. Kalau yang benarkan perarakan tersebut datang dari Menteri PH, maka gegak-gempita padang merbuk di laung Islam terancam belum masuk bab walaun berdoa minta bala dari Allah turun pada Menteri.

Tapi bila yang annouce kan itu dari "kelompok mereka", semua pakat jadi syaitan bisu termasuk la yang kat utara tu.

Adil itu bukan lihat siapa yang berkata-kata, tapi lihat apa yang di perkatakan. Sebab itu kita masih lagi boleh berfikir secara rasional walaupun yang berkata-kata itu berbeza fikrah politik dari kita.

Ingat double standard SOP itu yang punca jadi naiknya kes covid di seluruh negara lepas PRN Sabah. Di tambah lagi dengan burung hud-hud berbeza hukuman. Nak PRN atau PRU itu bukan punca sebenar, yang punca ialah bila Menteri dan ahli politik tak payah kuarantin di wajib, ubah masa kuarantin wajib hanya sebab nak bagi AP masuk mengundi. Bila jadi double standard macam ini, rakyat pun akan jadi sambil lewa, kalau menteri langgar SOP tak kena apa, buat apa aku susah-susah jaga SOP?

 





Anwar Ibrahim: Masih Ada Lagikah Tenaga Yang Boleh Menyatukan Pembangkang?



(Dari Wacana DSAI-MPN #7)

DSAI menegaskan bahawa Reform Institusi ini sangat penting, "Good governance" dan menentang Rasuah juga yg terpenting. Ia bukan perkara mudah kerana kita akan berhadapan dgn sistem yg enggan berubah.

Bagi melakukan "Institutional Reform" kita perlukan kekuatan dan "Political Will". DSAI akui beliau pernah ditimpa masalah kerana cuba menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sistem yg sudah korup itu sendiri akan melawan mereka yg mahu mencegah rasuah.

Para koruptor tidak senang dgn peruntukan akta berkenaan yg memberi kuasa pendakwaan ke atas koruptor walau selepas 10 tahun meninggalkan jawatan atau bersara.

Kerajaan bertukar tapi Rasuah masih tidak berubah. Begitulah realiti di Malaysia sejak berpuluh tahun.

Wallahualam.

- Zus Din

24 Januari 2021

 

TUTUP UNTUK AKTIVITI DEMOKRASI

 





COVID-19 MALAYSIA : UPDATE

 

COVID-19 MALAYSIA : UPDATE

LAMA DAH DARURAT TAPI KES TETAP TINGGI 3,346 KES.

MP PUN TAK TAHAN SEHINGGAKAN MAJORITI YG DIKATAKAN 114/115/117 DAN TERBARU 125 MP HANTAR SURAT MOHON PARLIMEN BERSIDANG DAN DARURAT DIBATALKAN.

KERAT PN NI MEMG CLUELESS DAN HOPELESS..!!

- Zus Din

24 Januari 2021










PKP lebih ketat bermula 4 Februari, seluruh sektor ekonomi ditutup?

 


PKP lebih ketat bermula 4 Februari, seluruh sektor ekonomi ditutup?


PUTRAJAYA sedang mempertimbangkan untuk menutup seluruh sektor ekonomi sekiranya kadar jangkitan Covid-19 di negara ini tidak menurun selepas 4 Februari, kata Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam surat kepada ahlinya.

“Sekiranya kadar jangkitan tidak menurun, kerajaan Malaysia akan mengumumkan penutupan/sekatan serta merta selepas 4 Februari, 2021. Ini situasi yang sedang kita hadapi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) merayu semua syarikat, antarabangsa dan tempatan, untuk sama-sama menyertai usaha memecahkan rantaian jangkitan bagi memastikan ekonomi terus berjalan,” menurut surat itu. 



Panas! UMNO bakal bubar 25 Januari?

 

Panas! UMNO bakal bubar 25 Januari?

Isnin 25hb Januari ini, Mahkamah Persekutuan dijadualkan memutuskan samada permohonan 16 orang bekas ahli UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan 16”) supaya UMNO dibubarkan diterima atau tidak, melainkan berlaku perubahan dalam penjadualan pada saat terakhir disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 20 April 2017, kumpulan 16 memfailkan permohonan kebenaran, antaranya, bagi mendapatkan perisytiharan bahawa UMNO tidak sah kerana melanggar perlembagaannya setelah gagal mengadakan pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi selama hampir lima tahun.

Dalam permohonan itu, mereka menamakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh (dalam kapasiti selaku pegawai awam dalam parti), sebagai responden pertama dan kedua.

Kumpulan 16 turut memohon beberapa perintah mahkamah dan perisytiharan berhubung kedudukan dan status UMNO yang didakwa melanggar perlembagaan parti.

Menurut mereka, UMNO menunda pemilihan bagi semua peringkat, iaitu Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi sebanyak dua kali, melebihi tempoh maksimum 18 bulan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Kumpulan 16 juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan RoS yang memberikan lanjutan masa kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan sehingga 19 April 2019.


Pada 27hb April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kumpulan 16 yang diwakili Salihudin Ahmad Khalid selepas membenarkan bantahan awal Pejabat Peguam Negara dan memutuskan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara membabitkan pertelingkahan antara ahli dalam parti politik.

Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Rayuan itu akhirnya didengar oleh Mahkamah Rayuan sebelum ditolak pada 5hb November 2018.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr Badariah Sahamid berkata tidak ada alasan untuk menganggu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Seksyen 18 C Akta Persatuan menetapkan bahawa keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu atau dipersoalkan di mahkamah.

“Oleh itu mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak permohonan 16 bekas ahli itu bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman,” katanya.

Walaubagaimanapun, pada 21hb Febuari 2019, kumpulan 16 memperoleh kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, dalam membenarkan pemohonan untuk kebenaran merayu mereka.

Mengikut undang-undang, litigan yang berhasrat merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes sivil perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Wong membenarkan permohonan bagi kebenaran merayu berdasarkan 2 persoalan undang-undang.

Persoalan itu adalah sama ada Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyisihkan bidang kuasa mana-mana mahkamah untuk melayani sebarang kes saman, permohonan, persoalan atau prosiding dalam sebarang perkara berkaitan hal ehwal parti, adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Satu persoalan lagi – sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes RoS melawan Datuk Justine Jinggut adalah undang-undang yang masih berkuat kuasa, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd melawan pentadbir tanah daerah Hulu Langat, selain kes M Indira Gandhi melawan pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan lain-lain.

Bagi kedua-dua kes, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Zainun Ali berpendapat kuasa kehakiman terletak pada badan kehakiman dan klausa penyisihan dalam undang-undang yang menghapuskan bidang kuasa mahkamah untuk menyemak perkara tertentu dalam lingkungan perundangan adalah tidak mengikut Perlembagaan.

Berdasarkan keyataan Zainun, tidak mustahil Mahkamah Persekutuan akan membenarkan permohonan kumpulan 16, menjurus kepada pembubaran UMNO atau pembatalan pendaftaran parti itu.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla mewakili kumpulan 16, manakala peguam kanan persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili JPPM. 



ADAKAH BERNAR MAHATHIR CURI DUIT ?

 

AZRUL AMIRUDIN


Adakah rakyat malaysia bersetuju

Harta dan kekayaan yang mahathir rompak dan curi sepanjang dia jadi perdana menteri...di kembalikan kepada rakyat malaysia...saya percaya sekiranya harta ini di kembalikan ekonomi negara akan kembali pulih dan rakyat pasti dapat manfaat

Terlalu banyak perbuatan jahat yang di lakukan mahathir bukan saja jahat kepada sesama manusia malah negara kita telah di hancurkan nya..

perbuatan hina yang di lakukan mahathir sangat tidak bolih di maafkan..sekiranya DSAI jadi perdana menteri malaysia...saya minta beliau sumbat orng tua gila ni ke penjara dan rampas semua harta rakyat malaysia yang dia curi dan rompak.

 Image may contain: 4 people, text that says "KEKAYAAN LUAR BIASA ANAK-ANAK TUN MAHATHIR MARINA MIRZAN MOKHZANI MUKHRIZ PEMILIKAN 52 SYARIKAT ASET RM 80 JUTA PEMILIKAN 156 SYARIKAT ASET RM 780 JUTA PEMILIKAN 255 SYARIKAT ASET RM 3 BILION PEMILIKAN 128 SYARIKAT ASET RM 540 JUTA 100 cinca MAHATRER"

JANGAN KECUT....TAK LAMA LAGI RUNTUH LA JUGA....

 

Tak nak berundur daripada kerusi PM, walau sudah hilang majoriti atau masih selesa 

ambil gaji buta Duta Timur Tengah, meski hanya duduk rumah, sebenarnya jauh lebih 

lagi...bayangkan lah kalau tetiba jatuh tersungkur kerajaan tebuk atap ini...mana la 

muka nak sorok pulak ya...kerana semua rakyat sekelian tahu betapa makan gaji buta 

amatlah enaknya tanpa perlu bebuat apa apa kecuali mengeluarkan fatwa mengarut.


Image may contain: 2 people, text that says "BH ONLINE 'Berbalah nak jadi PM kerja mengarut' Oleh Mohd Iskandar Ibrahim Januari 24, 2021 @ 1:24pm mohd_iskandar@bh.com.my f BH ONLINE Presiden PresidnPAS,DatukerAuHadAwang PAS, Datuk Seri Abdul Hadi NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI"

Gempar! Gerak kerja untuk ‘gulingkan’ Zahid telah bermula?

 


Gempar! Gerak kerja untuk ‘gulingkan’ Zahid telah bermula?

USAHA untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini sudahpun bermula, kata penganalisis.

Pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata ini dapat dilihat melalui kenyataan keras dalam sidang media bekas setiausaha agung parti Annuar Musa, dan pengedaran buku mengkritik Zahid. 

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Sinar Harlan Ahad 24 Januari 2021 cari Presiden UMNO sudah hilang kredibiliti, kata Tun Faisal MOHD AZLIM AINURY 24 Januari 2021 a كGس TUNFADK Sinar Harian Tun Faisal Ismail Aziz A-A+‎"‎‎


Bukan saja Annuar Musa menyerang Presiden, malah pegawai di kementeriannya juga turut galak menyerang sama.

Apakah ini tanda2 yang semakin nyata Annuar akan menentang Zahid Hamidi dalam pemilihan UMNO akan datang?

 


SEUMPAMA ARSENAL, PRESIDEN UMNO SINDIR KERAJAAN MINORITI 109 MUHYIDDIN….

 

Malam tadi ada sikit masa terluang, sempat menonton game #EPL, #Southampton lawan #Arsenal.

Dengar cerita tahun 2003 masa ada Therry Henry dulu, Arsenal hebat.

Tapi apa pasal makin lama makin landur je ni yob.

Saya berharap betul Arsenal menang, kalah lah pulak.. own goal pulak tu. Nampak gaya kekal lah carta nombor 11, 12 tu.

Kepada penyokong Arsenal jangan marah ye. Tahu team awak dulu hebat, sekarang? Hehe..

Tak tahu lah kena sampuk apa Arsenal musim ni, lepas kalah..kalah.. kalah lagi, menang, seri, seri, menang, kalah, kalah…

Taktikal apa guna ni #MikelArteta?

4-3-3 ke, 2-2-6 ke 109?

ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.




ZAHID HAMIDI SINDIR KERAJAAN MINORITI 109 MUHYIDDIN...🤣🤣


Sindir saja tak jadi

Malam tadi ada sikit masa terluang, sempat menonton game #EPL, #Southampton lawan #Arsenal.


Dengar cerita tahun 2003 masa ada Therry Henry dulu, Arsenal hebat. 


Tapi apa pasal makin lama makin landur je ni yob.


Saya berharap betul Arsenal menang, kalah lah pulak.. own goal pulak tu. Nampak gaya kekal lah carta nombor 11, 12 tu. 


Kepada penyokong Arsenal jangan marah ye. Tahu team awak dulu hebat, sekarang? Hehe..


Tak tahu lah kena sampuk apa Arsenal musim ni, lepas kalah..kalah.. kalah lagi, menang, seri, seri, menang, kalah, kalah...


Taktikal apa guna ni #MikelArteta? 4-3-3 ke, 2-2-6 ke 109?


ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.



DAH TAHU MASIH BANGGANG LAGI

 

Hamdan Taha

11 hari telah berlalu negara berdepan dengan PKP...tetapi kes tetap tinggi dan sentiasa ada pula rekod baru.....terbukti hasil dari pkp telah gagal mencapai matlamat utama...


Tiba tiba semalam ketua pengarah kkm dalam kenyataannya menyebut kluster baru melebihi 53 peratus adalah datangnya dari perkilangan dan industri pembinaan. Kenyataan beliau jelas amat membimbangkan....tetapi sebenarnya apa yang dinyatakan oleh beliau bukan perkara baru tetapi dari awal lagi begitu lah kisahnya.....cuma yang pelik kenyataan beliau itu seolah oleh beliau dan MKN baru tahu semalam....


Jika kerajaan telah kenal pasti 53 peratus punca kes di malaysia adalah dalam industri perkilangan dan pembinaan kenapa kerajaan masih membenarkan dua industri ini di berikan keutamaan oleh menteri kanan Haji Azmin sandakan untuk di buka tampa halangan. Sepatutnya penyakit dah tahu mudah lah bertindak....buat total lockdown dua industri ini....tutup selama 14 hari...jadi tidak lah ketua pengarah buat kenyataan setiap petang nampak di bodohkan....


Paling tidak wilayah,selangor,johor tiga negeri utama ini di tutup dulu sepenuhnya. Itu sebab kenyataan terbaru tun dr m saya setuju. Ketua pengarah kkm dan ismail sabri bagus dan amat bagus tapi perlu ingat mereka tu bukan super hero seperti dalam rancangan tv...mereka perlu di tambah tenaganya di pemikirannya. Dua tokoh tu dah tepu sebab tiap hari baca kenyataan akbar yang  jutaan orang pun boleh baca...


Tenaga tenaga pakar luar iaitu para dr dr di luar kerajaan wajib di ajak berbincang. Bayangkan akhirnya dr dr pakar ini terpaksa buat surat terbuka kepada perdana menteri kerana nak bantu kerajaan punya lah teruk negara kita dari segi hubungan anggota kerajaan dan swasta.


Saya hanya satu jer nak bagitahu...filem holywood pun akhirnya terpaksa gabungkan super hero mereka dalam satu filem untuk tarik penonton. Superman,spiderman,badman,captain america,entah apa man dan women lagi...semua di jadikan dalam satu filem itu pun akhirnya setakat 4 filem ke atau 5 je lepas tu mereka pun dah tepu dan filem tu di tamatkan....setakat kita malaysia ni yang ada cicak man jer....lain dari itu tak ada hahaha....


Jadi muhyudiin man...ismail sabri man...azmin ali ini tak tahu man ke women....tan sri norhisham man ni tolong lah tengok kiri kanan dan ambil pandangan ramai orang....


Tugas muhyuddin man ajak ahli politik duduk bincang.....tugas ismail sabri man pula ajak bakal pm annuar mus atau adam bincang....taipusam pun bagi juga...yang tan sri norhisham man pula ajak para ilmuan lain duduk biñcang jadi tidak lah petang petang keluar kenyataan lawak jenaka....



HENTI MAIN POLITIK katanya.


Rina Hamzah


Tapi dia panggil MP UMNO ke rumahnya atur rancangan tumbangkan PH.


HENTI MAIN POLITIK katanya, 

tapi dia yang membawa keluar geng kartel keluar dari PKR sehingga kjaan PH tumbang.


HENTI MAIN POLITIK katanya, 

tapi dia yang rancang langkah Sheraton berpakat dgn parti pembangkang menumbang kerajaan PH dan membentuk kjaan PN. 


HENTI MAIN POLITIK katanya, 

tapi dia yang membeli yb2 PH supaya keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan Johor, Melaka dan Kedah tumbang. 


HENTI MAIN POLITIK katanya, 

tapi rancangan dia yang membeli wakil rakyat Sabah sehingga mereka melompat menyebabkan kerajaan Warisan Sabah hilang majoriti memakda ketua menteri memohon pembubaran DUN sehingga berlaku PRN Sabah yang akhirnya mencetus gelombang ke 3 sehingga merebak ke seluruh negara.


HENTI MAIN POLITIK katanya, 

tapi dia yang rancang utk menyembah perintah darurat utk selamatkan kjaan PN yg sudah hilang majoriti. Akhirnya seluruh negara diisytihar darurat tapi dia tetap bergerak ke sana sini mencari peluang untuk terus kekal berkuasa. Bila ada suara yang meminta perisytiharan darurat ditarik balik sekali lagi dia kata 

HENTI MAIN POLITIK.


Kredit: Amran Omar


#HentiMainPolitikKatanya

#SiBodohKauDengarSini



Kerajaan ada duit, beri peruntukan khas untuk pendidikan atas talian


POSTED BY AMIR WRLR


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa Kementerian Pendidikan mendapatkan peruntukan khas bagi membantu guru dan murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, peruntukan khas itu amat diperlukan kerana rata-rata murid dan pelajar didapati tidak mempunyai capaian internet dan alat peranti yang mencukupi sejak sesi persekolahan bermula minggu lepas.

"Peruntukan khas itu boleh digunakan untuk menampung kos perbelanjaan membeli peranti seperti komputer riba atau telefon pintar selain menyediakan kemudahan akses internet kepada pelajar terutama keluarga B40 atau M40.

"Kerajaan ada duit bukan tidak ada duit. Kalau tidak ada peruntukan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin boleh minta luluskan peruntukan khas pendidikan di Parlimen dan ahli-ahli Parlimen akan sepakat luluskannya," katanya.

Pada masa sama, Hassan berkata peruntukan khas boleh dibincangkan di sidang Parlimen namun ketika ini tidak dapat dilakukan kerana darurat.

"Ketika ini Parlimen digantung jadi macam mana ahli-ahli Parlimen mahu membincangkannya? Kalau tak setiap Selasa dan Khamis di Parlimen kita boleh tanya atau cadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Mohd Radzi dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

"Masalah rakyat semasa PKP bukan sahaja makan minum tetapi juga isu pendidikan. Kerajaan luluskan peruntukan RM35 juta untuk bina tiga dewan baru-baru ini walaupun kawasan itu dah ada empat dewan. Jadi tidak timbul masalah peruntukan," katanya.

Hassan turut mempersoalkan kesediaan Kementerian Pendidikan melaksanakan PdPR dengan berkesan sepanjang tempoh PKP.

"Kalau masa tahun pertama kita memang kelam-kabut tetapi sekarang kita sudah masuk tahun kedua berdepan Covid-19. Saya nak tanya apa persiapan dibuat KPM dalam setahun untuk laksanakan pendidikan digital, apa perancangan yang dibuat?

"Jawapannya tidak ada. Apa software atau perisian, program dan aplikasi yang ada untuk digunakan dari Tahun Satu hingga Enam dan software Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima? Adakah guru dilatih dan diberi kursus untuk menjalankan pendidikan digital," katanya.

 

Kilang, restoran boleh buka...kenapa kedai gunting rambut tak boleh?



POSTED BY AMIR WRLR


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan polisi kerajaan yang membenarkan beberapa sektor perniagaan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi tidak kepada pengusaha kedai gunting rambut.

Ini selepas beliau mendengar luahan seorang pengusaha kedai gunting rambut di kawasannya yang mendedahkan perniagaannya terjejas kerana tidak dapat beroperasi namun tetap perlu membayar sewa seperti biasa.

Fahmi berkata, jika kerajaan benar-benar bimbang penularan wabak Covid-19 berlaku di kedai gunting rambut, seharusnya kerajaan prihatin terhadap kebajikan mereka.

"Apakah bantuan yang disampaikan mencukupi? Adakah semua barber mendapat bantuan Skim Subsidi Upah 3.0? Bagaimana pula isu sewa? Moratorium? Semua berkait. Tapi belum nampak penyelesaian," katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata beliau bimbang industri kedai gunting rambut akan lesap tidak lama lagi.

"Adakah kita bakal lihat kedai-kedai barber yang diusahakan anak-anak muda ini terpaksa ditutup?

"Kalau kilang boleh buka, restoran boleh beroperasi, IKEA boleh pergi, Victoria Secret orang boleh singgah beli... kenapa barbershop tak boleh?" katanya.

 

KAH.....SEMBANG...

 Image may contain: text that says "APALAH SANGAT HONDA, HYUNDAI, TOYOTA, SONY LARI KE NEGARA JIRAN TUGAS SAYA MENGINSAFKAN NEGARA ASIA BARAT MELABUR KE ASIA TENGGARA"

LEBIH MAJORITI MP MEMOHON PERSIDANGAN PARLIMEN DIADAKAN DAN DARURAT DIKAJI SEMULA...?

 

(Dari Wacana DSAI-MPN #1)

1) SUDAH jelas Majoriti MP mengirimkan warkah memohon persidangan Parlimen diadakan bagi mengkaji semula Darurat. RAKYAT MEMERHATI APA TINDAKAN YDPA DALAM AMALAN DEMOKRASI?

2) Kuasa YDPA utk melaksanakan Proklamasi DARURAT diakui (tidak dipertikaikan) tetapi Rakyat dan MP-MP sendiri meragui keabsahan seorg PM yg hilang MAJORITI sokongan MP bagi menasihati YDPA utk melaksanakan Darurat.

3) Menurut DSAI, sekitar 114 atau 115 MP sudah mengutus warkah kpd YDPA dgn memohon diadakan persidangan Parlimen. Mereka ini menolak pandangan Kerajaan PN mengadakan Darurat. Malah Kabinet Sarawak dan GPS juga sedang menimbang utk memohon Darurat di Sarawak ditarik balik.

4) WARISAN di Sabah turut berpandangan bahawa Darurat ini perlu dikaji semula dan sidang Parlimen perlu diadakan. Begitu juga sikap UMNO. Ini menyebabkan Darurat ini ditolak oleh MAJORITI MP dan mungkin sekitar 90 shj yg masih menyokong Kerajaan PN ini.

5) MEMBACA Perkara 150(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :

"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B). (4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu".

MAKA adalah jelas menunjukkan yg Proklamasi Darurat 2021 (PD2021) ini sepatutnya dibawa ke Parlimen dan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. JIKA ini tidak dilakukan apakah keabsahan Darurat itu boleh dicabar?

6) JIKA bagi seorg PM yg dilantik TANPA PRU sepatutnya mendapatkan keabsahan sokongan Majoriti melalui VoC di Parlimen, kita lihat PM sekarang ini TIDAK PERNAH membuktikan sokongan Majoriti kpd beliau di Parlimen sepertimana Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah bila jelas PM8 ini TELAH kehilangan Majoriti, beliau bertindak menasihat YDPA utk melanaksanakan PD2021. Adakah ini menepati Perlembagaan atau ia adalah tindakan TIDAK BERPERLEMBAGAAN? Ini boleh dihujahkan termasuk di mahkamah.

7) Rakyat sedang memerhati. Jelas di seluruh Negara malah Dunia Luar turut memerhati, apa tindakan YDPA menurut lunas-lunas Demokrasi? Seperti yg dinyatakan DSAI, kita menantikan budi bicara YDPA utk menyelesaikan perkara ini dgn TUNTAS.

8) Membiarkan Darurat dan ketidak tentuan Ekonomi pandemik dan pandemik COVID-19 yg memburuk di bawah seorg PM yg telah hilang MAJORITI dgn "kerajaan caretaker: yg sgt lemah tidak akan memberi manfa'at malah malapetaka kpd Malaysia dan Rakyatnya.

Wallahualam.

- Zus Din

24 Januari 2021

****************************************

114 atau 115 MP tak setuju darurat saranan PN, dakwa Anwar

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat "lebih daripada mencukupi".

Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.

Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan segera.

"Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara hari ini.

Rabu lalu, Anwar mempertahankan tindakan pembangkang menulis surat kepada Agong untuk memohon perkenan baginda membenarkan parlimen bersidang ketika darurat.

Pada 14 Jan Anwar meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari.

PH dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan mereka menghantar surat itu, manakala Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka.

Pengisytiharan darurat - yang dikritik parti kerajaan dan pembangkang - seperti disarankan PN membawa kepada penggantungan parlimen serta perlembagaan.

Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan darurat sebagai cara untuk dia terus berkuasa walaupun selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Mungkin tak sampai 90

Bagi pihak yang mempertahankan darurat, mereka menyifatkan pandangan yang tidak selari dengan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.

Antaranya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang mempertikaikan tindakan Ahmad, selain Pemuda PAS yang mendakwa Anwar mengajak ahli parlimen menderhaka.

Di sebalik jumlah yang besar mahukan darurat ditamatkan, Anwar mengakui keputusan mengenainya bergantung kepada ihsan Agong.

“Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi [...].

“Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,” katanya.

Anwar turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang berbincang mengenai usul darurat itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui hasil perbincangan GPS itu.

“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku. Maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli parlimen, ataupun jauh lebih rendah,” katanya.