POSTED BY AMIR WRLR
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan polisi
kerajaan yang membenarkan beberapa sektor perniagaan beroperasi ketika Perintah
Kawalan Pergerakan, tetapi tidak kepada pengusaha kedai gunting rambut.
Ini selepas beliau mendengar luahan seorang pengusaha kedai gunting rambut di kawasannya yang mendedahkan perniagaannya terjejas kerana tidak dapat beroperasi namun tetap perlu membayar sewa seperti biasa.
Fahmi berkata, jika kerajaan benar-benar bimbang penularan wabak Covid-19 berlaku di kedai gunting rambut, seharusnya kerajaan prihatin terhadap kebajikan mereka.
"Apakah bantuan yang disampaikan mencukupi? Adakah semua barber mendapat bantuan Skim Subsidi Upah 3.0? Bagaimana pula isu sewa? Moratorium? Semua berkait. Tapi belum nampak penyelesaian," katanya.
Pada masa sama, Fahmi berkata beliau bimbang industri kedai gunting rambut akan lesap tidak lama lagi.
"Adakah kita bakal lihat kedai-kedai barber yang diusahakan anak-anak muda ini terpaksa ditutup?
"Kalau kilang boleh buka, restoran boleh beroperasi, IKEA boleh pergi, Victoria Secret orang boleh singgah beli... kenapa barbershop tak boleh?" katanya.