Azamku Adil
Orang tanya kenapa marah sangat pada Pas tapi
tak marah pada Umno?
Jawapanya ialah Umno tak mengajar ahlinya
mengkafirkan musuh politik tapi Pas mendoktrinkan ahlinya mengkafirkan musuh
politiknya.
Bukan saja suami isteri bercerai berai, anak
tak mengaku bapa kerana bapanya penyokong umno, rakan taulan dari kecil
bermasam muka kerana mengundi BN, jiran tidak bertegur sapa kerana bendera,
daging korban orang-orang Umno di buang kerana mengatakan sembelihan orang Umno
tidak sah, masjid solat jemaah 2 imam dalam masa yang sama dan paling dasyat
sekali ialah apabila anggota polis di anggap sebagai anjing kerajaan sehingga
sanggup membunuh anggota polis dalam peristiwa Memali kerana percaya kepada
fatwa Hadi Awang bahawa mati melawan Umno adalah mati syahid.
Semuanya adalah kerana doktrin kebencian
terhadap musuh politik Pas yang di tanam dalam pemikiran ahli-ahlinya.
Maka orang yang paling bertanggungjawab dalam
perpecahan umat Islam di Malaysia ini ialah Hadi Awang yang kini menjadi
Presiden parti Pas.