MOHD MUKHLIS
Saya sebenarnya malas ulas bab ini sebab nanti boleh jadi isu
sensitif, tapi sebab "kawan baik" SSST sudah tegur tentang double
standard SOP Thaipusam, saya pun hendak komen serba sedikit.
Tulisan P Ramasamy boleh di baca di sini. https://www.freemalaysiatoday.com/.../why-the-double.../
Apa yang saya faham dari penulisan Ramasamy, Kerajaan Pulau
Pinang dan Hindu Endowments Board (HEB) telah membatalkan acara berkait dengan
Thaipusam termasuk perarakan dan hanya AJK Kuil sahaja di benarkan berada di
kuil selaras dengan arahan MKN 6 hari lepas.
P Ramasamy juga mempersoalkan kenapa semalam Anuar Musa boleh veto
keputusan MKN untuk membenarkan perarakan oleh kuil Batu Caves? Dia juga anggap
tindakkan ini hanya untuk mendapat laba politik sebab ada keistimewaan di situ
pada geng kuil Batu Caves.
Saya rasa ramai kawan hindu bersetuju dengan tindakkan untuk
membatalkan perarakan Thaipusam untuk tahun ini. Sebab kita tak tahu berapa
lama lagi kita akan hidup dengan Covid, secara peribadi saya okay sahaja untuk
buat perarakan minina 10 orang dengan SOP ketat, sama juga saya setuju kalau
masjid di buka dengan SOP ketat dan hanya 10 orang jemaah di bawah PKP.
Tapi saya nak tulis tentang benda ini sebab saya hendak
tunjukkan HIPOKRASI mereka yang dulu memekak Islam terancam zaman PH tambahan
bila masjid di selangor masih ditutup. Kalau yang benarkan perarakan tersebut
datang dari Menteri PH, maka gegak-gempita padang merbuk di laung Islam
terancam belum masuk bab walaun berdoa minta bala dari Allah turun pada
Menteri.
Tapi bila yang annouce kan itu dari "kelompok mereka",
semua pakat jadi syaitan bisu termasuk la yang kat utara tu.
Adil itu bukan lihat siapa yang berkata-kata, tapi lihat apa
yang di perkatakan. Sebab itu kita masih lagi boleh berfikir secara rasional
walaupun yang berkata-kata itu berbeza fikrah politik dari kita.
Ingat double standard SOP itu yang punca jadi naiknya kes covid
di seluruh negara lepas PRN Sabah. Di tambah lagi dengan burung hud-hud berbeza
hukuman. Nak PRN atau PRU itu bukan punca sebenar, yang punca ialah bila
Menteri dan ahli politik tak payah kuarantin di wajib, ubah masa kuarantin wajib
hanya sebab nak bagi AP masuk mengundi. Bila jadi double standard macam ini,
rakyat pun akan jadi sambil lewa, kalau menteri langgar SOP tak kena apa, buat
apa aku susah-susah jaga SOP?