KEH.. KEH.. KEH..

 



Ramai orang post ni sambil menyindir. Sabar la. Tahun 2024 belum sampai separuh. Kalau penerbangan yang pertama sampai 31 Disember ni pun kira dalam tahun ni jugak kan? Nak bina bukan lama. Mungkin malaikat boleh turun tolong bina. Mana kita tau. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 




Novita All - Cari-Cari Salah (Official Music Video)



Penyanyi dangdut tanah air, Baby Shima dan kartunis politik, Zunar bekerjasama untuk lagu baharu yang menangani isu hangat mengenai 'penunggang agama' di Malaysia. – Gambar kombo, 20 April 2024




Baby Shima, Zunar bersatu dedah kisah ‘penunggang agama’ dalam lagu baharu


 Penyanyi dangdut tanah air, Baby Shima dan kartunis politik, Zunar bekerjasama untuk lagu baharu yang menangani isu hangat mengenai 'penunggang agama' di Malaysia. – Gambar kombo, 20 April 2024

Baby Shima, Zunar bersatu dedah kisah ‘penunggang agama’ dalam lagu baharu

Lagu satira 'Cari-Cari Salah' menandakan penampilan sulung kartunis veteran itu sebagai penulis lirik

 
7:08 PM MYT



KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut tanah air, Baby Shima dan kartunis politik, Zunar membuat kejutan apabila berkolaborasi untuk single muzik bertajuk ‘Cari-Cari Salah’ (Mencari Kesalahan).

Lagu itu yang dipersembahkan oleh artis baharu Indonesia, Novita All mula ditayangkan di saluran YouTube rasmi Baby Shima pada Jumaat lalu (19 April).

Zunar ketika ditanya mengesahkan, ini adalah percubaan pertamanya sebagai penulis lirik, sambil menambah lagu tersebut diilhamkan oleh salah satu ilustrasinya.

Tidak seperti kebanyakan lagu dangdut bertemakan cinta, Cari-Cari Salah mengupas tentang isu sosial, mengambil idea terhadap masalah kemunafikan agama.

Sifat lagu yang berunsur politik jelas dalam liriknya, yang ditulis oleh Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.

“Lagu ini memang khusus ditujukan kepada golongan munafik agama, mereka yang mengajar sesuatu perkara tetapi mengamalkan yang lain.

“Ini bukan tuduhan kepada individu-individu agama secara keseluruhan. Mereka layak dihormati, tetapi ini ditujukan kepada mereka yang berpura-pura bertakwa.

“Dalam pengamatan saya, Malaysia mempunyai individu-individu seperti itu (penunggang agama),” katanya ketika dihubungi Scoop.

Lirik lagu tersebut mengkritik sikap munafik, terutamanya memfokuskan kepada individu yang secara luaran menampilkan perwatakan alim tetapi melakukan perbuatan bertentangan.

Mereka digambarkan sebagai ‘hakim’ yang sentiasa mencari kesalahan orang lain sambil mengabaikan kekurangan sendiri.

Lirik lagu ‘Cari-Cari Salah’ diilhamkan oleh salah satu ilustrasi Zunar. – Gambar Zunar.my, 20 April, 2024

Zunar turut menyentuh topik keserakahan dan ketidakpercayaan, memperlihatkan walaupun mereka mendakwa mematuhi ajaran agama, individu itu didorong oleh keinginan mementingkan diri sendiri, seperti keinginan berkahwin dengan beberapa wanita walaupun sudah beristeri, dan berbuat demikian atas alasan yang salah.

Menjelaskan mengenai kerjasama yang mengejutkan itu, Zunar mendedahkan bahawa idea tersebut datang daripada Baby Shima (nama sebenar Nor Ashima Ramli) berikutan kontroversi membabitkan tokoh agama tertentu.

Sementara itu, peminat Baby Shima menyedari ada perkataan ‘Walaun’ disebut dalam video berkenaan, ia adalah istilah pejoratif yang biasanya digunakan untuk menggambarkan penyokong “konservatif” Perikatan Nasional (PN).

Di sebalik nada politik, Zunar menekankan bahawa lagu itu mewakili langkah ‘berani’ bagi golongan wanita di Malaysia.

“Banyak wanita menghadapi pelbagai bentuk pelecehan dan berjuang untuk menyuarakan kebimbangan mereka. Ini merupakan langkah yang berani,” katanya. – 20 April 2024

MORAL DAN AKHLAK DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.



Bagi mereka yang mempertikaikan ' Moral dan Akhlak ' Dato Seri Anwar Ibrahim sila bandingkan pengatahuan anda dengan orang-orang yang mempertahankan ' Maruah ' Dato Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;


1. Sejak bermula ' Fitnah dan Tuduhan yang direkayasa ' dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Dato Seri ' Berhenti Berpolitik ' sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang.Dato Najib sendiri di parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi,akibat kemarahan masyarakat Melayu atas kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.


2. Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/Bn buat pertama kali bila Umno/Bn kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.Akibatnya Umno/Bn menjadi LUMPUH.


3. Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Dato Seri sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan Umno/Bn,bila Umno/Bn buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular,akibatnya Umno/Bn ' KOMA ' dan sepatutnya Anwar Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.


Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


4. Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab,Indonesia,Turki dan Iran tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori ' Politik ' pada tahun 2017 dan 2018 dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan,walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.


Masyarakat antara bangsa tetap mempertahakan moral dan maruah Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ' Noble Peace Prize ' pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.


Masyarakat barat tetapt mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim apabila Anwar disenaraikan kekelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' Politik ' oleh Majalah Time pada tahun 2008.


5. Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ' Intellectual Muslim ' yang dihormati oleh dunia barat.


6. Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


7. Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


8. Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


9. Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


10. Aiman Rais pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


11. Kiayi Hj. Maasum Bandawoso Jawa Timur,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


12. Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Darajat,Gerisik Surabaya,Jawa Tengah,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


13. Sheikh Abdul Razak Hafiz,Mallah Puram,Karallah,India memimpin himpunan setengah juta umat,zikir dan solat hajat untuk mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


14. BJ Habibie bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.


15. Mustapha Charrick,Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan Moral,Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.


16. Maulana Ihsan Hendricks,Presiden Majlis Keadilan Islam dan Judicial Council Ulama Afrika,tetap memertahankan Moral,Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


17. Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


18. Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


19. Reccep Tayyip Erdogan Presiden Turki tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


20. Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


21. Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


22. Ekmeleddin Ihsanoglu Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


23. Dr. Umar Jamjum,University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


24. Rashid Ghanoushi Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia,tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.


25. Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong ke 15 mempertahakan moral, akhlak dan tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perkara jijik.


26. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pendang,Kedah mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.


27. Sheikh Dr. Ahmad Ar Raysuni Pengerusi Majlis Ulama Sedunia.


28. Sultan Brunei mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.


29. Sultan Nazrin Shah mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.


30. Yang Dipertuan Agong mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.


Nota:


1. Tulisan ini bukan bermaksud TAKSUB kepada DSAI,saya sedar DSAI hanyalah manusia biasa.


2. Matlamat tulisan ini adalah untuk mengekang,membendung dan melawan PEMBUHUHAN WATAK atau CHARACTER ASSASSINATION yang dilakukan ke atas DSAI oleh musuh-musuhnya dari sudut Sains Politik.


3.Pembunuhan watak adalah sebahagian dari Sains Politik dan harus dijawab dan dilawan.


4. Saya bekas pelajar DSAI di Yayasan Anda Akademik Kuala Lumpur dan juga bekas JEMAAH beliau dalam Pertubuhan Dakwah, Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) ketika itu DSAI adalah Presiden Saya.


Abdul Rauf Hj.Jainullah.



BERPADA-PADA DALAM BERPOLITIK KEPARTIAN: BEKAS ULAMA PAS


“Semua orang tahu beliau adalah ahli dan pendokong sebuah parti politik. Bapa beliau adalah Pengarah Pilihanraya salah satu dewan parti tersebut. Keluarga beliau di Terengganu pun terkenal sebagai keluarga pimpinan PAS meskipun ada sebilangan ahli keluarga mempunyai pendirian politik agak berbeza. “Bantuan yang dihulurkan oleh PM tidak akan mengubah pendirian politik yang telah disemai sejak kecil dan bukan pun bertujuan agar seseorang mengubah pendirian politik.”




[panas] AKMEL SEMAKIN BIADAP! YB ADAM SEKOLAHKAN AKMEL!


Ketua Pemuda PKR, Adam Adli Abd Halim mengingatkan rakan pemuda dari Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adam berkata, sebagaimana PKR sepakat menonjolkan sikap hormat kepada Presiden Umno dan berhati-hati dalam memilih perkataan, mengapa Akmal tidak melakukan perkara sama terhadap presiden mereka. “Apa sangat harganya untuk saudara ambil sikap yang sama terhadap Presiden kami, pimpinan utama kita, Perdana Menteri sendiri?
“Yang disinggung oleh saudara itu Presiden kami, Perdana Menteri kita semua. “Mungkin saudara bukan “walanon” tetapi saudara tetap salah seorang Ketua Pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. ============================================================================== Duri dalam daging Dalam ekonomi tidak menentu dgn peperangan Palestin, Israel, Russia, Ukraine dan Iran, jika negara kita politik terus bergolak ia hanya akan memusnahkan untuk pemulihan ekonomi. Mana tidaknya, Akmal Saleh dan Wee Ka Siong bertindak seolah-olah mereka adalah wakil dari parti pembangkang atau seolah-olah deep state untuk kerajaan. Sepatutnya, kedua-dua mereka membantu kerajaan dengan menggunakan saluran dalaman parti. Namun, perwatakan mereka bukan sahaja tidak profesional malah seperti menjadi duri dalam daging Kerajaan Perpaduan ini. Dr Akmal Saleh Nasihat saya buat adik Akmal Saleh walaupun saya tahu nasihat ini tidak akan dipedulikan kerana nasihat Presidennya sendiri tidak dipedulikan, tetapi dengarlah Akmal… UMNO ditolak oleh orang Melayu sejak 2008 lagi. Grafnya menurun dan semakin menurun pada PRU2013 dan akhirnya PRU2018 orang Melayu menolak parti ini. Kepercayaan orang Melayu kepada UMNO semakin terhakis kerana isu korupsi. Kebersamaan UMNO dengan Kerajaan Perpaduan sepatutnya diambil kesempatan untuk memulihkan parti orang Melayu ini. Pelbagaikan aktiviti menyantuni rakyat di seluruh negara dan pulihkan imej UMNO bahawa parti ini benar-benar berubah. Imej UMNO perlu diperbaiki dan tidak boleh menumpang sama ada dengan PN dan PH selama lamanya. Jika tidak, parti ini akan karam selama-lamanya. Nasihat saya buat Akmal sebagai anak muda, bawa reformasi parti UMNO. Parti ini kena banyak muhasabah. Katakan UMNO yang akan bangkit ini bukan UMNO yang dulu. UMNO kena lari imej gila kuasa utk kepentingan peribadi pemimpin yg membuatkan org Melayu berpindah kpd parti2 lain akhir2 ini. Mana tahu ketika Akmal menerajui parti ini suatu hari nanti UMNO akn pulih. Buat Zuhdi semoga saranan ini sebagai titik permulaan utk PAS boleh bekerjasama dgn kerajaan. Demi agama, demi negara sewajarnya parti2 Melayu hentikan sengketa dan fokus utk pulihkan negara. Saya secara peribadi jika ia berlaku saya tidak malu2 menghulurkan salam pendamaian dgn PAS. Politik dinamik, politik berubah demi negara dan itu tujuan kita berpolitik. Musuh tidak selamanya musuh dan kawan tidak selamanya kawan. Ini negara kita bersama dan ia perlukan kebersamaan di kalangan pemimpin Melayu utk menyelamatkan ya demi utk anak cucu kita. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/04/20/h... 2. https://harapandaily.com/2024/04/20/b...


KEGAGALAN MADANI ? PART 1

 


Kegagalan ‘Madani’!

Jika kerajaan tidak menunjukkan tauladan kepimpinan dalam memadam kontroversi, pasti ahli politik taksublah yang akan mempergunakannya

By

 K Haridas

 ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Kita bergerak dari satu krisis ke krisis yang lain.

Ia bermula dengan stokin dan kemudian beralih kepada kasut dan kini pula sejadah.

Isu sensitif pasti timbul dari semasa ke semasa, dan seringkali, perkara sebegini akan berlaku dalam masyarakat yang pelbagai. Tiada satu komuniti pun boleh mendakwa sesuatu akan menjadi lebih ‘sensitif’ daripada komuniti yang lain.

Apa yang menyedihkan dalam kes Malaysia ialah selepas enam dekad kemerdekaan dengan perpaduan antara etnik yang menjadi tunjang dasar pembangunannya, kita nampaknya tidak bergerak ke arah persefahaman yang lebih mendalam. Kita juga tidak mempunyai sistem dan proses untuk menangani pengurusan krisis di antara etnik dan agama.

Polarisasi berterusan walaupun terdapat slogan dan visi. Mereka yang memainkan api perkauman terus mengkhianati kepercayaan rakyat Malaysia.

Banyak bidang melibatkan soal kehidupan – pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan awam, angkatan tentera – dikuasai oleh satu kumpulan etnik. Mungkin ada sedikit taburan etnik minoriti di sana sini untuk mempamerkan wujudnya kepelbagaian.

Dengan sedikit atau hampir tiada interaksi, masyarakat kita tinggal di kawasan hanya berasaskan satu kaum, dan ia paling ketara dalam politik. Apa lagi, isu etniklah yang konsisten digunakan untuk mendapatkan undi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Malangnya, kita tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai kapasiti untuk mengangkat agenda negara dan mengutarakan dasar dan proses yang boleh mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih bersatu padu.

Namun begitu, perubahan memang meninggalkan kesannya. Hari ini, kita mempunyai “kerajaan perpaduan'”, gabungan beraneka parti politik yang dapat menyediakan kawal dan imbang pada sesuatu masa, namun pada waktu sama tidak pula dapat berfungsi dengan baik, memburukkan dirinya pada masa-masa lain. Secara paradoks, gabungan ini seakan memberikan sinar harapan untuk masa depan.

READ MORE:  The 'Madani' failure!

 

Satu segmen yang kitab oleh harapkan ialah masyarakat sivil. Di sini kita akan melihat wujud kumpulan rakyat yang prihatin dalam memperjuangkan pembaharuan, mempertahankan hak asasi manusia, berjuang untuk keadilan sosial, bersuara menentang kemiskinan dan menyokong hak bagi pekerja asing.

Namun yang menyedihkan, “Malaysia Madani” nampaknya hanya menjadi satu lagi slogan kosong – sama seperti slogan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, iaitu “Bersih, Cekap, Amanah”. Ia ternyata hanya tin kosong yang tidak membawa sebarang perbezaan, tetapi hanya menambah jumlah skandal yang memburukkan lagi pentadbiran sedia ada.

Cara kerajaan Madani menangani krisis baru-baru ini yang berkaitan dengan stoking yang mengandungi perkataan “Allah” mengecewakan banyak pihak.

Siapakah dalam kerajaan sekarang yang ada menunjukkan kualiti seperti rasa hormat, amanah dan belas kasihan – apa lagi soal lain yang lebih penting berkaitan isu kemampanan, kemakmuran dan inovasi?

Mungkin kerajaan Madani patut menubuhkan jawatankuasa perundingan rakyat yang mengambil kira kepelbagaian kaum dalam negara. Jawatankuasa ini boleh berfungsi sebagai kumpulan pengurusan krisis yang boleh bertindak balas dengan segera berkaitan segala isu-isu yang rumit.

Saya berani mengatakan kebanyakan orang ramai hari ini lebih komited kepada keamanan dan saling memaafkan daripada kebanyakan ahli politik, yang nampaknya mempunyai agenda untuk memecah belah.

Memang sifat kepelbagaian di mana pastinya isu-isu sukar pasti akan timbul. Tetapi jika kita mempunyai rasa hormat dan kepercayaan, kontroversi pasti boleh diselesaikan.

Jika kita tidak mempunyai kumpulan pengurusan krisis yang sedemikian, nampaknya kita seakan-akan menyerahkannya kepada sekumpulan kecil ahli politik yang taksub. Ahli politik sebegini hanya menunggu peluang sebegitu untuk mempamerkan kebodohan mereka.

Saya kecewa apabila Menteri Hal Ehwal Ugama Na’im Mokhtar berkata bahawa kenyataan baru-baru ini oleh MCCBCHST, sebuah jawatankuasa yang mewakili kepercayaan utama bukan Islam, mengelirukan dan boleh menyebabkan ketidakharmonian. Jawatankuasa itu melahirkan kebimbangan terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dikenali sebagai RUU 355.

READ MORE:  The 'Madani' failure!

 

Saya mempunyai harapan yang lebih besar daripada menteri, terutamanya kerana beliau sendiri mewakili kerajaan Madani. Apakah salahnya jika beliau dapat menjemput jawatankuasa itu untuk minum teh bersama mereka sambil mendengar pandangan mereka?

Ia pasti dapat membuka peluang baginya untuk menunjukkan bahawa kerajaan Madani tidak berminat untuk bermain politik dan memfokuskan kepada keperluan untuk melahirkan kepercayaan, rasa hormat, persahabatan dan persefahaman.

Bayangkan seperti apa tanggapan orang ramai terhadap kredibiliti kerajaan serta komitmen menteri itu sendiri terhadap slogan Madani. Jika tidak, Madani akan menjadi satu lagi slogan yang tiada bezanya.

Menteri itu perlu berani keluar dari sempadannya dan memerhati perasaan golongan minoriti. Beliau boleh berjumpa dengan MCCBCHST dan memberi jaminan kepada mereka bahawa pindaan itu hanya akan memberi kesan kepada orang Islam dan sebarang perubahan adalah dalam rangka Perlembagaan Persekutuan. Ia pasti akan menjadi sebuah langkah positif.

Kegagalan ‘Madani’!- PART 2

 



Kegagalan ‘Madani’!


Jika kerajaan tidak menunjukkan tauladan kepimpinan dalam memadam kontroversi, pasti ahli politik taksublah yang akan mempergunakannya

By

 K Haridas

 -

Menteri sepatutnya empati akan ketakutan dan rasa tidak selamat golongan minoriti. Dialog adalah kuncinya dan nampaknya beliau sudah pun terlepas peluangnya. Mungkin baginya, Madani juga hanyalah sebuah slogan politik. Beliau pastinya sedar bahawa terdapat cukup banyak kes undang-undang yang menimbulkan keresahan di kalangan minoriti agama.

Kerajaan ini patut menunaikan janjinya. Melainkan para menteri dan pemimpinnya menunjukkan apa yang diperlukan mereka bagi mendapatkan penghormatan, kepercayaan dan belas kasihan, Madani hanya akan kekal sebagai satu lagi slogan kosong.

Bukanlah sesuatu yang berlebihan untuk pihak kerajaan berusaha untuk mendengar pandangan alternatif. Walaupun tiada apa yang dicapai, sekurang-kurangnya dialog telah berlaku dan kedua-dua pihak mengakui pendirian mereka. Kita tidak mahu pendekatan autokratik dari atas ke bawah, seperti yang berlaku selama beberapa dekad yang lalu.

READ MORE:  The 'Madani' failure!

 

Ia sesuatu yang cukup menyedihkan apabila isu antara agama masih tidak dapat diselesaikan di Malaysia pada hari ini. Seperti yang dihuraikan dengan jelas oleh Profesor Emeritus Osman Bakar dalam kertas kerjanya mengenai dialog antara agama dan tamadun: “Pluralisme etnik dan serantau merupakan isu kontemporari bagi Nabi (SAW) kerana wawasannya adalah, antara lainnya, untuk mewujudkan pluralisme Arab sebagai sebuah model kehidupan berbilang kepercayaan serta etnik yang diasaskan berdasarkan prinsip kerohanian yang boleh dilihat oleh masyarakat masa depan bagi mendapatkan inspirasi.”

Kita mesti beralih daripada hanya seputar agenda anda, saya dan mereka kepada satu bentuk keharmonian, kerana kita berkongsi rasa kemanusiaan yang sama. Inilah bentuk kepimpinan yang kita harapkan daripada kerajaan Madani ini.

Kegagalannya dalam menguruskan isu ‘stokin’ baru-baru ini menunjukkan kepada kita berapa ramai sebenarnya daripada mereka yang benar-benar komited kepada visi Madani. PM sendiri secara peribadi harus mengadakan latihan lanjutan untuk menteri-menterinya dalam hal ini.

Jika kerajaan tidak menunjukkan kepimpinan dalam menguruskan isu-isu sebegini, ia seakan samalah menyerahkan negara kepada golongan pentaksub dan ahli politik yang bodoh untuk menguruskannya. Mereka ini langsung tidak mempunyai isu yang relevan untuk diperjuangkan kepada semua rakyat. Sebaliknya, mereka hanya berselindung di sebalik topeng agama dan mendedahkan kemunafikan mereka.

Soalan utama untuk kita tanyakan ialah, adakah Madani itu sesuatu yang benar?!

K Haridas
Editor bersama, surat berita Aliran
15 April 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.    Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.  Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.  Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.  Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.  Lawan rasuah dan kronisme

 

PENING KEPALA DENGAN UMNO ? SUSAH SANGAT NAK JAGA DAN BUAT KIRA ? APA KATA CUBA-CUBA DEKATI PN?

 

Saya tak pasti sama ada PMX pening kepala atau tidak dengan UMNO dalam isu tahanan rumah yang difailkan Najib Razak di mahkamah.

Sudahlah timbalannya sendiri dalam kerajaan iaitu Ahmad Zahid Hamidi memihak kepada Najib dengan setuju menjadi saksi dalam saman bekas Perdana Menteri itu yang menamakan tujuh responden berkaitan kerajaan dalam samannya, terbaru pula Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mencetuskan polemik baru dengan ayat yang pedih “menembak” PMX iaitu – ini soal sama ada kerajaan mahu menjunjung titah atau sebaliknya?

Seterusnya Dr Akmal “membedil” PMX lagi dengan kata-kata – rakyat mahukan penjelasan bukan alasan.

Kalau pemimpin yang bertaraf senior serta banyak makan garam menegur PMX sebegitu, barangkali boleh lagi diterima.

Ini tidak, standard BBNU (budak-budak baru nak up) “menembak” begitu – kalau sayalah – memang terasa pedihnya.

Kalau saya duduk di tempat PMX, memang saya kkni pening kepala dengan satu demi satu karenah UMNO ini.

Dah bagi Zahid Hamidi DNAA, patutnya cukuplah tu, janganlah Presiden UMNO cetuskan kekalutan lain dengan setuju buat afidavit dan jadi saksi Najib pula.

Sedarlah sikit saman Najib itu ditujukan kepada kerajaan.

Bagilah orang lain jadi saksi – Zahid Hamidi sepatutnya jaga PMX, bukan jaga Najib.

Lepas itu, perangai Dr Akmal pun Presiden UMNO tak boleh kawal.

Saya boleh bayangkan bahawa selepas ini banyak lagi karenah demi karenah akan ditimbulkan UMNO dalam kerajaan madani ini.

Menang cuma hanya 26 kerusi, tapi lagak macam ada 260 kerusi.

Sebenarnya saya pun kesian dengan PMX, sudahlah berjuang hampir 25 tahun untuk jadi Perdana Menteri, bila dah jadi pula, banyak lagi masalah serta beban perlu dihadapi.

Masalah ekonomi, ringgit jatuh, pelaburan, pengangguran dan macam-macam lagi, semuanya lebih penting berbanding isu Najib atau Dr Akmal.

Dalam berdepan semua masalah itu, UMNO sepatutnya tidak menambahkan lagi beban yang sudah sedia bertimbun di bahu PMX.

Kalau PMX tak pening kepala dan masih boleh hadap semua karenah UMNO – sekarang dan akan datang – terserahlah.

Tapi kalau PMX mula rasa pening, saya ada satu cadangan – saya pun tak pernah cerita lagi cadangan ini kepada sesiapa.

Ini saya hanya beritahu PMX seorang saja, jangan heboh-heboh dan jangan cerita dengan orang lain.

Saya cadangkan PMX mulakan dengan segara untuk berbaik-baik dan berhubungan dengan pimpinan PN.

Saya yakin kalau PMX hulurkan tangan, tambahan lagi sekarang bulan Syawal, mereka tidak akan menolak.

Kalau berunding soal peruntukan pun PN sedia datang berunding, kalau dibayang-bayangkan untuk dibawa menyertai kerajaan, saya penuh yakin, mereka lebih tidak menolak lagi.

Kalau ada pun yang agak keras dalam PN hanyalah Mahiaddin Md Yasin dan Hadi Awang saja, tetapi seorang ada kes mahkamah dan seorang lagi berdepan masalah kesihatan.

Lain-lain pemimpin PN, saya yakin mereka tiada masalah untuk menyertai kerajaan.

Tambahan lagi, Pas sebelum ini pernah bersama dalam Pakatan Rakyat, manakala Bersatu adalah rakan lama dalam PH sendiri.

Politik ini dinamik, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang abadi.

Sebelum keputusan PRU15, siapa sangka UMNO dan DAP boleh bekerjasama?

Kalau PN dapat digamit, biarkan saja UMNO pamit.

Pilihan ada di depan mata, lainlah kalau pilihan sudah tiada.

Sekali lagi saya ulang ayat dalam tulisan semalam – apa nak pening-pening kepala!! – ShahbudinHusin 20/04/2024.

 

KOD KATA2 ZAHID SEWAKTU PERMOHONAN ANWAR UTK MENDAPAT HUKUMAN TAHANAN DIRUMAH!*


👇👇


*Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention* .


*Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan*.


*"Cadangan untuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah,"* katanya.


*Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung membenarkan Anwar ditahan di rumahnya*.

*Selain itu, menjawab soalan berhubung membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu mendapat rawatan kesihatan di luar negara, Zahid berkata Akta Penjara 1995 dan Peraturan-peraturan Penjara 2000 menetapkan bahawa rawatan kesihatan seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan bukan hospital swasta di luar negara*.


*Zahid menjelaskan, Jabatan Penjara juga terikat dengan ketetapan Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995, hospital kerajaan turut mempunyai pakar yang mahir untuk merawat pesakit setanding di peringkat antarabangsa*.

*"Hospital kerajaan juga mempunyai pakar-pakar yang mahir dan peralatan yang cukup serta setaraf dengan rawatan di peringkat antarabangsa,"* kata Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri.




SELAIN NADIR... NURUL AIN TAMPIL BUAT PENDEDAHAN PERTOLONGAN PMX


 

KISAH PMX DAN KESUKARAN MEMBAWA KELUARGA NADIR KELUAR...WALAUN MANA TAU APA...JENIS TAK SEKOLAH...


 

DIA NI BEKAS TIMBALAN MENTERI ZAMAN MUHYIDDIN. JADI DIA JAWAB LA.


 

JANGAN DOK PERCAYA BERITA PALESU...BUKAN SEMUA KENA IKUT BERITA TAK BETOI...


 

BERITA PALESU...TAK TAHU JANGAN DOK BUAT HARU....TOYAMATMIN PUNYA ANAK HANTU...DAPAT LUKU KEPALA KEMATU....


 

ISU BERAS...DISERANGNYA PMX...SERBU TAK KAJI FAKTA..SIAPA DIA...MMMMMM....


 

SANUSI...SEMBANG JA DIA ..SATU APA PUN TAK BOLEH..BUKA MULUT JA MOHONG


 

BOLEHKAH KERAJAAN MADANI PECAH DEK ISU TAHANAN RUMAH NAJIB?



Dalam banyak perbualan saya sejak dua tiga hari kebelakangan ini berkaitan isu tahanan rumah melibatkan Najib Razak, antara persoalan yang sering dibangkitkan ialah sama ada perkara ini mampu membuatkan kerajaan madani terus bertahan atau akhirnya akan pecah di tengah jalan.


Sejujurnya saya melihat jika isu ini tidak ditangani dengan baik, tidak kira sama ada Najib akhirnya dibenarkan menjalani tahanan rumah atau semakan kehakimannya gagal dan beliau terus berada di Penjara Kajang sehingga tahun 2028, ia tetap memberi kesan yang sukar kepada PMX.


Berikutan titah adendum itu sudah dibawa ke mahkamah untuk disahkan kewujudannya dan tujuh responden berkaitan kerajaan telah dinamakan dalam samannya, mahu tidak mahu, ia kini sudah menjadi pertikaian antara Najib dengan kerajaan dan apa yang bekas Perdana Menteri itu ingin lihat setsrusnya ialah bagaimana pihak kerajaan mahu melawan dalam kes tersebut.


Memandangkan kerajaan pernah menyatakan soal pengampunan adalah hak mutlak Agong dan dalam bidang kuasa Lembaga Pengampunan, tetapi apabila sudah jadi kes mahkamah, cara bagaimana kerajaan melawannya akan menjadi perhatian yang utama.


Jika kerajaan bersungguh-sungguh melawannya, ia boleh ditafsirkan kerajaan tidak mahu Najib diberi tahanan rumah sebagaimana dititahkan oleh Agong ke-16.


Sebab itu, apa juga keputusan semakan kehakiman kelak, ia pasti memberi kesan kepada kerajaan, tambahan lagi saksi penting Najib ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.


Walaupun PMX semalam menyebut, tindakan Zahid Hamidi menjadi saksi adalah atas kapasiti selaku Presiden UMNO, tetapi sepanjang masa adalah tidak dapat dielakkan, beliau juga memakai “baju” Timbalan Perdana Menteri selagi jawatan tersebut disandangnya.


Kalau Najib menang dalam semakan kehakimannya dan beliau berjaya menjalani tahanan rumah, ini adalah kemenangan moral yang besar baginya.


Selain ia akan digunakan untuk melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada Najib dan UMNO menjelang PRU16 akan datang, kedudukan Zahid Hamidi menerajui parti juga dengan sendirinya bertambah kukuh.


Keadaan itu mungkin mendorong UMNO membuat pelbagai tuntutan lain kepada kerajaan dan PMX selepas ini, misalnya berkaitan kes mahkamah Rosmah Mansor, pembebasan sepenuhnya Zahid Hamidi dalam semua kes mahkamahnya yang masih belum selesai dihadapinya, malah tidak mustahil desakan untuk Najib diberi pengampunan penuh sebelum PRU16, seterusnya dibenarkan bertanding semula dalam pilihan raya tersebut.


Jika ini berlaku, sokongan pengundi bandar, separa bandar dan pengundi bukan Melayu serta rakyat yang waras yang selama ini gigih berjuang menentang skandal 1MDB, mereka pasti akan menjauhkan diri daripada kerajaan dan PH, walaupun UMNO mungkin mendapat sokongan lebih baik.


Akhirnya, PH akan melalui jalan sukar untuk memenangi PRU16 akan datang.


Sebaliknya, jika semakan kehakiman Najib gagal dan beliau kekal dimastautinkan di Penjara Kajang sehingga 2028, UMNO akan terus bergolak, kedudukan Zahid Hamidi jadi rapuh dan penyokong-penyokong Najib dalam UMNO semakin kecewa dengan Zahid Hamidi serta kerajaan.


Ia kemudiannya tidak mustahil akan mendorong timbulnya desakan agar UMNO keluar daripada kerajaan.


Paling mungkin menjadi orang pertama yang akan melakukan desakan itu kiranya Najib kekal ditahan di Penjara Kajang ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Dr Akmal Salleh.


Jika Zahid Hamidi gagal mengawal semua keadaan tersebut,, desakan itu akan berkembang dan ia akhirnya akan menggoncang kedudukan kerajaan.


Kerajaan perpaduan akhirnya akan bertukar menjadi “kerajaan perpaluan” di mana palu memalu sesama sendiri tidak lagi dapat dielakkan.


Maka, kalau pun PMX berjaya mempertahankan kerajaan madani ini sehingga akhir penggal sebelum tibanya PRU16, beliau akan menjadi Perdana Menteri paling “pening kepala” berbanding semua pendahulunya sebelum ini. – ShahbudinHusin 20/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/20/pecahkah-kerajaan-madani-dek-isu-tahanan-rumah-najib.html