👇👇
*Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention* .
*Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan*.
*"Cadangan untuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah,"* katanya.
*Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung membenarkan Anwar ditahan di rumahnya*.
*Selain itu, menjawab soalan berhubung membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu mendapat rawatan kesihatan di luar negara, Zahid berkata Akta Penjara 1995 dan Peraturan-peraturan Penjara 2000 menetapkan bahawa rawatan kesihatan seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan bukan hospital swasta di luar negara*.
*Zahid menjelaskan, Jabatan Penjara juga terikat dengan ketetapan Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995, hospital kerajaan turut mempunyai pakar yang mahir untuk merawat pesakit setanding di peringkat antarabangsa*.
*"Hospital kerajaan juga mempunyai pakar-pakar yang mahir dan peralatan yang cukup serta setaraf dengan rawatan di peringkat antarabangsa,"* kata Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri.