PAS KENA TIPU NGAN YIDDIN

 


JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MUHYIDDIN


28 Januari 2026


Sama ada secara sedar atau dalam keadaan mamai, semua orang dalam PN kini harus mengakui kehebatan Muhyiddin Yassin sebagai ahli politik yang bijak dan licik.


Ertinya, jangan main-main dengan beliau dan jangan cuba-cuba untuk menyingkirkannya.


Pada 2020 lalu, ketika berkrisis dengan Tun Mahathir Mohamad setelah secara tidak sengaja termenjadi sebagai Perdana Menteri, beliau telah memansuhkan jawatan Pengerusi Bersatu dan kemudian memecat keahlian bekas Perdana Menteri dua kali itu.


Dengan tindakan itu, Muhyiddin berjaya menguasai Bersatu sepenuhnya tanpa dibayangi lagi oleh pengaruh Tun Mahathir.


Jangan main-main dengan Muhyiddin.


Hari ini, beliau telah berjaya pula memansuhkan jawatan Pengerusi PN, jawatan yang disandangnya sebelum ini dan beliau telah pun meletakkan jawatan pada 1 Januari lalu.


Tujuan pemansuhan itu tidak lain ialah agar jawatan Pengerusi PN tidak jatuh kepada mana-mana pemimpin lain sama ada daripada PAS atau Bersatu.


Sebagai ganti jawatan Pengerusi PN yang akan dimansuhkan, diwujudkan Majlis Presiden dan Jawatankuasa Eksekutif.


Majlis Presiden yang akan  diterajui Bersatu adalah  badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan dasar PN, sementara Jawatankuasa Eksekutif yang diterajui PAS bertanggungjawab menguruskan aspek pentadbiran.


Dalam keadaan Muhyiddin masih Presiden Bersatu, sudah tentulah beliau yang akan mengetuai badan tertinggi PN yang dinamakan Majlis Presiden PN itu.


Untuk mudah faham, meskipun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dan setelah jawatan itu kini dimansuhkan, melalui kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Presiden yang dipegangnya selepas ini, PN secara hakikinya kembali ke dalam genggaman rapat Muhyiddin.


Sekali lagi, jangan main-main dengan Muhyiddin.


Jika kita imbas semula,  keputusan Muhyiddin meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan itu adalah berikutan serangan PAS terhadapnya terkait krisis perlantikan Menteri Besar Perlis sehingga jatuhnya jawatan itu daripada PAS kepada Bersatu dianggap sebagai pengkhianatan oleh pimpinan PAS sendiri.


Betapa marahnya pimpinan PAS kepada Muhyiddin sehingga ada terkeluar ungkapan “berambus” yang ditujukan kepada Presiden Bersatu itu.


Selepas Muhyiddin meletak jawatan, kecenderungan yang tertonjol dalam PAS ialah parti itu harus mengetuai PN selepas ini.


Malah Haji Hadi sendiri dua hari lalu berkata, keputusan untuk PAS menerajui PN adalah ketetapan Muktamar Agung parti itu.


Tetapi dengan pengumuman Muhyiddin bahawa berikutan pemansuhan jawatan Pengerusi PN dan Majlis Presiden yang akan ditubuhkan bakal diketuai Bersatu (hampir pasti calonnya ialah Muhyiddin sendiri), sudahlah jawatan Menteri Besar Perlis jatuh ke tangan Bersatu, kedudukan mengetuai badan tertinggi PN juga kembali ke pangkuan Bersatu.


Semuanya wal hasil balik asal dan pengumuman Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN sebelum ini tidak mengubah apa-apa.


Hakikatnya, jangan main-main dengan Muhyiddin.


Menurut pengakuan Muhyiddin lagi, penubuhan dua badan untuk menggantikan jawatan Pengerusi PN itu  sudah dipersetujui PAS dalam pertemuan pada 16 Januari lalu.


Perjumpaan dengan Presiden PAS, Presiden Gerakan dan Presiden MIPP di kediamannya malam esok adalah bertujuan memuktamadkannya sebelum mesyuarat PN yang sepatutnya malam esok diadakan semula pada tarikh lain.


Senang cerita, kiranya persetujuan mengenai penubuhan dua badan itu dimuktamadkan malam esok, PN selepas ini tiada bezanya pun dengan PN sebelum ini.


Ia tetap diketuai oleh Muhyiddin yang mempengerusikan badan tertinggi gabungan itu.


Oleh kerana PAS hanya mengetuai Jawatankuasa Eksekutif berkaitan hal-hal pentadbiran, manakala Majlis Presiden yang merupakan  badan tertinggi dan pembuat keputusan dalam soal dasar, sesuai dengan Muhyiddin telah dinamakan oleh Bersatu sebagai  calon PM, maka tiada halangan lagi untuk menamakan beliau sebagai calon PM bagi PN pula dan “poster boy” untuk PRU16 akan datang.


Sebenarnya banyak nak ditulis lagi, antara tidakkah PAS rasa diperdaya dan patutkah parti itu terus kekal dalam PN, tapi rasanya cukuplah setakat ini dulu.


Cuma, satu pesanan saja - jangan main-main dengan Muhyiddin dan jangan cuba-cuba acah beliau kalau ilmu politik tak cukup tinggi. - ShahbudinHusin 28Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/jangan-main-main-dengan-muhyiddin/




KEH KEH KEH


 

SETUJU UJIAN TAHUN 1 DIMANSUHKAN


 

ULU GANU DIAM LA...KENA BALIK DIAM.AKAI LOW.


 

DEPA KATA MUKA TAK PERNAH NAMPAK DI ALOQ SETAQ...KIOK


 

SIAPA CAKAP BOHONG..TAPI AKU PERCAYA DUA DUA KAKI PEMBOHONG.



 𝗗𝘂𝗮 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻, 𝗗𝘂𝗮 𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮, 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻: 𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗞𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻







Kalau bukan seorang yang berbohong, mungkin kedua-duanya sedang bercakap dalam bahasa yang berbeza walaupun duduk semeja.


Apabila dua pemimpin mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai keputusan penting, rakyat berhak bertanya: siapa yang bercakap benar? Ketelusan dan kesepakatan adalah asas kepercayaan dalam kepimpinan.




PAKAR KAJI BABI KENA KAW KAW DENGAN MB SELANGOR..KIOK.


 

TITM AKAN KALAH DI CHEKA. SWMBANG OANDAI TAPI TAKUT NAK JADI PENGERUSI PN.


 

LAMBAT LAGI LA NAK HABIS..KALAU MUHYIDDIN TAK MAU..PAS AMBIL ALIH LA..APA YANG KECOH..KATA NAK TAWAN MALAYSIA..NAK JADI PENGERUSI ON PUN TAK BOLEH..LEKEH.


Che Ibrahim


 Lambat lagi nak habis cerita, puah ngelih juga kalau filem jenis dok belit wat tulo....






AKHIRNYA PN MANSUHKAN JAWATAN PENGERUSI. KAH KAH KAH.,WOIIII...KALAÚ BAGI KEPADA PUAK NI..MELINGKUP NEGARA

 


POV : Apa dah Jadi ?? Muhyiddin umum jawatan Pengerusi Perikatan Nasional di mansuhkan untuk hentikan konflik PAS dan Bersatu :





MASA PN TINGGAL 4.80. LA NAIL 3.90 ..DIAM TAK TERKATA APA.

 

Man Toba.



Menuju 3.8 dah. Masa 1 tahun PMX jadi PM. Masa dia ambik aleh tu 4.8 ditinggalkan oleh kerajaan tebuk atap masa tu.






Selepas 3 tahun dia memerintah, ke hulu kehilir cari pelabur, pembangkang gelar dia pegi melancung la, habiskan duit rakyat la, call sana sini digelar PM kaki telepon la pulak.


Akhirnya usha gigih beliau menampakkan hasil. Ehh, walaunkurap main pulak isu " ala, duit kuat pon harga barang mahal juga". 


Pulak dah... cer korang jawab apa nak humban kat walaunkurap biar puak kurap ni berakal.




USAH BERSELIMUT DENGAN PALIKAT CARIK


MSO



Timbalan presiden parti agama Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman) menasihat orang ramai supaya jangan percaya dan terpengaruh dengan cerita berlaku perpecahan dalam Perikatan Nasional. 


Katanya apa yang dilapor, ditukar dalam medsos itu sengaja dibuat oleh mereka yang hendak pecah belahkan pakatan berkenaan.


Siapa nak pecah belahkan PN, rasanya tidak ada siapa pun terhingin, kerana PN kalau tidak dipasak ia akan pecah juga kerana penubuhannya dibuat secara curi dan veto sang saka parti itu sendiri. Sesuatu yang batil itu akan sirnah apabila tiba kebenaran.


Tidakkah penubuhan PN itu tidak diambil secara konsensus dalam muktamar Parti itu? Fakta ini ini bukan diketahui semua ahli apa lagi penyokong yang liat untuk kebatukan kepala.


Tindakan Tuituman cuba menyelamatkan PN itu tidak ubah, cuba menyembunyikan butir dengan palikat carik. Usaha itu tidak akan berjaya, kerana palikat sudah carik dan beka, susun dan kilaslah lagu mana pun, batang sawat akan terpamer juga. 


Perpecahan dan pertikaikan dalam PN kini tidak boleh ditusuk selindung lagi. Semua dunia sudah mengetahuinya. Sampai saat ini  PN gagal untuk melantik pengerusi baru menggantikan Mahiaddin yang melepas jawatan secara rekapaksa. PN berada di ambang perpecahan dan situasinya sangat kritikal.


Majlis presiden sepatutnya bersidang malam ini di rumah Gerakan untuk bincang dan mencari pengganti Mahiaddin, alih alih dibatalkan. Siapa yang membatalkannya, apakah netizen atau pimpinan PN sendiri. Pembatalan 

Itu jelas menunjukkan kata sepakat di kalangan ahli majlis tidak wujud. Perasaan curiga mencuirigai sesama mereka kian meluas dan melebar.


Jadi Tuituman tidak payah menyalahkan pihak lain kalau dipihaknya sendiri gagal. Tidakan Tuituman itu cuba meletakkan kesalahan itu kepada musuhnya secara hidup hidup menggambarkan beliau sudah hilang arah dan putus ikhtiar serta kehabisan doa. Sebelum menyalahkan pihak lain, beliau sepatutnya mengetahui dahulu apa yang berlaku dalam PN. Bersikap jujurlah duhai Tuituman.


Selaku timbalan presiden dan ahli majlis presiden PN, beliau seharunys tahu, melainkan beliau tidak dimaklumkan. Dan kalau beliau tidak dimaklum menunjukkan beliau tidak ada nilai berada disaf kepimpinan tertinggi parti. Orang tak hormat kita. Manakala kalau beliau tahu dan cuba menyembunyikan fakta bermakna Tuituman munafik.


Dicadangkan untuk mendapat maklumat lanjut apa berlaku dalam PN kini, sila bertanya khabar pemgasuh tua di hujung negeri, nescaya dia lebih mengetahui dan lebih berani ketimbang beliau sebagai timbalan presiden. Untuk menyuburkan bawang, jambaknya harus berani dipotong. Trims.




TAK PAYAH BAGI. BAGI TEMPAT LAIN BANYAK LAGI

 


Sejumlah RM2.1 juta diluluskan bagi Pusat Pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Bachok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Pelbagai prasarana dibaik pulih dan ditambah baik bagi meningkatkan kualiti masjid, pentadbiran, pengajian dan keselesaan para tahfiz dan tenaga pengajar.


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja 

#YIK


Foto: Suara Rakyat




MAKI UMNO KAPIR LA BAGAI. MASA SURUH BENTANG ,DIA TANGGUH SAMPAI JADI KERAJAAN, TAK JUGA BENTANG. SEMALAM DIA KUTUK MACAM MACAM. SOH JADI PENGERUSI PN DIA TAK SIHAT. BERANI HADIR BILA ANWAR TAK DATANG. BILA ANWAR DATANG DIA TAK DATANG SAMPAI KE SUDAH.




 Masa BN jadi Kerajaan, UMNO pernah beri peluang kepada Pas bawa RUU 355 untuk bentang di Parlimen, tapi Pas memilih untuk sekadar bentang sahaja, tidak dibahas, tidak diundi, bahkan ditangguh sampai bila bila ... 


Sekarang ada lagi yang nak melalak pasal RUU 355???




SIAPA PENGERUSI PN? PAS ADA 6 SUARA SAHAJA. TAPI TETAP KALUT. DENGAR SAMPAI HABIS PN KECOH LAGI


 

MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA NI? MESYUARAT TERGEMPAR PERIKATAN NASIONAL



Timbalan PN, DS Takiyuddin Hasan dilaporkan tidak menjemput TS Muhyiddin Yasin untuk hadir dalam mesyuarat luar biasa PN atas alasan TSMY telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2026. Selain itu, DS Azmin Ali selaku setiausaha dan Dato Dr Radzi Jidin selaku Ketua Penerangan juga tidak dipanggil atas alasan yang sama.







Bagi isu DS Azmin Ali dan Dato Dr Radzi Jidin itu tidak menimbulkan persoalan sangat kerana tiada sebarang klausa di dalam Perlembagaan PN yang menyatakan peletakan jawatan itu perlu disahkan terlebih dahulu. Perkara yang menjadi persoalan adalah langkah DS Takiyuddin yang tidak memberikan notis mesyuarat kepada TSMY untuk hadir.


Ini kerana wujud kontrakdiksi dalam kenyataaan DS Takiyuddin. Dalam kenyataannya, DS Takiyuddin menyatakan, "Agenda kedua mengesahkan peletakan jawatan pengerusi PN seperti mana kehendak fasal 8.3 (1)(b). Ketiga, apabila atau sekiranya Majlis Tertinggi PN meluluskan peletakan jawatan pengurusi PN, maka selepas itu baru diadakan pelantikan pengerusi PN yang baharu. Ia tertakluk kepada agenda dua di atas. Andai kata Majlis Tertinggi PN tidak meluluskan peletakan jawatan pengerusi PN. Maka secara sah, dia masih kekal sebagai pengerusi dan tidak perlulah agenda melantik pengerusi PN yang baharu.


https://www.sinarharian.com.my/article/765589/berita/politik/mesyuarat-pn-ini-untuk-ahli-majlis-tertinggi-sahaja-ndash-takiyuddin


Ini bermakna pada saat notis mesyuarat dikeluarkan itu TSMY masih lagi Pengerusi PN dan perlu diberikan notis mesyuarat untuk hadir. Soalnya kenapa awal-awal lagi TSMY kena kerat dengan DS Takiyudin untuk tidak hadir ke dalam mesyuarat. 


Fasal 8.3(1)(b) Perlembagaan PN itu menyatakan, “Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatannya, peletakan jawatan itu hendaklah berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang Pengerusi baharu. 


Jadi senarionya sekiranya Majlis Tertinggi PN tidak memberikan kelulusan peletakan jawatan TSMY bermakna TSMY masih lagi pengerusi dan sepatutnya berada di dalam mesyuarat itu. Apakah tatkala berlaku hal tersebut baharu DS Takiyuddin akan berlaku kalut untuk menghantar pemandu menjemput TSMY untuk hadir mesyuarat. 


Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya ada 20 orang dan wujud 4 kekosongan jawatan dan justeru 4 orang ini tidak dijemput hadir iaitu Pengerusi, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari Agung (kerana DS Dr Samsuri telah letak jawatan). 


Apa akan berlaku sekiranya undian dibuat di kalangan 16 orang itu dan keputusan yang diperolehi adalah seri 8-8. Maka keputusan akan menjadi buntu. Fasal 13 Perlembagaan PN menyatakan bahawa keputusan Majlis Tertinggi hendaklah dibuat secara majoriti dan setiap orang mempunyai 1 undi. Sekiranya keputusan itu seri, Pengerusi PN mempunyai 1 undi pemutus. Oleh kerana TSMY tidak hadir maka undi pemutus ini juga tiada dan akhirnya kelak tiada sebarang keputusan boleh diambil.


Satu perkara lagi adalah risiko untuk tidak menghantar notis mesyuarat kepada TSMY adalah kemungkinan TSMY akan membuat protes kepada ROS untuk membatalkan keputusan mesyuarat itu kerana mesyuarat itu telah dibuat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan PN. 


Risiko ini nampaknya diambil mudah oleh DS Takiyuddin apabila dengan tanpa rasa bersalah telah membuat tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan PN. Apa pun kita tengok nanti perkembangan selanjutnya selepas hari Khamis ini.



SAHIH TAK DATANG.

 


JOM KITA TONTON WAN MAHUSSIN LAYAN WALAUN BODO