MEMALUKAN MALAYSIA

 

Nik Hasyudeen


Kes 1MDB ini benar-benar menyebabkan nama Malaysia disebut-sebut disebabkan benda yang salah, memalukan dan mengaibkan. Mengambil hak manusia (rakyat) secara batil ini memang satu perkara yang besar dalam agama.



Ini juga adalah bukti hidayah Allah. Ada orang yang nampak dan ada yang tak nampak sehingga hari ini.


Semoga Allah kurniakan kita kemampuan untuk membezakan di antara yang benar dan yang batil.



TAK DAK APA PENCAPAIAN PUN


 MMMS


Saya teringin nak lihat apa atucara majlis sebab tak ada apa pun yang outstanding achievement  dari 4 orang MB di bawah. 



Mungkin depa boleh kongsi pengalaman:


1) Cara-cara nak bayar emolumen negeri guna duit Federal 


2) Belanjawan Negeri yang mana 75% daripadanya adalah dari hasil Petroleum


3) Kongsi kejayaan umum projek-besar macam KXP, Litar lumba dan macam-macam lagi


4) Juara stesen bas sementara paling lama dan fasiliti yang canggih dari Zimbabwe


5) Lawatan kerja ke luar negara tapi hanya jumpa Duta Malaysia. 


6) Ataupun kalau boring sangat sampai tak ada topik, boleh bincang semula kertas putih Memali, sekurang-kurang nya boleh di betulkan fatwa yang lama tu kan?


BTW, Venue Bangi tu tak salah book ke? ataupun placeholder sementara nak book sebenar di negeri SG4?



HARI HARI DOK MAKI ORANG.. NAK MATI SYAHID


 

DR MASHITAH BUAT LAPORAN POLIS TUDUHAN TIDAK BERASAS.


 

NAYA SIKAP GINI

 


𝙏𝙮𝙥𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Mana reti 𝘁𝗮𝗯𝗮𝗶𝘆𝘂𝗻. Tahunya terus nak 𝘁𝗶𝗯𝗮𝗶𝘆𝘂𝗻 je. Tapi dia tak sedar bila laju menuduh macam ni, sebenarnya 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Tapi tu la. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BODO RUPANYA.

 


Bila mereka tak dapat jawab bab ringgit, pasaran saham, KDNK, pelaburan, isu Palestine, maka..




Mereka mula fitnah.


Faktanya harga beras walaupun import di Malaysia adalah lebih murah dari Pengeluar beras di Thailand dan Indonesia. 


Keduanya kerajaan sering buat jualan Madani.


Beras jualan Madani tu, bukan beras tempatan. Murah sebab kerajaan subsidi. Tujuan dia nak bagi orang yang memerlukan dapat beras murah.


Hawa Yaakub ni terpaksa bodohkan diri dia untuk buat fitnah.


Kesian..belajar tinggi jadi bodoh sebab ikut PAS.


Malu anak-anak mak macam ni.


Kes di Muar mati bukan sebab dia tak ada beras. Tapi warga emas yang meninggal akibat tua/sakit..disebabkan dia juga yang menjaga anaknya OKU, anak tersebut mungkin mati akibat kelaparan kerana ayahnya telah mati.


Ini isu terpencil dan melibatkan masyarakat. Ya isu ini perlu diatasi, tapi bukan fitnah dan tunggang. Hanya kerana benci kerajaan. 


Perkara ini boleh berlaku lagi pada masa hadapan melibatkan ramai orang tua yang tinggal bersendirian. Negara kita menuju negara tua.


Cuba lah guna kebijakan anda untuk  tawarkan Solusi. Bukan fitnah.


Terima kasih 


Fairul al Qasas 

Jengka



SELURUH NEGARA BACA TEK YANG SERUPA. SAPA PUNYA TEKS KUTBAH NI.


Jamzuti Ardani


 Khutbah Jumaat hari ni pasal Hari Merdeka. 


Saya tak pasti samada penulis teks khutbah tu yang walaun atau khatib tu yang ubah teks. 


Tapi huraiannya tak berapa kena. Bukan salah, tetapi terlalu eksklusif dan lari dari konteks Sambutan Hari Kebangsaan. 


Bila disebut, "selagi kita tidak tunduk sepenuhnya dengan peraturan dan tatakelola yang ditetap oleh Allah, maka kita masih belum merdeka dalam erti kata sebenarnya".


Lepas tu sebut pulak kita kena merdeka dari liberalisma, pluralisma, sekuralisma, dan ideologi ciptaan manusia.  Apa kena mengena perkara ini dengan sambutan Hari Merdeka kita? 


Pada hemat saya huraian konteksnya tidak kena langsung.  Sambutan Hari Merdeka ni disambut oleh seluruh rakyat pelbagai bangsa dan agama. Bila erti kemerdekaan itu dihurai dengan pendekatan yang sebegitu eksklusif sehingga ia mengenepikan sebahagian rakyat yang mempunyai pelbagai sikap, fahaman, bangsa, dan agama, maka ia akan menenggelamkan semangat sambutan Hari Merdeka itu sendiri.



MEROYAN. MAMPU KA TADBIR NEGARA NI. BERDOSA KALAU TAK JALANKAN AMANAT NI. MASUK NERAKA KOT.


 

TAK PAYAH LAH NAK GADOH.


 

PERUMPAMAAN BILA MENEGUR ULAMAK KONONNYA.


 

DARI AKHBAR YANG BERWIBAWA ZAMAN REFORMASI. KINI JADI AKHBAR PECACAI DAN PEMFITNAH


 

BILA BODO MENGUASAI



 Gila nak jadi PM tu..


Bukankah keabsahan diparlimen telah dilakukan pada sidang yang pertama, dan terbukti dsai berjaya mendapat kepercayaan parlimen, tak boring ka jadi bodoh. 





TAK PAYAH NAK RUNDING RUNDING LAH..



 SIAPA ORANG KERAJAAN MADANI YANG DIHANTAR BERJUMPA PAS?


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Malah, katanya, perkara itu ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun hanya secara sepintas lalu dan tiada apa-apa keputusan dibuat mengenainya.


“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. 


“Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.


“Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.


Menurut musyidul am PAS itu lagi, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu, kerjasama itu tidak dinafikan boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan.


Namun, kata Hashim,  PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh lagi..


“Ada baik dan buruknya perkara tersebut dan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi.


Meskipun kita tahu Hadi Awang selaku Presiden Pas mempunyai pendirian yang keras terhadap Anwar dan boleh dikata menolak secara total untuk bersama kerajaan perpaduan, apa yang menarik di sini ialah rupa-rupanya masih ada usaha pihak tertentu yang terus berminat untuk mendekati Pas.


Pastinya yang menarik untuk diketahui di peringkat ini juga ialah siapakah pihak tertentu yang membuat pelawaan itu?


Melihat kepada percaturan politik yang sedang berlaku, tidak sukar menjangka bahawa paling mungkin pihak tertentu itu adalah mewakili Anwar.


Ia dipercayai selain sebagai langkah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan perpaduan, juga bertujuan untuk memecahkan kesatuan dalam PN yang merupakan pencabar utama PH dalam PRU16 akan datang.


Di pihak UMNO, mereka tidak mungkin mahu mendekati Pas untuk membawa parti itu bersama-sama dalam kerajaan kerana ia dengan sendirinya boleh mengancam keistimewaan mereka dalam pegangan kuasa dan perebutan kasih sayang daripada Perdana Menteri.


Begitu juga dengan Amanah, tiada kewajaran untuk mereka mendekati Pas bagi mempelawanya bersama dalam kerajaan perpaduan.


DAP, GPS atau GRS dan lain-lain parti, lagilah tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.


Hanya pihak yang mewakili Anwar saja ada kemungkinan untuk mendekati dan membuat pelawaan tersebut kepada Pas.


Jika kenyataan Hashim itu bukan berita palsu, apakah ini menunjukkan di mata Anwar, Pas lebih bernilai tinggi berbanding UMNO untuk mengekalkan kelangsungan kuasanya sebagai Perdana Menteri?


Apakah Pas tidak mampu dilawan secara berdepan melalui kesepakatan kesepakatan parti-parti dalam kerajaan madani?


Jika akhirnya usaha mendekati Pas itu tidak menjadi kenyataan, apa pilihan lain buat Anwar? – ShahbudinHusin 29Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/29/siapa-orang-kerajaan-madani-yang-dihantar-berjumpa-pas.html



KAKI SEMBANG

 

MMMS


Harakah Juga Harakah


Halaluna wa haramukum.

Masa depa jadi kerajaan, bukan takat serah pada Blackrock, kedaulatan negara pun di kotak katik sampai boleh bagi guna ruang angkasa negara.


Demikianlah lebai kaki sembang.



KERJA PECAHBELAHKAN UMMAT

 


"Tapi dah tugas kami untuk bina persepsi jahat, fitnah, dan melabel kapir ke atas saudara seIslam kami yang tidak selari fikrah politik dengan kami.


Itu Islam cara kami." - Walaun al-Lebai




MELAWAT HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM

 


Pulang ke High School Bukit Mertajam hari ini membawa saya mengimbau kembali kenangan-kenangan manis sewaktu belajar di sini pada tahun 1961 sehingga 1962, sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).









Saya berkesempatan bertemu dan bertegur sapa dengan warga sekolah, khususnya murid-murid dan para pendidik ketika melewati pintu pagar, kawasan perhimpunan, bilik darjah, dan lain-lain. 


Kali kedua saya ke High School Bukit Mertajam ialah semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1987, kerana melawat bangunan yang terbakar dan menyantuni guru-guru serta murid-murid pada ketika itu.


Dalam ucapan, saya menekankan betapa pentingnya penguasaan Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris untuk menyokong pembangunan negara, di samping mengingatkan tentang nilai hormat menghormati.


Sebelum beredar, saya mengumumkan peruntukan sebanyak RM225,000 untuk pembinaan surau dan RM275,000 lagi untuk penyelenggaraan lain di SMK Tinggi Bukit Mertajam.


#MalaysiaMADANI



RUNDING BUAT APA DENGAN PUAK PUAK GAK GUNA NI. GANG DAJJAL KAN ORANG...

 

Gino Marvela


Dalam diam-diam puak lebai hantar delegasi untuk menyertai kerajaan Perpaduan Madani di mana Anwar sendiri memegang jawatan PM Malaysia. 


Dah sepuas hati hampa terpekik cakap hal fitnah liwat, liberal, agen yahudi, ejen IMF, tiba-tiba jadi lunak. Itulah, ketika Sultan Abdullah jadi YDPA sebelum ini dah minta mengadap sertai kerajaan...dengan sombong engkar titah Agong. 😊


Kenyataannya ialah... parti Pas atau nama penuhnya Pan-Malaysia Islamic Party tidak pernah menjadi kerajaan atau membentuk kerajaan atas dirinya sendiri. Sejarah puluhan tahun menyatakan parti pas bukan setia kawan. 


Dapat jadi kerajaan pun melalui rampasan kuasa tebuk atap. Ketika jadi kerajaan, satu apa pun tak mampu buat. Hanya pandai janji 5 hari, tak juga hapus ptptn ketika mana manifestonya sendiri di ucap Tuan Ibharim Tuan Man. 🤣


Ok...ini bahagian penting! 👇


Kita maklum Pas dengan Mahathir cuba membentuk  G4 setelah Muafakat Nasional GAGAL. Pertelingkahan parti Pas vs Bersatu semakin meruncing. Dalam pelbagai acara Muhyiddin dan partinya di sisihkan tambah lg isu penderhakaan kpd titah bekas YDPA yang lalu.


Selepas bentuk G4, signal di hantar ke kerajaan Perpaduan PH, Madani untuk menyertai kerajaan yang memerintah di mana DAP sendiri ada di dalamnya. 😅


Siapa ada di belakang Pas ? Jawapannya Mahathir.


Teknik yang sama ketika sebelum siri tebuk atap berlaku. Dia sendiri bincang, audio lengkap tersebar, Taki & Hamzah sendiri yang mengakui ada perbincangan tersebut. 


Lepaskan jawatan PM, kemudian keluar dari PPBM...wujudkan pula parti Pejuang. Tolak tarik...tolak tarik...di katanya Muhyiddin tikam belakang. Tapi, itulah permainannya agar sdra Anwar gagal mara dan seterusnya gagal membentuk kerajaan dan jadi PM. 


Itulah yang Muhyiddin bongkak berkata, "PM tepi woiii!" 🤪


Selanjutnya dengan G4 antara Mahathir & pas, Bersatu ini sebagai pemain simpanan saja. Kelak sekiranya dapat bersama kerajaan Perpaduan...muka belang dan taring akan terkeluar. Cuba pelbagai cara untuk nampak mereka terkehadapan. Sebenarnya ini hanya permainan.


Pelbagai desakan akan di buat, dari dalam pun akan sebarkan pelbagai fitnah. Sehinggalah perjalanan ekonomi dan pentadbiran bawah sdra Anwar jadi melemah. Di situ G4 itu akan mula keluar taring. Dan akan ambil kesempatan untuk tidak mendakwa pelbagai kroni elit termasuklah menyelamatkan diri dalam pelbagai kes salahgunakuasa dan rasuah.


Tujuannya ? Untuk persediaan perjalanan PRU16, cuba nak bina imej yang dah rosak supaya rakyat terima. Dan sudah tentu inginkan Anwar berundur. Bersatu sebagai pemain tambahan tadi akan di letakkan di sisi menyerang. Pas pula dah sebati dengan ideologi fitnah, akan gunakan kelebihan penyokongnya sahaja.


Haaa...ha!!! Ya, benda belum berlaku lagi. Tapi permainannya dah boleh di baca. 


Bagi kami pula wahai sdra Anwar, depa nak bincang...buleh ja. Takda masalah pun. Cuma kewajaran untuk menyertai, elok tak payah. Cukup sekadar depa nyatakan sokongannya saja. 


Tambah lg, Pas, Bersatu dan Pejuang parti Mahathir ini tak bawa sebarang munafaat. Lebih kepada hype, lepaskan tengkuk masing2 dari pendakwaan, memfitnah sana sini kemudian pergunakan penyokong pas demi agendanya "anak aku sbg PM yang baru". 😅


Itulah strateginya...


Ok, kita berhenti setakat ini. Makan nasi lemak spesial sebelum solat Jumaat. ✌️



WOIII HABIH LA KEDAH TERGADAI... MANA DIA PEJUANG NI... WOIII...



 BlackRock antara pemegang saham Boeing.... Tak takut bumi melayu tergadai ke??





APA HABAQ.

 Semalam malam jumaat ..




Nak tanya panglima kita balik rumah yang mana,kita kena tau la yang no 2 tu polis badan pun fit training ala komando..Takut tak dan 3 minit panglima dah keluaq awai main dengan boroi macam tu kan 😂😂 .. 


Kalau nak try Makjun Salasah Cap Sami boleh la nak order bagi !! Gantung Nyok 3 biji pun tak turun aihh .. 😂😂




BIADAP BUKAN MENDERHAKA. BEZA TU


 Setiap kali geng PN kantoi hina Raja-Raja Melayu, maka dibangkitkan soal kes Iswardy. 








Saya secara peribadi mengangap dalam kes Iswardy ada kurang adabnya bercakap kepada Raja.


Kurang adab, bukan derhaka. Malah semua tahu masa itu kerajaan Muhyiddin bagaikan tidak berfungsi. Sehingga memaksa Iswardy secara kreatif mengadu kepada YDPA. 


Namun...tiada titah murka dari YDPA. 


Tiada laporan polis dari kerabat Pahang.


Beza dengan kes Sanusi contohnya. Tuanku Sultan Selangor murka dan laporan polis oleh Ahli Diraja Selangor. 


Dalam kes Muhyiddin, begitu juga. Tengku Mahkota Pahang keluar kenyataan murka dan laporan polis oleh Istana Pahang.


Kenyataan Sanusi itu bersifat menghina kewibawaan Tuanku Sultan Selangor. 


Manakala kenyataan Muhyiddin pula menimbulkan keraguan keputusan Tuanku YDPA dan menghasut rakyat untuk mempercayai yang Tuanku membuat keputusan salah dan melanggar Perlembagaan. 


Nasihat saya, sudah-sudahlah nak kaitkan orang lain. Hadapi kes kamu sendiri.


Iswardy releks je berdepan dengan mahkamah dah beberapa tahun. Tanpa dia salah dan kaitkan sesiapa.


Tapi kamu sibuk dengan kes orang lain hanya kerana nak tutup kemurkaan Tuanku kepada kamu.


Hoi Johari kurang ajar betul kamu ya panggil Tuanku Sultan Pahang dengan Dollah sahaja hanya kerana kamu nak pertahankan Muhyiddin? 


Jangan menyesal kemudian hari.


Terima kasih. 


Fairul al Qasas 

Jengka



SIAPA SAHKAN DIA NI ULAMAK? FAEKAH JA KOT...


Che Ibrahim


 Dia sohih bukan ulama kalau tengok ke penulisannya bab ketum. 



Kalau kita berpegang ketum tu Haram kerana memabukkan, maka ada hadis nabi saw kata:


ما اسكر كثيره فقليله حرام


( Apa apa yang kerana banyaknya boleh memabukkan, maka sedikit pun haram juga...)


Maknanya minum satu jug ketum sama saja hukumnya dengan minum satu gelas ketum. 


CIM

serabut tengok penjual agama



Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrate...

TERKINI BERSAMA DS ANWAR PMX DI MAJLIS PECAH TANAH KERIAN INTEGRATED GREEN!

# NAK BIAR LAGI KA DIA NI DOK FITNAH BUKAN BUKAN NI.


Najib Bakar


 Hawa Yaakub dah tiga kali buat hal. Dua kes awal dah ada laporan polis.



Satu, bab fitnah biasiswa Khazanah.


Dua, bab manipulasi titah Sultan Perak.



Tiga, dalam minggu ni, bab fitnah orang mati dikait dengan kebuluran akibat tiada beras tempatan.


Dua kes yang awal tu mungkin sekadar kena amaran. Sebab tu dia hilang ghaib dari media sosial berbulan-bulan.


Tapi kali ketiga, boleh dah ni buat sesuatu. Orang putih kata, the third time is the charm.


Kan?



KAMI MASUK SYURGA-DOK LAM BERSATU MASUK NERAKA... KEH.. KEH.. KEH...


 

KAJI PA LAGI.. DAH MAKI DAJJAL APA BAGAI..


 

AZHAR IDRUS.. JIHAD.. JANGAN TAKUT PADA SESIAPA HATTA PARTI PAS.


 

APA HAL PULA NI?


MSO


GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah menuntut permohonn maaf daripada tiga individu Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Muhd Adnan dan Daud Abdullah Lin, yang dikatakan telah memfitnah syarikat berkenaan.


Perkara ini dinyata oleh oleh Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB Mokhtar Tajuddin, menerusi notif tuntutan yang disampaikan kepada tiga penama itu pada 23 dan 26 Ogos lalu. GISB bercadang untuk mengheret mereka ke mahkamah. 


Apa hal pula ini? Apakah yang difitnah oleh mereka bertiga itu terhadap GISB? Kenapa sampai begitu? Mungkin ia serius kalau tidak GISB tidak akan mengambil tindakan itu?  Tampaknya negara kita berada di ambang suatu lagi isu bakal jadi sorotan umum.


Agak pelik dan aneh juga. Kalaulah ada elemen buruk, dalam GISB kenapa mereka tidak dipanggil sahaja dan diselesaikan secara beradat tidak sampai menayaman. Sudah hilang adat dan tertibkah kita?


Menggunakan medos untuk menyatakan perasaan, baik kebencian dan kasih sayang kurang manis dan bijaksana. Kita semua orang Islam yang berpegang kepada ahli sunnah wal jemaah, sepatutnya dicari jalan baik dan bukan mendedahkan keburukan sesama Islam kepada umum. Kita sudah hilang adat?


Atau pun tuduhan dilakukan terhadap GISB itu sesuatu yang malang kalau ia dibuat berpandukan kepada apa didedahkan dalam medsos oleh mereka yang irihati dengan GISB. Untuk jadi hakim ang adil, pihak berwajib termasuk tiga individu itu memanggil kedua-dua pihak untuk dengar cerita sebenar. Kalau berpandukan kepada laporan atau apa dimasukan dalam medsos, parahlah jadinya.


Saya rasa semua mengerti dan faham mengenai bahaya fitnah dan larangan melakukannya. Atau kita hanya tahu baca, hafal tetapi tidak reti berbuat. 


Cara dibuat itu seperti membuka budu di hadapan ramai, pasti ia akan dihurungi lalat. Yang malu adalah kita semua dan negara ini. Trims.



DIAM LA CAGU. LAGI KAU CAKAP NAMPAK KAU MEMANG KUAT MENUNGGANG AGAMA. ORANG KUANTAN TAU SAPA KAU FAEKAH.

 

Che Ibrahim


Guna agama memang wajib Dan perlu, tapi memperguna @ menunggang agama adalah haram Dan wajib ditentang.



GAMAKNYA LE...

 

Mohd Fairul Al Qasas


Benarkah ada ahli parlimen di Malaysia dilarang masuk ke Mekah?





Kenyataan Media: Dakwaan MB Kedah Terhadap Warga Pendidik Keterlaluan






1.  Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat (BPPM) Parti Amanah Negara menyesali kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika menyampaikan ucapan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 26hb Ogos 2024 yang mengandungi sangkaan jahat dan mengelirukan dewan terkait penguru

7pm 
san jabatan dan pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

  

2.  BPPM sependapat dengan Parti Amanah Negara Negeri Kedah (Amanah Kedah) yang menyelar ucapan Datuk Seri Sanusi yang kononnya tidak mahu berpolitik dalam hal pendidikan tetapi jelas dipenuhi dengan emosi dan sentimen politik apabila mengandaikan pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dipengaruhi oleh kuasa dan fahaman politik kepartian melibatkan Parti Amanah Negara.


3.  Seorang Menteri Besar tidak wajar sama sekali menggunakan perkataan 'mungkin' sebagai sandaran kepada hujahan dalam perbahasan dalam dewan undangan negeri. Ia jelas berunsur sangkaan jahat, mengelirukan dewan dan semua yang mengikuti ucapan beliau. Tambahan pula, rakaman ucapan beliau tersebar luas di media sosial, mendapat liputan media arus perdana dan diikuti ramai.


4.  BPPM amat kesal dengan ucapan beliau yang menjejaskan nama baik dan kredibiliti penjawat awam khususnya warga pendidik yang telah banyak berkorban dan bertungkus lumus mendokong dan menjayakan dasar pendidikan negara selama puluhan tahun tanpa mengira latar belakang kepimpinan tampuk pemerintahan negara yang silih berganti. 


5.  BPPM percaya warga pendidik yang berpengalaman berkhidmat dalam pelbagai lapisan sektor pendidikan telah membolehkan sebahagian mereka diberi tanggungjawab lebih besar berdasarkan merit kelayakan, kemahiran, pengalaman dan keupayaan masing-masing menurut garis panduan yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


6.  BPPM juga meyakini sebarang tindakan dan keputusan yang dilaksana oleh mana-mana pegawai kerajaan di Kementerian Pendidikan adalah tertakluk kepada garis panduan dan kelulusan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memelihara kelancaran dan keberkesanan dan urusan pentadbiran selari dengan dasar dan halatuju KPM.


7.  BPPM khawatir tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi menyerang Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dan Menteri Pendidikan Malaysia disebabkan kebimbangan beliau terhadap keyakinan penjawat awam dan warga pendidik yang semakin meningkat terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri memimpin Kerajaan Madani.


8.  Akhirnya, BPPM ingin mengajak orang ramai bersama-sama menjayakan halatuju pendidikan negara mengangkat ‘karamah insaniah’ agar menghormati kemuliaan sesama manusia dan menghargai pengorbanan setiap warga negara khususnya warga pendidik. 


9.  Warga Malaysia yang terdidik harus menyuburkan budaya perpaduan di kalangan berbilang bangsa dan fahaman serta menolak sentimen fitnah, adu domba dan kebencian dalam masyarakat. 


Malaysia Madani; Jiwa Merdeka. 


YB Haji Azli Yusof

Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat 

Parti Amanah Negara



Raja-Raja Melayu tunjuk siapa boss

SEPATUTNYA LAMA DAH BUAT. TETAPI KERAJAAN WAKTU ITU TAK PEKA PUN.


Zuwairi Md Yusof


 Terbukti kerajaan perpaduan Madani pimpinan YAB PMX Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi banyak berbakti dan komited membela nasib rakyat menyediakan 5 jenis rumah untuk anda semua.Rumahku Syurgaku - Baiti Jannati tempat berlindung anda dan orang tersayang turun temurun.






Untuk B40 ada PRR.✅

Untuk M40 ada PRIMA.✅

Untuk Tentera ada RKAT.✅

Untuk Penjawat Awam ada PPAM.✅

Untuk warga Kampung bertanah ada RMR.✅


Madani untuk semua! ♥️🫶🏼🇲🇾



BANK JARANG RUGI


RMS


 Jarang bank rugi..bermakna di Malaysia boleh buat bisnes..




ADAKAH AQIDAH KITA BERBEZA ATAU CARA BERFIKIR YANG BERBEZA???


Che Ibrabim


Sari dua ni dok gegok pasal aqidah pula. Kita kena pakai aqidah aliran al Asyaa'irah dan Al Maaturidiah sahaja, aqidah ahli al hadis atau ahli athar atau pemikiran aqidah aliran lain (kalau ada) tidak boleh diambilkira dalam menilai aqidah seseorang (bagi sesetengah pihak).


Isunya adakah aqidah mazhab ahli al hadis, mazhab ahli al athar atau mazhab mazhab ahli fiqh adalah berbeza dengan aqidah mazhab al Asyaa'irah dan al Maaturidiah atau kita hanya khilaf "kira kira" sahaja? 


Setakat yang ambo faham umat Islam hanya ada satu aqidah sahaja iaitu mempercayai Allah sebagai Tuhan, tidak ada Tuhan yang lain selain Allah Dan Nabi Muhammad  saw sebagai Rasulullah. Selain itu mereka juga sama disegi mempercayai rasul rasul dan nabi nabi yang Allah utuskan, mempercayai malaikat yang sama, mempercayai kepada kita semua Kitab Kitab yang Allah turunkan serta mempercayai kebangkitan hari akhirat Dan Qadha" Qadar Allah.


Selagi kita tidak ada khilaf tentang kepercayaan di atas, maka kita adalah di atas rel aqidah yang sama walaupun aliran pengajian dan falsafah pemikiran kita dalam perkara di atas mungkin berbeza, itulah yang disebut sebagai ilmu Kalam @ atau "balah kira kira" yang tidak ada Hakim untuk muktamadkan. 


Aliran pemikiran aqidah antara Abu Hassan Al Asya'ari yang dipanggil Al Asyaa'irah dan aliran pemikiran aqidah Abu Mansur Al Maaturidi yang dipanggil "Al Maaturidiah" pun sudah berbeza walaupun hidup sezaman, apalagi aliran pemikiran yang mereka yang hidup di zaman yang lain.



PAS Fitnah Dan Perlekeh Penjawat Awam


Zuwairi Md Yusod







Kerajaan MADANI menghargai jasa & khidmat bakti Penjawat Awam tetapi yang PN PAS cemburu apabila Penjawat Awam semakin yakin dengan Kerajaan MADANI PHBN pimpinan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi.1 600 000 Penjawat Awam,kamu tahu apa perlu kamu lakukan nanti ramai2 PRU16.


Kasi ajar PN PAS dan BERSATU secukup rasa di atas fitnah dan adu domba PN lemparkan tanpa henti sampai mengheret kalian sekali tanpa usul periksa.


Kepada 700 000 Pesara Pencen Kerajaan ambil perhatian sekali semuanya.Punyalah lekehnya sampai tak buat kerja rumah sebelum up berita,hahaha.Letak jawatanlah Bakar Amad ajak sekali Suffi Kamari letak jawatan cukup memalukan score jaringan sendiri.


Fitnah PAS terbaru ni lain macam


1.Rakyat mati tak makan

2.Ekonomi teruk

3.Kaunter kerajaan tutup


Nampaknya mereka dah habis idea dah nak burukkan PMX dan MADANI



Faizal Azumu kata tiada asas dakwa Muhyiddin bawah akta hasutan - Lokman...

[GEMPAK] PERBICARAAN RASUAH ANAK HAMZAH!TARIAN PENYAPU DEDIKASI BUAT PMX!


Perbicaraan kes perunding bebas Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada bekas menteri dalam negeri Hamah Zainudin yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 akan bermula 24 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari pada 24 hingga 28 Mac, 14 hingga 18 April dan 21 hingga 25 April 2025 selepas Pegawai Pendakwa daripada SPRM Ikhwan Zaudii Nordin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan. "Pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 21 saksi," katanya pada prosiding sebutan kes itu hari ini. Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara berkenaan dan memohon satu tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula bagi memuktamadkan dokumen berkaitan kes dan pernyataan saksi. Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Feb 2025 untuk pengurusan kes.



Dr MAZA Berucap Hadapan Pemimpin Taliban dan Duta Duta Negara Islam

MHO dakwa bekas timbalan menteri dalang pemerdagangan manusia

ADAKAH PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL MENGHASUT?


Razarudin Husain menjelaskan arahan pertuduhan datang dari Jabatan Peguam Negara (AGC). "Sebelum ini kita sudah beritahu akan tunjukkan prestasi kita dalam tujuh hari, tiada kena mengena tergesa-gesa. Kalau kata hari ini siasat, esok tuduh mungkin tergesa-gesa.





[amaran] UCAPAN TERKINI DS ANWAR PMX! SATU PENEGASAN YANG MANTAP!


Residensi Suria Madani adalah sebuah projek perumahan berkeluasan 800 kaki per segi berharga RM200,000 seunit diusahakan oleh syarikat MahSing Group. Saya singgung bagaimana aspek pembangunan di ibu kota—termasuk pembangunan di mana-mana kota sekalipun—mesti menggarap permasalahan rakyat dan tidak hanya menumpu pada pembangunan gedung serta tanda atau mercu yang megah. Saya juga telah meminta Jabatan Wilayah Persekutuan untuk menyediakan laporan secara berkala berkaitan projek di bawah inisiatif Residensi Wilayah dan mesti menekankan aspek mutu dan keselesaan rakyat, dan bukan ‘sekadar buat’. Sementalahan, saya tekankan juga mengapa kita menumpukan projek-projek perumahan ini kawasan kawasan ibu kota yang dianggap mahal atau ‘prime’. Ini secara tidak langsung memberi prospek pulangan jualan yang lebih baik di masa hadapan kepada pembeli. Jangan anggap kawasan-kawasan seperti ini hanya khas atau terhad kepada golongan elit semata, dan mesti mengambilkira sebilangan kumpulan rakyat yang lain yang juga mahu hidup dengan selesa dan munasabah. Justeru, jangan lagi kita teruskan budaya membangunkan kota yang memisahkan, dan kehebatan mana-mana kota, termasuk Kuala Lumpur, bahawa ia mesti tertegak atas prinsip menyantuni keperluan rakyat terbanyak.