RUNDING BUAT APA DENGAN PUAK PUAK GAK GUNA NI. GANG DAJJAL KAN ORANG...

 

Gino Marvela


Dalam diam-diam puak lebai hantar delegasi untuk menyertai kerajaan Perpaduan Madani di mana Anwar sendiri memegang jawatan PM Malaysia. 


Dah sepuas hati hampa terpekik cakap hal fitnah liwat, liberal, agen yahudi, ejen IMF, tiba-tiba jadi lunak. Itulah, ketika Sultan Abdullah jadi YDPA sebelum ini dah minta mengadap sertai kerajaan...dengan sombong engkar titah Agong. 😊


Kenyataannya ialah... parti Pas atau nama penuhnya Pan-Malaysia Islamic Party tidak pernah menjadi kerajaan atau membentuk kerajaan atas dirinya sendiri. Sejarah puluhan tahun menyatakan parti pas bukan setia kawan. 


Dapat jadi kerajaan pun melalui rampasan kuasa tebuk atap. Ketika jadi kerajaan, satu apa pun tak mampu buat. Hanya pandai janji 5 hari, tak juga hapus ptptn ketika mana manifestonya sendiri di ucap Tuan Ibharim Tuan Man. ðŸĪĢ


Ok...ini bahagian penting! 👇


Kita maklum Pas dengan Mahathir cuba membentuk  G4 setelah Muafakat Nasional GAGAL. Pertelingkahan parti Pas vs Bersatu semakin meruncing. Dalam pelbagai acara Muhyiddin dan partinya di sisihkan tambah lg isu penderhakaan kpd titah bekas YDPA yang lalu.


Selepas bentuk G4, signal di hantar ke kerajaan Perpaduan PH, Madani untuk menyertai kerajaan yang memerintah di mana DAP sendiri ada di dalamnya. 😅


Siapa ada di belakang Pas ? Jawapannya Mahathir.


Teknik yang sama ketika sebelum siri tebuk atap berlaku. Dia sendiri bincang, audio lengkap tersebar, Taki & Hamzah sendiri yang mengakui ada perbincangan tersebut. 


Lepaskan jawatan PM, kemudian keluar dari PPBM...wujudkan pula parti Pejuang. Tolak tarik...tolak tarik...di katanya Muhyiddin tikam belakang. Tapi, itulah permainannya agar sdra Anwar gagal mara dan seterusnya gagal membentuk kerajaan dan jadi PM. 


Itulah yang Muhyiddin bongkak berkata, "PM tepi woiii!" ðŸĪŠ


Selanjutnya dengan G4 antara Mahathir & pas, Bersatu ini sebagai pemain simpanan saja. Kelak sekiranya dapat bersama kerajaan Perpaduan...muka belang dan taring akan terkeluar. Cuba pelbagai cara untuk nampak mereka terkehadapan. Sebenarnya ini hanya permainan.


Pelbagai desakan akan di buat, dari dalam pun akan sebarkan pelbagai fitnah. Sehinggalah perjalanan ekonomi dan pentadbiran bawah sdra Anwar jadi melemah. Di situ G4 itu akan mula keluar taring. Dan akan ambil kesempatan untuk tidak mendakwa pelbagai kroni elit termasuklah menyelamatkan diri dalam pelbagai kes salahgunakuasa dan rasuah.


Tujuannya ? Untuk persediaan perjalanan PRU16, cuba nak bina imej yang dah rosak supaya rakyat terima. Dan sudah tentu inginkan Anwar berundur. Bersatu sebagai pemain tambahan tadi akan di letakkan di sisi menyerang. Pas pula dah sebati dengan ideologi fitnah, akan gunakan kelebihan penyokongnya sahaja.


Haaa...ha!!! Ya, benda belum berlaku lagi. Tapi permainannya dah boleh di baca. 


Bagi kami pula wahai sdra Anwar, depa nak bincang...buleh ja. Takda masalah pun. Cuma kewajaran untuk menyertai, elok tak payah. Cukup sekadar depa nyatakan sokongannya saja. 


Tambah lg, Pas, Bersatu dan Pejuang parti Mahathir ini tak bawa sebarang munafaat. Lebih kepada hype, lepaskan tengkuk masing2 dari pendakwaan, memfitnah sana sini kemudian pergunakan penyokong pas demi agendanya "anak aku sbg PM yang baru". 😅


Itulah strateginya...


Ok, kita berhenti setakat ini. Makan nasi lemak spesial sebelum solat Jumaat. ✌️



No comments: