BIADAP BUKAN MENDERHAKA. BEZA TU


 Setiap kali geng PN kantoi hina Raja-Raja Melayu, maka dibangkitkan soal kes Iswardy. 








Saya secara peribadi mengangap dalam kes Iswardy ada kurang adabnya bercakap kepada Raja.


Kurang adab, bukan derhaka. Malah semua tahu masa itu kerajaan Muhyiddin bagaikan tidak berfungsi. Sehingga memaksa Iswardy secara kreatif mengadu kepada YDPA. 


Namun...tiada titah murka dari YDPA. 


Tiada laporan polis dari kerabat Pahang.


Beza dengan kes Sanusi contohnya. Tuanku Sultan Selangor murka dan laporan polis oleh Ahli Diraja Selangor. 


Dalam kes Muhyiddin, begitu juga. Tengku Mahkota Pahang keluar kenyataan murka dan laporan polis oleh Istana Pahang.


Kenyataan Sanusi itu bersifat menghina kewibawaan Tuanku Sultan Selangor. 


Manakala kenyataan Muhyiddin pula menimbulkan keraguan keputusan Tuanku YDPA dan menghasut rakyat untuk mempercayai yang Tuanku membuat keputusan salah dan melanggar Perlembagaan. 


Nasihat saya, sudah-sudahlah nak kaitkan orang lain. Hadapi kes kamu sendiri.


Iswardy releks je berdepan dengan mahkamah dah beberapa tahun. Tanpa dia salah dan kaitkan sesiapa.


Tapi kamu sibuk dengan kes orang lain hanya kerana nak tutup kemurkaan Tuanku kepada kamu.


Hoi Johari kurang ajar betul kamu ya panggil Tuanku Sultan Pahang dengan Dollah sahaja hanya kerana kamu nak pertahankan Muhyiddin? 


Jangan menyesal kemudian hari.


Terima kasih. 


Fairul al Qasas 

Jengka



No comments: