ADAKAH AQIDAH KITA BERBEZA ATAU CARA BERFIKIR YANG BERBEZA???


Che Ibrabim


Sari dua ni dok gegok pasal aqidah pula. Kita kena pakai aqidah aliran al Asyaa'irah dan Al Maaturidiah sahaja, aqidah ahli al hadis atau ahli athar atau pemikiran aqidah aliran lain (kalau ada) tidak boleh diambilkira dalam menilai aqidah seseorang (bagi sesetengah pihak).


Isunya adakah aqidah mazhab ahli al hadis, mazhab ahli al athar atau mazhab mazhab ahli fiqh adalah berbeza dengan aqidah mazhab al Asyaa'irah dan al Maaturidiah atau kita hanya khilaf "kira kira" sahaja? 


Setakat yang ambo faham umat Islam hanya ada satu aqidah sahaja iaitu mempercayai Allah sebagai Tuhan, tidak ada Tuhan yang lain selain Allah Dan Nabi Muhammad  saw sebagai Rasulullah. Selain itu mereka juga sama disegi mempercayai rasul rasul dan nabi nabi yang Allah utuskan, mempercayai malaikat yang sama, mempercayai kepada kita semua Kitab Kitab yang Allah turunkan serta mempercayai kebangkitan hari akhirat Dan Qadha" Qadar Allah.


Selagi kita tidak ada khilaf tentang kepercayaan di atas, maka kita adalah di atas rel aqidah yang sama walaupun aliran pengajian dan falsafah pemikiran kita dalam perkara di atas mungkin berbeza, itulah yang disebut sebagai ilmu Kalam @ atau "balah kira kira" yang tidak ada Hakim untuk muktamadkan. 


Aliran pemikiran aqidah antara Abu Hassan Al Asya'ari yang dipanggil Al Asyaa'irah dan aliran pemikiran aqidah Abu Mansur Al Maaturidi yang dipanggil "Al Maaturidiah" pun sudah berbeza walaupun hidup sezaman, apalagi aliran pemikiran yang mereka yang hidup di zaman yang lain.



No comments: