[GEMPAK] PERBICARAAN RASUAH ANAK HAMZAH!TARIAN PENYAPU DEDIKASI BUAT PMX!


Perbicaraan kes perunding bebas Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada bekas menteri dalam negeri Hamah Zainudin yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 akan bermula 24 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari pada 24 hingga 28 Mac, 14 hingga 18 April dan 21 hingga 25 April 2025 selepas Pegawai Pendakwa daripada SPRM Ikhwan Zaudii Nordin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan. "Pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 21 saksi," katanya pada prosiding sebutan kes itu hari ini. Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara berkenaan dan memohon satu tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula bagi memuktamadkan dokumen berkaitan kes dan pernyataan saksi. Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Feb 2025 untuk pengurusan kes.



No comments: