PEREMBAT BALAK ULAMA TAK TEGUR?


POLITIK MALAYSIA JANGAN JADI ‘LADANG BINATANG’

 

ELOK SANGAT TARIK TAULIAH ORANG PAS


Adakah Muhyiddin sudah buat laporan berhubung isu campur tangan kehakiman? – Gobind

 

Oleh Gobind Singh Deo

(Ahli Parlimen Puchong)

Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat laporan polis atau SPRM berhubung dakwaan beliau bahawa ada pihak tertentu telah mendesak beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah semasa beliau menjadi Perdana Menteri?

Tan Sri Muhyiddin juga berkata beliau tidak melayan tuntutan mereka itu.

Seksyen 25 (1) Akta SPRM menyatakan “Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.”

Seksyen 25 (2) kemudiannya menyatakan “Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”

Suapan ditakrifkan secara meluas dalam seksyen 3 di dalam Akta termasuk bantuan pelbagai jenis dan seksyen 23 membuat peruntukkan untuk kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Bukankah, daripada perkara di atas dan daripada apa yang telah dikatakan oleh beliau, suatu laporan perlu dibuat berhubung perkara tersebut sepertimana dinyatakan didalam seksyen 25(1) Akta SPRM?

Dakwaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin adalah dakwaan yang serius. Dakwaan tersebut telah disiarkan dan disebarkan secara meluas oleh akhbar. Ia adalah perkara yang mempunyai kepentingan awam dan mesti ditangani mengikut undang-undang.

Jadi, saya menyeru Tan Sri untuk memberikan respons di atas perihal ini. Adakah beliau sudah membuat laporan dan jika sudah, adakah dia menyatakan nama mereka yang didakwa telah membuat desakan itu?

Jika beliau tidak melakukannya, maka beliau harus menjelaskan mengapa tidak.

Kerajaan mulakan vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun Februari ini

 


Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) COVID-19, setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

Dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang 6 Januari lalu dengan memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.

Kata beliau, vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.



19.01.2022 - FOKUS 4.45 | RFID: JUALAN UNTUNGKAN KRONI, BEBANKAN RAKYAT


Kerajaan dan PLUS digesa untuk lebih fleksible dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) yang sedia ada.

RENTASAN 1053 | CUBAAN KKM RAHSIAKAN DATA KEMATIAN AKIBAT SUNTIKAN DOS P...



MENARIK DALAM RENTASAN 1053
1. KENAPA KP SPRM TAKUT PSC? 2. PAS SEMAKIN KUCHALANA 3. DOS KETIGA - BENTENG, BALA ATAU NIAGA? 4. PEMUDA AMANAH SEKOLAHKAN PM




"RAKYAT BUKAN PENGEMIS DI TANAHAIR SENDIRI" - PENAMPILAN SEMULA AISYAH "...



Program Bicara Kritis menampilkan bekas Ketua Serikandi Aisyah Syeikh Ismail yang telah lama menyepikan diri.

Dapat duit Umno pun jadi luas juga, netizen sindir pemimpin Pas

 


“Dengan mengenali Allah, kehidupan ini menjadi luas.”

Itu hantaran ringkas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Almarhum Datuk Nik Aziz sebentar tadi di Facebook.

Walau bagaimanapun dalam tempoh hanya sejam, warganet membanjiri ruangan komenar dengan rata-ratanya menyindir Ahli Parlimen Bachok itu.

“Dapat duit Umno pun jadi luas juga,” sinis Ajimae Kemaye manakala Muhammad Vairun berkata, “Dengan mengenali Umno, kehidupan ini menjadi buas”.

Dakwaan rakaman suara yang dipercayai milik Nik Abduh mengatakan “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang tular beberapa tahun lalu juga masih diingati warganet.

“Kalau kenal CIA jadi luas ko dok?,” tanya Najmuddin Yusoff.

Reaksi paling banyak dilihat mengaitkan situasi pemusnahan hutan di Kelantan dalam skala yang besar seperti saujana mata memandang.

“Luas… seluas bumi Kelantan,” komen Muhamad Zaha. Sementara itu, Ezu Den pula berkata, “Luas sangat tu sampai lupa hutan-hutan ini ada had keluasan.”

Selepas kesihatan bapa merosot, Dr Asri gesa KKM tangguh beri dos penggalak

 

Selepas berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguh pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

Bapanya yang mengalami muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak.

Malah, seorang doktor menyatakan kepadanya bahawa bapanya sekali lagi diserang angin ahmar pada bahagian sensitif di kepalanya.

Beliau berkata, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.

“Saya ingin mencadangkan supaya KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.

“Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko Covid-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.

“Penafian atau ‘state of denial’ tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian, ramai juga yang datang berjumpa dengannya menceritakan kesan yang mereka alami.

“Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga itu diambil dan oleh kerana mereka ini adalah orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi untuk diajukan.

Katanya, sudah banyak aduan mengenai kesan yang serius selepas pengambilan dos ketiga vaksin Covid-19.

“Jika dinilai, ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami dan tidak guna untuk menafikan.

“Memang benar, majoriti yang ambil tiada masalah malah saya dah ambil dos ketiga pun tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah,” katanya.

KELUHAN PENGGUNA MENGENAI RFID



Kenapa la bnda ni menyusahkan…kata makin menyenangkan.
Dahla kena beli 35 hengget, kredit tak ada dalam tu, mahal sungguh stiker ni, pastu kalau ada kereta 40 biji kena beli 40 keping😆😆
Dalam guide dia utk tampal ada dua pilihan, 1 kat lampu, 1 lg kat cermin, sebelah kiri. Kita pun tampal lah kat lampu sebelah kiri,, kereta berjemur kang rosak stiker ni tampal kat cermin, panas,,sbb tu tampal kat lampu..tak direct matahari.
1st lalu tol tak detect, bila tnya org yg jaga katanya tak tahu kenapa, aik? Xada brief ke kenapa xboleh?
2nd tol xboleh jugak kata dia plate kereta pakai crystal, plate besar mcm signboard, jarak antara abjad dgn nombor, tak boleh baca ke camne? masalah jugak ya. bnda ni utk bayar tol ke nak saman kita? Udah buat kerja org pulak🤣🤣
3rd tol lalu xboleh jugak katanya stiker tak kena sensor, ok fine.
Then pegi la tmpt jual stiker tu, sbb stiker ni kalau koyak mmg terus rosak. Tnya punya tnya, dia bg solution beli baru then tampal kat cermin, ok kita ikutkan,,
Tapi sebelum beli, tnya dia, u boleh tampalkan? Then u boleh confirm lepasni detect? Dia jawab,,,,,i tak boleh confirm bos, dulu demo punya jam mereka ada bawa alat utk detect frikuensi sensor, so kita ikut alat tu, i tak ada alat tu.
Jadi kalau tak detect jugak i kena beli lain lagi ke? Ya bos katanya, coz once u kopak mmg dah tak boleh guna hahahaha. I pun tak guna bnda ni dekat kereta i, singapore yg maju pun pakai macam smart tag, lebih releven katanya.
Amboii senangnya collect duit rm35, ni bukan future ready, ni future tak ready😆😆 hareyy
Sumber: FB Azmie Mie


KAH..KAH...MAT SAID KATA KE NAJIB


 

Menjelang #TangkapAzamBaki: Tiga pemimpin Pemuda AMANAH hadir ke IPD Dang Wangi

 


Sidang media Pemuda AMANAH Nasional dan Peguam Muda semalam. Tengah: Fadhli

Tiga pemimpin Pemuda AMANAH Nasional tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara untuk dirakam keterangan, tengah hari tadi.

Mereka ialah Peguam Muda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda; Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim dan Pengarah Mobilisasi sayap parti itu, Abbas Azmi.

Semalam, ketiga-tiga mereka mengadakan sidang media di Wisma AMANAH untuk menggerakkan demonstrasi aman #TangkapAzamBaki di Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Sekurang-kurangnya 10 peguam disediakan untuk memastikan tiada sebarang tindakan yang melanggar undang-undang sepanjang berlangsungnya demonstrasi tersebut.

Pentas Pemuda pada malam sebelum demonstrasi aman itu juga akan diadakan dengan bakal mengumpulkan wakil dari setiap sayap pemuda parti-parti Pakatan Harapan (PH) selain wakil dari Jawatankuasa Bertindak #TangkapAzamBaki.

Terdahulu, jawatankuasa bertindak itu akan mengadakan demonstrasi aman bermula jam 11 pagi, 22 Januari ini bagi menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.

Jawatankuasa tersebut juga menuntut supaya proses undang-undang ke atas Azam Baki dimulakan segera dan SPRM dirombak serta diletakkan di bawah Parlimen.

Dalam masa sama, rakyat Malaysia turut diajak mengibarkan bendera hitam dan menggunakan tanda pagar #TangkapAzamBaki serta #RombakSPRM di media sosial.

Dari kiri: Zubair, Fadhli dan Abbas.

PELABUR ASING TAK DATANG YANG DATANG ADALAH.......



 PELABUR ASING TAK DATANG, tapi...

Please share




KEH..KEH...MASA CINA DAP BAGI EWALLET SURUH BELAJAR UNCAI BODO DOK KAMPUNG DOKPERLI 30 RENGGET...LA NI KENA KENCING PADAN MUKA

 

Dulu PH bagi RM30 untuk galakkan penggunaan e-Wallet, unchai ejek. Tak habis ungkit 30 ringgek. Tapi hasilnya e-Wallet jadi begitu penting ketika PKP dan pasca PKP sampailah sekarang.

Hari ini, BN/PN gunakan e-Wallet untuk cekik duit rakyat melalui RFID. Tak memasal kena beli stiker RFID RM35 sekeping. Dulu TnG boleh share. Sekarang satu kereta satu. Kalau kereta lebih satu?
Semoga unchai bahagia. Uniknya bangsa unchai ni, mereka mahukan kerajaan yang jahat, yang menipu, yang memeras rakyat. Lagi kuat memeras, lagi mereka suka. Unchai... Unchai...


Sticker RFID dijual dengan harga RM35. Bagi saya yang tak banyak kereta, RM35 itu lebih murah berbanding harga SmartTag yang harganya RM150 (harga saya beli dulu ... sekarang tak pasti). Kalau orang ada 5 kereta, SmartTag itu boleh digunakan untuk 5 kereta. Secara purata satu kereta berkongsi RM30.
Saya pernah guna SmartTag. Harganya mahal. Bila SmartTag tu rosak saya tak beli dah. Dah lah mahal, bateri pun kena ganti setiap 4 - 6 bulan. Bateri pun jenis yang mahal.
Tapi kenapa RFID yang harganya RM35 masih dianggap mahal? Sebab orang makin bijak. Mereka boleh buat anggaran kos pengeluaran untuk produk seperti itu. Memang tak sepatutnya mahal sebegitu.
Mana mungkin sticker plastik itu lebih mahal dari kad akses?

JAMZURI ARDANI


PENCARUM KWSP KEKURANGAN SIMPANAN, KAJI SISTEM PENCEN SOSIAL


SISTEM RFID BANYAK KELEMAHAN, KENAPA PERLU TERBURU BURU?

  Sistem RFID banyak kelemahan, kenapa perlu terburu buru?

JANGAN LEPAS TANGAN PULAK

Persatuan Peguam Muslim gesa Menteri Agama selesaikan segera isu dakwaan hakim berbogel

Persatuan Peguam Muslim gesa Menteri Agama selesaikan segera isu dakwaan hakim berbogel

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memandang serius perpecahan dan perbalahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi syariah susulan dakwaan seorang hakim kanan terbabit dalam kes gangguan seksual.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar, perpecahan itu sudah lama berlarutan tetapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan.

“Menteri Agama sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, perlu menyelesaikan polemik ini segera supaya jabatan ini tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam sebagaimana dialami beberapa institusi lain.

“PPMM percaya, perpecahan ini sudah lama membarah tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib,” katanya yang dipetik portal Berita Harian, hari ini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan selepas dia seorang wanita membuat laporan mendakwa dia menemui hakim terbabit dalam keadaan berbogel di atas katilnya pada 2020.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Mohd Na’im Mokhtar kemudiannya tampil membuat laporan polis “menafikan sekeras-kerasnya” dakwaan bahawa dia melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa.

Susulan daripada itu, Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PPSM) mengeluarkan beberapa pandangan berbeza dengan presidennya, Ibrahim Deris yang mencadangkan Mohd Na’im direhatkan bagi memudahkan siasatan.

Bagaimanapun, timbalan presidennya, Muhammad Yusro Borhan Nordin menafikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan presiden persatuan itu dan mendakwa ia bukan pendirian persatuan mereka.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, hakim yang berwibawa dalam kalangan mediator bertauliah bukan terdiri daripada kalangan pengamal undang-undang dan kehakiman wajar dilantik untuk memudahkan perjalanan perbincangan semua pihak.

Dia juga menggesa semua pihak dalam institusi kehakiman syariah tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing, sebaliknya kembali ke meja rundingan untuk berbincang demi memelihara integriti, kewibawaan dan maruah institusi itu.

Katanya, pertikaian di media massa dan media sosial hanya akan memburukkan lagi persepsi masyarakat.

“PPMM melahirkan rasa dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan syariah, baru-baru ini.

“PPMM memandang serius permasalahan berkenaan dan demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar ia diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.

“Penyelesaian ini haruslah dilakukan seumpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan,” katanya lagi.