Kekejaman Israel, Perang Siber sudah bermula

Hackers Islam mula bertindak…Israel meneruskan kekejaman mereka, menerusi misi menyembelih masyarakat Islam Palestin buat minggu kedua berturut-turut, kelesuan barisan Pemimpin Negara Arab disekelilingnya dalam menyelesaikan konflik berdarah ini perlu dipandang serius,mereka nampaknya gentar sekali dengan Amerika yang menjadi dalang disebalik kezaliman Rejim Zionis terbabit.


Tindakan oleh ”pihak lain” mesti diambil untuk menghentikan kekejaman ini.Apa yang menarik sepanjang misi kekejaman ini dilancarkan, Hackers dari Negara Islam, seperti Lebanon, Morocco, Iran, Algeria,dan Turkey memulakan kempen “peperangan online” mereka. 48 jam selepas pengeboman pertama lebih 300laman berpusat di Israel berjaya diceroboh. Sehingga kini beribu-ribu website milik Israel berjaya ditembak & di defaced.


Target mereka bukan sahaja website syarikat perniagaan milik zionis, tetapi membabitkan juga laman web kerajaan, perbankan dan agensi pertahanan Israel. Mengikut salah seorang Hacker, menggunakan nama T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar Al Arabiasasaran utama mereka adalah Laman Berita, perbankan, pertahanan dan laman milik Kerajaan Israel.Teknik yang digunakan.Mengikut pengalaman aku teknik2 yang digunakan oleh mereka dinamakan “Cross site scripting” dimana mereka juga memanipulasi teknik SQL injections untuk “crack” query yang sedang berjalan terhadap server hosting website terbabit. kod ”Skrip Malicious” didalam bentuk javascript di “inject” pada browser seterusnya menuju kedalam query database sesuatu laman.


Teknik ini secara serius tidak dapat mengapa-apakan sistem rangkaian(Networking) & Databases yang lebih advance seperti “Sistem Pertahanan Israel”. Untuk lakukan ini mereka memerlukan masa untuk crack firewalls & menyelesaikan “puzzle security algorithm”, aku rasa dengan kerjasama, khususnya pertolongan para genius hackers dari Indonesia (Indonesia sememangnya terkenal dengan para pengodam yang handal),misi ini dapat dilakukan tanpa masalah. Jika ”pencerobohan sistem” ini berjaya dilakukan, seluruh sistem pertahanan canggih Israel akan lumpuh Barisan Roket Pemusnah, Jet Pejuang & Jet Pengebom mereka adalah di kontrol oleh sistem pertahanan yang canggih ini.

Dapat anda bayangkan jika kita berjaya mengkontrol bahan pemusnah mereka seperti senjata nuklear dan meletupkan terus ditempat simpanan mereka?? INILAH DIKATAKAN PEPERANGAN SIBER YANG SEBENAR!!! ini bukan fantasi,dengan pertolongan Allah SWT apa sahaja boleh berlaku.Kesimpulan…Apapon melakukan defaced terhadap laman utama website Agensi Pertahanan & Perbankan Israel, sudah dikira agak hebat juga. Defaced yang dilakukan antara lain memaparkan gambar2 serta kekejaman Rejim tentera zionis, serta perkataan2 yang mencabar mereka. Ini aku rasa cukup berjaya untuk menyampaikan mesej persaudaraan Islam melangkaui sempadan. Mereka cukup berkerja keras, mengikutlaporan hampir 10,000 website Israel berjaya di hack, ini sesuatu yang membanggakan dimana seorang hackers berkerja keras untuk paling kurang pon berjaya melakukan attack kepada lebih 100 websites.

Aku mencadangkan mereka untuk turut melakukan deface terhadap laman CNN yang jelas media propaganda Zionis. Dapat anda bayangkan laman sehebat CNN yang dilayari berjuta orang pada satu2 masa terpapar gambar kekejaman tentera zionis menyembelih kanak2, wanita, orang tua serta orang awam yang tidak berdosa??

Tokoh Anti-Islam Dunia Berhimpun di Israel

"Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.


Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.


Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.
Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.


Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.
"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.


Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.
"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.


Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.
Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.
Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian."Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi."Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan.


Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)

BILIK SULIT BERJAYA DI PENTASKAN





HISHAMUDDIN BERSAMA PRESIDEN ALIRAN P RAMAKRISHNAN










PULAU PINANG-Teater arahan aktivis reformasi Hishamuddin Rais berjaya di pentaskan di studio Zheng di jalan Lebuh Light semalam.Ianya bermula dari 17 hb dan berakhir semalam.Ianya berjaya kali pertama di Pulau Pinang.