Politik Santa Claus warnai pilihan raya Malaysia, kata akhbar Singapura

Politik Santa Claus warnai pilihan raya Malaysia, kata akhbar Singapura

March 17, 2013
Bagi Reme, Najib telah menabur lebih banyak 'saguhati' wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat. - Gambar fail  SECARA TIDAK LANGSUNG PENULIS INI MELIHAT BAHAWA PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PESAING MANTAP YANG AKAN MENGEMUDI MALAYSIA. KERAJAAN SELEPAS INI ...BERMAKNA KERAJAAN PAKATAN  DAN SANGGUPKAH KERAJAAN "SELEPAS" INI YANG DIMAKSUDKAN PAKATAN RAKYAT MELAKSANAKAN JANJI-JANJI MEREKA. jAWAPANNYA SUDAH TENTULAH YA....   KUALA LUMPUR, 17 Mac — Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan. 
 
“Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
“Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus,” tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.

Beliau menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah menabur lebih banyak “saguhati” wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta pengundi yang masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih banyak diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.

Antara berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian bantuan tunai RM500 kepaa setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada ribuan remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas pengumuman kenaikkan gaji kepada 230, 000 polis dan askar—yang dianggap sebagai kelompok utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.

Penulis juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat sebagai pesaing mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut menjanjikan banyak gula-gula.

Antara yang disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif perkhidmatan utiliti yang lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas kereta dan petrol serta tol lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto PR yang dilancar bulan lepas.

“Tetapi yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.

“Tetapi semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan selepas ini memindahkan lebih banyak wang awam  ke arah aktiviti-aktiviti yang produktif seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja, atau mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada pengundi yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?” soal penulis.

Reme berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih banyak saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut beberapa pemerhati politik yang berkata disini.
“Realiti yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.

“Tujuan kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang yang berada dalam garisan tersebut,” kata Reme.

Beliau menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar keatas belanja kerajaan datang daripada cukai dan “bank-bank rakus lain seperti syarikat minyak Petronas”.

Beliau mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk membina jalan raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi memastikan janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau membayar pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.

“Dalam kata lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka mereka mendapatnya ecara percuma,” kata beliau.



Umno DENGAR INI PESANAN

Barisan Nasional mesti bijak adun strategi — Jeniri Amir

 
 Bukan dengan baling batu,kayu dan telor.bukan dengan fitnah....rakyat dah bijak.





March 17, 2013
17 MAC — Pola politik berbeza perlu diambil kira

Landskap politik berubah ekoran anjakan politik daripada politik lama kepada baru. Politik lama banyak ditentukan oleh sejauh mana parti politik dan calon dapat membawa pembangunan. Namun, dalam politik baru, pembangunan bukan lampu ajaib untuk menawan pengundi. Pengundian dalam politik lama berlaku atas garis etnik, tetapi politik baru merentasi sempadan etnik. Ramai pihak beranggapan politik baru muncul dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) di Malaysia. Hakikatnya, benih awal politik baru menjelma sejak PRU-1999 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi dan politik. Negara kita sudah banyak berubah terutama sejak 15 tahun lalu. Struktur masyarakat beranjak ekoran pelbagai dasar ekonomi, sosial dan pendidikan. Justeru, lahir lebih banyak golongan kelas menengah. Sebahagian kelas menengah ini berasal dari luar bandar. Hasil kejayaan pendidikan terutamanya, berlaku bukan saja mobilisasi mendatar, tetapi juga menegak. Maksudnya, berlaku peningkatan dari segi sosioekonomi.
“Kita harapkan kempen BN lebih pelbagai dan kreatif, slogan kempen lebih segar, poster lebih bermaya serta bergaya, bukan poster kempen 1960-an”
Politik lebih responsif 
Dalam politik baru, pengundi tidak lagi sekadar tertarik dengan janji dan rancangan pembangunan. Mereka mahu melihat parti politik yang responsif terhadap aspirasi dan tuntutan mereka.
Pengundi terutama muda melihat lebih jauh berbanding mana parti dan wakil rakyat dapat melaksanakan projek pembangunan jalan raya, klinik, sekolah atau bekalan air dan elektrik.

Pendidikan, ekonomi dan media baru, khususnya media alternatif menyebabkan perubahan dari segi pendirian politik mereka. Kesan ledakan teknologi maklumat mentransformasikan hampir semua bidang. Di negara luar, termasuk di Asia Barat, kita akui bagaimana generasi muda yang sekadar menggunakan telefon bimbit berupaya mengubah landskap sosiopolitik. Kerajaan menyedari kempen politik klise dan tradisional tidak lagi relevan. Untuk itu, kita mengharapkan kempen politik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang lebih pelbagai dan kreatif, slogan kempen lebih segar, poster lebih bermaya dan bergaya, bukan poster kempen ala 1960-an. Papan iklan kempen perlu lebih serasi dengan kehendak semasa. Manifesto juga patut lebih kreatif dari segi persembahan, terutama dari segi reka bentuk dan penampilan. Sudah pasti, kesilapan lalu tidak menggunakan semaksimum mungkin media baru perlu dielakkan.

Bagi pengundi era politik baru, yang jauh lebih penting adalah bagaimana parti dan calon dapat membawa pembaharuan. Isu tabir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, keupayaan menangani rasuah dan penyelewengan menjadi perhitungan utama dan bukan lagi soal keupayaan menyelesaikan masalah yang dianggap remeh-temeh.

Tetapi di luar bandar Sabah dan Sarawak politik baru belum menonjol. Politik pembangunan masih menawan pengundi. Ada 5,000 penempatan terdiri daripada kampung tradisional dan rumah panjang. Lebih daripada 50 peratus kawasan itu mempunyai sekitar 30 keluarga saja. Kejayaan parti untuk menawan hati pengundi sebahagian besar ditentukan rekod silam dan keupayaan membawa pembangunan serta menunaikan janji.

Adunan strategi 

Media konvensional masih penting. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak, radio dan televisyen menjadi sumber politik utama. Politik di luar bandar dan rumah panjang di kedua-dua negeri itu, memerlukan adunan strategi lama dan baru. Bagi politik baru, penggunaan internet, Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) penting untuk meraih undi. Di Sarawak pembangkang mendekati rakyat melalui radio kerana mereka menyedari radio sumber utama politik penghuni rumah panjang.

Kehadiran Radio Free Sarawak tidak disenangi kerajaan Sarawak kerana disifatkan menyemarakkan sentimen rakyat. Bagaimanakah kerajaan dapat menangkis wacana politik disebarkan melalui radio alternatif itu? Memadaikah sekadar menasihati rakyat di luar bandar mengelak daripada mendengar radio terbabit? Radio itu memaparkan isu yang dekat di hati rakyat termasuk isu tanah adat dan kekurangan pembangunan di kawasan mereka.

Pelbagai kehendak kontemporari telah menyaksikan kerajaan melakukan perubahan. Perdana Menteri melakukan banyak reformasi termasuk reformasi politik dengan memansuhkan dan meminda beberapa undang-undang. Sejauh manakah transformasi politik sesuai dengan prinsip demokrasi dan hak asasi itu relevan dengan pengundi luar bandar dan pedalaman di negara ini?


* Penulis ialah Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak. — bharian.com.my

  •  

Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar


 KALAU NAK LAWAN PUN ... GUNAKAN CARA LAIN....SAMAN JANGAN TAK SAMAN

 

Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar

Oleh Md Izwan
March 17, 2013
Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial. – Gambar fail KUALA LUMPUR, 17 Mac — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan beberapa blogger pro-Umno yang meletak gambar kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah perkara tersebut membuktikan mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial, memandangkan tiada bukti yang kukuh yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan amalan keji tersebut.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar.

“Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya yang dipetik dalam akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Anwar menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

“Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

“Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan,” kata Anwar.

Pendedahan kontroversi oleh blogger pro-Umno tersebut merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas 21 Mac 2011 trio “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.



VIDEO ANWAR DI BAGAN SERAI