ALAHHHHH- JABATAN PENJARA..BAGI JA DIA HADIR DENGAN TANGAN BERGARI- ITU DASAR PENJARA MALAYSIA.BAGI JA DIA KE PARLIMEN...

 

Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir ke Dewan Rakyat, kata Shafee.





Najib Razak kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International.

KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak berkata, jabatan penjara menolak permohonan bekas perdana menteri untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat bulan ini.

Shafee Abdullah memberitahu pemberita hari ini berkata, pasukan perundangan telah menulis surat kepada jabatan penjara minggu lalu tetapi pihak berkuasa menolak permintaan itu atas alasan “keselamatan”.

“Kami merayu kepada menteri dalam negeri (Hamzah Zainudin) dengan segera terhadap keengganan jabatan penjara tetapi beliau masih belum menjawab.

“Jika dia tidak menjawab esok, kami akan memfailkan kebenaran untuk semakan kehakiman,” katanya.

Shafee juga menolak alasan keselamatan yang disebut oleh jabatan penjara dalam menafikan permintaan Najib sebagai tidak rasional.

“Penjara dan polis (di Parlimen) boleh memastikan lebih banyak keselamatan di sana.”

Peguam itu turut mengeluh kerana beberapa pembantu politik Najib tidak dapat bertemu dengannya di penjara atau ketika Najib menghadiri mahkamah untuk mendapatkan arahan mengenai perkara berkaitan di Pekan.

“Pembantunya ada di sini (penjara Kajang) tetapi dia tidak dapat melihat anak guam saya (Najib),” kata Shafee, memetik bahawa hanya peguam dan ahli keluarga boleh melihatnya.

Shafee menambah, Najib masih seorang Ahli Parlimen dan harus dilayan seperti itu.

“”Tugas utama Ahli Parlimen adalah menghadiri Parlimen. Ia adalah saat genting sekarang (di Dewan Rakyat),” katanya merujuk kepada khabar angin bahawa Parlimen boleh dibubarkan dalam masa terdekat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.

Awal hari ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada Najib boleh menghadiri prosiding di Dewan Rakyat atau tidak.

Tambahnya, terpulang kepada jabatan penjara untuk memutuskan perkara itu memandangkan Najib berada dalam tahanan mereka.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas sabitan kes SRC International dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos.

Bulan lalu, Azhar mengesahkan Najib kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan sejak beliau memfailkan petisyen memohon pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC.

Najib telah memfailkan petisyen itu pada 2 Sept, dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.

Azhar berkata, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan.

Konsert depan Masjid Zahir- Takkan jawapan kerajaan negeri dan pihak berkuasa asyik kesal, kesal dan kesal memanjang



By MOHD ALI HASHIM / October 3, 2022

Memalukan. Itu saja yang dapat dizahirkan apabila konsert hiburan diadakan di dataran berhadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Lebih menyedihkan apabila konsert yang diadakan berhadapan dengan masjid tersebut juga menempatkan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah di belakangnya dan ia memberi imej buruk kepada kedua-dua institusi yang ternyata tidak mampu menyekat kewujudan program sedemikian.

Festival usahawan muda-mudi yang dinamakan ‘Muda Mudi Weekend Fest’ diadakan di tapak Balai Seni pada Jumaat 30 September hingga Sabtu 1 Oktober 2022 mulai jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam.


 



Festival tersebut juga turut mendapat kebenaran menganjur dari pihak polis, Majlis Bandaraya Alor Setar serta Pejabat Daerah Kota Setar.

Penganjur bersama ialah Collective Biggy dengan kerjasama Balai Seni Alor Setar, dengan pengisian pasar kopi sehari, demonstrasi ‘little art’, OSBMX Show Bike Competition serta persembahan dari artis tempatan.

Manakala artis yang terlibat dalam surat kebenaran adalah kumpulan The Highbiscus Gerhans Skacinta, Naratu, Joe (Purevibracion) dan DJ Alakazam X Dj Slick Z.

Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri Kedah serta agensi pihak berkuasa yang terlibat tidak sepatutnya menzahirkan ‘kesal, kesal dan kesal’ setiap kali berlakunya insiden yang memalukan seperti ini.

Malah kata beliau, baru saja isu pertunjukan fesyen, tunjuk ‘body’ buka aurat dan pelbagai program memalukan negeri Kedah berlalu, tapi hanya luahan ‘kesal aja’ yang mampu dizahirkan oleh kerajaan negeri maupun pihak berkuasa yang terlibat, sebaliknya tiada tindakan drastik yang diambil.

Sehubungan itu ujar beliau, jelas terbukti Kedah bukan saja tercalar imejnya, tetapi juga amat memalukan apabila kerajaan negeri yang didakwa memperjuangkan imej Islam, kaku dan layu tidak bermaya serta longlai tanpa hala tuju.

CEPAT PAS UMNO TUNGGU- MANA SATU NIH NAK SONDOL- TAK MALU KE ?


 

OLEH KERANA SPEAKER MAHU NAJIB KE PARLIMEN YB SEPANG ADA BUAT PERMOHONAN BEGINI- SUPAYA DUNIA LIHAT HEBATNYA MALAYSIA


 

KAH..KAH.....MACAM INI PUN ADA




 

Speaker Rosak buat hal lagi.

Banduan boleh hadir sidang Parlimen katanya.

Via Sinar


HANYA PARTI INI MAHU ADAKAN PILIHANRAYA WAKTU BANJIR






W.FAUDZIN

Kita lagi hairan, umno sekor je dlm dunia ni yg mahu pilihanraya waktu banjir.

 Tentu ada udang di sebalik batu. Mudah je....sebab kluster mahkamah takut

 masuk mahkamah dan penjara. Itu je...



SIAPA JUMPA SIAPA ?

 

Soalnya, siapa yang miang sangat nak bekerjasama tu? Zahid yang jumpa kamu atau kamu yang terhegeh-hegeh jumpa Zahid? Dengan lebai ni, letak la apa syarat sekalipun, apa jaminan dia tak langgar? Bila dia rasa dia dapat tumpang kesenangan, dia sanggup langgar apa saja janji. Janji hudud dan RUU 355 itu pun dia langgar, setakat janji politik ni celah janggut lebai je...




SEPATUTNYA BALING JA KASUT KE AHLI PARLIMEN NI...HA,HA...HA..






Antara kawasan pertama yang dilanda banjir tahun ini ialah kawasan Setiausaha Agong UMNO, DS Ahmad Maslan.

Talk about signs!

Katakan lah kepada orang Pontian, suruh mereka keluar mengundi, Parlimen nak bubar. Takut dicampak kasut jua.

~LM~

 

BERITA PELESU : BELUM LAGI NGADAP AGONG.


 

HEBAT BANDUAN BERNAMA NAJIB.


 

PERCAYALAH…OLEH KERANA MAHIADDIN BUKAN LAGI PM, HADI AKAN BAWA PAS KELUAR PN UNTUK BERSAMA PARTI ‘ITIK PATAH KAKI’


Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mendedahkan pertemuan beliau dengan Hadi Awang berlaku kerana Presiden Pas itu datang menemui beliau di kediamannya.

Kata beliau, Hadi telah datang ke kediamannya pada 17 September lalu.

Dalam erti kata, pertemuan itu berlangsung adalah disebabkan Hadi yang ingin bertemu Zahid Hamidi, bukannya Presiden UMNO mahu bertemu Presiden Pas itu.

Jika Zahid Hamidi yang ingin bertemu Hadi, pertemuan itu tentulah berlaku di tempat pilihan Hadi dan bukan di kediaman Zahid Hamidi.

Di sebalik Hadi sebelum ini pernah menggelar UMNO sebagai itik patah kaki, beliau kini nampaknya sanggup menebalkan muka datang menemui Zahid Hamidi sambil menghulurkan tangan untuk bekerjasama semula bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Jika dahulu beliau membawa keluar Pas daripada MN melalui pintu belakang dan secara senyap-senyap semata-mata untuk menyertai PN, sekarang secara senyap-senyap juga beliau bertemu Zahid Hamidi tanpa pengetahuan PN.

Tidaklah sukar untuk menjangka bahawa Hadi bertemu Zahid Hamidi itu adalah petunjuk kecenderungan Pas yang sudah tidak tertahan lagi untuk keluar dan meninggalkan PN.

Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain sebabnya ialah kerana Mahiaddin Md Yasin yang merupakan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN bukan lagi Perdana Menteri sekarang ini.

Kalaulah Mahiaddin masih lagi Perdana Menteri, bukan saja UMNO akan kekal dilabelnya sebagai itik patah kaki atau macam-macam label buruk yang lain, malah tentulah mustahil beliau sanggup mencari Zahid Hamidi untuk bertemu bagi membincangkan soal kerjasama.

Di sini jelas bahawa Pas adalah parti yang tak boleh pakai, tiada kesetiaan dan hanya memikirkan kelangsungan nikmat berjawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang tak payah buat kerja dan hanya makan gaji buta.

Kemaruknya Pas kepada jawatan dan kedudukan dalam kerajaan boleh kata mengalahkan penganggur yang sudah berpuluh tahun tidak beroleh pekerjaan.

Tetapi, huluran tangan Pas kepada UMNO untuk bekerjasama itu tidaklah mudah disambut begitu saja kerana Zahid Hamidi tentulah tidak lupa semua kecurangan serta ketidaksetiaan Pas ketika berada dalam MN sebelum ini.

Sebab itu, beliau meletakkan tiga syarat jika Pas ingin bekerjasama semula dengan UMNO

Tiga syarat tersebut ialah Pas mesti keluar daripada PN, memutuskan semua hubungan dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi berpisah sepenuhnya dengan Bersatu dan PN.

Sanggupkah Hadi memenuhi tiga syarat itu?

Sekali pandang, memang terlihat syarat-syarat tersebut amat berat untuk Pas penuhi.

Ada pula yang berkata, tidak mungkin Pas sanggup meninggalkan Mahiaddin yang begitu berjasa besar kerana beliaulah yang mula-mula membawa parti itu ke dalam kerajaan, melantiknya sebagai duta dan mencadangkan gelaran Tan Sri kepadanya.

Tetapi benarkah Hadi begitu teguh jiwa dan pendiriannya?

Dalam hal ini, percayalah bahawa keutamaan Pas sekarang ialah untuk kekal dalam kerajaan serta memenangi sebanyak mungkin kerusi wakil rakyat.

Maka, demi ingin kekal menikmati kedudukan dalam kerajaan dan keseronokan berjawatan dengan gaji lumayan itu, adalah dijangka pilihan akhir Pas ialah meninggalkan Bersatu dan PN untuk memilih bersama UMNO semula.

Pas kini sedar BN yang ditunjangi UMNO lebih mempunyai harapan dan peluang membentuk kerajaan berbanding Bersatu dan PN.

Hanya dengan menumpang kekuatan UMNO dan BN sajalah Pas dapat mengekalkan kenikmatan hidup dunia yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.

Dengan bersama Bersatu dan PN, Pas sedar nikmat dunia mereka bakal terlepas begitu saja.

Sampai hatikah Pas meninggalkan Mahiaddin, Bersatu dan keluar daripada PN?

Jangan risau tuan-tuan – Pas sentiasa ada dalil, siap dengan hadis-hadis pilihan sekali untuk menghalalkan tindakannya itu dan mereka akan terus mendabik dada mengatakan pilihan yang dibuat adalah betul dan selari dengan tuntutan Islam. – ShahbudinHusin 03/09/2022.


BERI LALUAN BERI LALUAN.....


 TERKINI: BANJIR ditangguh untuk beri laluan PRU!

#UndiBanjir #PRU #banjir #courtcluster


ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

LU SAPA- DATO ZAHRIN PERLI ZAHID HAMIDI


 

KEH...KEH..KEH...MAJLIS FATWA BELUM ISTIHAR DAP PARTI YANG SALAH DAN SESAT. TAPI FATWA HADI PENAH DIISTIHARKAN SESAT.


 

Agama Lain hormat pada Agama Islam dan Masjid. Politik sempit lebai Pas main perkauman di pentas akhirnya bangsa lain kutuk


 

NI APA CERITA NI- BERJOGET DI 2 BUAH NEGERI YANG MENGAKU PEJUANG ISLE NI- NI HIPOKRIT BESAR NI.


 

ALAHHH...APA LA NAK HERAN...DENGAN MENTOR DIA PUN DIA KURANG AJAR..INI KAN PULA BEKAS P.A DULU...KALAU DALAM PKR MEMANG DAH KENAL DIA NIH.....

 

Azmin ‘kurang ajar’ dakwa Dr M letak jawatan PM sebab ‘pelupa’




Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan Azmin sebagai ‘penipu besar’ yang wajib ditolak rakyat susulan mendakwa bertemu dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, selama dua jam, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memanggil Azmin Ali sebagai “kurang ajar” kerana mendakwa Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan perdana menteri kerana sikap “pelupanya”.

Mukhriz turut mempersoalkan kesahihan dakwaan Azmin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor yang kononnya beliau “bersembang selama dua jam dengan Mahathir untuk membincangkan episod Langkah Sheraton”, baru-baru ini.

“Azmin memang penipu besar. Dengan pemimpin penipu macam ini, rakyat wajib tolak,” tulis Ahli Parlimen Jerlun itu, di Instagram miliknya.

Hari ini, MalaysiaGazzette melaporkan, Azmin ketika melancarkan persidangan dan jentera pilihan raya Bersatu Selangor, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.

Beliau dipetik berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan pertemuan bersama negarawan negara itu, baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.

TUUU DIAHHH- PARTI YANG MEMIMPIN NEGARA KENA SELALU DIHADAPAN BAIK PERSIAPAN MINDA DAN JUGA FIKIRAN. INI NAK PILIHANRAYA DOK KALUT LAGI SOKONG SIAPA TOLAK SIAPA . MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA KALAU HARU BIRU LAGI ?

 

PH selesai agih hampir semua kerusi PRU15, kata Rafizi.







Rafizi Ramli berkata, keputusan pembahagian kerusi akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu ini.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan pembahagian hampir semua kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ketika ini, semua negeri menyelesaikan pembahagian kerusi, kecuali Kedah dan Sabah yang masih berunding dua atau tiga kerusi, dan keputusan rundingan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu ini.

“Kita yakin dapat selesaikan menjelang Rabu ini. Untuk kerusi Parlimen, PKR, Amanah dan DAP bakal mendapat tambahan kerusi pada PRU15, yang mana 52 kerusi di Semenanjung yang dulunya ditandingi Bersatu pada PRU14, akan dibahagikan kepada semua parti dalam PH.

“Bagi Sarawak, tidak menjadi isu sangat sebab Bersatu tidak bertanding di situ pada pilihan raya lepas…jadi tidak banyak beza dari segi agihan. Cuma di Sabah, kita kena berunding dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) yang sebelum ini, parti itu bukan dalam PH. Itu makan masa sikit,” katanya dipetik Bernama selepas sesi Town Hall di George Town, Pulau Pinang semalam.

TELAH DITEMUI PUNCA SEBAB MUSABABNYA

 TERBONGKAR!!! Sebab sebenar Court Cluster mahu PRU diadakan ketika BANJIR!

#pru #banjir #courtcluster #UndiBanjir




PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar


 

Bajet 2023 berkemungkinan bakal ditolak blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) jika tiada jaminan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadaka pada tahun depan bukan tahun ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan meneliti terlebih dahulu perkembangan semasa bagi menimbang untuk menolak Bajet 2023 sekiranya UMNO berterusan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen selepas pembentangan pada 7 Oktober nanti.

“Kita sedang teliti (untuk menyokong atau menolak Bajet 2023).

“Kita nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek yang tidak telus seperti masalah pembelian ubat-ubatan termasuk vaksin, kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) mengenai 5G yang sampai sekarang belum ada ketelusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia hari ini kepada media.

Sebelum ini, PH menyokong Bajet yang dibentang kerajaan Ismail Sabri susulan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai 13 September tahun lalu.

Kegagalan usul atau Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan akan menjadi satu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan.

Syarat itu bagaimanapun tertakluk penunaian dan pelaksanaan transformasi yang dipersetujui dalam MoU berkenaan, selain usul dan RUU yang dibentangkan kerajaan perlu dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kedua-dua pihak.

Untuk rekod, UMNO baru-baru ini memutuskan Ismail Sabri akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Malah, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini sedia meredah banjir untuk berkempen sekalipun PRU-15 terpaksa diadakan semasa musim tengkujuh pada hujung tahun.

 

 

BUKAN SALAH ZAHID TAPI ORANG UMNO SUDAH TERMAKAN DEDAK

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Isnin -  03/10/22

( 1 - 18 )

 

1.     SESAL  DULU

        PENDAPATAN

        SESAL

        KEMUDIAN 

        TIDAK  

        BERGUNA'

 

        NASI  SUDAH

        JADI  BUBUR

 

2.   Walah pun telah  dikalahkan   namun  UMNO  maseh  di takuk lama  -  tidak mahu  menerima  teguran dan kritikan  seolah - olah  UMNO  sebuah Parti  yang  'PERFECT' , tidak ada cacat cela

 

3.  UMNO  maseh punyai sikap - 'DENIAL  SYNDROME'   atau   'SINDROM   PENAFIAN'  -  jika ditegur , marah malah  ada yang melenting

 

4.   Kini UMNO  akan  berhadapan  dengan  kuasa , iaitu  rakyat ,  yang akan  membuat  penentuan  sama ada UMNO  akan bangkit  semula  atau  menjadi  salah satu bahan  simpanan  musium

 

5.   Pemecatan  beberapa Ahli UMNO  sebenarnya  tidak menguntung  malah  merugikan Parti kerana  mereka bukan lah menyerang  Organasi tetapi  segala  teguran  di tujukan  kepada Presiden  yang  lemah , malah  cuba menggunakan  Parti  untuk kepentingan  diri

 

6.  Samada  rakyat  terpaksa  bergelumang  dengan banjir di musim  tengkujuh itu bukan persoalan pokok kerana  yang  penting  ialah  PRU 15  MISTI  diadakan  secepat mungkin

 

7.   Mengapa  PRU 15  harus  di adakan sebelum akhir tahun ?

 

8.   Zahid dan beberapa orang pemimpin UMNO  seperti Bung Mokhtar dan Azeez Keling   mungkin  di penjarakan seperti Najib juga  

 

9.   UMNO  bawah pimpinan Zahid  kini bukan lagi bak kata pepatah  :

 

RETAK  MEMBAWA  BELAH  

 

tetapi  sudah pun  berpecah  kepada  2 kumpulan ;  kumpulan  Putrajaya  yang di ketuai Ismail Sabri  BERKUASA  membubarkan  Parlimen  tapi  TIDAK  BERKUASA   memberi watikah calon sedangkan  UMNO  PWTC  yang  di ketuai  Zahid Hamidi  BERKUASA  memberi watikah  tapi TIDAK  BERKUASA   membubarkan  Parlimen

 

10.  Apabila berulang  kali Zahid  menyebut  Najib  maseh  berpengaruh  memenangkan UMNO/ BN  pada PRU  akan datang , ini dengan jelas  MEMBUKTIKAN   Zahid  TIDAK  BERKEMAMPUAN   sebagai Presiden UMNO  dan  Pengurusi  BN

 

11.   Ini lah dilema  Parti apabila  Perwakilan  disumbatkan  dengan dedak  dan berbagai janji manis  memilih  salah  pemimpin ,  Wak Jawa  yang  mengaku  'balik kampung' ketika ditemuramah  oleh TV Indonesia

 

12.   Zahid Hamidi juga  pernah  terlibat  memukul Amir Bazli Abdullah  kekaseh  anaknya ,  Nurul Hidayah  setengah mati kerana mengamalkan  konsep

 

    ENGGANG

    DAN PIPIT

    TIDAK  BOLEH

    BERSAMA

 

13.   Zahid  tidak boleh  dipersalahkan 100%  dipilih  sebagai  pemimpin  ;  yang  harus  di persalahkan  ialah  Perwakilan UMNO  ketika itu  yang  senang  menjual  diri  mereka   kepada siapa  yang  boleh menawarkan  'harga'  mahal 

 

14.   Perangai  sebahagian besar  Perwakilan  samalah  seperti  pekedai  'menyewa'  atau 'menjual'  lesen  kepada  orang Indon dan Bangla  di Chow Kit  atau di Pasar Borong Selayang

 

15.   Mungkin Ismail Sabri  terpaksa di kekalkan  namun beberapa  penyokong kuat   beliau  seperti  Anuar Musa , Shaidan Kassim ,  Hishamuddin Hussein dan ramai lagi akan dicantas

 

16.  UMNO  MISTI  pilih  samada  maseh  mahukan  Jawa Kaki Pukul  atau  Ismail Bera  sebagai  pemimpin mereka  bagi  menghadapi  PRU  ini ,  jika mahukan kemenangan  selesa

 

17.  Tan Koon Swan  mahukan jawatan Presiden  MCA  dengan harapan  beliau tidak akan di penjarakan , mungkin Zahid  mahukan jawatan Perdana Menteri  dengan harapan yang sama

 

18.  HANYA  ALLAH  SWT  DAN  PENGUNDI  AKAN  MEMBUAT  PENENTUAN

 

 

Wassalam

Terima Kasih

 

OOOOWWWWHHHHHH- JANTAN RUPANYA


 

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PAKATAN HARAPAN KEDAH
















DR ISMAIL SALLEH

2 Okt 2022 | Ahad

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PAKATAN HARAPAN KEDAH

Majlis pelancaran dan perasmian Pakatan Harapan Negeri telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Okt 2022 di Dewan Haji Sobri, Pokok Sena.

Perasmian telah dilakukan oleh Yb Mohamad Sabu, Timb Pengerusi Pakatan Harapan dengan menurunkan tandatangan di bendera besar Pakatan Harapan. Bendera ini seterusnya akan di kibarkan di Alor Setar sebagai tanda PH telah bersiapsiaga untuk PRU 15.

Turut menyampaikan ceramah adalah semua 4 orang timbalan pengerusi PH Kedah.

Ceramah telah di hadiri sekitar 500 orang.

 

PEMUDA PH GEMPUR KUBU KUAT UMNO/BN DI KUALA LIPIS

 









Semalam, Sabtu (01/10/2022) Jelajah Pemuda Pakatan Harapan ke Negeri Pahang telah diadakan di kuala Lipis, Pahang. Program ini telah mendapat kerjasama baik dari Keadilan Cabang Kuala Lipis yang diketuai oleh Sdr Rizal Jamin selaku Timbalan Pengerusi MPN Pahang merangkap Ketua Cabang Kuala Lipis dan Penyelaras Dun Benta.

Turut serta di dalam jelajah ini adalah Ketua Pemuda PH Pusat yang juga Ketua Pemuda Dapsy, YB Dr Kelvin Yii, MP Bandar Kuching. Lain-lain pimpinan pemuda terdiri dari YB Young Syefura, Adun Ketari yang juga Ketua Pemuda PH Pahang, Sdr Hasbie Muda Ketua Pemuda Amanah, Sdr Adam Adli Ketua AMK Pusat (sempat hadir di Temerloh sahaja), Sdr Chan Chun Kuang Ketua AMK Pahang, Sdr @Ibrahim Ketua Pemuda Amanah Pahang serta ramai lagi pimpinan Pemuda PH Pahang.

Program Jelajah Pemuda PH ini adalah di antara program Jelajah Pemuda PH yang telah bermula seawal Ogos yang lalu di beberapa negeri. Di Kuala Lipis, program bermula dengan jadual yang ketat seperti berikut:

1. Sarapan Pagi bersama sukarelawan dan penduduk di Taman Desa Perwira

2. Penyerahan Bakul Makanan untuk DUN Cheka

3 .Walkabout Bandar Kuala Lipis & Pekan Sehari sambil mengedar 'flyers'

4. Ziarah Kasih & Edar Bakul Makanan kepada 15 orang penerima di Flat Sg Kerpan.

5. Lawatan ke Jambatan Bailey Lipis (Kerosakan Banjir). Projek ini telah begitu lama tergendala dari jadual asal yang sepatutnya siap.

6. Penutup Acara Dart & Memancing dan penyampaian hadiah kepada pemenang serta Ceramah Kelompok di Balairaya Kg Peruang, Benta.

7. Ziarah Kasih di Kg Peruang, Benta.

8. Lawatan Pasar Minggu Benta & Sidang media.

Jelajah Pemuda PH berakhir dengan program ceramah di Esplaned Temerloh pada sebelah malam.

Tahniah diucapkan kepada semua pimpinan pemuda PH di semua peringkat yang telah berjaya melaksanakan jelajah ini dengan baik dan lancar. Syabas kepada Ketua Cabang Kuala Lipis, Sdr Rizal Jamin yang telah banyak membantu sepanjang program anak muda ini.

Kerjasama erat terutamanya di kalangan Pemuda PH khususnya di Pahang merupakan satu signal yang baik kepada PH di Pahang bagi menghadapi PRU15 tidak berapa lama lagi.

WFAUZDIN NS