Semalam, Sabtu (01/10/2022) Jelajah Pemuda Pakatan Harapan ke
Negeri Pahang telah diadakan di kuala Lipis, Pahang. Program ini telah mendapat
kerjasama baik dari Keadilan Cabang Kuala Lipis yang diketuai oleh Sdr Rizal
Jamin selaku Timbalan Pengerusi MPN Pahang merangkap Ketua Cabang Kuala Lipis
dan Penyelaras Dun Benta.
Turut serta di dalam jelajah ini adalah Ketua Pemuda PH Pusat
yang juga Ketua Pemuda Dapsy, YB Dr Kelvin Yii, MP Bandar Kuching. Lain-lain
pimpinan pemuda terdiri dari YB Young Syefura, Adun Ketari yang juga Ketua
Pemuda PH Pahang, Sdr Hasbie Muda Ketua Pemuda Amanah, Sdr Adam Adli
Ketua AMK Pusat (sempat hadir di Temerloh sahaja), Sdr Chan Chun Kuang
Ketua AMK Pahang, Sdr @Ibrahim Ketua Pemuda Amanah Pahang serta ramai lagi
pimpinan Pemuda PH Pahang.
Program Jelajah Pemuda PH ini adalah di antara program Jelajah
Pemuda PH yang telah bermula seawal Ogos yang lalu di beberapa negeri. Di Kuala
Lipis, program bermula dengan jadual yang ketat seperti berikut:
1. Sarapan Pagi bersama sukarelawan dan penduduk di Taman Desa
Perwira
2. Penyerahan Bakul Makanan untuk DUN Cheka
3 .Walkabout Bandar Kuala Lipis & Pekan Sehari sambil
mengedar 'flyers'
4. Ziarah Kasih & Edar Bakul Makanan kepada 15 orang
penerima di Flat Sg Kerpan.
5. Lawatan ke Jambatan Bailey Lipis (Kerosakan Banjir). Projek
ini telah begitu lama tergendala dari jadual asal yang sepatutnya siap.
6. Penutup Acara Dart & Memancing dan penyampaian hadiah
kepada pemenang serta Ceramah Kelompok di Balairaya Kg Peruang, Benta.
7. Ziarah Kasih di Kg Peruang, Benta.
8. Lawatan Pasar Minggu Benta & Sidang media.
Jelajah Pemuda PH berakhir dengan program ceramah di Esplaned
Temerloh pada sebelah malam.
Tahniah diucapkan kepada semua pimpinan pemuda PH di semua
peringkat yang telah berjaya melaksanakan jelajah ini dengan baik dan lancar.
Syabas kepada Ketua Cabang Kuala Lipis, Sdr Rizal Jamin yang telah banyak
membantu sepanjang program anak muda ini.
Kerjasama erat terutamanya di kalangan Pemuda PH khususnya di
Pahang merupakan satu signal yang baik kepada PH di Pahang bagi menghadapi
PRU15 tidak berapa lama lagi.
WFAUZDIN NS