Bajet 2023 berkemungkinan bakal
ditolak blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) jika tiada jaminan pilihan raya
umum ke-15 (PRU-15) diadaka pada tahun depan bukan tahun ini.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan meneliti terlebih dahulu
perkembangan semasa bagi menimbang untuk menolak Bajet 2023 sekiranya UMNO
berterusan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan
Parlimen selepas pembentangan pada 7 Oktober nanti.
“Kita
sedang teliti (untuk menyokong atau menolak Bajet 2023).
“Kita
nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek yang tidak telus
seperti masalah pembelian ubat-ubatan termasuk vaksin, kontrak Digital Nasional
Berhad (DNB) mengenai 5G yang sampai sekarang belum ada ketelusan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas
majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia hari ini kepada media.
Sebelum
ini, PH menyokong Bajet yang dibentang kerajaan Ismail Sabri susulan Memorandum
Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai 13
September tahun lalu.
Kegagalan
usul atau Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan akan menjadi satu bentuk
ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan.
Syarat
itu bagaimanapun tertakluk penunaian dan pelaksanaan transformasi yang
dipersetujui dalam MoU berkenaan, selain usul dan RUU yang dibentangkan
kerajaan perlu dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kedua-dua
pihak.
Untuk
rekod, UMNO baru-baru ini memutuskan Ismail Sabri akan mempersembahkan kepada
Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi
laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.
Malah,
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini sedia meredah
banjir untuk berkempen sekalipun PRU-15 terpaksa diadakan semasa musim
tengkujuh pada hujung tahun.