NIK HASYUDEEN
Nak tunjuk hero kena fikir jauh
ke hadapan
Di dalam tahun 2013, daerah di persekitaran New York telah
dilanda taufan Sandy. Bagi memberi bantuan kewangan kepada daerah berkenaan,
peruntukan kewangan perlu diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika.
Ron De Santis yang ketika itu adalah ahli perwakilan muda dari
parti Republikan tidak bersetuju. Menurut beliau, walaupun beliau kesian dengan
apa yang dihadapi oleh rakyat di daerah yang terlibat, memberi pertolongan
dengan batuan kewangan menyebabkan “mentaliti kad kredit” di kalangan masyarat.
Dia bersama Ted Yoho yang merupakan seorang lagi ahli parti Republikan yang
konservatif mengundi menentang bantuan dari kerajaan pusat berkenaan.
Sehari dua ini Florida dilanda taufan Ian pula. Ianya
meninggalkan kesan yang dasyat. Kehidupan dan ekonomi Florida tidak boleh pulih
dengan segera tanpa bantuan dari kerajaan pusat di bawah pentadbiran Joe Bidin.
De Santis kini menjadi gabenor Florida. Kali ini dia memohon bantuan dari
kerajaan pusat, walaupun dahulu dia menyatakan bantuan seperti itu adalah
menteliti kad kredit.
Beberapa minggu sebelum ini, De Santis menghantar pendatang
asing dengan kapalterbang ke Martha’s Vineyard di Massachusetts, daerah yang
lebih mesra pendatang. Dia berbelanja dalam 12 juta Dollar. Apabila Florida
dilanda taufan Ian, isteri De Santis melalui usahanya hanya mampu mengutip
derma berjumlah 1.5 juta Dollar sahaja bagi membantu rakyat Florida yang
terkesan. Jika De Santis tidak berbelanja duit negeri hanya untuk populariti
politik, dia ada dana untuk membantu rakyat yang lebih memerlukan.
Orang-orang politik akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan
mereka popular di kalangan penyokong-penyokong mereka. Di dalam parti
republikan sekarang, jika berlagak hero dan tidak menunjukkan peri kemanusiaan,
mereka akan menjadi lagi popular seperti Donald Trump. Seperti biasa mereka
akan mengayat penyokong dengan bait-bait manis dan
hebat
sehingga penyokong terlopong kekaguman walaupun apa yang
dicakapkan itu dusta.
Di dalam kisah De Santis ini, dia akhirnya kena merayu bagi
pihak rakyatnya apabila menjadi gabenor. Menelan prinsip, sekiranya ada,
bukanlah satu perkara besar bagi orang-orang seperti De Santis. Silap-silap dia
pun mungkin sudah lupa apa yang diperkatakannya dahulu. Walau apa pun,
orang-orang seperti ini sentiasa ada alasan untuk menjustifikasian tingkah laku
mereka.
Walaupun orang seperti De Santis ini bermasalah, pada pandangan
saya yang bodoh politik ni, pengikut dan pengundi beliau lagi bermasalah.
Mereka tidak peduli akan perangai dan gelagat orang yang mereka sokong dan undi
asalkan kena dengan selera dan nafsu mereka sahaja. Inilah yang menyebabkan
pencuri dan perompak pun boleh naik ke atas di dalam politik.
Kita juga kena ingat bahawa kita akan dipertanggungjawabkan ke
atas keheroan kita satu masa nanti. Bagi De Santis, Allah pulangkan kepada dia
paku buah keras tak sampai 10 tahun pun. Ni belum bab dihisab di akhirat. Bagi
orang-orang yang Allah biarkan sehingga ke akhir hayat seperti Firaun, tentunya
tak sempat nak bertaubat dan berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Sebagai penutup, penyokong-penyokong orang-orang seperti De
Santis atau pun yang lebih teruk dari beliau pun kena ingat, walaupun yang
diberi hanyalah satu undi, siapa yang berani kata undi itu adalah perkara yang
kecil di sisi Allah walaupun diberikan oleh seorang yang tinggal di kampung
yang terpencil. Di zaman ini, kita boleh menyelidiki perangai dan gelagat setiap
calon. Ada yang turun naik mahkamah, ada yang selalu ponteng mesyuarat. Jadi,
sokong dan undilah dengan penuh kesedaran agar kita boleh menjawab hisab Allah
SWT dengan yakin.