IMBAS KEMBALI SEWAKTU KERAJAAN BELUM TERBENTUK .





KUALA LUMPUR – Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpendapat, rakyat di negara ini ingin melihat kerajaan yang stabil memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan dalam masa yang mengangkat hak-hak kaum lain.


SELEPAS KERAJAAN PERPADUAN DIBENTUK....


Baik dan harmoni sungguh kerajaan perpaduan ini.  Orang yang bersungguh berkempen minta MP-MP sokong Muhyiddin sebagai PM, tetapi dapat habuan dan dilantik pegang jawatan besar di dalam Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan apabila Anwar Ibrahim jadi PM 10.  Itu pun PMX dituduh zalim dan diktator.  Ohh..lupa, khabarnya Menteri Agama pun pro lebai, kan? 


Bersangka baik.  Mungkin di kalangan kita tiada yang lebih layak dari beliau.  So, jangan bising jika ada "deep state".  Kita "kerajaan malaikat".  


WFAUZDIN NS



NAK KATA APA SELAIN BODO.


 


Walau sebenci mana pun kau kata PMX, tak perlu kot nak cakap macam tu...sekarang ni sia² kena tangkap...kesian betul kadang² kat walaun² ni ikut hati jer nak mengata orang🙄





TAK DAPAT TUKAR KERAJAAN...DEPA USAHA TUKAR LOGO.


 

DI KELANTAN ..ISU AIR BUKAN ISU BESAR. HANYA KERAJAAN PERPADUAN SAJA ANGGAP ISU AIR ADALAH BESAR. JADI BUAT APA NAK SELESAIKAN ,SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI TAK KISAH.


 

KALAU PENDAPATAN PETANI KHASNYA PESAWAH ANGGAP BANTUAN KEPADA MEREKA TIADA MAKNA, MAKA TAK PERLU LAH BANTU LAGI.


 

NENDIA PUNYA BAGUIH WALAUN...MANUSIA MASA DEPAN NI..DIA Pi ALAM AKHIRAT KELUAQ MAI BALIK....

 


Woww...dia ni dah mati dulu ke sebab dah nampak orang Selangor lebih ramai masuk neraka dari orang kelantan🙄 

Jauh menyimpang tu walaun oiii🤦




BAGUIH OOO MENTERI. PENERANGAN KITA..MADANI SUNGGUH...SANA SINI HENTAM..ANWAR MACAM KERJA SOQANG NO.....BAGUIH NO SIMPAN MAMAT NI LAMA LAMA SAMPAI HABIH PENGGAL....SENANG PN BUAT KERJA...

 


Ni awie yang hina PH dan dsai tu ke??




TU DIA NOH..DIA ISTIHAR DIA SAHID...


 NEGARAWAN

SANUSI NI DAH 3 TAHUN JADI MB. SATU APA PUN DIA TAK SELESAI PUN..SEMAU PEMBOHONG..DIA BUKA MULUT DIA MOHONG ORANG KEDAH.


 

MACAMANA NIH...DAH NAK HABIH DAH BULAN 8..TAK JADI JADI LAGI...


 

KENA LAGI....MUNG DOK PAHANG.....


 

AKHIRNYA GANG KAPIR MENGKAPIR DALAM SATU KUMPULAN


 

NEGARAWAN






Negarawan itu menyatukan semua, tak kira bangsa dan agama. Dia takkan menunggang bangsanya untuk berkuasa. Tambah dengan niat memecah belah dan buat porak peranda. Hanya kerana Dia tak berkuasa semula. 


Negarawan itu pikir masa depan. Kena pikirkan hutang negara, agar anak2 kita tak terbeban. Kena rombak sistem yang ada, agar rakyat bukan saja terima ikan, tetapi pandai gunakan joran. 


Negarawan itu patutnya zuhud sekali, tidak merompak harta negeri. Keluarganya tak patut kaya tak terperi. Orang boleh persoalkan intergriti. Tambah pula nampak dia senang dengan menumpang kroni. Bila kita persoal, pentaksubnya pula suruh kita “pergi mati”. 


Negarawan itu seharusnya membijakkan umat. Bukan membodohkan rakyat. Dia reform polisi pendidikan, supaya anak2 dan cucu2 kita lebih baik dan bijak. Dari generasi sebelumnya. Dia tak guna anak muda dan dumbdown mereka. Terutama dengan manipulasi isu kaum dan agama. 


Negawaran itu tidak sepatutnya berlagak Bangsawan. Perlu lebih atas statusnya dari Agamawan. Kerana Malaysia ini negara berbilang bangsa dan agama. Kepentingan Negara itu lebih utama. Dia perlu menjaga semua. 


Moga Allah kurniakan Malaysia, lebih banyak pemimpin bertaraf Negarawan. Agar barisan pemimpin kita dapat menjaga negara demi semua anak watan. Demi masa depan. 


Kerana mereka tahu, hanya dengan memperkuatkan Negara, barulah usaha menegakkan agama, memperkasakan bangsa boleh berjaya. 


Kalau tiada negara yang sejahtera, usaha untuk agama dan bangsa akan hilang makna. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


Contoh Negarawan Indonesia dan kata pujangganya.



MUNG NIH.DOK PAHANG PAHANG...

 

A boy who cried wolf. Simple. 


Kalau sekali dua orang percaya. Kalau dah berkali2 nampak sangat menipunya. 


Dari lepas PRU15 tak habis2 meratib nak tumbangkan Kerajaan. 


Ramai bagitau, dia bersungguh ni sebab dijanjikan jawatan TPM. Sebab PAS dapat kerusi terbanyak dalam Parlimen. Takkan la nak bagi kepada Gerakan. Ini saja tempoh yang ada. Kalau PRU16 nanti, umur dah dia cecah 80. Dah tak layak doh. 


Dia takkan nampak dia buat ni seperti sabotaj ekonomi negara. Semata2 kerana nak berkuasa. 


Tapi selepas berkuasa, kompeten kah mereka? Jadi Duta Khas, apa sumbangan dia pada negara?


~LM~


m




ANALISA APA LA GAMAKNYA...SUDAH LA KJ..




Shahbudin Husin


 Agak-agaklah kalau ia pun KJ nak buat analisa yang bertujuan memberi kelebihan kepada PN.


Tak munasabah untuk mengharapkan 70% undi BN akan beralih kepada PN, kalau 20% atau 30% beralih tu ada jugalah munasabahnya….



TIADA SEBAB PH TAK BOLEH PERTAHAN KEMENANGAN DI PULAI, SIMPANG JERAM



PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram pada 9 September depan amat menjadi idaman bagi PN atas matlamat yang berbeza.


Bagi Pulai, seperti mana diulang oleh Presiden Pas Hadi Awang, PN mahu menjadikannya sebagai pencetus kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.


Setelah gagal menjadikan PRN enam negeri yang baru berakhir sebagai referendum penolakan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, PN kini beralih pula kepada PRK Pulai untuk meneruskan impian dan angan-angan mereka.


Entah macam mana ia boleh berlaku, tetapi yang berputar dalam pemikiran Hadi, jika PN menang di Pulai nanti, bagi bekas duta bertaraf menteri itu ia bermakna pendeklah riwayat politik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


Entahlah Labu…


Untuk Dun Simpang Jeram, PN khususnya Pas, begitu ghairah untuk memperolehi kemenangan pada 9 September nanti kerana ingin menjadikannya pintu masuk untuk gelombang hijau menembusi negeri Johor.


Bagi tujuan itu, PN berharap pengundi Simpang Jeram agar tidak takut membuat eksperimen, seterusnya memberi isyarat penting kepada PH dan BN menjelang PRU akan datang.


Isunya, ada kemungkinankah calon kerajaan perpaduan daripada PH boleh kalah dan PN mampu menang dalam kedua-dua PRK itu?


Berdasarkan keputusan PRU15, Allahyarham Salahuddin Ayub menang di Pulai dengan majoriti 33,174 undi.


Beliau memperolehi 64,900 undi berbanding lawannya, Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperolehi 31,726 dan calon PN, Loh Kah Yong yang memperolehi undi sebanyak 14, 432.


Komposi pengundi Pulai ialah Melayu 44.2 peratus, Cina 40.5 peratus dan India 12.3 peratus.


Dengan majoriti besar itu, di samping PH dan BN kini sudah menjadi satu pasukan dalam kerajaan perpaduan, calon PH, Suhaizan Kaiat dilihat tiada masalah untuk mengekalkan kemenangan di Pulai.


Jika dicampur undi PH dengan BN, bahkan kiranya ditolak 20 peratus daripadanya yang mungkin tidak keluar mengundi atas pelbagai sebab, kemenangan masih selesa untuk diperolehi.


Faktor lain ialah kedudukan pengundi bukan Melayu iaitu Cina dan India yang agak besar di Pulai, ia juga pasti memberi kelebihan kepada PH berbanding PN yang di dalamnya ada Pas dengan gelombang hijaunya itu.


Begitu juga bagi Dun Simpang Jeram, Allahyarham Salahuddin memenanginya pada PRN Johor yang lepas dengan majoriti 2,399 undi.


Beliau memperolehi 8,749 undi berbanding lawannya, Zarul Salleh (PN) dengan 6,350 undi, Lokman Md Don (BN) 6,062 undi dan Mahaizal Mahmor (Pejuang) yang memperolehi 208 undi.


Komposisi pengundi mengikut kaum di Simpang Jeram ialah Melayu 51.9 peratus, Cina 44.5 peratus dan India 2.5 peratus.


Sama keadaannya seperti di Pulai, oleh kerana PH dan BN sudah bekerjasama dalam kerajaan perpaduan sekarang dan jika dicampur undi kedua-duanya, calon PH, Nazri Abdul Rahman juga boleh dikira tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Simpang Jeram.


Meskipun Pas agak kuat di Simpang Jeram dan katalah sebanyak 20 peratus undi BN beralih kepada PN atas sebab terpedaya dengan hasutan gelombang hijau dan momokan kerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, kemenangan masih lagi selesa dalam jangkauan.


Bahkan dengan jumlah pengundi bukan Melayu lebih 45 peratus di Simpang Jeram, ini adalah suatu kelebihan buat PH berbanding PN.


Hakikatnya, asal saja tidak memandang mudah dan terus bekerja keras, calon PH yang mewakili kerajaan perpaduan serta dibantu kempen oleh kekuatan jentera BN, baik di Pulai atau Simpang Jeram, tiada sebab tidak boleh mempertahankan kemenangan yang dicapai Allahyarham Salahuddin sebelum ini.


Tak patut sangat jika PH boleh kalah dan PN tiba-tiba mampu menang, sama ada di kedua-dua kawasan iaitu Pulai dan Simpang Jeram atau salah satu daripadanya. – ShahbudinHusin 28/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



AAUUUMMMMM.,....

 

Hanes Nas Hanes.


Kasi review sikit lama tak nmpk  darah dia mengelegar 


https://www.facebook.com/YusufAzmi.Official?mibextid=9R9pXO






BAGUS..JANGAN JADIKAN MASJID KEMPEN POLITIK .



 Bagus.., jamm  la lebai2 nak berceramah selepas ini. Patut diseluruh negara hukuman ini dilaksanakan bagi menghentikan budaya ekstrimis.


Bagus cuma siapa yg nak pergi saman kalau org dia je yg ada… kena bagi insentif mana2 yg dpt rakamkan dan report ada saguhati.



KITO KENA SEDO KENA PAHANG....

 

Mmms.


Solidariti kepada Pegawai Penyiasat, takut tanya lain, jawap lain.


Kite kena sedo kena pahang...




SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM.

 















Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.


Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 


Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja. 


Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.


Sekalung penghargaan juga kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta mesyuarat ini. 


Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia  agar inklusif , bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam.


#MalaysiaMADANI



SANUSI...LAA...DIA KALAU TAK MAKI ORANG BUKAN SANUSI LA...

 


JANGAN.DOK PERCAYA LA HADI AWANG NI. BUKAN DIA YANG BOLEH JADI PM PUN. DIA PUN PECACAI JA..


 

MANA DIA PUAK YANG PALING ISLAM NI.


 

BADAN PENGUATKUASA YANG MELAKSANAKANNYA.


 

SULTAN JOHOR TITAH BERI ANWAR MASA





Perhatian rakyat Johor. Ini titah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim. Ini bukan edit macam video Sanusi. Ini real punya. Boleh baca di https://ury1.com/AyNDH.


Sultan Ibrahim mahu DS Anwar diberi lebih masa bangunkan ekonomi kerana keadaan sangat teruk ketika beliau ambil alih kerajaan. Inilah punca PN nak cepat tebuk atap, sebelum Sultan Ibrahim jadi YDP Agong. Ada faham ke?


Kepada yang mempersoalkan kononnya DS Anwar tak buat apa dalam 8 bulan ni, Sultan sendiri hargai usaha DS Anwar membawa pelaburan masuk yang mana Johor dapat faedah terbesar.


Sultan Johor dikenali sebagai seorang yang sangat direct. Baginda tak suka berbasa-basi. Kalau bagus, cakap bagus. Kalau tak bagus, memang kena. Jadi bila Sultan Ibrahim bertitah begini, itu petanda DS Anwar memang baginda yakini.


Rakyat Johor, ayuh berikan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan. Tolak mana-mana pihak yang cuba jatuhkan kerajaan yang ada ini. Jika Sultan Ibrahim meyakini DS Anwar, seharusnya kita juga turut bersama. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PERTIKAIAN SUNGGUH

 



MMMS


Sebab apa Pertikaian Nasional suka pertikai semua benda?


"Sebab boleh, lagi pun Un pajak akal mana mampu berfikir"




DULU TIADA CERITA POTONG POTONG POTONG




Hadi pertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu

BAYANGKAN JIKA MEREKA BERKUASA 


Sebenarnya sejak Nov 2022 lagi Hadi sudah pertikaikan kuasa pengampunan yg ada pada Raja2 Melayu. Husam ketika itu pernah menegur Hadi kerana tidak menghormati keputusan Agong ketika itu Sultan Muhamad V, memberi pengampunan kpd DS Anwar Ibrahim.


Kali ini dia sekali lagi mempertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu yg dianggap tidak Islamik. Hadi mahu hak pengampunan jenayah diberikan kepada keluarga mangsa.


Ingin bertanya Hadi sebagai Ahli Parlimen… setiap ahli Parlimen diwajidkan mengangkat sumpah dan dalam sumpah tersebut bukankah setiap ahli Parlimen bersumpah akn pertahankan Perlembagaan negara.


Jika benar ingin pertikaikan…mengapa tidak di majlis angkat sumpah tersebut demi atas nama agama? Jgn kelirukan umat Melayu yg sudah byk terkeliru sekejap boleh sekejap tak boleh…sekejap haram sekejap halal.


Saya setuju dgn kenyataan Faiz Fadhil, jika benar kamu ingin lakukan… lakukan dulu di 4 negeri yg mereka kuasai 2/3 utk ubah perlembagaan hak pengampunan Sultan2. 


Anda yakin mereka akan lakukan??? Tanya saya 100% saya yakin mereka tidak lakukan. Dgn Gerakan dan Bala pun mereka diam inikan dgn Sultan. 


Inilah yg acapkali kebimbangan saya kpd ideologi parti politik PAS yg membawa budaya takfiri. Mungkin skg ramai tidak melihatnya tetapi percayalah apabila ia membesar dan mereka menguasai kuasa sepenuhnya…ketika itu barulah kita sedar kebimbangan yg ditakutkan akn menjadi kenyataan.


Seperti biasa ucapan Hadi ditujukan kpd DAP…

“DAP menentang, tak setuju. Amanah juga sokong DAP. Ini yang tuan puan nak mengundi ini, sokong DAP... termasuk sebahagian Umno.”


Sdgkan yg pertahankan Perlembagaan, pertahankan tulisan Jawi dan Pengajaran Hadis 40 adalah DAP dan menentang adalah parti komponennya sendiri iaitu Gerakan. Fitnah demi kepentingan politik.


Saya ingin bertanya Hadi, Mahathir beberapa kali kenyataannya menolak Hudud. MCA, MIC, Gerakan semuanya menolak hudud tetapi kenapa hanya disebut DAP?


Ingat Muhyiddin pada Mac 2022 di satu majlis makan malam dgn kaum Cina memberitahu.


“Ada orang Cina takut PAS... takut cerita ‘potong, potong, potong. Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga menteri PAS. Sekarang pun tiga menteri PAS. Ada beberapa timbalan menteri PAS.


"Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam , ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga.”


Rupanya masa 33 bulan Parti Politik PAS tak cerita pasal hudud seperti diulas Muhyiddin dan sedar diri bila jadi kerajaan. Hukum Islam ini hanya bila jadi pembangkang sahaja agaknya.



HADI MELALUT LAGI




 Hadi kata tanggungjawab yang penting bagi semua untuk selamatkan negara. Alhamdulillah, negara kita dah selamat sekarang dari orang yang sakau duit rakyat di saat rakyat dikurung dalam rumah.


Hadi kata lagi, biar Islam perintah supaya semua kaum selamat. Alhamdulillah, kesemua Sultan dan Raja kita Islam, PM kita, DS Anwar pun seorang Islam. Dan betul, semua kaum selamat ketika ini.


Pada masa yang sama, PAS tak mampu nak tegur rakan sekutu mereka yang menentang dan ingin saman kerajaan atas isu Modul Penghayatan Hadits 40. Nak selamatkan Islam bagaimana kalau nak tegur Gerakan yang biadab pun tak berani?


Kemudian Hadi mainkan semangat kenegerian. Dia ungkit dulu PAS pernah beri kerusi kepada Dato Onn di Kuala Terengganu. Tak memasal pulak dia nak kaitkan Dato' Onn dengan PRK Simpang Jeram.


Dato' Onn tu, lepas keluar UMNO, orang Johor pun tolak dia. Dua kali buat parti, dua-dua kali gagal. Sebab tu terpaksa bertanding di Kuala Terengganu. Hadi salah tekan butang ni. Dah ketandusan isu la tu gamaknya. Kesian dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜..?? 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻

 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜..?? 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 #𝟭

(Amaran : Artikel panjang)

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham 


Zubaidi Sudin.



1) JIKA dilihat 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 dan apa yg dimaklumkan oleh 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗶𝘀𝗼𝗺𝗺𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗖𝗘𝗢 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, bahawa sokongan penjawat awam berubah dari kpd Barisan Nasional ke Perikatan Nasional dan terhenti di situ, ia adalah sesuatu yg PAHIT tapi terpaksa ditelan.


Kata Hisommudin :


"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini sebenarnya mereka masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 (𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻) 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻".


2) Apa yg ditemui Hisammudin ini 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 bila beliau menjelaskan : "Guru ini dahulunya adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan daripada mereka memang secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya, (mereka dilihat) menyokong Pas atau PN.


"𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗺𝘂 𝗯𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵-𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 (𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮) 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡".


3) Di mana sistem nilai dalam diri mereka yg diberikan tanggungjawab mendidik anak-anak cucu kita? 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦, 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 yg ditunjukkan Menteri Pendidikan dari PH 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂. Mereka lebih cenderung menyokong kelompok yg suka memfitnah, tidak bertamaddun, memaki hamun, biadap, tiada akhlak, mensabotaj ekonomi, mempromosi Politik Kebencian, tidak hormat kepada Institusi Perdana Menteri dan Institusi Raja. Memang Kerajaan Perpaduan MADANI perlu mengambil tanggungjawab bersama atau "𝗖𝗼𝗹𝗹𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗥𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆" namun ada 5 watak yg sepatutnya mampu menggalas peranan yg lebih berkesan bagi mengelakkan hal ini dari berlaku dan berterusan. 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗴 "𝗔𝗟𝗟 𝗢𝗨𝗧" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 secara Probono dan berusaha sedaya mungkin mempertahankan serta mempromosi Kerajaan Perpaduan MADANI agar diterima Rakyat terbanyak.


4) Segala serangan Fitnah, cercaan dan maki hamun diserap impaknya oleh para 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗢𝗡𝗢 pada waktu Media Kerajaan seolah-olah lumpuh dan sistem penyampaian yg hancur lebur ditambah dgn Media Arus Perdana yg menyebelahi pembangkang yg tidak pernah saya iktiraf kerana hanya menjadi 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 bukan utk semak dan imbang. Ternyata benar mereka PA$ PNyakau 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂.


5) 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝘂𝘁𝗸 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Usaha mereka itu diizinkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Sebab itu suka atau tidak Kerajaan Perpaduan 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔 ini adalah salah pihak Kerajaan menyebabkan penjawat awam begitu berani secara terbuka menyokong pembangang. Jangan tidak mengaku. Kerajaan mesti mengaku kita ada masalah ini barulah boleh dicari jalan untuk mengatasinya.


6) PMX kata Kerajaan Perpaduan MADANI terpaksa bertarung dengan 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 buruk. 𝗣𝗠𝗫...𝗣𝗹𝗲𝗮𝘀𝗲 𝘁𝗲𝗹𝗹 𝘂𝘀 𝘄𝗵𝗮𝘁 𝘄𝗲 𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄...!!! Kami para penyokong sudah lama tahu sangat kita terpaksa hadap Fitnah dan Prasangka tapi persoalannya apa pihak kerajaan buat utk atasi masalah ini? Yillek?? Retorik semata-mata?


7) Pada saya 5 orang yg patut ambil tanggungjawab ini dan berusaha memperbaiki dengan pendekatan yg 𝗗𝗥𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦. Jika masih dalam 𝗗𝗲𝗻𝗶𝗮𝗹 𝗦𝘆𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺𝗲 kita boleh ucapkan babai kepada Kerajaan Perpaduan MADANI di PRU16. 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵, 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 tapi terimalah hakikat bahawa 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡nya 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 kerana mereka bergantung kpd EMOSI mengalahkan akal yg sihat, dalam membuat keputusan bukan dengan fakta dan angka.


8.) Adalah sesuatu yg menakutkan apabila sistem nilai kita hancur, menunjukkan pembangunan dan modal insan negara ini GAGAL segagal-gagalnya. Kita GAGAL membangunkan Rakyat yg punya nilai asas kpd integriti, menolak rasuah, menolak sikap biadap, 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 dgn maki hamun dan caci cerca. Anda bygkan pemimpin yg memaki hamun, tidak menghormati org lain termasuk Raja pula dihormati dan disanjungi?? Anda boleh lihat beberapa polis, penjawat awam begitu gedik mahu bergambar dgn si NuC yg kerja dia memaki hamun PMX dan pimpinan negara tapi disambut sebagai selebriti. Di masa sistem nilai mereka ini?


9) Kita rasa jijik melihat tingkah laku samseng, maki hamun dan tidak menghormati org lain tapi ada sebahagian dari masyarakat termasuk polis dan penjawat awam menganggap ia "COOL" dan norma songsang yg boleh diterima. Anda bayangkan sistem nilai rakyat negara ini ditahap apa? 


10) Benarlah sabda Rasulullah SAW : "𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻-𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗜𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗷𝘂𝘀𝘁𝗿𝘂 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧. 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗶𝘁𝘂 𝗥𝗨𝗪𝗔𝗜𝗕𝗜𝗗𝗛𝗔𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮". Al Ruwaibidhah menurut Rasulullah SAW adalah orang-orang bodoh yg mahu ikut campur dalam urusan masyarakat luas. Walhal golongan itu tidak punya ilmu, kefahaman atau kemahiran tentangnya.


11) Lihat hari ini, ia sedang berlaku. 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻-𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗣𝗠𝗫, 𝗧𝗣𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀 𝗹𝘂𝗺𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗰𝗮𝗰𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶, 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶, 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴, 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮, 𝗸𝘂𝗻𝘂𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻. NAMUN...bekas pemimpin yg sakau dana Jana Wibawa, anak menyakau minyak masak, menipu, mengurung Rakyat sambil mencuri wang negara, cuai penyebab terbunuh 37,000 orang Rakyat, ramai bunuh diri di era mereka, ramai angkat bendera putih tiada makanan, mengasaskan "Scheme of Things", rasuah bermaharajaGILA, berhutang tapi boros berbelanja meninggalkan hutang terkumpul RM1.5 Trillion, menunggang Agama, makan gaji buta, kabinet yg "bloated" sehingga 70 orang membalun ghanimah / elaun dari wang Rakyat, mereka inilah yg disanjung, disokong dan dipuja puji. Tidak kah anda rasa kini Al Ruwaibidhah bersuara? 


12) Di mana sistem nilai dalam diri kita Rakyat Malaysia? 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜 pada Rasuah. Org Melayu rasa OK dengan segala kebobrokan yg berlaku di era PNyakau Nasional asalkan DAP tidak bersama kerajaan. Begitu jumud doktrin rasis dan perkauman sempit yg dipasakkan dalam minda rakyat. Ironinya, pembodohan akal ini disukai ramai.


- Zus Din 

26082023

#SOSMApas 

*𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻 : 𝗖𝗹𝗶𝗰𝗸 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘂𝘁𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵.


BERSAMBUNG di 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 #𝟮.... 𝟱 𝗪𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕

*************

𝗧𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝗲𝗿𝗮 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗥𝗡 - 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲


SHAH ALAM - Pola pengundian pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos lalu menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN) berdasarkan kajian yang dilakukan badan penyelidikan Ilham Centre.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar berkata, daripada temu bual yang dilakukan didapati penjawat awam sebenarnya masih terperangkap dalam era pentadbiran Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Katanya, disebabkan itu penjawat awam tidak menterjemahkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang mentadbir sekarang.


"Penjawat awam tidak terjemahkan sokongan kepada kerajaan kerana (berlaku episod) perubahan pentadbiran kerajaan. Kalau dilihat (sebelum ini) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) bertukar kepada PN selepas insiden Langkah Sheraton. Kemudian daripada PN (berubah) kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan.


"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini sebenarnya mereka masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. Mereka terperangkap di situ dan tidak menukar (sokongan) kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.


Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab dalam Wacana Pasca Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 bertajuk 'PRN 6 Negeri: Apa Telah Terjadi' yang bersiaran secara langsung dari Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, di sini, pada Jumaat.


Muhamad Hisommudin terdahulu turut membentangkan dapatan kajian berjudul 'Prediksi Akhir PRN, Prestasi PH Unggul, PN Kuasai Jajaran Melayu'.


Wacana itu turut menampilkan empat panel lain iaitu Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim yang membentangkan laporan bertajuk 'Pola Pengundian PRN Membentuk Polarisasi Kaum' dan Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis (Merawat Melayu: UMNO Perlu Bagaimana).


Pensyarah Kanan APM, Dr Abdul Muqit Muhammad pula memperincikan hasil kajian 'Memahami Pengundi Muda/Pertama Kali' dan Editor Kanan Astro Awani, Nazri Kahar (Media: Politik Prestasi VS Sentimen).


Mengulas lanjut, Muhamad Hisommudin menjelaskan, daripada segmen penjawat awam itu dapat dilihat golongan guru kini beralih arah menyokong Pas atau PN.


"Guru ini dahulunya adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan daripada mereka memang secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya, (mereka dilihat) menyokong Pas atau PN.


"Dalam temu bual saya dengan guru-guru di sekolah-sekolah mereka mengakui Menteri Pendidikan sekarang lebih baik (daripada menteri sebelumnya) tetapi mereka tetap menyokong PN," ujarnya.


Kata Muhamad Hisommudin, situasi berkenaan juga jelas menunjukkan gandingan naratif Melayu dan Islam jika digabungkan ia memberikan kelebihan kepada PN.


"Kalau dulu (identiti) BN hanya Melayu, Pas hanya Islam tetapi sekarang ini (bila naratif Melayu dan Islam) digabungkan, ia memberikan satu gabungan yang luar biasa," jelasnya.



NAK HARAP PROBONO PERTAHANKAN MEMANG MELETIHKAN. MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB DIA KENA USAHAKAN LEBIH. TAK PANDAI LETAK JAWATAN.



𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜..?? 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 #𝟭

(Amaran : Artikel panjang)

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham 


1) JIKA dilihat 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 dan apa yg dimaklumkan oleh 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗶𝘀𝗼𝗺𝗺𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗖𝗘𝗢 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, bahawa sokongan penjawat awam berubah dari kpd Barisan Nasional ke Perikatan Nasional dan terhenti di situ, ia adalah sesuatu yg PAHIT tapi terpaksa ditelan.


Kata Hisommudin :


"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini sebenarnya mereka masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 (𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻) 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻".


2) Apa yg ditemui Hisammudin ini 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 bila beliau menjelaskan : "Guru ini dahulunya adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan daripada mereka memang secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya, (mereka dilihat) menyokong Pas atau PN.


"𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗺𝘂 𝗯𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵-𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 (𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮) 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡".


3) Di mana sistem nilai dalam diri mereka yg diberikan tanggungjawab mendidik anak-anak cucu kita? 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦, 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 yg ditunjukkan Menteri Pendidikan dari PH 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂. Mereka lebih cenderung menyokong kelompok yg suka memfitnah, tidak bertamaddun, memaki hamun, biadap, tiada akhlak, mensabotaj ekonomi, mempromosi Politik Kebencian, tidak hormat kepada Institusi Perdana Menteri dan Institusi Raja. Memang Kerajaan Perpaduan MADANI perlu mengambil tanggungjawab bersama atau "𝗖𝗼𝗹𝗹𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗥𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆" namun ada 5 watak yg sepatutnya mampu menggalas peranan yg lebih berkesan bagi mengelakkan hal ini dari berlaku dan berterusan. 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗴 "𝗔𝗟𝗟 𝗢𝗨𝗧" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 secara Probono dan berusaha sedaya mungkin mempertahankan serta mempromosi Kerajaan Perpaduan MADANI agar diterima Rakyat terbanyak.