IMBAS KEMBALI SEWAKTU KERAJAAN BELUM TERBENTUK .





KUALA LUMPUR – Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpendapat, rakyat di negara ini ingin melihat kerajaan yang stabil memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan dalam masa yang mengangkat hak-hak kaum lain.


SELEPAS KERAJAAN PERPADUAN DIBENTUK....


Baik dan harmoni sungguh kerajaan perpaduan ini.  Orang yang bersungguh berkempen minta MP-MP sokong Muhyiddin sebagai PM, tetapi dapat habuan dan dilantik pegang jawatan besar di dalam Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan apabila Anwar Ibrahim jadi PM 10.  Itu pun PMX dituduh zalim dan diktator.  Ohh..lupa, khabarnya Menteri Agama pun pro lebai, kan? 


Bersangka baik.  Mungkin di kalangan kita tiada yang lebih layak dari beliau.  So, jangan bising jika ada "deep state".  Kita "kerajaan malaikat".  


WFAUZDIN NS