Hadi pertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu
BAYANGKAN JIKA MEREKA BERKUASA
Sebenarnya sejak Nov 2022 lagi Hadi sudah pertikaikan kuasa pengampunan yg ada pada Raja2 Melayu. Husam ketika itu pernah menegur Hadi kerana tidak menghormati keputusan Agong ketika itu Sultan Muhamad V, memberi pengampunan kpd DS Anwar Ibrahim.
Kali ini dia sekali lagi mempertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu yg dianggap tidak Islamik. Hadi mahu hak pengampunan jenayah diberikan kepada keluarga mangsa.
Ingin bertanya Hadi sebagai Ahli Parlimen… setiap ahli Parlimen diwajidkan mengangkat sumpah dan dalam sumpah tersebut bukankah setiap ahli Parlimen bersumpah akn pertahankan Perlembagaan negara.
Jika benar ingin pertikaikan…mengapa tidak di majlis angkat sumpah tersebut demi atas nama agama? Jgn kelirukan umat Melayu yg sudah byk terkeliru sekejap boleh sekejap tak boleh…sekejap haram sekejap halal.
Saya setuju dgn kenyataan Faiz Fadhil, jika benar kamu ingin lakukan… lakukan dulu di 4 negeri yg mereka kuasai 2/3 utk ubah perlembagaan hak pengampunan Sultan2.
Anda yakin mereka akan lakukan??? Tanya saya 100% saya yakin mereka tidak lakukan. Dgn Gerakan dan Bala pun mereka diam inikan dgn Sultan.
Inilah yg acapkali kebimbangan saya kpd ideologi parti politik PAS yg membawa budaya takfiri. Mungkin skg ramai tidak melihatnya tetapi percayalah apabila ia membesar dan mereka menguasai kuasa sepenuhnya…ketika itu barulah kita sedar kebimbangan yg ditakutkan akn menjadi kenyataan.
Seperti biasa ucapan Hadi ditujukan kpd DAP…
“DAP menentang, tak setuju. Amanah juga sokong DAP. Ini yang tuan puan nak mengundi ini, sokong DAP... termasuk sebahagian Umno.”
Sdgkan yg pertahankan Perlembagaan, pertahankan tulisan Jawi dan Pengajaran Hadis 40 adalah DAP dan menentang adalah parti komponennya sendiri iaitu Gerakan. Fitnah demi kepentingan politik.
Saya ingin bertanya Hadi, Mahathir beberapa kali kenyataannya menolak Hudud. MCA, MIC, Gerakan semuanya menolak hudud tetapi kenapa hanya disebut DAP?
Ingat Muhyiddin pada Mac 2022 di satu majlis makan malam dgn kaum Cina memberitahu.
“Ada orang Cina takut PAS... takut cerita ‘potong, potong, potong. Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga menteri PAS. Sekarang pun tiga menteri PAS. Ada beberapa timbalan menteri PAS.
"Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam , ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga.”
Rupanya masa 33 bulan Parti Politik PAS tak cerita pasal hudud seperti diulas Muhyiddin dan sedar diri bila jadi kerajaan. Hukum Islam ini hanya bila jadi pembangkang sahaja agaknya.