TERIMA KASIH ANWAR, TERIMA KASIH SYED SADIQ - AKHIRNYA KERAJAAN SETUJU BINCANG SEMULA PEMANSUHAN ELAUN PERKHIDMATAN KRITIKAL KAKITANGAN AWAM
Itulah kerajaan PH. Meskipun telah dibuat keputusan, namun kerajaan tetap mendengar suara rakyat. Ini tidak dapat dinikmati di era kerajaan Umno/Bn dahulu kerana di dalam parti tersebut tukang ampu dan angguk terlalu ramai.
Sebelum ini kerajaan melalui JPA telah mengumumkan untuk memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal kakitangan awam bagi pengambilan tahun 2020.
Meskipun ia hanya melibatkan kakitangan awam yang mula bertugas tahun 2020, namun keputusan kerajaan itu mendapat bantahan dan kritikan dari berbagai pihak termasuk dari kalangan pimpinan PH sendiri. Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Sadiq dan Presiden Keadilan yang juga MP Port Dickson, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara paling ke hadapan menggesa agar keputusan ini dikaji semula.
Anwar menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet awal tahun hadapan. Akhirnya saranan Anwar diterima di mana hari ini seperti yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3, PM bersetuju untuk menangguhkannya sehingga dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet nanti.
Untungnya PH kerana memiliki pemimpin yang berani menegur kerajaan demi kepentingan rakyat. Kerajaan PH bukan seperti kerajaan Bn di mana pemimpin mereka kelu dan bisu sehingga sanggup membiarkan pemimpin mereka merompak harta rakyat bertahun-tahun sehingga kerajaan Bn itu tumbang akhirnya. Kerajaan PH juga tidak seperti parti lebai yang amalkan 'wala' dan akur dengan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka menjual agama pun mereka tetap 'wala'.
Rakyat semakin tidak sabar menanti PM8, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ini agar keputusan seperti ini tidak lagi berulang.
WFAUZDIN NS
RIWAYAT SAHIH, TUN M PM UNTUK 2 TAHUN
Riwayat sahih, Tun M PM untuk 2 tahun
WFAUZDIN NS
Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana “servey” ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M. Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M. Itu kita kena tahu.
Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi. PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.
Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun. Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali “Anwar izinkan lebih dari dua tahun”, katanya sambil berseloroh. Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.
Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau “sahih”nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja. Selain daripada itu boleh dianggap “dhaif” yang tidak kukuh asasnya. Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020. Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini. Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar. Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.
Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini. Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2. Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua. Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa. Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.
KES VIDEO LIWAT DAN POLIS YANG TIDAK PROFESIONAL
@RaheemArshavin
Satu kerja yang belum lagi disiapkan oleh Polis di Raja Malaysia (PDRM) pada 2019 adalah pendedahan video hubungan sejenis (Gay / Liwat) yang dikatakan melibatkan Azmin Ali. Walaupun hasil siasatan polis menunjukkan hasil proses pengecaman wajah sebagai negatif, pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz masih meninggalkan persoalan.
Pertama, siapakah sebenarnya yang bersama dengan Haziq dalam video yang menjijikkan itu? Kemudian, dengan terbukti sahihnya video yang didedahkan oleh polis, adalah sangat aneh jika PDRM tidak menjalankan siasatan ke atas Azmin Ali. Siasatan terhadap Azmin sepatutnya sama dan seiring dengan siasatan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Kedua, jika video itu sahih maka pihak polis perlu mengumpulkan bukti sokongan yang lain. Seperti memeriksa CCTV Hotel, melakukan ujian pengesan pembohongan (lie detector) pada Haziq dan Azmin, dan mencatatkan perbualan mesej antara Haziq-Azmin.
Sudah tentu tidak sukar untuk kenal pasti atau tel big bos tidak di benarkan buka siasatan ada kemungkinan
Tak profesional sebab di pilih pilih dalam tindakan,
Pemerintahan mahathir sekarang sama dengan zaman mahathir memerintah umno dulu
Maka mahathir perlu di tukar dengan segera kalau tidak rakyat susah
ADAKAH ZAHID IKUT AGENDA HISHAMUDDIN.
Berdasarkan pemahaman secara umum, tindakan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO secara mengejut adalah kerana tidak berpuas hati dengan adanya arahan agar menangguhkan perbicaraan disiplin terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein.
Sehubungan itu, Apandi menegaskan, beliau meletakkan jawatan kerana tidak sedia menjadi kuda tunggangan sesiapa.
“Saya tidak sanggup jadi kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” kata Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara era Najib Razak.
Perbicaraan itu sepatutnya diadakan semalam, 26 Disember 2019.
Sementara itu, Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, pihak yang mengarahkan penangguhan perbicaraan terhadap Hishammuddin itu adalah Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, beliau memuji Apandi sebagai seorang yang berprinsip atas tindakannya meletakkan jawatan itu.
“Lembaga Disiplin UMNO sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh Presiden parti.
“Tindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan perlembagaan parti dan menghina kedudukan Lembaga Disiplin itu sendiri,” katanya lagi.
Sesungguhnya inilah nasib Presiden UMNO setelah BN tidak lagi berkuasa kerana jika Presiden UMNO itu berjawatan Perdana Menteri, tindakan atau arahannya bukan saja akan diterima dengan senang hati oleh sesiapa malah akan diberi puji-pujian oleh ramai yang lain lagi.
Tetapi, jika benar arahan itu datang daripada Presiden UMNO, mengapakah Zahid Hamidi memberi arahan agar perbicaraan terhadap Hishammuddin itu ditangguhkan?
Apakah tindakan Hishammuddin bersama 21 Ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan secara sulit dengan Azmin Ali di rumahnya pada waktu malam baru-baru ini bukan suatu kesalahan?
Apakah Zahid Hamidi sebenarnya takut dengan gerakan Hishammuddin yang dipercayai umum ada hubungan baik dengan Tun Mahathir Mohamad, malah sebagaimana didakwa oleh Lokman, prosiding terhadap bekas Naib Presiden UMNO atas kesalahan melanggar peraturan parti itu sudah dibatalkan sebanyak tiga kali?
Ataukah Zahid Hamidi sudah mula bersetuju dengan gerakan Hishammuddin yang dipercayai ramai mahu mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir, seterusnya agar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri melalui gabungan atau kerjasama baru dan dengan demikian, Presiden UMNO yang sedang berdepan banyak kes mahkamah, akan turut kembali ke persada kuasa semula?
Akan ditinggalkankah Najib dalam percaturan ini? (ShahbudinHusin 27/12/2019)
PRK KIMANIS: YAKIN UMNO AKAN TEWAS DI TANGAN WARISAN
PRK Kimanis: Yakin Umno akan tewas di tangan Warisan
Oleh: Nauza RF8 Media
Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) mempunyai kelebihan untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat tiada masalah untuk calon mewakili kerajaan itu menawan kerusi Parlimen itu.
Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) pula jelasnya sudah tentu akan memberikan sokongan padu bagi memenangkan calon Warisan.
“Sebagai Kerajaan Negeri saya ingat calon Warisan mempunyai kelebihan dan kita parti Pakatan Harapan daripada Bersatu akan membantu sedaya upaya untuk memenangi PRK Kimanis,” katanya.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Warisan perlu disokong dan didokong demi kestabilan politik di negeri Sabah.
Menurutnya, dengan keadaan politik negeri dan negara yang stabil, maka Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan program-program pembangunan untuk faedah rakyat.
Mengulas lanjut mengenai persediaan Bersatu Sabah membantu Warisan menghadapi PRK terbabit, Hajiji berkata, pihaknya sudah membuat langkah awal dengan mengambil pendekatan program mendekati rakyat di Kimanis.
“Bersatu di Kimanis telah mengaktifkan jentera pilihanraya semua peringkat sama ada sayap, Armada dan Srikandi.
“Kita akan bantu calon akan diletakkan oleh parti Warisan dan pastikan mereka menang dalam pilihan raya kecil ini,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Januari depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 14 Januari.
PRK Parlimen Kimanis perlu diadakan berikutan Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan pilihan raya kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dimenangi bekas Menteri Luar, Anifah Aman sebagai tidak sah dan batal.
BUKAN SEMUA MENTERI SAPU DUIT ELAUNS
Oleh: Liyana Marzuki
Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong.
Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya.
Saya dah bekerja dgn 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing2 ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini.
Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sgt tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA 🤦🏻♀️
Mungkin ini elaun Menteri di bawah pentadbiran Najib. Zaman tu semua boleh. Gaji CEO GLC pun boleh sampai ratus ribu walaupun ekonomi merudum pada tahun 2015. Apa lah sangat elaun parking RM5000 😏
Yang pasti Kerajaan PH menggunakan sepenuhnya Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan semua peraturan yang berkuatkuasa. Dan JPA dan MOF memantau semua aliran masuk gaji dan elaun kepada Menteri dan Anggota Pentadbiran lain.
Maka saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai fitnah terbaru ini:
1. Gaji Menteri ditetapkan dalam Akta sebanyak RM16,000 sebulan. Bila PH mula memerintah, PM arahkan potongan gaji sebanyak 10% berkuatkuasa daripada Jun 2018 hingga sekarang.
Jadi orang pertama yang kena potong gaji sejak PH memerintah ialah Pak-Pak Menteri kita.
2. Elaun Menteri ada 6 jenis sahaja. Tupun semua ditetapkan bawah peraturan. Saya nak lampirkan disini tapi peraturan tu diketogorikan sebagai Sulit/ Terhad. Saya tengah tanya JPA sama ada boleh dilampirkan. Kalau boleh saya akan masukkan disini.
Elaun yang dibayar:
i. Elaun Jemaah Menteri
ii. Elaun Wakil Rakyat
iii. Elaun Rumah
iv. Elaun Keraian
v. Elaun Pembantu Rumah
vi. Bayaran Pentadbiran Persekutuan
Takde nya ELAUN PARKING bagai tu tuan2... Sangat la merepek!!!
3. Pasal bercuti luar negara lagi kuat fitnahnya. Yang boleh dituntut ialah tiket kapal terbang dan hotel. Takde dalam peraturan boleh dituntut sampai RM50,000 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️ Dan bercuti luar negara ni terpakai sejak tahun 1980 dan juga kemudahan ini turut dinikmati oleh Hakim-Hakim Negara.
4. Elaun perabut sampai RM40,000 takde dalam peraturan.
5. Tuntutan hadiah dan derma yang boleh diberikan kepada Badan Pertubuhan, yang tu langsung takde dalam peraturan.
6. Jamuan Raya sampai tuntutan beratus ribu juga tak masuk dalam peraturan 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Jadi tuan2 byk yang fitnah nya dalam keratan akhbar ni. Kena juga check mungkin semua ni yang dipraktikkan oleh Kerajaan terdahulu 😅
Ramai yang kena tahu, pegawai kerajaan sekarang sgt beramanah menjalankan kerja mereka. Sebelum ni moto pegawai awam ialah “Saya yang menurut perintah” sekarang PM Tun tukar ke “Saya yang menjalankan amanah”
Setiap tuntutan diperhalusi mengikut pekeliling dan Akta. Daripada Pak Menteri hingga ke anggota kerajaan lain.
Jadi nak menyeleweng dan buat suka hati macam zaman BN dulu memang sangat mustahil sebab adanya check and balance tersebut 👍🏼
Nasihat saya, sebelum nak percaya dengan tohmahan pembangkang ni check dulu betul2 fakta. Jangan hanya diforward tanpa usul periksa.
Semestinya, pembangkang sgt desperate nak jadi kerajaan semula. Supaya apa yang dibuat dulu yang menguntungkan kantung mereka boleh dibuat semula.
Wallahualam...
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157783694838427&id=566123426
®📝😉
PERTIKAIAN PENGAJARAN JAWI AKIBAT KURANG MAKLUMAT, PENJELASAN
Pertikaian pengajaran jawi akibat kurang maklumat, penjelasan
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pertikaian hangat isu khat jawi yang bakal diajar di sekolah rendah tahun 4 kerana pemerintah dan pihak berkepentingan tidak mendapat maklumat dan penjelasan yang mencukupi
Demikian dijelaskan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhammad Faisal Aziz.
Bercakap pada forum mengenai Jawi malam tadi, Faisal berkata kerajaan dan pergerakan masyarakat sivil tidak berusaha meredakan kebimbangan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.
Katanya, wujud rasa kurang percaya rakyat sehingga menyebabkan isu pengajaran Jawi di sekolah menjadi masalah besar negara.
“Beratus tahun lamanya kita sudah guna Jawi. Ia sebahagian daripada identiti dan sejarah kita. Semua piagam yang dibuat ketika era kegemilangan (tamadun Melayu) juga ditulis dalam Jawi. Bila British hantar surat kepada Sultan kita, ia ditulis dalam Jawi.
“Tetapi sekarang Jawi jadi alat untuk cetus ketakutan dan kita tak buat apa-apa untuk menanganinya. Orang Cina bimbangkan Islamisasi dan orang Melayu pula bimbang dengan orang Cina sedangkan ia (Jawi) tak pernah jadi masalah sebelum ini,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Turut sependapat dengan Faisal, Timbalan Presiden Ikram Badlishah Sham yang menyeru lebih banyak dialog diadakan bagi mencari jalan pemahaman.
“Kita tak boleh tengok isu ini daripada kanta kaum dan agama. Jika kita lihat daripada pandangan itu ia akan bentuk ketidakpercayaan. Kita perlu lihat gambaran lebih besar atau daripada pandangan yang lebih bermakna.
“Pastinya akan ada bantahan tetapi perlu ada ruang perhubungan untuk cari titik persamaan,” katanya.
Sementara itu, K Aramugam daripada Yayasan Tamil berpandangan pengajaran Jawi tidak boleh dipaksakan kepada pelajar.
“Bila saya belajar di sekolah saya ingat belajar Jawi tetapi ketika itu berbeza, guru saya, guru Melayu boleh bercakap dengan kami dalam Tamil. Ada hubungan tetapi sekarang saya rasa kita tidak ada itu.
“Bagi saya, ia tidak boleh dipaksa, biar mereka belajar dengan hati terbuka supaya mereka suka dengan mata pelajaran itu.
“Saya setuju dengan satu lagi masalah yang kita depani adalah kita nampaknya tak percaya satu sama lain. Ada ketidakpercayaan dalam kalangan kita dan ia menimbulkan masalah dalam perkara ini,” tambahnya.
Pada Ogos, Putrajaya berkata ia akan meneruskan rancangan pengajaran Jawi kepada pelajar Tahun 4 bermula tahun depan, tetapi dengan sedikit perubahan berbanding pelan asal.
Langkah itu diambil selepas rancangan itu dibantah kumpulan pendidikan vernakular.
Keputusan baharu itu menetapkan Jawi akan diajar dalam masa pengajaran lebih sedikit berbanding pelan asal dan hanya dibuat selepas mendapat kebenaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.
Kemelut terbaru muncul apabila rancangan Dong Jiao Zong untuk mengadakan mesyuarat membincangkan isu Jawi esok mendapat bantahan kumpulan haluan kanan Melayu.
Kumpulan Melayu itu berkata rusuhan kaum seperti 13 Mei boleh tercetus sekirangnya Dong Jiao Zong meneruskan rancangan itu.
Kumpulan itu yang mewakili beberapa pergerakan sivil Melayu juga membuat laporan polis terhadap Dong Jiao Zong.
Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) Masridzi Sat turut membuat laporan polis bagi pihak semua kumpulan tersebut.
Dong Jiao Zong bagaimanapun menafikan mesyuarat itu adalah protes atau kongres sebaliknya hanya pertemuan tertutup wakil kumpulan pendidikan Cina untuk membincangkan isu pengajaran Jawi di sekolah vernakular.
LAGI RUNGUTAN DAN AMARAH KERANA ELAUNS.
Soalnya sekarang pada masa & ketika ini bkn masalah bersetuju @ tidak utk menamatkan elaun BIPK kpd pengambilan baru
DOKTOR/JURURAWAT/JURUTERA/PROFESONAL mulai JAN 2020. Tetapi ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan pada ketika ini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting untuk taraf hidup ekonomi rakyat yang perlu segera dilaksanakan terlebih dahulu sehingga semuanya telah stabil sekurangnya setelah 2 penggal memerintah barulah sesuai untuk dilaksanakan penamatan elaun tersebut .
Contoh la isu rokok (3 meter) yang telah membuat rakyat marah & meluat dgn kerajaan kini. Najib (BN) yang mempunyai kerajaan berlupuh tahun memerintah telah memberi berbagai gula2 kpd rakyat pun boleh terguling2 PRU 14. Apatah lagi Kerajaan PH yg baru nk merangkak ni yg nk potong berbagai2 elaun & dll yang taraf kemiskinan rakyat pun yg masih lagi kelaut memang akan tersembam baham tanah la PRU 15 nnt. Sekadar ingatan. Disebabkn perkara seperti ini lah dll DSAI perlu disegarakn menjadi PM 8 seawal FEB 2020. In Shaa Allah. Aamii
PENDEKATAN HOLISTIK PERLU ELAK KRISIS AIR BERULANG
Pendekatan holistik perlu elak krisis air berulang
Oleh: Nauza RF8 Media
Pihak berkuasa perlu melaksana pendekatan holistik bagi menangani masalah gangguan bekalan air.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataannya berkata masalah gangguan air seperti yang belaku baru-baru ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada kehidupan orang ramai, malah menyebabkan perniagaan dan industri mengalami kerugian jutaan ringgit.
Sehubungan itu tegasnya, pihak bertanggungjawab perlu segera menangani isu margin rizab air terawat rendah yang diketengahkan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia.
“Margin rizab adalah kapasiti tambahan yang boleh diagihkan selepas memenuhi permintaan semasa dan ia akan membolehkan loji rawatan memenuhi permintaan mendadak bekalan air atau kekurangan air yang tidak dijangka.
“Pakar telah mencadangkan dua cara untuk menyelesaikan margin rizab yang rendah iaitu membina loji rawatan air baharu dan mengurangkan kehilangan air bukan hasil dengan menggantikan saluran paip lama yang terdedah kepada kebocoran,” katanya dalam kenyataan.
Lee turut menuntut pihak berkuasa lebih serius dalam mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencemarkan sumber air termasuk yang membuang sisa buangan secara haram ke dalam lurang seperti kejadian dilaporkan baru-baru ini
Susulan itu tegasnya ada keperluan untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menjadikannya sebagai langkah menghalang terutamanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Beberapa pihak mendakwa Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 gagal menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada membuang sisa ke dalam loji rawatan kumbahan kerana mereka merasakan kos penghantaran sisa mereka untuk loji rawatan yang sepatutnya lebih tinggi daripada hukuman.
“Kerajaan juga harus mempercepatkan pembentangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan mengenakan denda lebih tinggi dan hukuman lebih berat di samping memberi kuasa penguatkuasaan yang lebih besar untuk Jabatan Alam Sekitar,” katanya di dalam kenyataan tersebut.
KRITIKAN AI MENDAPAT PERHATIAN.
Berikutan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal atau BIPK dalam perkhidmatan awam yang diumum akan ditamatkan bermula tahun depan telah menimbulkan keresahan ramai, Anwar Ibrahim tampil menyarankan jemaah menteri agar membincangkan semula perkara itu.
Katanya, perkara itu wajar dibincangkan semula selepas ada rungutan dan bantahan daripada pelbagai pihak.
Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkannya.
Sebagai bakal pengganti Perdana Menteri yang sudah dipersetujui, suara Anwar ini adalah tanda keprihatinannya kepada rakyat jelata.
Dan berikutan itu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan arahan agar kementeriannya mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan isu tersebut.
Di bawah kementerian beliau, doktor dan jururawat adalah antara kategori penerima BIPK dalam perkhidmatan awam.
Mudah-mudahan dengan keprihatinan dan suara Anwar ini, akan ada cahaya harapan menceriakan kegerhanaan rakyat dalam isu BIPK ini. (ShahbudinHusin 26/12/2019)
KISAH KOMIDI : KISAH GERHANA MATAHARI DI RUSILA
Ini kisah semalam...
Semlm khabarnya kecuh sbb ada gerhana matahari. Ramai yg dtg ke tg piai dan ke kl tempat melihat gerhana matahari. Tok pun bergegas ke rumah guru tok di Rusila utk mengajak dia menyaksikan keaiban gerhana matahari. Sampai di rumah guru tok, tok tengok dia di dapor sedang membelek2 dalam jubahnya sambil mengangkang.
" Tuan guru sedang buat apa? Adakah tuan guru mengalami buasir lagi?" Tanya tok dipintu dapor rumahnya.
Guru tok tersentak sambil cepat2 bangun mencapai tongkatnya. Dia kemalu-maluan tok lihat. Tok buat tak tahu dan bertanya, " Tuan guru, jom kita ke Tg Piai menyaksikan gerhana matahari hari ini, kita boleh solat sunat di sana nanti sambil bawa tabung milo". Tanya tok.
Guru tok mengeleng2 kepala seraya bersandar atas kerusi malas. Sambil membuaikan badannya di kerusi malas, guru tok berkata,
" Wahai Using. Mu tau tak, hari ini tidak akang berlaku gerhana matahari. Mungking ditunda tahung depang, wallahu aklam". Kata guru tok sambil sesekali menjeling ke bawah pusatnta yang dilindungi jubah.
Tok tersentak. " Adakah benar berita ini tuan guru? Tuan guru dapat berita ini melalui mimpi kah". Tanya tok dengan dahi berkerut.
Guru tok tersenyum sumbing mulut. " Tidakkah mu tahu, kalau berlaku gerhana matahari, ada pertandanya. Ahli saing, fizik serta ahli falsafah termasuk ahli silat menyatakang apabila berlaku gerhana matahari telor akang berdiri tegak. Ambe dah check sendiri tadi kat dapor, ambe belek berkali2, ternyata telor ambe normal, berkedudukang seperti biasa, tidak tegak, cuma batangnya saja sedikit naik menahang kencing. Ertinya, tidak berlaku gerhana.". Jawab guru tok sambil menyilangkan kakinya dan bergoyang2.
" Teehehehee...Laaa...tuan guru. Tuan guru khilaf ni. Apa yang dimaksudkan oleh ahli sains itu adalah telor ayam, bukan telor kita,". Kata tok sambil tutup mulut menahan ketawa. Bimbang juga, maklumlah, tongkat ada di sebelah guru tok.
Wajah guru tok tiba2 berubah merah seperti sotong mengawan menahan klimaks.
" Using...biar betul? Jadi, sia2 lah ambe hampir setengah jang di dapor belek telor ambe...err..kalau gitu, moh kite ke sana...kita doh lewat ni..". Kata guru tok sambil laju keluar pintu dapor sambil menarik tangan tok menuju ke kereta mewahnya.
" Ok..ok..jom tuan guru..teeheheee..". Tok masih menahan ketawa membayangkan peristiwa di dapor sebentar tadi.
TOK USIN
DS Anwar berbahaya jika dibenarkan jadi PM. Benarkah?
Setelah aku fikirkan secara mendalam, aku rasa aku bersetuju. DS Anwar memang berbahaya jika jadi PM. Maka sebab itulah kita boleh lihat beberapa pihak yang beriya mahu menggagalkan DSAI dari mengepalai barisan kabinet negara.
Berikut disenaraikan beberapa 'kebahayaan' DS Anwar sekiranya menjadi PM.
1. DS Anwar adalah pemimpin yang paling konsisten mahu memerangi kemiskinan dan menyebarkan kemakmuran negara kepada rakyat secara saksama. Sudah tentu ini berbahaya kepada puak kapitalis yang acap kali menggunakan saluran khas dalam pentadbiran negara untuk mengaut keuntungan bagi kumpulan sendiri sahaja.
2. DS Anwar sangat dikenali dengan sikap anti rasuah yang begitu keras. DS Anwar juga benci penyalahgunaan kuasa dan dana negara untuk kepentingan kumpulan tertentu. Bahkan itulah puncanya beliau hilang kedudukannya tahun 1998 dahulu. Maka sudah tentulah DS Anwar berbahaya kepada mereka yang suka mengambil rasuah dan membelanja wang negara seperti pusaka datuk nenek moyang mereka.
3. DS Anwar juga dikenali sebagai pemimpin yang Islamik. Sebab itu ramai individu seperti Erdogan dan Yusof Qardhawi amat menghargai beliau. Sudah pasti DSAI berbahaya kepada puak penjual agama kerana jika DSAI menjadi PM, dasar negara alan kelihatan lebih Islamik maka mereka tidak lagi dapat melelong agama demi mempengaruhi pengikut mereka membenci kerajaan.
4. DSAI adalah pemimpin yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat, dari semua kaum. Beliau dilihat mampu menyatu-padukan rakyat. Sekiranya DSAI menjadi PM, mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan akan 'terkujat' dan usaha mereka akan menemui jalan buntu. Itu juga bukti betapa bahayanya DSAI sebagai PM bagi puak ini.
Benar DSAI berbahaya kepada sekelompok ahli politik yang serong. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mereka untuk menghentikan DS Anwar dari menjadi PM. Dan itulah sebabnya kita perlu bersama demi mempastikan cita-cita mereka untuk merosakkan negara gagal dengan mengangkat DS Anwar sebagai PM kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)