DS Anwar berbahaya jika dibenarkan jadi PM. Benarkah?



Setelah aku fikirkan secara mendalam, aku rasa aku bersetuju. DS Anwar memang berbahaya jika jadi PM. Maka sebab itulah kita boleh lihat beberapa pihak yang beriya mahu menggagalkan DSAI dari mengepalai barisan kabinet negara.

Berikut disenaraikan beberapa 'kebahayaan' DS Anwar sekiranya menjadi PM.

1. DS Anwar adalah pemimpin yang paling konsisten mahu memerangi kemiskinan dan menyebarkan kemakmuran negara kepada rakyat secara saksama. Sudah tentu ini berbahaya kepada puak kapitalis yang acap kali menggunakan saluran khas dalam pentadbiran negara untuk mengaut keuntungan bagi kumpulan sendiri sahaja.

2. DS Anwar sangat dikenali dengan sikap anti rasuah yang begitu keras. DS Anwar juga benci penyalahgunaan kuasa dan dana negara untuk kepentingan kumpulan tertentu. Bahkan itulah puncanya beliau hilang kedudukannya tahun 1998 dahulu. Maka sudah tentulah DS Anwar berbahaya kepada mereka yang suka mengambil rasuah dan membelanja wang negara seperti pusaka datuk nenek moyang mereka.

3. DS Anwar juga dikenali sebagai pemimpin yang Islamik. Sebab itu ramai individu seperti Erdogan dan Yusof Qardhawi amat menghargai beliau. Sudah pasti DSAI berbahaya kepada puak penjual agama kerana jika DSAI menjadi PM, dasar negara alan kelihatan lebih Islamik maka mereka tidak lagi dapat melelong agama demi mempengaruhi pengikut mereka membenci kerajaan.

4. DSAI adalah pemimpin yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat, dari semua kaum. Beliau dilihat mampu menyatu-padukan rakyat. Sekiranya DSAI menjadi PM, mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan akan 'terkujat' dan usaha mereka akan menemui jalan buntu. Itu juga bukti betapa bahayanya DSAI sebagai PM bagi puak ini.

Benar DSAI berbahaya kepada sekelompok ahli politik yang serong. Sebab itulah mereka berusaha sedaya mereka untuk menghentikan DS Anwar dari menjadi PM. Dan itulah sebabnya kita perlu bersama demi mempastikan cita-cita mereka untuk merosakkan negara gagal dengan mengangkat DS Anwar sebagai PM kita.