SAKSI MISTERI BERI KETERANGAN ESOK/HARI INI/4
TAK HADIR SAPINA...PM MALAYSIA TIDAK BOLEH MUNCUL DI EROPAH
JIKA NAJIB TIDAK HADIR SETELAH DI SAPINA,MAKA AWAS JIKA TERBANG KE EROPAH KERANA APABILA SAPINA DIKELUARKAN,
TENTULAH WARAN TANGKAP JUGA KELUAR ATAS NAMA NAJIB BIN ABDUL RAZAK
SCORPENE : NAJIB AKAN DISEPINA MAHKAMAH PERANCHIS : SUARAM – keadilan daily
LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.
“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.
Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.
“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.
“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.
“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.
Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.
Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.
Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.
Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.
“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.
Azmin, Loke dan Hatta wakili Pakatan Rakyat dalam PSC
Parti Keadilan Rakyat akan diwakili oleh timbalan presidennya Azmin Ali, Anthony Loke dari DAP manakala Dr Hatta Ramli akan mewakili PAS.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada sidang media berkata penubuhan jawatankuasa itu tidak boleh dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya mengabaikan tanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan bersih.
"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," kata beliau.
Sebelum itu Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.
Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan Bersih 2.0 Julai lalu.
Pertukaran Tempat Bersidang Jadikan Suasana Di Parlimen Kelam Kabut
KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER : Keadaan di Parlimen menjadi kelam kabut kerana pertukaran tempat persidangan menyebabkan suasana sesak, lapor Bernama Online.
Persidangan pada kali ini diadakan dibangunan sementara yang terletak di belakang bangunan parlimen yang sebelum ini adalah kawasan riadah. Ini disebabkan bangunan asal Dewan Rakyat sedang di baik pulih.
Kelihatan anggota Dewan Rakyat yang hadir tercari-cari pintu untuk keluar masuk Dewan Persidangan.
Keadaan ruang legar juga kecil dan ini menyebabkan kesulitan pada warga media.
SPR Gagal Laksana Pilihan Raya Dengan Baik
KUALA LUMPUR 3 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini.
Justeru beliau mendesak kerajaan menyatakan cara untuk suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya berlaku dengan lebih adil dan bebas.
"Yang saya mahu tekankan adalah bagaimana cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan telah menjalankan pilihan raya begitu lama, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata beliau ketika mengajukan soalan ke empat kepada Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Dalam soalan bertulis beliau, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR untuk mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitan dalam tuntutan gabungan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan suatu perkara baru yang dibincangkan di parlimen malah SPR mengambil langkah berpandukan asas Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang diperuntukkan.
"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," jawab Nazri.
Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 Perlembagaan Persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.
"Kita terpaksa kerahkan jentera parti politik untuk mendaftar padahal ini isu asas hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik," kata Anwar lagi.
Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.