BANYAK GAJI..TAPI TAK BANYAK FUNGSI

 



BOB KELANANG

RM152,840.93 sebulan digunakan dari duit rakyat untuk membayar 3 orang politik di Kementerian Kesihatan.!

Apakah berbaloi rakyat Malaysia peruntukan duit rakyat sebanyak RM152, 840.93 untuk membayar kepada 3 MP yang jadi menteri dan timbalan menteri kepada kementerian kesihatan.

Jika dilihat banyak kerja dilakukan oleh PENGARAH KESIHATAN manakala 3 orang ini sekadar menjadi nasi tambah sahaja.

Amat malang negara menghabiskan hampir RM1.8JUTA setahun hanya bayar gaji mereka bertiga.

Abang Awe Kobah

BAYANGKAN JIKA BERLAKU PADA MENTERI PH

 NIZAM AKA


Image may contain: 4 people, including Srikandi Bachok, text


Cuba pejam mata kejap dan bayangkan jika yang positif covid19 dan yg engkar SOP COVID 19 supaya jalani kuarantin bila pulang drp Sabah itu ialah Dr Mujahid?Agak-agak berapa kontena maki hamun dan sumpah seranah yang akan dihadiahkan oleh walaun-walaun walaq buta tuli,Pasmno terhadap Dr Mujahid?


Dr Zulkifli balik daripada Sabah 24hb Sept dan pada 25hb Sept telah hadiri satu program di Kelantan..Apa nasib kontak-kontak rapat beliau?

 

 

 

LAGI KUAT BERDOA ,LAGI KUAT USAHA..

 

Menteri agama positif Covid-19
FREEMALAYSIATODAY.COM
Menteri agama positif Covid-19
Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata kesihatannya berada


Dari FB wall A Kadir Jasin...

1. Tidak salah berdoa. Semua agama dan kepercayaan ada doa, puja dan mantera masing-masing.

2. Ada orang kata, "trademark" (tandaniaga) Perdana Menteri Perikatan Nasional, Muhyiddin Mohd Yassin, adalah doa.

3. Orang Islam sememangnya digalakkan berdoa. Tetapi berdoa saja tidak cukup. Ia mestilah disertai usaha. Lagi banyak doa, lagi kuatlah usaha bagi mencapai matlamatnya.

4. Jadi sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhi pandemik dan mereka yang dijangkiti segera sembuh serta penawar yang mujarab baginya ditemui. Soalnya berapa ramaikah saintis Muslim terlibat mencari penawar ini?

5. Masalahnya kalau anggota Kabinet, Timbalan Menteri, Exco dan pemimpin politik sendiri tidak patuh SOP sehingga dijangkiti maka susah banyaklah kita.

6. Kalau rakyat biasa mudah. Jam itu juga polis tangkap, kompaun malah disumbat dalam penjara.

7. Tapi kena giliran Menteri langgar SOP, siasatan saja berminggu-minggu dan berbulan-bulan lamanya. Macam pilih bulu pula.

8. Jadi elok jugalah mereka kena jangkitan. Oleh sebab mereka tidak takut undang-undang atau berasa mereka kebal daripada tindakan undang-undang, eloklah kita serahkan mereka kepada virus Covid ini.

9. Pasal nak menang pilihan raya, mereka terkam ke Sabah yang sudah pun diketahui mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

10. Tak tahulah mungkin mereka tak tahu atau tak percaya kepada kesahihan Hadis yang berbunyi: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Wallahuaklam. Terima kasih.

- AKJ

URUS KRISIS UJI KEPIMPINAN ANWAR

. Saat artikel ini ditulis, DSAI belum lagi mengadap YDPA untuk persembahkan majoriti yang didakwa ada padanya. Apa pun perkiraannya jika DSAI ternobat sebagai PM ke 9, ia bukan hanya kemenangan pada perjalanan jauh DSAI tetapi lebih dari itu ia akan menjadi satu medan ujian kepimpinan untuknya dalam suasana krisis covid yang sedang dilalui oleh negara dan dunia hari ini.

2. Bukan semua krisis membawa kepada kehancuran malah krisis membentuk peluang untuk mencipta kejayaan. DSAI punya keunikan yang saya yakin mampu menjadi aset kepada gaya dan cara kepimpinannya mengatasi krisis nanti.

3. Pertama, ketahanan DSAI telah diuji sedari 1998 lagi ketika aspirasi ‘REFORMASI’ mula berkumandang di pesada politik tanahair. Kalimat keramat ini menjadi mimpi ngeri kepada pengamal kronisma dan korupsi yang mula membengkak pada kerajaan yang beliau sendiri berada di posisi orang no 2 negara ketika itu. Perjalanan DSAI sejak itu penuh dengan ranjau dan duri untuk membetuli keadaan yang akhirnya membentuk jatidiri kepimpinan beliau hari ini. Keperibadian kalis ujian ini diharapkan dapat diterjemahkan dalam mengemudi tahap krisis yang dialami oleh negara sekarang.

4. Detik krisis mendesak keperluan kepada kepimpinan yang kukuh jatidiri diterjemahkan melalui keikhlasan, ketelusan dan kejujuran menghadapi situasi yang menekan. Ia bukan kepuraan untuk menagih simpati tetapi perlaksanaan kepada satu penghayatan dan DSAI telah membuktikan kejujurannya terhadap apa yang diyakininya walaupun dipenjara dengan fitnah yang mengaibkan diri dan seluruh keluarganya.

5. Kedua, DSAI tidak pernah undur dari menyatakan dengan penuh komitmen tentang kesepaduan rakyat rentas berbagai kaum dan agama. Solidariti pada saat krisis sangat terutama memandangkan ia akan melahirkan benteng ketahanan nasional bagi menghadapi rintangan ekonomi dan perpaduan kaum yang menekan. Kerajaan yang berpura-pura bercakap tentang kesepaduan nasional tetapi terpendam karat jahiliyah perkauman tidak mungkin mengemudi suasana krisis hari ini kerana hilang kejujurannya kepada komitmen untuk melahirkan ketahanan nasional.

6. Ketiga, Kebangkitan radikalisme agama sangat ditentang oleh DSAI. Beliau terkenal dalam karier awalnya dalam ABIM menyeru kepada panduan agama yang sederhana dan menghormati prinsip hukum rentas kaum dan agama berteraskan keadilan dan kesaksamaan. DSAI diharapkan dapat membawa peranan agama dengan lebih berkesan dari sudut pemikirannya semasa krisis di mana kerangka MAQASID yang merupakan ruh syariah berupaya menjadi teras utama kepimpinannya untuk memgendalikan krisis negara hari ini.

7. Keempat, pengalaman menerajui kerajaan semasa krisis tak akan sama apatah lagi tekanan ekonomi yang menjejas kehidupan rakyat. Kerajaan elit tidak diperlukan, DSAI perlu membawa kerajaan rakyat yang menuntut pengorbanan kepada ahli politik lebih daripada menuntut rakyat berkorban. Ini bermakna saiz kabinet yang lebih kecil, ahli parlimen tidak memegang jawatan GLC, pemotongan elaun pak menteri yang tidak perlu serta ketelusan tata kelola kewangan negara. Jiwa ‘suara rakyat suara keramat’ boleh diterjemahkan oleh DSAI bagi menangani persepsi rakyat yang muak dengan sikap elitis golongan pemerintah khususnya dalam menangani krisis negara.

8. Akhirnya, komunikasi dengan rakyat perlu jujur dan telus. Tiada ‘double standard’ dalam penguatkuasaan, ketegasan kepada penceroboh atas apa jua kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang perlu diadili dengan saksama. Ia sebuah kerajaan yang mendapat sokongan semua pihak kerana teras jaminan keamanahan dipelihara. Kesemua ini adalah seruan-seruan yang pernah dibawa oleh Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan yang DSAI menjadi antara faktor penentu utamanya bersama rakan kepimpinan lain. DSAI perlu terjemahkan aspirasi ini dalam kepimpinannya di saat krisis ini.

9. Tidak terkecualu acara mewah dan pembaziran di kalangan menteri dan anggota kerajaan lain perlu dihentikan segera dalam masa krisis ini. DSAI yang telah melalui kesukaran sepanjang jalannya diyakini dapat menghayati jiwa dan denyut nadi rakyat marhaen dan perlu tegas kepada acara mewah dan membazirkan ini. Pegawai kerajaan yang terbiasa dengan formaliti majlis yang tidak sesuai pada saat krisis perlu diberi teguran keras.

10. Krisis hari ini adalah soal kesihatan awam yang boleh menjejaskan nyawa, adalah sangat terutama kepimpinan DSAI membudayakan S.O.P dengan menekankan pendidikan dan kesedaran selain kuatkuasa. Pada waktu yang sama ekonomi harus dibuka dengan hati-hati untuk menjana aktiviti melalui kaedah ‘low touch economy’. Kepantasan adaptasi kerajaan baru nanti kepada keperluan ekonomi semasa akan membuka ruang untuk peluang pekerjaan dalam skema normal baharu yang pastinya mencabar kepimpinan DSAI nanti.

Kejujuran, kesepaduan nasional, kerajaan berjiwa rakyat dan kepantasan adaptasi berekonomi dalam era kelaziman baru akan menjadi kayu pengukur kejayaan DSAI sebagai PM ke 9, sama-samalah kita doakan.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Parti AMANAH

5 Okt 2020.



DETAILS COVID-19 MALAYSIA 5 OKTOBER 2020

NAK TUNGGU 500 SEHARI ATAU ADA PKP SEMULA..

 432 kes baru Covid-19 hari ini


HAMDAN TAHA


Bila menteri dan Perdana Menteri merasakan mereka tidak sepatutnya kuarantin apabila balik Sabah akhirnya ada di kalangan mereka ada yang di jangkiti....

Bila ada menteri kena jangkitan itu satu pertanda tidak baik buat mereka yang membuat dasar. Balik dari Sabah wajib kuarantin bukan di rumah tapi pusat kuarantin....ini menteri dan perdana menteri ulang alik ke sabah....siap main golf dan merasmikan banyak program pula lagi tu...

Sudah ada ribuan kes atau ratusan ribu kes di dunia swab kali pertama nagatif tetapi beberapa hari selepas itu positif....itu sebab para pakar WHO minta di adakan kuarantin 14 hari....ini menteri jawap mudah saja...kami telah buat swab test dan negatif maka kami bebas bergerak ke mana saja....akibatnya apa nak jadi sekarang ini...

Univesiti di arahkan belajar melalui on line kerana nampaknya wabak sudah semankin besar....sekolah buka...menteri pelajaran belum nampak ada kenyataan tentang ini....

Wartawan pun di kabarkan ada yang di jangkiti....menteri kanan pun akhirnya terpaksa di buat swab test....kerana barangkali ada kabinet meting yang di hadiri sama oleh Dr Zul...

Semoga semuanya pulih sedia kala....harap kerajaan PN buat sesuatu yang tepat seperti peringkat awal datangnya covid....nampak kebelakangan ini bila ada pujiam rakyat dan di peringkat antara bangsa pimpinan mudah lupa....walaupun Thai,Singapore Vietnam jauh lebih baik dari kita....

Semoga kita selamat

 


𝗞𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔…

 

BOB KELANANG


: Naper menti Sawit masih belum didakwa… adakah kerajaan nak suruh rakyat melupakannya.

Bole Blah… salah tetap salah!!

SITI NUR ZAWANI MISCON

Susulan peningkatan kes Covid-19 yang naik mendadak terutama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan, kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi apabila mereka terus menyalahkan ahli politik sebagai penyebab peningkatan wabak berkenaan.

Tersebar beberapa gambar memaparkan kain rentang yang mencaci ahli politik selepas negara dikejutkan dengan 317 kes iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada Februari lalu.



Kain rentang itu dipercayai dipasang di sebuah jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan tertulis kata kesat berikutan keadaan politik negara yang tengah panas.

Satu lagi kain rentang juga tersebar yang tertulis, “Rakyat jaga rakyat, Menteri jaga poket,”.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi tersebut.

Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 mencatatkan peningkatan membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai apabila beberapa ahli politik gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sewaktu berkempen.

Mereka antaranya ada yang tidak memakai pelitup muka, malah ketika ini sudah lebih tiga bulan masih lagi tiada tindakan diambil terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang gagal kuarantin selepas pulang dari Turki.

 

KALAU KEDAI BOLEH TUTUP..KALAU MENTERI KABINET...TUTUP KERAJAAN KAH?

 Image may contain: 1 person, text that says "Berita ESeksyer Jemaah menteri jalani ujian saringan Covid-19 Mohd Farhan Darwis Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Oct 2020 4:39PM 0 Komen ഗറാവയ THE THE'T MAL MALAYSIAN INSIGHT Semua anggota jemaah menteri diwajibkan menjalani ujian saringan Covid- 19 hari ini.- Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2020."

Menteri Agama didakwa positif Covid 19 selepas pulang dari Sabah

 

Menteri Agama didakwa positif Covid 19 selepas pulang dari Sabah

Christina Liew kecam Raja Petra putar belit kenyataan KEADILAN Sabah

 





Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Christina Liew mengecam tindakan blogger Raja Petra Kamaruddin yang memutar belit kenyataannya mengenai pelantikan PAS dalam kabinet kerajaan negeri.

 

Beliau berkata, Raja Petra berbuat demikian menerusi sebuah artikel yang disiarkan di laman web Malaysia Today bertarikh 4 Oktober 2020 bertajuk "PKR wants Muslims to reject the Qur’an".

 

"Kenyataan asal saya merujuk kepada PAS sebagai entiti politik tidak akan diterima oleh rakyat Sabah. Tidak ada dalam kenyataan saya yang menyebut PKR Sabah mahu orang Islam menolak sama ada Al-Quran atau Islam.

 

"Tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra adalah satu penipuan dan ia sangat menjijikkan yang bertujuan untuk memfitnah saya sebagai wakil rakyat dan pemimpin PKR Sabah," katanya.

 

Disebabkan tuduhan berat tersebut, Christina sudah merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

 

"Saya telah mengarahkan pasukan undang-undang saya untuk mengkaji perkara ini dan mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang," katanya.

 

FLASHMOB FOTOGRAFI SOKONG ANWAR PM KE 9


BERSATU MUSUH DALAM SELIMUT UMNO?


AWAT KETAQ LUTUT DENGAN MCA?


ALHAMDULILLAH, TUN M BUAT U-TURN LAGI DAN AKAN BERTANDING PRU15


Image may contain: 2 people, including Norizan Abdul Hamid, text that says "R a e Tun M Tidak Berhasrat Untuk Bertanding PRU15 Tun M Mungkin Bertandinge PRU15 "Tidak berhasrat bertanding pada pilihanraya akan datang. "Mereka masih mahu saya kata,mahu bertanding. 12 Sep 2020 50kt2020 Okt 2020"


Amat saya bersyukur kerana akhirnya orang tua ini menyatakan hasrat beliau untuk bertanding pada PRU15 sekaligus menarik balik hasratnya untuk bersara.

Itulah yang kami harapkan kerana perlawanan yang paling menarik dan bermaruah adalah berlawan dengan orang yang "mahu berlawan". Saya doakan Mahathir panjang usianya agar beliau sempat sampai ke PRU15 dan dapat memilih sendiri pusara politiknya.

Saya tidak pelik jika Mahathir buat "U-Turn" atau berbohong. Saya pelik jika beliau tidak berbohong di dalam satu hari. Berbohong dan putar belit adalah menu harian orang tua ini. Kelebihan Mahathir adalah beliau mampu berbohong dengan muka selamba tanpa rasa malu sedikit pun. Sebagai Pengerusi PH dulu pun dia selamba saja berbohong walaupun di dalam perkara besar. Itulah kelebihan Mahathir. Akal berbohong beliau panjang lebih panjang dari hidungnya.

Kami akan berdepan dengan Mahathir kerana beliau masih berhutang dengan kita semua. Angkara beliau, politik negara kini dipenuhi dengan orang-orang politik munafik. Ketamakan kuasa dan pengkhianat. Semua ini kerana dimulakan dengan orang tua ini yang selalu mungkir janji, tidak jujur dan ikhlas, dan menyimpan perasaan khianat dengan rakan sendiri.

WFAUZDIN NS

 

SENANG JADI MENTERI, MINTA MAAF, SELESAI. LEPAS DUDUK DALAM GUA..SUNYI SEPI..

 SENANG JADI MENTERI, MINTA MAAF, SELESAI

𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗣 𝗨𝗠𝗣𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥…

 

BOB KELANANG

No photo description available.

Nasib Pas lah, silap pilih kawan. Di Sabah, nak bertanding pun disekat. Minta kerusi Menteri di Sabah, dihalang oleh parti gabungan GRS iaitu Star dan PBS.

Namun yang selalu jadi musuhPas adalah Dap. Hari-hari wirid Dap. Tak boleh laksana hudud, salahkan Dap. Tak boleh bahas RUU 355, kaitkan Dap. Bahkan, alasan Pas untuk bersubahat dengan Muhyidin dan Jemin semburit untuk merampas mandat rakyat dengan menubuhkan kerajaan PN pun mereka guna alasan Dap berada dalam PH. 

Pas ni takde otak ke untuk berfikir atau hati telah digelapkan dengan kuasa dan jawatan?SewaktuPasberkawan dengan Dap dalam PR dulu, pernahkahPasdilayan seperti STAR dan PBS layanPas di Sabah?

Di bawah kerajaan Dap P. Pinang dulu, wakil rakyatPasdapat jawatan yang diberi oleh kerajaan P. Pinang. Bahkan, Mat Sabu ketika itu timbalan presiden Pas diberi jawatan penting di dalam menjaga air di P. Pinang. Dap tidak meminggirkan Pas di P. Pinang. PR ketika itu beri kerusi kepada Pas bertanding walaupun di P. Pinang kawasan kuat Dap.

Tetapi Pas tidak pernah fikir baik. Sanggup burukkan Dap seolah2 Dap lah punca negara ini bobrok dan penuh skandal rasuah besar. Seolah2 yang sekat Pas untuk bergerak kononnya nak bawa Islam itu penghalangnya Dap. Begitu sekaliPasmelihat Dap. Sedikit pun Dap tiada jasa kepadaPas Nah, Allah pamerkan depan mata.Pasdibuli semahunya di Sabah.

Pas hanya tunjuk hebat dalam muktamar parti mereka sahaja. Di situ mereka bercakap bagaikan nak pecah dewan muktamar. Takbir mereka bergema seperti nak runtuh dewan. Pemimpin pula bercakap seolah2 berani mati berjihad, tunjuk hebat depan muktamirin.

Hakikatnya, lihat sendiriPas di luar. Sebelah kaki dalam perahu PN, sebelah kaki lagi dalam perahu MN. Bila PN tuju ke utara, MN tuju ke selatan,Pasakan terkoyak kangkang. Lepas sakit celah kangkang, marah kat Dap.

 

CONTOHI SINGAPURA TANGANI COVID 19