Sumber memberitahu, ketika ini kesemua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan sudah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.
Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.
Pada 25 September pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yadim di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.
Dikatakan juga Senator itu tidak berapa sihat sejak Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa anjuran program.
Pada semalam, Zulkifli telah menyampaikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.
Di Twitter, warganet mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.
“Menteri Agama pun tak ambil inisiatif kuarantin 14 hari lepas balik Sabah? Pegawai menteri tak nasihat Menteri ke?,” tulis akaun Konfem Sahih.