CHINA TIDAK MAHU YUAN MENJADI MATAWANG DUNIA.


 

31.4 TRILLION MERUPAKAN HAD SYILLING YANG US HARUS SELESAIKAN.


 

CAKAP PANDAI MACAMANA PUN SANUSI....HANG TETAP MB TEBUK ATAP SAJA.


 

SEMBANG DERAIH SANUSI. SAT LA NANTI ORANG TUNJUK NO...


 

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


 

TEGUR LAKSAMANA .....

 

RMS


Berani Hamzah tegur Pahlawan PAS Laksamana TLDM Simpanan Sukarela Panglima Sanusi..??

😆😆😆




SURAT GEMBIRA & PENDERITAAN.ISLAM BUKAN PADA SLOGAN TAPI PENGAMALAN





Norman Radzuan.



Kita mahu Islam dan kemajuan


Bila melihat surat pekeliling satu khabar gembira dan satu lagi khabar derita hati saya benar2 geram. Dlm keadaan anak2 yg sdg mencari ilmu demi masa depan mereka, terpaksa belajar secara online kerana tiada air di kolej kediaman utk minum, mandi dan melepaskan hajat tetapi ahli Lembaga Pengarah Air mendapat habuan bonus.


Di Sabah mengikut rekod sejak 2015 seramai 1019 pelajar dari UMS, Uitm, Unitar, NBUC, Politeknik, City University dan Cosmopoint bekerja secara part time dgn saya.


Ada pelbagai bangsa dan agama…ada org susah, ada yg terpaksa bekerja utk biayai sewa bilik, ada anak yatim dan ada anak yatim piatu. Saya tahu betapa deritanya mereka utk menghabiskan pengajian terpaksa bekerja secara part time. 


Ia bukan suatu utk dibanggakan tetapi saya nak beritahu tak pernah saya katakan semua itu dilakukan atas nama Islam. Sebab semua itu tanggungjawab sosial dan saya serahkan pada Allah pahalanya. Kita jgn pedagangkan agama utk dilihat baik atau berkepentingan.


Bila melihat 2 surat itu sakit hati saya sb di negeri itu pemimpinnya menggunakan slogan perjuangkan agama. Apakah sebagai pejuang agama mereka boleh bergembira di aras penderitaan org lain apatah pangkat anak2 kita?


Islam bukan pada slogan. Slogan kosong berbentuk emosi dan sentimen biasanya sering digunakan oleh org politik terutamanya ketika kempen PIlihanraya bagi meraih sokongan undi. 


Org Melayu mudah terpengaruh dgn slogan keagamaan walaupun hanya omong kosong. Kita tidak boleh mengatakan dgn hanya menyebut kita kembali kpd Al Quran dan sunah maka semua masalah kita akan selesai.


Org Melayu atau umat Islam perlu menampakkan kebenaran Islam itu melalui pengamalannya. Bukan hanya mengakui agamanya Islam sahaja tetapi perlulah lebih daripada itu. Sebab itu org alim selalu berkata org bukan Islam melihat Islam bukan dari Al Quran tetapi lebih kpd akhlak.


Masalah kita skg mereka yg sesuka hati memetik ayat Quran dan hadis ini amalan mereka tidak seperti yang diucapkan oleh mulut mereka.


Mereka mendakwa pejuang Islam tetapi jika dilihat pada amalannya tidak terlihat pun mereka sebagai org Islam yg baik, sama ada melalui amal peribadi dan amal kekeluargaan atau institusinya.


Org politik selalu menyebut Islam itu penyelesaiannya. Hadi Awang pernah berkata pilih Islam masalah kos sara hidup boleh selesai. Tapi di Kelantan adakah ia selesai? Malah ia antara negeri termiskin dan terkenal dgn masalah sosial di negara kita.


Pernah lihat klip video dan terbaca kisah Ustaz mereka menunjukkan isyarat lucah di masjid, berita fitnah sana sini hingga berpuluh saman mereka tewas, menuduh org liwat sdgkan Ustaz mereka dibicarakan kerana kes liwat, berkahwin secara online dan bercerai secara online…? 


Adakah itu akhlak Islam? Kita kena faham Islam itu sempurna tetapi umat Islam itu tidak sempurna utk kita menjadi taksub dgn mereka. Jgn hanya dgn slogan ‘ Islam adalah jawapan’ masalah ekonomi, air, kebersihan, peluang pekerjaan akn selesai.


Jgn salah faham saya kritik maksud ‘Islam adalah jawapan’…bukan saya memperlekehkan Islam ataupun mengatakan Islam mempunyai kecacatan dan tidak sempurna. Yg ingin saya sampaikan pentingnya kita menyusun semula pemahaman kita tentang apa itu Islam. 


Ini penting kerana ada byk persoalan dan masalah di dlm masyarakat yg memerlukan jalan penyelesaian bukan hanya dgn slogan retorik yg tidak membantu.

Slogan bukan ayat jampi atau tongkat sakti yg boleh mengubah sesuatu begitu sahaja seperti ahli silap mata.


Ia mesti dilaksanakan … ini anak2 derita di kolej tidak berair, mereka pula bergembira dpt bonus. Anak2 kampung derita mandi air keroh, mereka di kontor duduk dlm bilik berhawa dingin, tidak cukup dgn itu beli kereta Mercedes dgn duit rakyat… slogan yg mereka laungkan tidak diterjemahkan dgn cara atau akhlak kehidupan . 


Ini bukan ajaran Islam. Umar Abdul Aziz memerintah selama dua tahun setengah, iaitu 30 bulan.Dia tidak meninggal dunia kecuali selepas membuatkan rakyatnya kaya dgn harta yg melimpah limpah.


Saat itu tidak ditemukan lagi org yg berhak menerima zakat. Umar Abdul Aziz telah membuat seluruh rakyatnya menjadi kaya. Zaman skg bagi 33 bulan apa dia buat… rakyat mandi air telaga dia naik kereta Mercedes. Rakyat tgh susah dia sibuk nak jatuhkan kerajaan.



TERKINI: SABAH PINJAM SOFT LOAN UNTUK EMPANGAN...KELANTAN 8 BILLION..WOW....HANGPA BALIK KUTUK KERAJAAN MADANI...PM KATA PERMINTAAN TU TERLALU BESAR..


 

GAGALIS- 8 BILLION UNTUK RAKYAT TERBANYAK. BUKAN KELANTAN SAHAJA. 30 TAHUN TAK PANDAI TADBIR NEGERI. PEMBOHONG SAJA PANDAI.




RMS

Cadangan aku, bagi pihak pelaksanaan serahkan pada Kjaan Pusat, Kjaan Negeri sebagai memantau pelaksanaan projek.


*Konvoi MB Kelantam mengadap YAB PM DS Anwar Ibrahim menuntut RM8 billion selesaikan isu air diKelantam.





KERJA SIAPA PERTAHAN PM - JKOM, UNIT MEDIA PMO ATAU KEMENTERIAN KOMUNIKASI?



Sejak akhir-akhir ini, hampir tidak ada hari yang berlalu tanpa Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri tidak dihentam, tidak diserang dan tidak dibalun dalam pelbagai platform media sosial.


Isu-isu semasa yang dijadikan modal menghentamnya datang silih berganti sepertimana bertukarnya siang dengan malam dan ia berlaku boleh dikata tanpa rehat sejak enam bulan yang lalu.


Ada saja isu ditimbulkan untuk menjadikannya sebagai sasaran dan kadang-kadang oleh kerana tiada benda baru untuk menghentamnya, maka video-video lama beliau diulang siar semula, dicantum dengan ucapan semasa untuk memperlihatkan seolah-olah Anwar mempunyai dua wajah yang berbeza – dulu cakap lain tapi kini buat lain bila sudah beroleh kuasa.


Kalau mahu dihitung, terlalu banyak sebenarnya isu yang dijaja dan diguna untuk menyerang beliau sejak tertubuhnya kerajaan perpaduan ini.


Dalam semua isu yang menjadikan Perdana Menteri sebagai sasaran itu, boleh dikata 80 peratus daripadanya terus bergentayangan sebagai modal perbualan ramai dan meresap menjadi makanan fikiran rakyat, tanpa ada penafian, serangan balas, jawapan serta penjelasan yang meyakinkan.


Kerap kali pula, setelah beberapa hari berlalu, akhirnya Anwar sendiri yang terpaksa tampil membela dirinya atas segala serangan itu, persis dirinya seorang kena tuduh di mahkamah yang tidak mampu membayar yuran peguam bagi membela dirinya.


Soalnya, di mana segala macam jentera di sekeliling Anwar yang sepatutnya menjadi perisai utama kepadanya?


Meskipun banyak pihak lain yang turut berperanan membela dan mempertahankan Perdana Menteri seperti pemimpin parti dan para menteri, tetapi tumpuan khusus dalam hal ini tentunya ialah Jkom, unit media PMO serta Kementerian Komunikasi dan Digital yang diketuai menterinya, Fahmi Fadzil.


Di mana Jkom?


Di mana unit media PMO?


Dan di mana Fahmi yang mengetuai Kementerian Komunikasi dan Digital yang khabarnya sejak Ramadan dulu lagi telah mengumpulkan ratusan laskar maya untuk menunjukkan kekuatan menangkis serangan di pelbagai platform media sosial, selain atas kapasitinya sebagai menteri juga seharusnya mampu menangani isu-isu yang dikaitkan dengan Anwar melalui saluran media cetak dan elektronik?


Kenapa sejak kebelakangan ini, semakin Anwar dihentam dan dibalun, semakin sunyi sepi dan seolah-olah tidak berperanan semua jentera di atas itu?


Kesian Perdana Menteri kita ini, sudahlah bekerja siang malam tanpa kecukupan tidur, kemudian tidak pula dibela bila kena hentam dan balun di sini sana.


Peranan Jkom mula menjadi bualan ramai sebaik saja Prof Dr Agus Yusof, bekas pensyarah UKM dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu yang ketika era BN dulu dikenali sebagai Jasa.


Pada mulanya, harapan tinggi diletakkan kepada Dr Agus, mungkin atas faktor popularitinya, agar beliau mampu menjadikan Jkom sebagai benteng yang berwibawa untuk membela, mempertahan dan menangkis serangan terhadap Anwar, selain jabatan itu turut berperanan memasar, menyebarluas serta memberi kefahaman mengenai dasar-dasar kerajaan, terutama konsep Malaysia Madani.


Tetapi, dengan peredaran masa, Jkom dilihat seperti hilang punca dan tidak mampu berperanan dengan sebaiknya dalam menjawab segala serangan itu sehingga ia menjadi kritikan yang bukan lagi rahsia, baik dalam PH atau mereka yang dekat dengan Anwar sendiri, lalu kemudiannya, seorang pemimpin PKR yang agak dikenali ramai, Ismail Yusof atau Tok Abah dibawa masuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah jabatan itu.


Membawa masuk Tok Abah, kunci utamanya adalah lantaran disedari bahawa jabatan itu harus ada seseorang di kalangan penerajunya yang faham sepak terajang politik, malah lebih berkesan jika pernah merasa “kena sepak dan terajang” dalam pengalaman bermain politik dan bukan seperti Dr Agus yang hanya biasa bergelumang dengan buku semata-mata.


Apalagi, ketika era BN di mana Jkom dikenali sebagai Jasa, dua peneraju terakhirnya – arwah Fuad Hassan dan Dr Puad Zarkashi – adalah tokoh politik UMNO yang memang dikenali ramai dan faham tentang dunia politik berparti yang sebenar.


Untuk itu membawa Tok Abah adalah dengan harapan ada perubahan dalam gerak kerja Jkom, tetapi tak dipastikan sama ada beliau sudah memulakan tugas secara rasmi atau kedudukannya masih tersangkut dek karenah birokrasi, yang pasti jabatan itu dan Dr Agus ketika ini dilihat semakin tiada peranan dalam membela serta mempertahankan Perdana Menteri, di sebalik satu demi satu isu terus muncul silih berganti hampir setiap hari.


Jkom sebaliknya kebelakangan ini hanya sibuk berkelana dari universiti ke universiti untuk mempromosi dan memberi kefahaman mengenai Malaysia Madani, tetapi dalam masa yang sama membiarkan Anwar seperti pahlawan tanpa tentera yang tidak dilindungi dan tidak diserang balas apabila ditembak musuh.


Memang memasar dan memberi kefahaman mengenai Malaysia Madani dan dasar-dasar kerajaan yang lain adalah penting, tetapi Jkom juga tidak boleh lari daripada peranan membela, mempertahan dan menangkis serangan terhadap Perdana Menteri.


Tidak guna Malaysia Madani misalnya dipromosi ke sana sini, tetapi di ketika yang sama, Anwar selaku Perdana Menteri dilihat lunyai dibelasah dan dibalun tanpa pembelaan.


Prinsip mudahnya ialah mempertahankan Perdana Menteri adalah juga mempertahankan kerajaan dan mempertahankan kerajaan tidak akan bermakna tanpa Perdana Menteri paling utama dipertahankan.


Apa pun, ramai mengharapkan Jkom dan Tok Abah yang baru dimasukkan segera berperanan dengan sebaiknya dan mula menetapkan fokus khusus beberapa keutamaan yang perlu dilakukan agar Anwar sekurang-kurangnya berasa ada “pasukan tentera” di belakangnya.


Unit Media dan Komunikasi Strategik PMO, kalau tidak kerana berita pengarahnya sebelum ini, Wan Nurzila Wan Abd Rahman dilaporkan meletakkan jawatan dengan notis 24 jam, tiada siapa tahu unit tersebut wujud dan ada ketuanya sejak Anwar menduduki Bangunan Perdana Putra.


Unit tersebut selama ini semacam tidak berperanan dalam menjawab pelbagai isu yang timbul berkaitan Perdana Menteri dan dengan kemasukan pengarah baru, Rozaid Abdul Rahman, pemain media yang berpengalaman luas dan tidak asing lagi, ia benar-benar mampu bukan saja menyebarkan kebaikan dan mempromosi aktiviti yang dilakukan Anwar, malah tangkas menjawab atau menangkis apa juga isu yang timbul.


Oleh kerana Rozaid baru kira-kira seminggu memulakan tugasnya, ruang secukupnya harus diberi kepada beliau sebelum kita mahu menilai prestasinya.


Kementerian Komunikasi dan Digital atau sebelumnya dikenali sebagai Kementerian Penerangan, memang peranan utamanya ialah sebagai benteng utama melindungi Perdana Menteri dan kerajaan dalam konteks promosi serta serangan media.


Melalui kuasa, ada saluran media elektronik dan agensi seperti SKMM dibawahnya, di samping tentunya menterinya perlu mempunyai hubungan baik dengan pelbagai saluran media, Fahmi yang mengetuai KKD mesti sentiasa proaktif dan cekap dalam peranannya.


Tak usahlah lagi berwatak kebudak-budakan dengan berbasikal di dalam pejabat dan memuatnaik video aksi seperti itu di media sosial.


Kalau dalam tentera, KKD ini umpama Rejimen Semboyan yang jika ia gagal berfungsi dengan cekap, maka akan kalah peranglah alamatnya seluruh pasukan.


Sesuai dengan media sosial sudah menjadi media arus perdana, bahkan alat penerima maklumat berada dalam genggaman hampir setiap orang, Fahmi mesti memastikan beliau mempunyai pasukan laskar maya yang cekap, mahir dan berkemampuan, bahkan sepatutnya sudah pun berperanan ketika ini.


Akhirnya, siapa di antara Jkom, unit media PMO dan KKD yang lebih penting dan utama dalam mempertahankan Perdana Menteri?


Sebelum kita mahu jawapannya, setelah enam bulan kerajaan perpaduan ini terbentuk, pernahkah ketiga-tiga entiti itu mengadakan mesyuarat bersama untuk menyelaras tugas dan mempererat kerjasama sesama mereka? – ShahbudinHusin 30/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



MAAF TPM. KAMI TAK TAHU BUAT KERJA ,WALAU KENA HENTAM BERJELA JELA. DAH 6 BULAN KENA TEGUR PUN DIAM LAGI.

 


Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama yang dicetuskan ahli politik seperti didedahkan menerusi kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).






Beliau turut menegaskan, kajian oleh CIJ itu turut menyatakan bagaimana isu agama dan perkauman sempit sengaja dibangkitkan bagi kepentingan politik dan ianya hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pengikut parti yang berbeza walaupun mereka merupakan penganut agama yang sama.


Sumber: Berita Harian


#KomunikasiKomuniti

#MalaysiaMADANI



NASIB ANWAR TERPAKSA MEMBELA DIRINYA SENDIRI. PAHLAWAN PKR TIADA SELAIN DIAM MEMBISU.



 SEKALI LAGI, ANWAR SENDIRI AKHIRNYA TERPAKSA TAMPIL MEMPERTAHANKAN DIRINYA 


Nampaknya, sekali lagi Perdana Menteri sendiri terpaksa tampil mempertahankan dirinya daripada serangan parti lawan yang mendakwa antara sebab kejatuhan nilai ringgit adalah kerana negara tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.

Kata Anwar Ibrahim, kejatuhan nilai mata wang ringgit malaysia bukan berpunca daripada negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang tidak bekerja sepenuh masa.


Sebaliknya, kata beliau, antara faktor penyebabnya ialah berkaitan dasar, terutamanya dasar Amerika Syarikat dan kekangan antarabangsa.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman sebelum ini berkaitan isu tersebut.


“Itu saya pun dengar…

“Masalahnya dasar. Masalah juga disebabkan kekangan antarabangsa.

“Jadi orang yang cadang itu…suruh dia baca laporan ekonomi antarabangsa…bukan laporan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Awam Malaysia Madani Dalur di Putrajaya pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok pada Rabu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60/dolar AS, dijangka boleh mencecah paras RM5.00/dolar AS jika tidak dikawal.

Isu kejatuhan nilai ringgit sudah beberapa hari menjadi mainan di media dengan Anwar paling dijadikan sasaran berkaitan dengannya.

Video ucapan lama beliau yang ketika menjadi Ketua Pembangkang mengkritik kenaikan nilai ringgit dengan menyalahkan kerajaan sudah banyak bertebaran di pelbagai platform media sosial.


Soalnya, di mana pihak-pihak lain dalam mempertahankan Anwar?


Selain Rafizi Ramli yang antara lain berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan dan menyebabkan beliau dikecam kerana dilihat bertentangan dengan pendiriannya ketika menjadi pembangkang dahulu, tiada menteri lain bersuara mempertahankan Perdana Menteri.


Kata Menteri Ekonomi itu, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.


“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya,” ujar beliau lagi.


Selain tiada menteri, di mana juga pelbagai jentera dan agensi yang sepatutnya menangkis serangan berkaitan kejatuhan ringgit ini?


Sebelum ini, dalam banyak isu yang timbul, jika kita teliti, sebahagian daripadanya juga tidak berjawwb selama berhari-haru sehingga akhirnya Anwar sendiri tampil menjawabnya.


Untuk berapa lama lagi terpaksa Anwar sendiri, di sebaliknya kesibukannya ke sana sini dengan pelbagai program, terpaksa tampil membela dan mempertahankan dirinya? – ShahbudinHusin 01/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



MAHATHIR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK HENTAM ANWAR. NAMUN....

 

Bila nak jadi kluster Mahkamah.. baru nak bersama semula... Eloklah bersama dalam penjara kelak! 🤣🤣🤣


#AtokCow 

#AbahCow



HADI AWANG POTONG STIM TENGAH JALAN. TUAN BRAHIM TUMPANG STIM.....KAH.KAH..KAH







Kah kah kah... Betul la mengigau. Rupanya yang dia sibuk pasal tawaran tu lepas PRU hari tu. 6 bulan dah berlalu, masih tak move on lagi. Kesian pulak aku tengok atok ni meracau.


Ada orang tanya, bila nak berhenti hina ulama PAS? Jawapan aku, bila ulama PAS tak lagi menunggang agama dan berhenti mengarut, dah tentu kami tak ada sebab nak kutuk lagi.


Masalahnya mereka yang walaun panggil ulama ni sudahlah banyak mengarut, menghasut perpecahan dan kuat sangat menghina orang. Jadi tak payahlah marah bila kena kutuk. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



REKOD BERGABUNG PAS DENGAN PARTI LAIN MEMANG BURUK


 

TAK SEMPAT NAK BERGEMBIRA.


 

SANUSI NAK ALIH ISU SAJA.


 

JOM TENGAHARI NI KITA MELAWAK DENGAN BANG MAT....LA DATO SRI...JANGAN MAIN MAIN.....


PILOT RUSSIA PUN AKUI. JOM KITA TEGOK DREBAR SUMKM 30 MALAYSIA.




 

SEKADAR MELAWAK. BANG MAT RAJIN MELAWAK.


LAPORAN POLIS KE ATAS SANUSI KERANA MEMPERTIKAI KUASA YDP AGONG DAN KERESAHAN RAKYAT P.PINANG. JOM WARGA PENANG. HANGPA MAU DOK BUAT REPORT KAT MUSIBAT NI....HARIA..HARIA..,.YARIBA...YARIBA...


 

JANGAN AMBIL KERJA TUHAN


 

BAGAIMANA JIKA RINGGIT TERUS JATUH ? TAMBAT RINGGIT ATAU BELI RINGGIT SEMULA. SEMUA ADA RISIKO


 

BILA MALAYSIA NAK BERUBAH.INDUSTRI MOTORHOME HARUS DI BERI GALAKKAN.

 

Nizam Awami





Pertama kali aku masuk kem di MALAYSIA setelah hampir 90 hari berada di bumi Malaya.. Selama ni aku OFF GRID sahaja.


Jeremoh dgn segerombolan campers dari Swiss dan Bundesrepublik Deutschland sebanyak 18 units. Mereka baru 10 bulan dlm perjalanan ke Asia Pacific.


Pelbagai soalan aku kena jawab apabila mereka melihat PELEKAT ICP dicermin van aku ..Mai kot mana..lalu celah mana...dah berapa lama.. Laluan depa lebih kurang sama dgn laluan aku. Mereka berkumpulan aku LONE RANGER...


Banyak persoalan yg dibicarakan. Banyak berkisar birokrasi di negara Malaysia. Malaysia tidak FRIENDLY PENGEMBARA BERKENDERAAN SENDIRI. Polisi zaman TOK NADHOQ masih diguna pakai. Perasaan curiga masih menebal .Perasaan takut dgn bayanngan polisi dan undang2 ciptaan sendiri menjadi satu JARINGAN yg menghalang pengembara dari luar. Kejujuran agensi2 terlibat menjadi satu MIMPI NGERI utk pelancung berkenderaan sendiri ke Malaysia . Pihak penguatkuasa gagal mengenal pasti antara pelancung dan barang dagangan. 


Mengambil kesempatan oleh agensi2 lantikan juga menjadikan industri pelancungan berkenderaan sendiri di Malaysia terbantut. Ramai pelancung betkenderaan sendiri "FED UP" .  Polisi yg ada sekarang lebih TERUK dari beberapa negara Afrika . Malah ada beberapa negara Afrika lebih mesra pelancung ..



HADI AWANG TAK ADA...GANTI TIMBALAN...

 


Malas nak kata ghapo.. tapi ada nampak hadi Awang..?? 

Meeting PN semalam..


RMs.



SONGSANG DALAM PENTADBIRAN PAS

 


Kenapa banyak sangat perkara songsang dalam pentadbiran Kelantan yang didedahkan? Kalau kita tanya walaun, mereka akan kata sebab nak PRN. Sebab Mahussin, ahli UMNO saja nak rosakkan imej pentadbiran ulama.


Tapi aku nak kita bandingkan. Kita tengok Selangor yang ditadbir oleh PH. Di Selangor ramai penyokong UMNO. Lebih ramai berbanding di Kelantan. PAS di Selangor juga tak sesolid PAS di Kelantan.


Sebelum Kerajaan Perpaduan tertubuh, PH dan BN memang bermusuh. Jadi ada saja usaha UMNO untuk burukkan pentadbiran Selangor. Itu normal. Cuma aku nak tanya, ada tak yang berjaya? Tak ada kan? Kenapa?


Sebab tak ada yang salah pun dalam pentadbiran PH di Selangor. Tapi berbeza dengan kerajaan PAS di Kelantan. Saban hari ada saja kebejatan yang didedahkan. Dan nampak jelas yang pemimpin PAS Kelantan menggelabah.


Kenapa? Sebab setiap pendedahan itu disertakan sekali dengan bukti dan fakta yang tak dapat nak disangkal oleh pemimpin sana. Oleh kerana mereka tak mampu nak bela diri, jadi mereka buat serangan peribadi kepada yang mendedahkan.


Kalaulah pentadbiran PAS bersih di Kelantan, tak perlu pun nak serang Mahussin secara peribadi. Semua serangan boleh dikilas dengan fakta. Maka ternyata setiap pendedahan oleh Mahussin adalah benar dan ada asas.


Ini yang walaun dan para non-partisan perlu lihat. Sebuah negeri yang miskin dan ketinggalan seperti Kelantan pun boleh dijadikan sumber kekayaan mereka. Apa lagi kalau negeri maju seperti Penang dan Selangor. 


Menjelang PRN nanti, bukan setakat perlu pertahan Selangor, Penang dan Negeri Sembilan, tapi juga merdekakan Kelantan, Kedah serta Terengganu dari cengkaman PAS. Jangan biarkan negeri-negeri ini terus rosak di bawah pimpinan orang tamak. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



DAH ...JANGAN DENGAN LAGI PEMBOHONGAN HADI.

 




Dah agak dah mesti dalam membela penipuan Hadi akan ada yang kaitkan dengan Lim Kit Siang.


Memang Lim Kit Siang ada buat kenyataan pelawa PAS sertai Kerajaan Perpaduan tapi kenyataan itu seingat aku secara terbuka. Tak dengar pula Lim Kit Siang hubungi Hadi.


Sedang dalam video yang disiarkan di Malaysiakini, Hadi jelas menyebutkan ada beberapa orang yang menghubunginya. Tak timbul soal wartawan putar kenyataan pun.


Boleh tonton di sini: https://shorturl.at/aevAM.


Kalau betul pun Lim Kit Siang ada hubungi Hadi, tak payahlah nak sembunyikan nama. Sebut je. Sebab kenyataan Kit Siang tu terbuka. Ini siap cakap ada beberapa orang pulak tu.


Lain kali, nak bela Hadi pun, buatlah homework dulu. Semak fakta. Jangan terus keluar kenyataan. Memalukan diri sendiri. Kalau awak tu jenis tak tahu malu pun, kesian la kat walaun terpaksa defend dua orang pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MAJUKAN NEGERI HANG. JANGAN TUMPANG TUI NEGERI ORANG


 

RUPANYA AHLI PAS TAK HORMAT PERLEMBAGAAN


 

TIADA SIAPA AJAK PAS SERTAI KERAJAAN PERPADUAN


 

JANGAN LAYAN SANUSI. JOM MAJUKAN DIRI KITA .


 

AKU SIARKAN SEMULA IDEA BROTHER NI TENTANG SANUSI. SETAKAT NI DIA TAK BERJAYA SATU APA PUN DI KEDAH. JADI SANUSI CUBA ALIHKAN ISU KEGAGALAN DIA.


 

ULASAN BERKAITAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA.


 

PEMBELIAN SENJATA MALAYSIA SEMASA LIMA23


 

ANWAR PILIHAN TERTINGGI SEBAGAI PM.






Sebuah kajiselidik mendapati DS Anwar mendapat sokongan paling tinggi di kalangan rakyat dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Endeavour-MGC terhadap 1,068 responden. 791 daripada responden adalah dari kaum Melayu.


46% responden semua kaum dan 32% responden Melayu mahu DS Anwar menjadi PM untuk tempoh sekarang berbanding hanya 17% responden semua kaum dan 25% responden Melayu yang mahukan Mahiaddin menjadi PM.


Begitu juga gabungan parti yang menjadi pilihan, PH mendahului dengan 39% responden pelbagai kaum memilih gabungan tersebut diikuti PN pada 18% dan BN 17%. PN kutuk BN rupanya tak hebat mana pun. Sama level je.


Cuma bagi responded Melayu, PN lebih menjadi pilihan dengan 26% diikuti BN (24%) dan PH (20%). Perbezaan yang tak besar mana dan gabungan PH dan BN mendapat sokongan hampir sekali ganda dari yang diperolehi PN.


Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi dapatan iaitu 30% responden Melayu menjadikan isu agama sebagai pertimbangan penting dalam memilih parti pemerintah. Maka tak sia-sialah PAS/PN tunggang agama demi pengaruh.


Baca berita penuh di https://shorturl.at/gmFY3.


Bagi aku dapatan ini menunjukkan yang usaha PMX DS Anwar dihargai oleh rakyat dan dalam 5 tahun, tak mustahil sokongan terhadap PN turun dengan lebih banyak. Mungkin itu sebabnya PAS sekarang menggelabah teruk.


Cuma PH kena berhati-hati dengan permainan isu agama. Perlu teliti dulu segala langkah yang mahu diambil agar tidak dimanipulasi oleh penunggang agama seperti isu Jill Ireland dan Coldplay. Mereka sentiasa tunggu PH tersilap langkah.


Apa pun, yang paling aku puas hati, PN yang asyik tertawakan BN, tak berbeza mana pun dari segi sokongan rakyat. Sebaliknya BN boleh dikira berada di atas PN sekarang kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan.


Jika trend ini berterusan, dalam tempoh 3 tahun, PN pasti akan tutup buku. Apalagi kalau Mahiaddin dan  klan penyakau dalam PN dijatuhi hukuman penjara. Nescaya PN hanya tinggal sejarah yang tak ingin diingati. Maka betullah kata orang. Di mana ada PAS, di situ ada kegagalan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


TERCAIDUK LAK RATU BADAK BILA KENA PEMIMPIN DIA.

 




Marah pulak pengampu Mahiaddin ni bila makcik ni berani sound Mahiaddin kluster mahkamah. Takkan nak terasa kot. Selama ni korang fitnah pemimpin parti lawan ok pulak.


Setidaknya makcik ni sebut perkara yang betul. Kan dah sah Mahiaddin jadi kluster mahkamah? Malah kes Mahiaddin jauh lebih besar dari kes Zahid. Kena terima kenyataan la.


Tapi setakat makhluk macam Ratu Naga ni makcik nak takut apa. Kalau XPM pun selamba dia sound, apa lagi pengampu picisan. Dia pun setakat hamun dalam FB je. Tak gempak lansung. Jauh taraf dari makcik ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


ANWAR PM PERTAMA HADIR KE PESTA KAAMATAN??JOM KITA BACA KISAHNYA.


Adrian Lim.


Jawapannya bukan.

Anwar bukan PM pertama meraikan Pesta Kaamatan.

Mahathir PM pertama meraikan Pesta Kaamatan pada tahun 1994.

Anwar PM kedua meraikan Pesta Kaamatan pada tahun 2023.


Tetapi apabila Huguon Siou (pemimpin agung) masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus Sabah mengumum Anwar sebagai “PM pertama meraikan Pesta Kaamatan” pada hari ini, mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat Sabah ialah betapa bencinya rakyat Sabah terhadap Mahathir.


Masyarakat Sabah secara umumnya membenci Mahathir atas dua sebab:

1. Krisis Perlembagaan tahun 1994

2. Masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI)


Sebelum tahun 1994, Sabah telah diperintah oleh parti-parti tempatan Sabah seperti PBS. PBS pada ketika itu lebih kurang macam GPS di Sarawak pada hari ini.


Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden PBS dan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu pula lebih kurang macam Abang Jo Pengerusi GPS dan Premier Sarawak pada hari ini.


Parti tempatan dan orang tempatan berkuasa mutlak dan menentukan hala tuju Sabah.


Dalam Pilihan Raya Sabah 1994 yang berlangsung pada Februari 1994, PBS telah berjaya mengalahkan BN pimpinan Mahathir.


Namun, percaturan politik telah segera diatur supaya wakil-wakil rakyat PBS melompat keluar.


Dua bulan selepas Pilihan Raya Sabah tahun 1994, pada Mac 1994, Pairin terpaksa meletak jawatan kerana kehilangan majoriti. Pairin hilang majoriti kerana katak-katak melompat keluar dari PBS ke BN pimpinan Mahathir.


Insiden tersebut lebih kurang macam Langkah Sheraton tahun 2020 lah di mana katak-katak telah mengkhianati mandat rakyat dan melompat keluar dari PH ke Bersatu/PN sehingga mengakibatkan kejatuhan PH.


Jadi Pairin dan Anwar ini mempunyai suatu persamaan, iaitu dikhianati dan menjadi mangsa kerakusan Mahathir.


Selepas PBS berjaya dijatuhkan pada bulan Mac 1994, dua bulan kemudian pada bulan Mei 1994, Mahathir pula ke Sabah untuk merai Pesta Kaamatan.


Bayangkan betapa hinanya rakyat Sabah dibuat oleh Mahathir. Selepas Sabah dikucar kacirkan oleh Mahathir, rakyat Sabah pula kene sambut dia sebagai VIP.


Sejak detik hitam tahun 1994 itu, lanskap politik Sabah telah berubah buat selama-lamanya.


Sabah kekal sebagai negeri termiskin tahun demi tahun, infrastruktur asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya kekal serba kekurangan, masalah pendatang tanpa izin (PTI) semakin hari semakin parah.


Kesannya dirasai sehingga hari ini.


Jadi, apabila Pairin, yakni pemimpin paling agung masyarakat Kadazan Dusun Murut mengumum bahawa Anwar ialah PM pertama meraikan Pesta Kaamatan, itu isyarat jelas betapa bencinya rakyat Sabah terhadap Mahathir sehingga tahap tidak mahu mengakui kewujudan Mahathir.


Rakyat Sabah mahu menganggap bahawa Mahathir ini manusia yang tidak pernah wujud. Segala sejarah tentang Mahathir lebih molek dipadam dan dianggap tidak pernah wujud.


Selain itu, pengumuman Pairin juga isyarat betapa besarnya harapan rakyat Sabah terhadap Anwar.


Kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir masih dirasai pada hari ini. Tetapi apa yang telah berlaku pun telah berlalu. Harapan besar rakyat Sabah diletak pada bahu Anwar, agar apa yang telah rosak boleh diperbaiki, apa yang kurang boleh ditambahbaik.


Sebab itu walaupun dari segi ketepatan fakta sejarah itu Anwar bukan PM pertama, tetapi dalam hati rakyat Sabah sekarang, Anwarlah PM pertama meraikan Pesta Kaamatan.



MEREKA TAHU MENTERI TAK PUNYA KUASA GAMAKNYA.....KAH..KAH.KAH

 

Jason Yew


Awesome TV BIADAB


Pertama kali dalam sejarah, 4 persatuan utama filem tempatan keluarkan kenyataan media serentak!




OWHHH MUDAHNYA HIDUP.. ANAK KAMI LULUSAN LEBIH BAIK JENUH NAK DAPAT KERJA.



Muklis Eddie.




 SPM PURE SCINCE 9A

 ASASI MEDIC

6 TAHUN.   

2 TAHUN SELEPAS TANAM ANGGUR SEKEJAP....TERUS KE ENGLAND  DAN BEKERJA DI SANA.


SPM 5A..3B+ C - ASASI LAW.

4+1 ...PEGUAM. TANAM ANGGUR 2 BULAN.

UNTUNG  AKU  TAK ADA JAWATAN   DALAM KERAJAAN NEGERI.

Anak tak duduk bawah ketiak mak ayah.





BUKTI DANA JUDI BUAT PN TERDUDUK


 

LAGU TEMA FILEM ANWAR


 

NAK PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMAK 33 TAHUN TANPA ADA APA APA KEMAJUAN


 

KERAJAAN KELANTAN KENA TIPU. INI KISAHNYA SYARIKAT YANG BELI TANAH BUAT UNTUNG