Ekonomi menjunam, Muhyiddin pening
Mengejutkan pagi ini, Indeks KLSE menjunam lebih 50 mata…antara kejauhan teresar dalam sehari dagangan..atau lebih 3 % setakat jam 11 pagi.. Kini indeks memecah paras halangan dibawah 1450 mata…
Minggu lepas selepas kejatuhan besar..masa aku monitor pergerakan Saham minggu lepas pun.. pergerakan menaik atau pantulan teknikal indeks KSE pun bukan atas faktor keyakinan pelabur..tetapi belian besar pelabur Institusi terhadap saham berwajaran berat atau saham berkaitan indeks…
seperti yang aku sebut minggu lepas.. ketika ramai yang bergembira dengan penurunan harga minyak..Aku cukup bimbang dengan kemelesetan ekonomi, kejatuhan komoditi minyak dalam ketika kita diancam fenomena C0VID-19.. dan hari ini KLSE telah menunjukkan reaksinya..
kebimbangan yang aku tulis minggu lepas,jelas berasas melihatkan reaksi pasaran hari ini.. malah Najib razak sendiri dalam statusnya mengakuinya, Tiba tiba dia menyalahkan PH atas sebab kebergantungan hasil negara kepada hasil minyak..
Kebimbangan ekonomi sekarang menakutkan bila harga minyak Dunia menjunam lebih 10% dalam 1 hari.. ditambah krisis politik dalam negara kita..letak lah orang sehebat KULI atau Mustafa Mohamad sebagai Menteri Kewangan pun..ia takkan membantu..
Apalagi Muhyidin bukan lah nama besar yang dikenal diperingkat antarabangsa dan menyakinkan Dunia sepertimana Tun dan Ds Anwar.. tak mungkin Jepun akan berani membantu kewangan kita sebagaimana faktor Tun yang membolehkan Jepun menerbitkan Hutang seperti Bon samurai.. Kita hanya mampu nanti diikat dengan hutang along China..
sudahlah kita diancam dengan kemelesetan Ekonomi..Wabak Covid dah Kejatuhan harga komoditi minyak.. kita sendiri berhadapan dengan krisis politik.. Kerajaan hari ini cukup rapuh dan tak mungkin diyakini masyarakat antarabangsa…
Mungkin nanti bila Malaysia akan mengikut jejak sejarah Mesir.. Menunggukan Watak seperti Nabi Yusuf yang menyelamatkan Ekonomi Mesir.. dan kita menunggu Tokoh sebenar bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia..