Minyak pernah turun RM1.90 era PH
Ipohmali
Semalam bila ku ceritakan fakta Ekonomi.. Ada Sahabat PAS UMNO tanya..Zaman PH, Mana pernah harga minyak turun walaupun harga minya Dunia turun.. Betul ker Fakta tu ?
Meh aku nak Habaq.. Zaman PH , ada pernah sekali harga minyak turun banyak dibawah USD 50 hujung disember 2018, Itu pun hanya seketika disebabkan laporan lebihan rezab minyak negara Opec…dan beberapa negara tak mahu potong bekalan pengeluaran minyak depa..
akibat dari penurunan itu, Pembangkang masa tu minta Kerajaan ikut pengiraan mingguan, sedangkan Kerajaan PH pada masa itu mengikut kiraan purata bulanan.. itupun disebabkan harga minyak Dunia pada ketika itu Tinggi dalam jajaran USD 70-80, purata subsidi Kerajaan 30 Sen setiap Liter..awal januari 2019..Kerajaan tukar kepada kiraan mingguan..
Masa tu pun harga minyak mendadak turun dari RM 2.20, Turun 27 Sen pada 5 januari 2019 kepada RM 1.93 sen.. dan turun lagi 1 sen kepada RM 1.92 sen minggu berikutnya.. Tang mana pulak Kerajaan PH tak pernah turunkan harga minyak… Bulan januari turun 27sen dalam rekod, harga ukuran Brent masa tu USD 53 pada 1 januari..
Mcm mana pun harga minyak dia ikut kiraan harga minyak Dunia, dan kerajaan PH menampung Subsidi bila harga minyak Dunia melambung.. Semalam saja Harga minyak Dunia jatuh pada harga semalaman hampir 10% kepada USD 45…
Agaknya depa ni masa bulan Januari 2019 dan febuari 2019 depa ni duduk dalam gua Kahfi kut.. Tu sebab depa lupa.. Sebab Bani Melayu mudah lupa.. Bani Melayu ni satu jer.. Apa PH buat sebelum ni semua tak kena.. Tu sebab depa lupa..