TANDING TIGA PENJURU, PAS PASTI KALAH DI KELANTAN

RCI FOREX: LAPORAN BERASASKAN SANGKAAN – TUN MAHATHIR

‘Hidup susah, mati pun susah, mau sembahyang pun susah….


Kontroversi yang meletus ekoran pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) akhirnya berjaya mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaannya tidak sampai 24 jam dikuatkuasakan.
Tindakan itu dibuat ekoran bantahan meluas orang ramai dan pengendali pakej Umrah negara ini yang berpandangan pengenaan beberapa jenis bayaran termasuk cukai GST melalui sistem tersebut amat tidak wajar.
Menurut Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, langkah ‘sumbang’ kerajaan tersebut jelas menunjukkan UMNO tidak prihatin terhadap bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat negara ini.
“GST sememangnya cukai yg membebankan rakyat dan UMNO yang meneraju BN sememangnya tidak membuat kajian yg mendalaman dan persedian yg cukup apabila ia nyata membebankan rakyat,” katanya kepada Roketkini.
Adun Mentakab itu berkata, sejak GST dilaksanakan pada 2015, barangan dan alatan sembahyang termasuk peralatan dan perkhidmatan pengurusan kematian telah pun dikenakan cukai tersebut.
“Bak kata apek dalam filem Madu 3; …hidup susah… mati lagi susah oooo. Sekarang, orang nak mengerjakan ibadah umrah pun UMNO nak kenakan GST,” katanya.
Dalam pengumumannya sebelum ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkata pelaksanaan IMAMS yang merupakan saluran rasmi visa umrah itu meliputi semua 65 agensi pelancongan berstatus muasassah untuk memantau sebarang kemungkinan penipuan pakej-pakej umrah.
Pelaksanaan sistem tersebut meliputi pengenaan bayaran sebanyak RM90.10 itu termasuk GST sebanyak RM5.10; insurans RM40.00 dan sistem yang digunakan IMAMS RM45.00.
Tengku Zul berkata, kesilapan besar yang dilakukan BN dengan pelaksanaan GST ini jelasnya adalah seolah-olah tidak mengambil berat terhadap kesan penyusutan keuntungan kepada golongan peniaga
“Akhirnya, sebilangan peniaga mengenakan bayaran yang lebih tinggi.
“Apabila ini berlaku, perniaga tidak harus di persalahkan 100 peratus memandangkan segala kesan dan risiko pelaksanaan GST perlulah di ambil kira kerajaan BN terlebih dahulu,” kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu lagi. 

Tengku Adnan jangan lari! Jawab persoalan jual tanah secara rahsia


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diminta supaya tidak berdolak dalik berhubung penjualan 45 bidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa tender terbuka seperti pendedahan media baru-baru ini.
Adnan juga dicabar supaya tidak lari dari membincangkan perkara sebenar dan bukannya berselindung di sebalik alasan ‘perumahan untuk golongan miskin bandar’ yang dilihat sengaja mengalihkan perhatian rakyat kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Menurutnya, Adnan sehingga kini gagal menjawab persoalan asal yang dibangkitkannya tentang proses penjualan tanah-tanah milik DBKL tersebut.
Kata Kok Wai, rakyat akan menanggung kerugian besar akibat penjualan tanah DBKL ‘secara rahsia’ tanpa tender terbuka lebih-lebih lagi dengan harga di bawah pasaran.
“Kalau tanah-tanah ini dijual secara tender terbuka, ada persaingan, sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada rakyat.
“Jika DBKL dapat menjana keuntungan yang besar melalui proses tender terbuka ini, ia boleh dikembalikan semula kepada rakyat misalnya mengecualikan cukai pintu dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Pengerusi DAP itu berkata, kementerian Adnan mahupun Kerajaan Persekutuan wajar mencontohi dasar penjualan tanah melalui tender terbuka seperti yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor.
“Melalui tender terbuka, bukan sahaja akan ada ketelusan tetapi juga boleh pastikan tanah-tanah yang bernilai boleh dijual dengan harga yang wajar – ini sekaligus memberi manfaat yang besar kepada rakyat,” katanya lagi.
Kontroversi penjualan tanah milik DBKL itu tercetus minggu lalu berdasarkan jawapan bertulis parlimen kepada Ahli Parlimen Cheras .
Merujuk kepada pendedahan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2016, wujud keraguan urusniaga dan penyiasatan dijalankan ke atas 13 dari 66 bidang tanah DBKL yang dijual bagi membina kediaman Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip).
Pada 12 Disember lalu, Kok Wai bersama Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong mengadakan satu pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz di ibu pejabat DBKL.
Tidak senang dengan pendedahan tersebut, Adnan kemudia mendakwa kononnya isu itu dibangkitkan untuk mengelirukan rakyat dan mencabar Kok Wai supaya membuat laporan kepada Pencegahan Rasuah Malaysia.
Cabaran itu disambut apabila Kok Wai pada 15 Disember 2017 berkata beliau akan membuat laporan tersebut kepada agensi berkenaan. 

SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN





Kuasa dan pengaruh media sosial memang tidak dapat dinafikan keberkesanannya, malah di beberapa negara yang berlaku perubahan kepimpinan sebelum ini, boleh dikatakan media barulah penyumbang utamanya.

Media baru  dengan hampir semua orang mampu memiliki telefon pintar di tangan masing-masing kini sudah menjadi media arus perdana di kalangan rakyat, manakala akhbar dan televisyen telah turun pangkat menjadi media hiliran yang tidak lagi sekuat dulu cengkamannya.

Dalam waktu terdekat ini, dua peristiwa  bagaimana media baru mampu merubah keadaan yang tidak menyenangkan dan membebankan,  dilihat bagaikan petunjuk nyata bahawa kuasa itu harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dalam mencapai tujuan yang lebih besar.

Bagaimana sistem IMAMS dibatalkan hanya sehari selepas diumumkan penguatkuasaannya dan kes Cikgu Azizan ditarik balik kesnya serta-merta oleh Pejabat Peguam Negara membuktikan solidariti rakyat yang dimanfaatkan melalui media sosial sebenarnya mampu menjadi kuasa yang berkesan ke arah perubahan.

Penolakan majoriti rakyat terhadap sistem IMAMS bukan saja membuatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan "angkat tangan"  lalu membatalkannya, malah Biro IT UMNO dan segala jentera media sosial berbayar tajaan UMNO dan kerajaan jadi terkapai-kapai dan tidak mampu melawan kuatnya arus penolakan itu.

Begitu juga dalam kes Cikgu Azizan di mana Pejabat Peguam Negara sebelum ini mendapati ada kes untuk mendakwa guru tersebut ke mahkamah, tetapi solidariti para pendidik yang digerakkan melalui media sosial di mana ratusan guru sanggup berhimpun dan memberikan sokongan moral, ia akhirnya memaksa kes itu digugurkan di saat-saat akhir.

Semua itu memberi petunjuk bahawa solidariti rakyat yang digerakkan secara sistematik melalui media sosial mampu membangkitkan kesedaran dan menggerakkan kekuatan untuk menolak sesuatu keadaan yang dirasakan tidak betul dan perlu dilawan.

Kes IMAMS dan Cikgu Azizan sebetulnya hanyalah kes sederhana yang tidak pun melibatkan seluruh rakyat jika dibandingkan dengan sederetan isu lain yang lebih besar dan menyusahkan seperti 1MDB, GST, berleluasanya rasuah sama ada berselindung atau nyata, skandal di merata-rata serta pelbagai lagi yang menghantui kita setiap hari.

Tetapi disebabkan sekelompok rakyat bersatu hati menolaknya dan menggunakan kelebihan media sosial, perjuangan itu akhirnya mencapai kejayaan.

Maka, jika rakyat terus bersolidariti, kekal istiqamah menuntut perubahan kerajaan dan menggunakan media sosial sebagai kuasa baru yang cepat serta berkesan bagi mencapai tujuan itu, kejayaan juga pasti dalam genggaman.

Tambahan lagi perubahan yang mahu dijulang dalam PRU 14 nanti lebih terbukti mampu menyelesaikan banyak kekalutan dalam negara yang wujud sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009 dulu.

Najib adalah beban utama rakyat Malaysia dan oleh kerana beliau dlindungi oleh UMNO dan BN, sewajibnya perubahan juga mesti dilakukan secara total dan menyeluruh.

Marilah kita menjadikan kes IMAMS dan Cikgu Azizan sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih besar dan sebenar-benarnya untuk negara ini dalam PRU 14 akan datang. (ShahbudinHusin 20/12/2017)