NASIB BAIK KAU DIBELA NETIZEN...KALAU TIDAK KAU DIFROZEN

 

KPM jawab dakwaan cikgu Fadli, surat bukan bermakna hukuman dijatuhkan




Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Dakwaan seorang cikgu, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang kononnya sudah dijatuhi hukuman disangkal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali memberi penjelasan berhubung penularan surat yang dibuat seorang cikgu sekolah rendah yang disalahtafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, tetapi sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan representasi berhubung aduan yang diterima terhadapnya.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan Cikgu Mohd Fadli bin Mohamed Salleh.

“Untuk makluman, surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah suatu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di hantaran Facebook KPM hari ini.

Menurut Pkharuddin lagi, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada Isnin ini bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

“Pihak Lembaga Tatatertib telah menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022. Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022,” jelasnya lagi.

Berhubung prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk dibawah peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, cikgu Fadli berkongsi surat daripada KPM kepadanya, susulan beberapa isu yang dibangkitkan melalui media sosial.

“Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu?

“Saya bercakap tentang beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat, silibus syok sendiri, bilangan murid yang ramai dalam kelas.

“Subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik tidak mencukupi, dan adanya ‘little napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak,” katanya dalam hantaran panjang di Facebook, semalam.

 


APA PEMBAHRUAN DIA BUAT DALAM KEMENTERIAN ? YELLEK

 

Demi solidariti cikgu Fadli, warganet ‘hentam’ Radzi Jidin





Seorang guru berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat
 kerana mempersoalkan kewajaran silibus matematik yang didakwanya
 terlalu sukar dan ‘laju’ bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh
 hingga 12 tahun.

PETALING JAYA: Akaun Facebook Radzi Jidin dibanjiri komen warganet selepas menteri kanan pendidikan itu menyatakan hasrat berjumpa seorang guru matematik yang berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat, Mohd Fadli Salleh.

Dalam masa sejam hantaran Facebook dibuat Radzi menyaksikan lebih 2,000 komen dan majoritinya mengandungi sindiran dan kecaman.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” tulisnya.

Fadli sebelum ini lantang menegur silibus mata pelajaran matematik sekolah rendah yang dakwanya “terlalu tinggi” dan menekan murid.

Natijahnya, guru itu diberikan surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang ditandatangani pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan.

Semakan FMT mendapati Fadli sering membuat “penandaan” kepada Radzi dan KPM dalam banyak hantaran di Facebook miliknya, namun sekali pun tidak bersahut.

Rata-rata warganet berpendapat tindakan Radzi mahu menyantuni Fadli hanya disebabkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah tidak melepaskan peluang meminta Radzi mengkaji semula silibus yang dakwa mereka “terlalu mengarut”.

Ada juga yang mahukan Pensyarah Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Othman Talib, turut dipanggil menyertai perjumpaan itu.

Othman juga antara pendidik yang sering menegur dan kerap kali menawarkan khidmat untuk sama berbincang soal sistem pendidikan dalam setiap hantaran Facebook miliknya.

Pada 28 Feb lalu, FMT pernah melaporkan Othman mempersoalkan kewajaran topik insurans dan takaful dimasukkan ke dalam mata pelajaran matematik Tahun 6.

Ada juga yang berkata, Fadli adalah mewakili guru yang merupakan penjawat awam.

Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.

Katanya, silibus yang “dibanggakan” pihak tertentu tidak disokong dengan fasiliti dan kemudahan secukupnya di sekolah, termasuk capaian internet dan khidmat guru pembantu.

Fadli berkata, semakin ramai guru matematik mengeluh tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengajar dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar.

Malah, katanya ada guru yang tidak sempat menghabiskan silibus tahunan dan akhirnya ia menjejaskan anak murid.

Fadli berkali-kali cuba membuat aduan menerusi saluran disediakan KPM malah pernah bersoal jawab dengan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak berhubung isu silibus tinggi itu, namun tidak mendatangkan hasil.

Sehinggalah Fadli memuat naik hantaran demi hantaran mempersoal silibus matematik sekolah rendah terlalu tinggi di Facebook dan akhirnya mendapat surat tindakan tatatertib oleh KPM.

Fadli turut memaklumkan, beliau sudah mendapatkan khidmat peguam untuk membantunya menegakkan keadilan sekiranya khidmatnya sebagai guru ditamatkan atau diturunkan pangkat.

MEMALUKAN BAPA PEMFITNAH! LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH LEBAI PAS!


Oct 16, 2022 LAPORAN POLIS terhadap Presiden PAS yang menfitnah Pakatan Harapan Puak Anti Islam LGBT, KOMUNIS PEMBERI PENERIMA RASUAH!! SANAGAT MEMALUKAN ADA PRESIDEN LEBAI SEBAGINI!!


ZAHID GALI LUBANG KEKALAHAN UNTUK UMNO


RAZMI IA




 

KERJA PENTING SELEPAS PENGGUMUMAN CALON




Minggu pertama selepas pengumuman pembubaran Parlimen dibuat.

Saya tumpukan 80% masa dan tenaga saya menyiapkan perancangan masuk pilihanraya termasuk keputusan-keputusan penting:

1) proses saringan calon dan penentuan calon

2) penjenamaan dan bahan kempen

3) menyusun jadual penuh kempen di seluruh negara

Alhamdulillah semuanya berjalan baik.

Buat pertama kali, tapisan calon berlaku melalui proses yang melibatkan semua Naib-Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita. Saya berharap ini menjadi titik mula memastikan semua individu ada hak untuk mencalonkan diri mereka tanpa perlu bimbang kena baik dengan pimpinan tertentu.

Proses berjalan baik dan Insya Allah KEADILAN akan mengumumkan semua calon dalam satu ceramah besar beberapa hari selepas SPR bermesyuarat pada 20 Oktober ini.

Saya tetap turun berkempen di kerusi-kerusi walaupun jadual 20 jam sehari menyiapkan persiapan di belakang tabir.

Malam ini saya di Sekijang/Segamat - salah satu kerusi swing yang paling susah dibaca di seluruh Malaysia.

Dalam kepenatan rutin sebegini, hati terhibur dengan beberapa perkara biasa yang saya lalui setiap hari.

Selepas ceramah di Batu, ada seorang yang hadir datang bagi Teh Jahat Phadu Piaw Description: 🤣

Menang jahat betul la teh tarik ni.

Ada pula seorang yang nak bagi nasihat penting. Saya pun dengar.

Sejak minggu lalu, pejabat saya ada seekor burung merpati yang sesat dan sudah jadi penghuni di rooftop kami.

Ada yang datang ceramah bisik kepada saya: hati-hati, itu mungkin sihir Description: 🤣

Ada yang lagi nakal: hati-hati, itu mungkin merpati dari Kajang Description: 🤣

Macam-macam gelagat.

Saya doakan semua rakyat Malaysia terbuka hati buat yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Masih belum cukup laju pecutan setakat ini.

Kita pecut lagi laju bermula minggu ini.

 

PAS vs UMNO, Dulu dan Sekarang



BOB KELANANG


PAS vs UMNO, Dulu dan Sekarang

Kelakar pun ade dengan perangai PAS ni... kejap itu kejap ini pusingnya... kita tahu la otak Abdul Hadi Awang tu macam mana... otak dia pusing mengalahkan murai mabuk.... mulut pulak lebih laju dari otak... itu yang jahanam PAS di bawah kendalian dia...


Macam dalam gambar (1) komik kat ATAS  ini la... hahaha... ini masa sebelum PAS dan UMNO nak gabung jadi Muafakat Nasional...

Hahaha...

Yang menariknya... gambar (2) di bawah ni adalah lain pulak...

Manakala penyudahnya... UMNO panggil bertemu... ajak bincang dan makan-makan... dan cuba luorang peratikan gambar (3) di bawah ni... nampak sangat Ahmad Zahid Hamidi buat 'derk' jer pandang semacam kepada Abdul Hadi Awang yang sedang memberikan penjelasan lanjut...


Hahaha...

'Body Language' pun nampak yang Ahmad Zahid Hamidi xpercaya sebijik sebutir apa yang Abdul Hadi Awang terangkan...

Hahaha...


KESIAN MENTERI INI- DAH JADI ISU BARU KALUT NAK JUMPA- DEKAT NAK PILIHANRAYA KOT...


LUKISAN SATIRA : FAHMI REZA









Menteri kayu. Dah jadi isu nasional dan dan dekat PRU, baru nak ambil tahu. Tak layak sikit pun jadi menteri. Jadi guard sekolah pun tak layak. Jumpa pun belum tentu selesaikan sebarang isu. Sekadar nak jadikan gimik politik je.

Kayu macam ni kalau ada dalam kerajaan memang akan merugikan rakyat. Apa lagi kalau dia pegang jawatan sepenting Menteri Pendidikan.

Dia ni kayu. Tapi lebih kayu orang yang lantik dia jadi menteri. Masa PN dulu pun dah reban habis, boleh Isnail lantik dia semula bila UMNO perintah.

Pokoknya seluruh parti BN dan PN tak memberi sebarang faedah kepada rakyat. Malah lebih banyak keburukan yang mereka bawa. Sebab itu kena jauhi.

Dan sebenarnya bukan masa depan anak-anak kita ke yang tergadai, tapi masa depan kita juga. Kerana BN dan PN cuma pentingkan diri. Guane boh?

Raja Gelap

 

KAH..KAH...KAH- DAH KENA SEKAT DI TWITTER- SEBIJI CAM BOSS DIA NAJIB- ADA YANG KATA DIA SMART.....


 

Nak minta dana awam untuk fundraising tapi guna akaun bank peribadi. Perangai ikut boss dia Najib Razak . Ingatkan cerdik sangat dia ni. Kan dah kena suspend dari witter

MMMMMM......YES....YES.....

ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
 

Umno Memerintah 60 Tahun Malaysia, Mana Ada Fikir Bab Islam - Nik Amar


DENGAR DAN CUBA FAHAM DAN KAJI.

1. SEJAUH MANA NEGERI KELANTAN BOLEH DIJADIKAN CONTOH

2. SAJAUH MANA PIMPINAN PAS KELANTAN TAK MAKAN RASUAH

3. CUBA SALAHKAN UMNO TETAPI LEPAS PILIHANRAYA AKAN BERSATU.

4. HIDUP DI DUNIA SEMENTARA, TAPI BAB MERCEDES SAPU JUGA




Dengar semua: jangan terperangkap dengan taktik Pas. Mereka sekarang pura2 benci Umno masa kempen PRU. Tujuannya ialah supaya orang tak menyalahkan mereka kerana tak laksanakan hukum Islam masa berkuasa. Sebaliknya Umno akan dipersalah. Lepas PRU mereka berbaik semula




DIA MANA MAU LAPOR POLIS...CAKAP GITU JA..PARTI DIA DAN DIA PUN BLOM SAMPAI MASA DISIASAT.....KALAU SIASAT 90JOTE TAK LEPAS KOT..





'BN terima rasuah, PH ada komunis': MP gesa Hadi lapor polis

Diterbitkan:  Oct 16, 2022 12:11 PM


Penyandang ahli parlimen Kepong Lim Lip Eng mencabar Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaannya bahawa dalam BN ada penerima rasuah manakala PH pula ada pihak yang berfahaman komunis dan menolak raja.


Jika tidak, kata Lim, Abdul Hadi perlu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat itu.


"Jika benar ada puak komunis dan yang menolak raja di dalam PH, maka saya cabar Hadi membuat laporan polis dalam masa 48 jam kerana ini melibatkan satu kesalahan yang amat serius dan perbuatan derhaka yang khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.


"Jika Hadi gagal buat laporan polis tersebut, bermakna dia telah berbohong dalam ceramah yang dibuatnya, dan dia sepatutnya meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Lim menyifatkan kenyataan itu sebagai membimbangkan dan dibuat tanpa disertakan asas dan bukti.


Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam kuliah mingguannya di Marang, Terengganu pada14 Oktober lalu, ketika menjelaskan mengapa PAS memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN).


Dia berkata sebab PAS menolak PH pula kerana gabungan itu menyokong LGBT, dianggotai golongan komunis, pihak yang menolak raja dan juga mengkhianat orang Islam.


Berkenaan BN pula, Abdul Hadi berkata: “Kita (PAS) tak bersama dengan BN kerana ada keruh.... keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus pula nak perintah lagi. (Padahal) kita baru tolong bantu jatuhkan PH.”


Lim berkata Hadi tidak membuat dakwaan terhadap BN itu ketika PAS bersama-sama gabungan itu dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan kemudian Ismail Sabri Yaakob.


"Selepas menunggang Umno, kuda ini pula ditendang sekuat-kuatnya. Adakah ini satu cara kelakuan pemimpin PAS?" soalnya.


Dia juga menggesa polis dan SPRM mengambil keterangan Hadi kerana kemungkinan besar dia "memiliki maklumat tentang kesalahan rasuah" melibatkan BN seperti yang didakwanya.



Stabil mudah merompak, makmur sedap menyamun



Faisal Tehrani

Dikemas kini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 9:00AM · 


SEBENARNYA saya tidak tahu bangsa Melayu mana lagi yang boleh ditipu dan dibohongi dengan motto dan slogan basi Parti Korup Melayu ini lagi kali ini.


Ini selepas semua korupsi, penyelewengan dan kerja kotor mereka terdedah oleh siri perbicaraan di mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia, siri penyiasatan oleh SPRM, dan siri pendedahan demi pendedahan jurnalis dalam dan luar negara.


Mereka tanpa segan silu ingin berbohong lagi menggunakan siri motto seperti KeikhlasanDanKejujuran, KestabilanDanKemakmuran, dan BangkitKembali. Siri kesialan apakah ini?


Ada baiknya kita meninjau semua retorika ini dan menganalisis dengan akal benar kita.



Sebagai orang Melayu Islam kita tidak boleh tertipu banyak kali. Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya.


Pertama, “Keikhlasan Dan Kejujuran”. Saya tidak tahu bagaimana yang boleh dikatakan ikhlas dan jujur apabila Dewan Rakyat baru ini dibubar sebaik sahaja Bajet atau Belanjawan dibentangkan.


Ikhlaskah memberikan “gula-gula habuan” kemudian mengatakan tanpa malu, kalau mahu gula-gula maka undi kami.


Tahukah pak cik mak cik berapa ramaikah anak-anak mereka selaku penjawat awam di Kementerian Kewangan yang telah bersengkang mata bekerja untuk menyediakan bajet lumayan tabur duit tersebut?


Bajet ini dibentangkan dan kemudian diketepikan. Itu saja satu cara pembodohan.


Punyalah siri bodoh dan huru-hara, kita dipaksa ke peti undi walaupun masih ada satu tahun lagi hayat kerajaan ini. Mereka memberi alasan bermacam-macam. Seperti terlihat punyalah huru-hara dan tergesa-gesa pilihan raya ini, kita terpaksa berkejar melakukannya sebelum banjir datang melanda. Apa yang ikhlas dan jujurnya di sini?


Sebelum ini pun ada beberapa Pilihan Raya Negeri dipaksakan oleh segelintir dari parti keparat ini seperti di Sabah, Melaka dan Johor semata-mata untuk memenuhkan tembolok mereka. Siri kesialan apakah ini? Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya.


Belum kering isu dan heboh penyamunan wang negara menerusi isu 1MDB yang membikin Malaysia malu di mata dunia. Kita terpaksa menghadap pula isu kapal LCS.


Tahukah mak bapak kalian di kampung yang pada 4 Ogos 2022, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satu pun kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus telah dibayar sebanyak RM6.083 bilion untuk menyiapkan lima kapal harus disiap dan diserahkan pada Ogos 2022.


Duit negara diseleweng 6 bilion, oiii pak cik mak cik.


Kalau duit getah sekerap pak cik mak cik hilang 60 ringgit dari poket pun tentu lekas perasan; inikan 6 bilion. Adakah ini ikhlas dan jujur? Atau sial?


Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya.


Maka itu sebab perlu ada Pilihan Raya Umum cepat-cepat untuk menutup bangkai gajah ini. Pak cik mak cik, PRU15 cepat-cepat ini adalah usaha untuk menutup bangkai kapal LCS dengan nyiru. Dapatkah bangkai 6 bilion ditutup?


Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya. Jadi di mana ikhlas dan jujurnya? Sebagai orang Melayu Islam kita tidak boleh tertipu banyak kali.


Keduanya, motto “Kestabilan Dan Kemakmuran”. Ini satu lagi bentuk penipuan yang nyata. Motto ini adalah jerit basi ketika PRU14 tahun 2018 dahulu yang kita rakyat telah pun tolak.


Pada 9 Mei 2018, Najib Razak dalam ucapannya “The Right Choice to Make Malaysia Greater” sudah menjejerkan gebangnya KestabilanDanKemakmuran ini. Konon sangatlah stabil dan makmur.


PRU14 bukannya berlaku zaman banjir Nabi Noh yang membuatkan kita terus lupa ingatan. Ketika era Najib Razak yang tak berapa tahun lampau kita berdepan dengan pendapatan yang tidak meningkat, kenaikan harga barang, korupsi (1MDB), GST dan hari ini masih berlaku yang sama selepas Muhyiddin Yassin, puak Ismail Sabri dengan bantuan PAS bekerjasama untuk mencuri mandat rakyat tahun 2018 itu. Masih sama malah makin teruk.


Jika dibandingkan pertukaran mata wang asing, Malaysia makin tercirit. Jika direnung pelaburan luar, Malaysia kian termenung.


Kalau kita tidak keluar dari sial ini, siapa lagi yang akan bawa kita keluar dari semua siri sial ini ya? “Kestabilan Dan Kemakmuran” apa sialnya? Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya. Jadi di mana ikhlas dan jujurnya?


Siapa yang hendak dibodohkan di sini, bandingkanlah harga kuih koci yang mak cik baham tiap hari Ahad di kedai janda yang pak cik kunjungi itu; dengan harga kuih koci yang mak cik telan hari minggu dari kedai janda sama (tapi waktu itu laki dia belum masuk jel dan mati di dalam) iaitu kira-kira empat tahun lepas.


Sebagai orang Melayu Islam kita tidak boleh tertipu banyak kali. Siapa yang stabil dan makmur, wahai mak cik? Jangan mudah-mudah kena tipulah.


Ketika 2018, masih ada 35% ke 40% peratus Melayu masih mengundi parti korupsi. Yang masih tak ikut cakap Nabi Muhammad agar menjauhi penipuan, penyelewengan dan juga kemunafikan.


Dalam siri perbicaraan segala jenayah telah dilondehkan. Mak cik pak cik jangan dibohongi di Facebook. Orang terpelajar macam anak-anak makcik dan pak cik membaca dan mengetahui apa yang diselongkar di mahkamah.


Ini satu lagi, motto lain ialah “Bangkit Kembali”. Kalau negara ini dibuatkan mati pucuk oleh Parti Korup Melayu ini bolehkah pak cik dan atuk sekalian rasa anu ekonomi kita bangkit kembali?


Anak cucu pakat segan habis bila ke luar negara digelakkan orang kerana korup dan kurap negara ini. Habis sekian rasuah dan korupsi negara kita dibincangkan orang. Beli kapal, kapal pun tak tiba. Malaysia dianggap tak bangkit dah.


Kita punya anu tak bangkit sebab apa? Hutang mak cik. Anu pak cik tak naik sebab hutang. Siapa punya kerja? Kadar hutang negara kini telah mencecah RM979.814 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Ini yang terkini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2021 dan merupakan peningkatan sebanyak RM100 bilion berbanding tahun sebelumnya.


Ini bermakna mak cik setiap 16 sen daripada RM1 hasil kerajaan terpaksa digunakan hanya untuk membayar faedah hutang. Nak naik macam mana?


Apa yang bangkit kembali mak cik? Beras tak ada, keras tak ada; takkan waras mak cik pak cik juga sudah hilang? Mengapakah nak pilih lagi yang jantan-jantan mati pucuk ini untuk mengepalai negara kita?


Nabi Muhammad saw melarang umatnya disialkan. Haram hukumnya. Kalau kita ingin bangkit kembali, yang perlu kita lakukan ialah dengan menebus kembali penipuan, pengkhianatan dan kemunafikan ahli politik mati pucuk, politikus mati pucuk dan lebai mati pucuk ini semua. Nyahkan mereka. Melayu jangan terus mati pucuk.


Saya tidak tahu bangsa Melayu mana lagi yang boleh ditipu dan dibohongi dengan motto dan slogan basi segelintir Umno ini lagi kali ini.


Ini selepas semua korupsi, penyelewengan dan kerja kotor mereka terdedah oleh siri perbicaraan di mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia, siri penyiasatan oleh SPRM, dan siri pendedahan demi pendedahan jurnalis dalam dan luar negara. – 16 Oktober, 2022.

KPM NI DI ZAMAN MANA ENTAH LA....KUNO SANGAT

 

‘Cikgu Fadli lantang zaman saya’, tiada tatatertib guru bersuara, kata Maszlee

Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik, berkata beliau tidak pernah mengambil tindakan kepada para guru yang lantang mengkritik dasar kementerian, malah sedia mendengar pandangan mereka. (Gambar Tiktok)

PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik berkata kementerian diterajuinya dahulu tidak pernah mengambil tindakan tatatertib membawa kepada ‘buang kerja atau turun pangkat’ terhadap kelantangan guru mengkritik dasar sebagaimana berlaku kepada guru matematik, Mohd Fadli Salleh.

Katanya, ‘Cikgu Fadli’ juga sebenarnya sudah lantang ketika eranya menjadi menteri pendidikan, selain ramai lagi guru yang bersuara demi kepentingan bidang pendidikan negara.

“Cuma saya ingin satu perkara kepada guru-guru di luar sana, di zaman kita bersama ketika saya di KPM kita tidak pernah mengambil tindakan demikian rupa kepada para guru yang bersuara, malah Cikgu Fadli pun lantang bersuara di zaman saya.

“Kita terlibat dengan mereka, jadi kawan, undang ke pejabat bukan beliau sahaja, malah ramai lagi yang lain kerana itu yang kita perlukan,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Katanya, sekiranya ada guru mengeluarkan pandangan, ia perlu didengar pembuat dasar dan kerajaan.

“Bila guru-guru mengeluarkan isi hati mereka dan juga isi hati para ibu bapa, kita sebagai pembuat dasar dan kerajaan perlu mendengarnya,” katanya.

Maszlee menjadi menteri pendidikan selama 20 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Beliau meletakkan jawatan pada 3 Januari 2020 dan mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Hari ini, FMT melaporkan Cikgu Fadli berdepan tindakan tatatertib termasuk risiko dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana kerap kali menegur silibus aras tinggi bagi subjek matematik sekolah rendah yang membebankan murid.

“Kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji-puja sahaja,” katanya.

Menurut Fadli, sebelum bertindak bersuara di media sosial, beliau terlebih dahulu menggunakan saluran disediakan KPM, namun tiada respon.

Tindakannya memuat naik gambar surat tatatertib di akaun Facebook miliknya menerima perhatian warganet sehingga mendapat reaksi Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.

Semakan FMT mendapati Fadli sering membuat “penandaan” kepada Radzi dan KPM dalam banyak hantaran di Facebook miliknya, namun sekali pun tidak bersahut.

KPM perlu rai kebebasan pandangan guru, gesa Amanah

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Kementerian Pendidikan perlu menerapkan kebebasan menerima
 pandangan kerana ia merupakan cerminan pembinaan sistem
 pendidikan mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu meraikan kebebasan mengeluarkan pandangan dan tidak mengambil tindakan terhadap guru, Mohd Fadli Salleh, sehingga sampai ke tahap dibuang kerja atau diturunkan pangkat susulan tegurannya, kata Amanah.

“Kami ingin mengingatkan KPM agar tidak menjadi institusi yang mengenepikan kebebasan dalam memberi pandangan dan pendapat dalam kalangan warga KPM.

“Kami menggesa supaya KPM tidak mengambil tindakan yang di luar daripada batas nilai manusiawi terhadap Fadli atas sikap keberanian dan keikhlasan beliau demi melihat sekolahku sejahtera dapat direalisasikan,” kata Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah, Hasan Bahrom.

Terdahulu, Fadli yang kerap menegur silibus aras tinggi bagi subjek matematik sekolah rendah, kini berdepan tindakan dibuang kerja atau turun pangkat.

Fadli guru matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam, yang antara lain menegur silibus subjek itu diajar dalam tempoh tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Hasan berkata, kebebasan menerima pandangan akan menjadi cerminan pembinaan sistem pendidikan mengambil kira kolektiviti dalam sesuatu urusan.

Katanya, ini bagi mewujudkan persekitaran pendidikan matang, progresif dan harmoni.

“Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah memandang serius perihal tindakan yang telah dilakukan oleh KPM atas cadangan hukuman terhadap Fadli berkaitan dengan pandangan yang jujur dan kritikal.

“Sewajarnya, KPM harus melihat pandangan dikemukakan itu sesuatu perkara yang perlu diambil peduli untuk difahami maksudnya,” katanya.

TUN MAHATHIR TIDAK LAGI RELEVAN, SIAPA YANG BERSAMANYA BERERTI MENEMPAH KEKALAHAN

 

Entah untuk kali yang ke berapa, semalam Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menyeru agar parti-parti pembangkang bersatu dan melupakan permusuhan lalu.

Kata beliau, parti-parti pembangkang akan tewas jika mereka tidak bekerjasama.

“Kita berpendapat kalau parti-parti lawan ini berpecah, kita akan kalah.

“Jadi kita kena fikir sama ada kita lupakan permusuhan antara kita seperti dalam PRU14 untuk kalahkan orang yang lebih buruk,” demikian hujahnya.

Dalam soal bekerjasama ini, jika diperhatikan hanya Tun Mahathir bagi pihak GTA dan Pejuang saja yang bersungguh-sungguh serta berkali-kali membuat saranan sedemikian.

Bagi pihak PH, mereka sudah pun membuat kenyataan tidak akan bekerjasama, baik dengan GTA atau pun PN.

Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN menyambut penegasan PH itu dengan membalas mereka juga tidak akan bekerjasama dengan PH.

Sebelum itu, PN juga telah memutuskan UMNO dan BN sebagai musuh mereka dalam PRU15 akan datang ini.

Bagi Pas, salah satu anggota PN, walaupun ada usaha menghidupkan semula MN, parti itu akhirnya memuktamadkan untuk kekal bersama PN dan menolak untuk bekerjasama UMNO.

Malah, jika sebelum ini Hadi Awang melabel UMNO sebagai “itik patah kaki”, kali ini beliau menggelar parti pimpinan Zahid Hamidi itu seumpana “durian mentah”.

Sebelum itu, Hadi juga menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PH.

Sementara UMNO dan BN, gabungan itu sudah sekian lama memutuskan untuk bergerak solo dan tidak mahu bekerjasama dengan sesiapa.

Maknanya, pihak yang sentiasa terbuka dan teringin sangat bekerjasama dengan pihak lain hanyalah Tun Mahathir dan GTA saja.

Sebab apa?

Sebabnya bukanlah kerana mereka begitu bimbang UMNO dan BN tidak dapat dikalahkan, tetapi kebimbangan yang lebih besar ialah tiada kerusi yang GTA mampu menangi.

Pelbagai penganalisa dan pemerhati politik telah meramalkan GTA bukan saja tidak mampu memberi cabaran dalam PRU15 akan datang ini, malah diramalkan Tun Mahathir sendiri bakal kecundang di kerusi Langkawi, melainkan jika ada kesepakatan dan bekerjasama dengan pembangkang lain.

Makna kata, kerjasama yang diinginkan oleh Tun Mahathir dan GTA lebih bertujuan untuk mereka menumpang kekuatan orang lain agar kemenangan menjadi lebih mungkin.

Begitu pun, penyatuan pembangkang tidak menjamin mereka benar-benar mampu mengalahkan UMNO dan BN jika di dalamnya masih ada Tun Mahathir.

Beliau kini adalah sokok politik paling dibenci dan penuh toksid berikutan sejarah mungkir janji, khianat dan gila kuasa tanpa had yang ada dalam dirinya, meskipun di kemuncak krisis peralihan kuasa dahulu, Anwar Ibrahim sudah sedia beralah dan memberi laluan kepadanya untuk terus menjadi Perdana Menteri selagi dia mahu.

Tetapi rancangannya untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan melupakan terus janji peralihan kuasa tidak pernah padam sehingga akhirnya bertindak solo meletakkan jawatan dengan tujuan sebenar untuk berkuasa dengan lebih lama.

Dengan itu, Tun Mahathir sebetulnya sudah tidak relevan lagi untuk apa juga percaturan politik semasa kerana tiada siapa mahu dipatuk ular dengan sengaja sebanyak dua kali.

Dalam keadaan sekarang, keberadaan bekas Perdana Menteri itu jika bersama blok pembangkang lebih mungkin menyebabkan ramai pengundi tidak keluar mengundi kerana benci, malah akan mendorong penyokong pembangkang sendiri memboikot peti undi.

Tiada siapa lagi mahu mempercayai dan menyokong beliau yang penuh toksid itu, walaupun baru-baru ini Tun Mahathir berkata, bellau adalah seorang yang baik.

Umpama dialog dalam filem Madu Tiga karya P. Ramlee – Baik? Baik ada makna tu!!

Dalam PRU15 akan datang ini, bersendirian sudah pasti akan membuatkan GTA serta Tun Mahathir kecundang dan kalau ada parti-parti pembangkang mahu bersama dengan beliau, mereka juga bakal kecundang sama.

Pilihan terbaik cuma satu, jauhi GTA dan biarkan beliau ditimpa kekalahan kerana ketiadaan Tun Mahathir di pentas politik selepas ini nanti adalah suatu kebaikan yang mampu menyuburkan politik sihat di negara ini.

Tiada lagi pengkhianatan, tiada lagi janji peralihan kuasa dan beliau pun tak perlu lagi mungkir janji.

Setidak-tidaknya laluan beliau lebih aman menuju dunia yang lagi satu yang kian hampir detik mendekatinya. – ShahbudinHusin 16/10/2022.


TAK PERLU UNDI BN, EKSPORT AYAM KE SINGAPURA TAK SELESAI