NASIB BAIK KAU DIBELA NETIZEN...KALAU TIDAK KAU DIFROZEN

 

KPM jawab dakwaan cikgu Fadli, surat bukan bermakna hukuman dijatuhkan




Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Dakwaan seorang cikgu, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang kononnya sudah dijatuhi hukuman disangkal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali memberi penjelasan berhubung penularan surat yang dibuat seorang cikgu sekolah rendah yang disalahtafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, tetapi sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan representasi berhubung aduan yang diterima terhadapnya.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan Cikgu Mohd Fadli bin Mohamed Salleh.

“Untuk makluman, surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah suatu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di hantaran Facebook KPM hari ini.

Menurut Pkharuddin lagi, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada Isnin ini bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

“Pihak Lembaga Tatatertib telah menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022. Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari Isnin, 17 Oktober 2022,” jelasnya lagi.

Berhubung prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk dibawah peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, cikgu Fadli berkongsi surat daripada KPM kepadanya, susulan beberapa isu yang dibangkitkan melalui media sosial.

“Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu?

“Saya bercakap tentang beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat, silibus syok sendiri, bilangan murid yang ramai dalam kelas.

“Subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik tidak mencukupi, dan adanya ‘little napoleon’ dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak,” katanya dalam hantaran panjang di Facebook, semalam.

 


No comments: