Tak perlu undi BN, eksport ayam ke Singapura tak selesai
Kerajaan Sementara BN – PN semakin meraba raba dalam polisi perdagangan luar apabila gagal memutuskan untuk menarik balik sekatan pengeksportan ayam ke Singapura biarpun bekalan dalam negara telah stabil.
Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, kegagalan menghentikan sekatan itu telah merugikan penternak yang selama ini menjana keuntungan dengan eksport ke Singapura, memandangkan harga jualan dalam negara yang dikawal dan tidak menjanjikan keuntungan sesuai.
“Salah satu contoh yang nyata adalah dasar kritikal sekatan pengeksportan ayam ke Singapura yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2022 masih kekal hingga ke hari ini, yang memberi kesan risiko kehilangan perdagangan ayam dengan Singapura yang mengimport 34 peratus daripada keperluan mereka dari Malaysia.
“Penternak ayam dan usahawan yang terlibat dalam rantai perdagangan pengeksportan ayam ke Singapura menerima impak teruk dan terus memberikan kesan kepada ekonomi negara.
“Tambahan lagi, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tuan Lawrence Wong mengesahkan Kerajaan Singapura telah mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber pengimportan makanan mereka khususnya ayam semasa Kunjungan Rasmi beliau ke Malaysia pada 7 Sep 2022.
“Hal ini bermakna, daya saingan pengeksportan ayam semakin menurun sementara menunggu keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeksportan semula ayam ke Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Ker Chean, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas tidak tegas dalam isu ekonomi dan merugikan negara. Polisi yang kabur seperti itu seharusnya menyedarkan rakyat ekonomi negara akan bertambah teruk andainya parti yang tidak faham ekonomi dibenar kembali memerintah.
“Dapat diringkaskan hayat pentadbiran Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pas adalah tidak harus sama sekali diselamatkan dan tidak boleh berulang lagi pada PRU-15
“Mereka terbukti gagal memulihkan ekonomi negara dan hanya “berjihad” menyelematkan hayat politik masing masing,” katanya lagi.