PIMPINAN PAS TAK BEROTAK. FITNAH TOK GURU DIULANG LAGI.

 


Hisham Fauzi


Tuduhan fitnah ini timbul lagi.





Fitnah bermula di akhir tahun 2012 apabila menjelang PRU 2013; seorang blogger di blognya; pisau.net menulis mendakwa Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz memberikan tanah 10,000 ekar kepada cina DAP kerana membalas jasa DAP memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Dato' Seri Nizar.


Tulisan ini tidak benar dan fitnah kerana tanah itu bukan diberikan kepada mereka akan tetapi mereka telah membeli hak pajakan tanah tersebut dari satu syarikat lain yg mendapat pajakan tanah itu. 


Syarikat yang mendapat pajakan asal itu sepatutnya mengusahakan tanah tersebut akan tetapi telah terbengkalai bertahun hingga pemimpin DAP berkenaan membelinya. Urusniaga adalah antara kedua syarikat itu dan diselesaikan dikalangan mereka.


Saya selaku penasihat undang-undang Pas Kelantan semasa itu diarahkan oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz untuk membawa kes fitnah ini ke mahkamah mewakili Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz dan menyaman pihak-pihak yg menulis dan menyiarkan tulisan itu.


Kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota  Bharu akhirnya selesai (Kes No. MT(2) 23-NCVC-3-03/2013) dimana penulis  dan penyiar menarik balik artikel itu dan sejumlah gantirugi telahpun dibayar kepada Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz.


Tapi yang sedihnya sehari dua ini saya masih mendengar orang bercakap hal ini; Cina DAP dapat tanah 10,000 ekar.


Ini semua fitnah dan Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz sudah meninggal dunia. Tak tahulah mereka yg masih dok bawa cerita ni nak minta maaf macamana dgn Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz.



ABAH DOK PERATI

 

Najib Bakar


Ah sudah. 


*AbahHang is watching




LAPANGAN TERBANG NEGARA LEKEH


Nazri Hamdan. 


 Saya 100 peratus setuju dengan statement Menteri Kewangan II pada 3 Julai mengenai lapangan terbang di Malaysia yang semakin ketinggalan dengan negara jiran. Keadaan ni akan makin teruk jika tak buat apa-apa. Ni saya ada tulis dan buat video pada 25 Jun yang lepas. Boleh cari dan baca.





KETUA AUDIT NEGARA DIBERI KUASA LEBIH LUAS.

 Akhirnya... 👏🇲🇾🔴🔵


Anwar Ibrahim stoic sufi centrist berjaya reform 62 akta audit , setelah 33 tahun era pensakauan bermaharajalela .


Haters PMX semakin meroyan 😇




Machang mencelah Gombak dalam parlimen macam sembang di kedai kopi.


Zamri Zainal Abidin. 


 Machang mencelah Gombak dalam parlimen macam sembang di kedai kopi.



"YB nampak macam berpengalaman luas dalam isu dadah ni..." kata Machang.


"Lain kali dengar dulu, saya terlibat dengan PEMADAM lebih 10 tahun... In syaa Allah keluarga tidak terlibat dengan dadah," balas Gombak dengan senyum simpul.


Kan udah terkena balik. Ubahlah gaya 'semberono' mencelah di dewan yang mulia itu. Tengoklah gaya Gombak berhujah, tidak baca teks pun. Bermakna dalam minda sudah padat dengan maklumat dan fakta tanda beliau menguasai ruang bicara. Dalam masa yang sama jangan lupa beliau adalah juga YAB Menteri Besar Selangor.


Perbahasan jadi lebih segar apabila Dato' Timbalan Speaker bertanya pula pandangan Gombak terhadap cadangan Kluang supaya ibu bapa dihukum atas ketagihan dadah anak-anak. Semoga gaya perbahasan ini diperhebatkan lagi di masa-masa hadapan.



PEMILIHAN BERSATU PUN KECOH. MACAMANA NAK PERINTAH...BOLEH LINGKUP KALAU SERAH SEMULA KE PN

 


Bersatu dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)



Calon pemilihan Bersatu kena bayar RM1,000 hingga RM100,000?

FMT Reporters-04 Jul 2024, 05:23 PM

Sumber berkata bayaran tidak akan dikembalikan itu dikatakan dikenakan untuk menampung kos pemilihan Bersatu Oktober ini.

Bersatu dijangka mengadakan pemilihannya Oktober ini selepas ditangguhkan sejak Mei tahun lalu untuk fokus PRN enam negeri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemimpin dan ahli Bersatu yang ingin menawarkan diri bertanding pemilihan parti Oktober ini perlu membayar antara RM1,000 hingga RM100,000 bergantung jawatan ditandingi.

Sumber berkata, perkara itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden pada mesyuarat malam tadi, mengejutkan ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk Presiden Muhyiddin Yassin.

Faizal atau Peja memaklumkan mereka yang ingin bertanding jawatan presiden dan timbalan perlu membayar RM100,000, RM50,000 bagi naib presiden, RM5,000 ahli MPT dan bayaran sehingga RM1,000 bagi pertandingan peringkat bahagian.

“Wang itu ‘hangus’, bukan deposit dan tidak dikembalikan kepada calon, ramai ahli MPT hairan mengapa tiba-tiba perkara itu diumumkan…presiden (Muhyiddin) pun kata beliau tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.

“Tetapi yang bersuara hanya dua orang, ada minta jumlah untuk tiga jawatan utama (presiden, timbalan dan naib) dikurangkan kerana terlalu tinggi. Seorang lagi bantah kerana bimbang ia menyekat ahli tidak mampu bayar untuk jawatan ketua serta ahli jawatankuasa bahagian,” katanya kepada FMT.

“Bila orang bantah Faizal minta MPT turunkan kuasa membuat keputusan kepada jawatankuasa pengurusan dipengerusikannya, alasannya juga bayaran itu untuk tampung kos pemilihan.”

Sumber itu berkata, ‘syarat’ baharu tersebut dibantah kerana hanya akan menguntungkan segelintir pemimpin dan boleh mewujudkan suasana tidak adil pada pemilihan.

“Pemimpin yang ada duit boleh pilih untuk menaja kumpulan tertentu di peringkat bahagian, kemudian mereka akan memilihnya bagi jawatan tertinggi di pusat…kalau beginilah boleh rosak parti.

“Harap pimpinan tertinggi termasuk presiden dapat hentikannya, elak keadaan lebih buruk,” katanya.

FMT sedang mendapatkan maklum balas Faizal mengenai perkara itu.

Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dijangka menjadi tumpuan pada pemilihan Bersatu Oktober ini selepas Muhyiddin disah mengekalkan kedudukannya.

Faizal, penyandang sejak 2020 dikatakan bakal dicabar Setiausaha Agung Hamzah Zainudin yang dijangka dibenarkan bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun sebelum ini tidak layak bertanding lima jawatan utama atau ‘top 5’ kerana belum cukup dua penggal sebagai MPT.

Bagi jawatan naib presiden Bersatu, sekurang-kurangnya 10 pemimpin berhasrat mengintai kerusi itu antaranya Ketua Penerangan Razali Idris, Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah.

Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dijangka bertanding mempertahankan jawatan naib presiden.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dijangka mencabar Rina Harun sebagai ketua Wanita manakala Adun Gombak Setia Hilman Idham dikatakan calon utama mengisi jawatan ketua sayap Pemuda, menggantikan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.



Sidang Media Saifuddin Nasution Bersama Calon Perpaduan PRK Sg Bakap Cik...

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap

PMX JEMPUT SHEIKHUL AZHAR KE MALAYSIA.


PEMIMPIN BIJAK ISU AIR SELESAI.



Islah. 


 Dalam sesi PMQT lepas, PMX Anwar Ibrahim menunjukkan kebijaksanaan beliau dengan memperkenalkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP). Siapa sangka masalah air 15 tahun selesai dan menjadi peluang pembangunan besar kepada negara.




Rasulullah SAW bersabda, "Pemimpin yang baik adalah yang mencintai rakyatnya dan rakyat mencintainya; dan yang mendoakan kebaikan bagi rakyatnya dan rakyat mendoakan kebaikan bagi mereka." (HR. Tirmidzi). Inilah ciri-ciri pemimpin yang kita perlukan, yang berusaha untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Dengan pemimpin yang bijaksana, kita yakin masa depan negara akan lebih cerah dan sejahtera.



ATAP RUMAH ORANG NAK TEBUK.

 

Wiaata Roh



ADUN BERSATU Sungai Tiang tempelak Annuar Musa kononnya ada 11 MP BN akan alih sokongan kepada PN. 🤭



Pergolakan PAS dan BERSATU blok Hamzah House of Daim semakin parah 🙂🙃


Atap rumah orang lebai nak tebuk ,

last last kapal sendiri yang bocor .


Koh koh koh 🥱



[terkini] YB RAFIZI RAMLI MEMANG GENIUS, PENDEDAHAN APA PMX AKAN BUAT YA...

Menteri Kewangan 2 Amir Hamzah jawab isu MAHB & GIP di Sesi Kamar Khas P...

MENTERI KEWANGAN SEKOLAHKAN MP BERSATU ASIK TUNGGANG ISU MAHB!

SENYUM ADA MAKNA KA..?

 

Najib Bakat


Hari ni PMX jumpa semua anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang dianggotai pelbagai parti, Pengerusinya Masjid Tanah dari PN.



Tengok semua dari pembangkang ceria dapat jumpa PM Malaysia dan bincang depan-depan. Kan baguih?


Senyum elok aih Masjid Tanah, Sik, Kubang Pasu, Kapar, Saratok. 😏



JADUAL KEMPEN HARI INI

 Jadual kempen saya di DUN Sungai Bakap untuk 4 Julai 2024 untuk terus membantu Calon Perpaduan Sdr. Dr. Joohari.




Jadual program untuk 4 Julai 2024 adalah seperti di lokasi dan masa berikut:


11.00 pagi:

Door to Door (DM Puteri Gunong)

Lokasi: 6-2, Lorong Puteri Gunung 7, Taman Puteri Gunung, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

📍 https://maps.app.goo.gl/qxP3TM8BecdKhPGP6


6.00 petang:

Walkabout Pasar Malam (DM Puteri Gunong)

Lokasi: Jln Tasek Ss3, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

📍 https://maps.app.goo.gl/GU2rQ4KVDkSFZymS7


7.30 malam:

Ceramah Kelompok Villa Mutiara (DM Puteri Gunong)

Lokasi: Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Penang

📍 https://maps.app.goo.gl/1eDdFyz7pDf2sYTq7


8.30 malam:

Ceramah Perpaduan Komuniti India (DM Ladang Sempah)

Lokasi: 28, Lorong Halaman Indah 3, Taman Halaman Indah, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang

📍 https://maps.app.goo.gl/ojyX7xmE6TgVGupw7


9.30 malam:

Ceramah Kelompok Kampung Badak Mati (DM Sg Bakap)

Lokasi: 14200 Sungai Jawi, Penang

📍 https://maps.app.goo.gl/mRTFWKFyJrvBfk6e6


10.30 malam:

Ceramah Taman Sungai Bakap (DM Sg Bakap) 

Lokasi: Jalan Sungai Bakap Perdana 1 Taman Sungai Bakap

📍 https://maps.app.goo.gl/x3Ln3fTpgh1oGakT8


Mohon kongsi dan sebarkan.



BANTUAN UNTUK OTAI REFORMIS



 Saudara Farhan Fauzi baru-baru ini telah mewakili saya menziarahi saudara Tan Chee Hooi atau lebih dikenali oleh rakan-rakan aktivis reformasi sebagai Tan Rambut Panjang di kediamannya.





Tiga bulan lalu saudara Tan telah kehilangan anak sulungnya akibat sakit jantung. Malah saya juga dimaklumkan keadaan kesihatan beliau juga tidak begitu baik apabila menghidap penyakit darah tinggi


Dalam ziarah ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi meringankan beban kos perubatan dan seharian beliau serta keluarga.


Mendoakan saudara Tan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup disamping keluarga tercinta.


#MalaysiaMADANI



LAIN KALI KITA INGATKAN MEREKA LAGI



 Tarif elektrik untuk industri turun sebanyak 1 𝘀𝗲𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗪. Respon yang diberi oleh tauke-tauke tidak bergitu mengejutkan. Maka penurunan itu 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.




Mereka dakwa penurunan itu 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 jadi ia 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 kepada kos operasi mereka. Paling aku suka, mereka kata kos elektrik 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 5℅ daripada jumlah kos operasi.


Kita kena pegang 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 ni. Jadi akan datang, kalau tariff elektrik naik, kalau tauke-tauke ni nak naikkan harga barang, kita boleh ulang, 𝗸𝗼𝘀 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 5%. Kenapa nak naik harga barang? Kan?


Tak bersyukur. 1 sen memang kecil tapi bukan kilang dia pakai 1kW je sebulan. Tapi dah jenis tamak. Dia kata terlalu kecil cuma setakat 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻.


Tauke-tauke ni tak bersyukur aku rasa ada la logiknya sebab dorang tu tamak, nak kejar untung. Tapi yang walaun pun sama tak bersyukur apahal? 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗿 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HADIAH BERSAMA UNTUK ANWAR DAN ZAHID

 




Pirake Sungai Bakap

HADIAH BERSAMA UNTUK ANWAR DAN ZAHID


Zahid Hamidi kata kemenangan PH di Sungai Bakap 6 Julai nanti merupakan hadiah buat PM, Anwar Ibrahim sebab Sungai Bakap adalah kampung kelahiran Anwar. Sebenarnya kemenangan itu nanti juga merupakan hadiah buatnya.  


Kemenangan calon PH, Joohari itu akan beri gambaran  penerimaan dan restui rakyat kepada kerjasama di antara PH dengan BN, dan hakikatnya kerjasama dua sahabat Zahid dan Anwar yang tertangguh sebelum ini.


Untuk beberapa waktu sekurang-kurang 25 tahun, persahabatan mereka tertangguh atau ageda bersama tergendela  kerana beberapa takdir atau insiden yang berlaku. 


Sekiranya Anwar tidak dipecat daripada UMNO, mungkin persahabatan mereka tidak akan terjejas dan terjalin seperti biasa memberi peluang untuk mereka bangunkan negara lebih awal. Kalau Anwar memimpin UMNO selepas Mahathir pastilah Zahid menjadi pembantu atau timbalannya. 


Namun takdir tahun 1998 memisahkan mereka seketika dengan hala dan cara tersendiri sehingga ada menganggap mereka bermusuh antara satu sama lain. 


Bagaimana persahabatan yang dijalin atas roh Islam, tidak memutuskan hubungan mereka, dan aspirasi untuk rakyat negara dilaksanakan apabila mereka bergabung kembali dengan keduduk Anwar jadi PM manakala Zahid pula sebagai TPM.


Harapan orang untuk melihat Zahid menjejak dan menjadi pembantu Anwar yang terputus tersambung kembali. Itulah takdir dan itulah politik. Dan pirake Sungai Bakap merupakan suatu peristiwa atau podium untuk kedua menerima hadiah di atas kebersamaan dan setiakawan mereka selama ini apabila pirake itu dimenangi PH. InsyaAllah. Trims.



SATU PENGHORMATAN

 




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.


Beliau berkata Sheikh Al-Azhar, kini dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia hingga Jumaat, dikenali sebagai ketua ilmu yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



IA BUKAN HADIR, TAPI DITANAM SECARA HALUS OLEH PUAK YANG TEWAS.



 Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui tidak mudah untuk membuat dasar kerajaan demi kepentingan rakyat kerana suasana politik negara ini dipenuhi kebencian yang terlalu menebal.



Menurutnya, kerajaan hari ini berhadapan pelbagai kritikan terhadap tindakan tidak popular. Antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.


“Lihat di media sosial pembangkang termasuk kempen (pilihan raya kecil) di Sungai Bakap, apa yang dia (pembangkang) tidak tulis."


Berita penuh: https://mk.my/ocfC8nX



MENANTI KETUKAN TONGKAT HADI DISERI PERDANA?


MSO



Ketika ini Syaiqul Al Azhar Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad al-Tayyeb berada di negara kita. Beliau tiba semalam dalam rangka kunjungan ke negara kita atas undangan perdana menteri Anwar Ibrahim. Ketibaanya diberi sambutan kenegaraan.


Malam tadi beliau telah memberi syarah di majlis Ilmu Madani di Putrajaya. 


Kehadiran Dr Ahmad itu, selain menunjukkan perestui Syaiqul Azhar itu kepada kerajaan Madani ia juga melambangkan hubungan rapat di antara dua buah negara, Malayia - Mesir. Bukan Dr Ahmad sahaja hadir, tetapi sebelum ini bekas Mufti Mesir Prof Dr Ju'maah Muhammad juga hadir. Begitu juga beberapa orang tokoh agamawan, thariqat, akademik tersohor lain turut sama hadir. Malaysia telah menjadi seperti destinasi melancungnya para ulama dunia. 


Kedatangan mereka itu semua, sesuatu yang membanggakan kita. Ia juga istimewa dan membawa singnifkan tersendiri apabila hadir ketika Malaysia dipimpin Anwar Ibrahim. 


Adapun tujuan para ulama dan tokoh besar dunia dipanggil, untuk memberi semangat kepada rakyart negara ini agar menyokong kerajaan Madani. Negara kita yang masyarakanya bermajmuk adalah contoh terbaik untuk pembangunan kerajaan Madani di era pasca keruntuhan kerajaan as-alafus Soleh.


Sudah pasti disebalik undangan mereka itu, ia juga bermaksud mahu menunjukkan bahawa apa yang sedang dilakukan perdana menteri ini diterima dan diiktiraf oleh mereka. Bahawa negara kita adalah model kepada pembentukan negara bernuansakan Islam yang ideal.


Pun begitu, dalam seronok dan bangga menerima kunjungan para ulama itu, kita seperti sedikit terkedu atau terkilan apabila masih ada para ulama dan ilmuan agama tempatan sendiri, ada setengah yang belum memijak kaki ke Seri Perdana bagi menyampaikan syarahan disana atau pun menjamah kurma dan serabat. Bagi saya kehadiran mereka lebih perlu diutamakan daripada menerima jemputan dari luar itu, ini kerana merekalah "konrit" kepada perpaduan ummah negara ini yang kita dambakan manakala ulama luar itu hanya pendorong sahaja.


Atau apakah mereka sudah pun dijemput untuk menyemarakan penyebaran majlis Ilmu Madani di Sri Perdana, tetapi mereka enggan hadir kerana dihalang oleh sentimen "maddiyah", seperti kepentingan diri, cemburu atau kerana kepentingan politik?


Jika itu berlaku kerana hal demikian ia sesuatu yang malang. 


Kepada saya selagi ulama atau agamawan tempatan tidak hadir dan menjejak kaki ke Sri Perdana, berada sama dalam majlis  Ilmu Madani, cita-cita untuk mensukseskan pembentukan negara Madani tidak akan sampai ke kemuncaknya. 


Tidak ada erti para ulama luar diundang kalau ulama dalam negeri sendiri masih acuh tidak acuh atau disisihkan. 


Justeru saya mencadangkan agar perdana menteri turut sama mengundang para ulama tempatan yang skeptikal dengan kerajaan untuk hadir ke Sri Perdana dan turut menyampaikan syarahan perpaduan. Dan oknum yang paling penting bagi tujuan itu dijemput dan diundang dengan segala hormat ialah prsiden PAS Abdul Hadi Awang. 


Saya sangat yakin kehadiran Hadi ke majlis Ilmu Madani atau ke Putrajaya akan membawa perubahan besar dalam usaha kita membentuk kerajaan Madani, dan lebih banyak lagi kejayaan akan dicapai. Kelayakan, kehebatan dan kemasyuran Hadi dalam konteks Malaysia tidak boleh diketepikan kerana beliau sangat terpengaruh. Datanglah berapa banyak ulama dan tokoh luar ia tidak sama impaknya dengan hanya sekali Hadi mengetukkan tongkatnya di Sri Perdana. Trims.



RENTASAN 1614 | TERNYATA TIADA LAGI GOLONGAN PERASUAH ATASAN, BERDARJAT ...




SIDANG MEDIA! KEDUDUKAN MP BERSATU YANG BERI SOKONGAN PMX DAN KERAJAAN P...

MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA ANWAR IBRAHIM (03.07.2024)


Zamri  Zainal Abidin


Malam ini sungguh bersejarah kerana buat ke sekian kalinya Syeikhul Azhar sudi datang ke Malaysia.

Pada malam ini pula di Seri Perdana berlangsung Majlis Ilmu Madani. YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi moderator majlis ilmu kali ini.






Menitik Malam.


MSO


Kata enam bekas ahli parlimen Bersatu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen kawasan masing-masing kekal kerana mereka tidak keluar parti tetapi dipecat apabila nama mereka dibuang dalam sistem keahlian parti.


Menurut perlembagaan yang dipinda tahun lalu seseorang dipecat dari parti tidak dikira meninggalkan parti dan mereka tidak tertakluk dengan akta anti lompat Perkara 49A(3) Perlembagaan persekutuan.



Kalau mereka yakin demikian baik mereka umumkan menyertai parti Umno semula arau mana parti komponen PH dengan cara itu mereka dapat mengemaskan lagi bekas parti mereka itu dan juga kerajaan Madani.


Apabila mereka rujuk semula kepada parti asal mereka dapat berkhidmat kepada rakyat lebih berkesan dan meluas lagi. Trims.



(Terkini) Saifuddin Nasution: Ucapan Penuh Ceramah PRK Sg Bakap Di Sg Ja...

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Ceramah PRK Sg Bakap Di Sg Jawi, Pu...

MCAM NI MONITOR


MMMS


 Health app ini penting untuk beberapa perkara, satu boleh monitor heart rate, dan pastikan kita tak lebih maximum heart rate. Lepas tu untuk fat burning, dia ada satu section dalam heart rate yang mana dia boleh burn fat as energy. 






Kalau kita push to next level dia akan jadi aerobik yang mana akan burn muscle. Kalau burn muscle nak kena makan lebih banyak nak cover muscle yang loss tadi. 


Lagipun boleh track berapa jauh dah jogging, siap ada historical data lagi. Kalau rasa stress, slow jogging can reduce the blood pressure. Especially bila study dah sampai phase data clean up, dekat sini aje dah stuck dekat 6 bulan. Study lagi stress dari kerja, rasa macam kelakar pun ada. 


Health app juga boleh bagi remainder kalau tahap oksigen rendah, atau rest time kita tak cukup before next exercise. Tapi pelik bila ada orang yang rajin pakai health app waktu training, bila time ultra marathon dia boleh turn off pula. Macam ada udang di sebalik mee.



MAT JARGON SOH PINJAM DUIT. AWAT TAK SOH CETAK DUIT... LEKEH OTAK HANG.

 

Desa HM


Moderator tanya Wan Ahmad Fayhsal, untuk kes MAHB, apa cadangan dia kalau tarik diri dari GIP?


Dia kata, buat pinjaman.


Ah kau. 


Pinjaman dah tentu naikkan hutang. Pastu silap-silap bank tu pun ada kaitan dengan BR.


Tapi, kenapa tak cadang cetak duit lagi? 


Bila moderator tanya, kenapa KWSP zaman PN dulu boleh pulak bagi kat BR untuk manage? 


Dia kata kalau dia tau, dia akan lawan habis-habisan.


Ah kau.


Nampak sangat tak baca news. Reti tunggang isu saja bila orang lain start.


Semua nak amik kredit bila kat hujung. Macam tiba-tiba muncul di larian 2km terakhir. Pulun.


Stress muka si Syed Sadiq.


Patutlah wartawan pun cemus nak tanya soalan kalau dia buat sidang media. 🤷



APA CRITA NI BAI.. BENDA EPIK TAK REKOD..

 

Eddy Gordon Zul

Dalam tweeter kecoh syed saddiq tipu run. Tapi memang sungguh la run 200km dia tu takde record  dalam strava dia. 


Syed saddiq record semua xtvt dia daily dalam strava tapi dia stop record mulai july. Secara logik nya agak luar biasa untuk seorang runner tak record run 200km dia dalam strava. Tetambah benda ni auto sync dengan jam bukannya kena update manual. 


Benda epic mesti la record bai.Agak pelik gak ni😅







KEH.. KEH

 

Desa HM


Macam ni kalu.... memang berat la Cgu Jo nak menang kat Sg Bakap...



Bygkan... lawyer terpaling hebat mai kempen utk Abg Bidin... korang tengok la sendiri... serban pun ijo...🙄


Puak2 un, punya lah syok baca berita ni... depa kata "kami bangga... walanon ada?"  


🤣🤣🤣🤣🤣🤣



LEKEH SANGAT MP NI. RASA AKU RAMAI TAHU DIA KENA BANTAI DALAM DEWAN. MACAM DIA HEBAT SANGAT.

 

Zolkafnain Abidin Alabyani


1. Pabila MP Pas merenyeh dalam parlimen kata polis "kacau" (pantau) aktiviti kempen depa sampai minta minit mesyuarat, ada dua tiga benda terlintas dalam kepala bana aku.


2. Biasalah. Kerajaan mana² pun akan "guna" polis untuk pantau pembangkang. Tambah² lagi pembangkang jenis Pas yang penceramahnya bercakap entah apa².


3. Dalam dok pantau pun depa sebar fitnah, kalau tak pantau, lagilah teruk. Kalau Pas jadi kerajaan, Pas tak akan guna polis untuk "kacau" pembangkang? Sembang bolehlah...!


4. Awat Pas la ni lekeh sangat? Dah tak dak semangat jihad ka? Dah tak mahu mati syahid ka? Dah tak redha dengan ujian dalam "perjuangan" ka? Awat Pas la ni dah tak macam dulu?


5. Aku bukan nak probok² Pas. Tapi nak bagi tahu, setakat polis pantau ceramah, masuk markas, minta minit mesyuarat (kalau betul), itu perkara biasa saja. Itu perkara remeh sangat.


6. Semua tu bukan benda baru. Dulu², presiden Pas (al-Marhum Fadhil Nor) kena tembak gas pemedih mata. Mat Sabu kena langgar kereta sampai cedera lutut. Haji Hadi pun pernah kena sembur ayaq kereta merah.


7. Depa semua hadap benda tu lama dah. Kalau depa bising pun, padanlah dengan apa yang depa kena. Masuk lokap, kena katok, kena terajang... Padanlah.


8. Ni baru polis ambik video ceramah depa, masuk markas, hingaq tak sangga. Biasalah tu. Takkan macam tu pun dah rasa teruk sangat dah? Dah rasa susah dah? Eh, hangpa mengaku pejuang Islam kan?


9. Nampak sangat pemimpin Pas la ni dah tak ada jiwa perjuangan. Sembang saja lebih. Jiwa depa jiwa jawatan dan duit. Jiwa depa la ni tak macam jiwa pemimpin Pas dulu².


10. Dah kalau Pas tak ada jiwa perjuangan, geng hangpa ada jiwa perjuangan ka? Tanya orang Pas. Nanti sat, jangan dok lompat dulu. Sabaq sat...!


11. Ni nak habaq bagi, kalau kami hangpa kata tak dak jiwa perjuangan, kami tak kisah sangat pun. Pasai kami tak dok bertempek, merenyeh, bersorak macam hangpa. Kami tak mudah² mengaku berjuang Islam macam hangpa.


12. Hangpa tu mengaku pejuang Islam, tapi penakut. Baik tak payah mengaku macam kami. Kan senang?



PAS PALING KUAT LAWAN KEMAS.


Che Ibrahim


 Wat ambo tahu.. yang paling kuat menentang KEMAS ni ialah Pas, sebab tu Pas tubuh PASTI sebagai saingan.


Kalau pun benar dakwaan Dap yang suruh, mungkin masa Pas bersama Dap dulu, Dap nak tolong Pas.