Machang mencelah Gombak dalam parlimen macam sembang di kedai kopi.


Zamri Zainal Abidin. 


 Machang mencelah Gombak dalam parlimen macam sembang di kedai kopi.



"YB nampak macam berpengalaman luas dalam isu dadah ni..." kata Machang.


"Lain kali dengar dulu, saya terlibat dengan PEMADAM lebih 10 tahun... In syaa Allah keluarga tidak terlibat dengan dadah," balas Gombak dengan senyum simpul.


Kan udah terkena balik. Ubahlah gaya 'semberono' mencelah di dewan yang mulia itu. Tengoklah gaya Gombak berhujah, tidak baca teks pun. Bermakna dalam minda sudah padat dengan maklumat dan fakta tanda beliau menguasai ruang bicara. Dalam masa yang sama jangan lupa beliau adalah juga YAB Menteri Besar Selangor.


Perbahasan jadi lebih segar apabila Dato' Timbalan Speaker bertanya pula pandangan Gombak terhadap cadangan Kluang supaya ibu bapa dihukum atas ketagihan dadah anak-anak. Semoga gaya perbahasan ini diperhebatkan lagi di masa-masa hadapan.