PIMPINAN PAS TAK BEROTAK. FITNAH TOK GURU DIULANG LAGI.

 


Hisham Fauzi


Tuduhan fitnah ini timbul lagi.





Fitnah bermula di akhir tahun 2012 apabila menjelang PRU 2013; seorang blogger di blognya; pisau.net menulis mendakwa Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz memberikan tanah 10,000 ekar kepada cina DAP kerana membalas jasa DAP memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Dato' Seri Nizar.


Tulisan ini tidak benar dan fitnah kerana tanah itu bukan diberikan kepada mereka akan tetapi mereka telah membeli hak pajakan tanah tersebut dari satu syarikat lain yg mendapat pajakan tanah itu. 


Syarikat yang mendapat pajakan asal itu sepatutnya mengusahakan tanah tersebut akan tetapi telah terbengkalai bertahun hingga pemimpin DAP berkenaan membelinya. Urusniaga adalah antara kedua syarikat itu dan diselesaikan dikalangan mereka.


Saya selaku penasihat undang-undang Pas Kelantan semasa itu diarahkan oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz untuk membawa kes fitnah ini ke mahkamah mewakili Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz dan menyaman pihak-pihak yg menulis dan menyiarkan tulisan itu.


Kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota  Bharu akhirnya selesai (Kes No. MT(2) 23-NCVC-3-03/2013) dimana penulis  dan penyiar menarik balik artikel itu dan sejumlah gantirugi telahpun dibayar kepada Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz.


Tapi yang sedihnya sehari dua ini saya masih mendengar orang bercakap hal ini; Cina DAP dapat tanah 10,000 ekar.


Ini semua fitnah dan Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz sudah meninggal dunia. Tak tahulah mereka yg masih dok bawa cerita ni nak minta maaf macamana dgn Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz.