SIKIT ULASAN DAN PUNCA BERAS KURA NG DI PASARA

 

Kawan isteri aku mesej dia minta aku ulas tentang ekonomi terutama soal harga barangan yang makin naik sekarang ini. Asalnya aku agak keberatan.


Sebab yang pertama, ekonomi bukan bidang aku. Untuk ulas selepas baca beberapa artikel, rasanya bukan cara aku. Sebab aku bukan walaun.


Keduanya, sebab dalam bidang ekonomi ni, terlalu banyak pemboleh ubah. Bayangkan perang Russia pun boleh pengaruhi harga barang? Kan jauh tu.


Tapi kalau setakat nak cerita soal kenaikan harga barang ni, bolehlah sikit. Sebab itu kita boleh faham kalau kita ada ambil tahu perkembangan dunia.


India adalah negara pengeksport terbesar industri pertanian. Macam beras pun, India bekal 40% dari pasaran dunia. Hampir separuh beras dari India.


Masalahnya sekarang bekalan beras di India sendiri pun bermasalah. Disebabkan el-nino, pertanian di India terjejas teruk. Termasuklah pertanian padi.


Untuk mengawal inflasi makanan, kerajaan India menyekat eksport beras selain Basmathi. Dan ini membuatkan bekalan beras dunia terganggu.


Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Thailand juga turut terjejas. Basic economy, bila permintaan tinggi dan bekalan kurang, harga pun naik. 


Kenaikan harga beras tak berlaku di Malaysia saja. Bahkan di Thailand, khabarnya selama.beberapa minggu, harga beras naik 20% setiap minggu. Gila!


Tapi di Malaysia ni kerajaan (dari sebelum ini lagi) telah ambil langkah proaktif dengan menetapkan harga siling beras tempatan kepada RM2.60/kg.


Jadi yang naik hanya beras import. Beras tempatan harga kekal. Tapi beras tempatan cuma mampu tampung hingga 65% permintaan beras tempatan.


Jadi macamana pun kita kekurangan bekalan. Baru ni pun kementerian ada minta syarikat naikkan pengeluaran beras lagi 20% untuk penuhi pasaran.


Tapi bukan itu saja masalahnya. Di Malaysia ini ada pelbagai jenis manusia. Dan cara manusia-manusia ini hadapi masalah kekurangan beras ini berbeza.


Pertama, ada pembeli panik. Ini jenis kiasu. Dia dengar harga beras nak naik, lekas-lekas dia beli stok banyak-banyak dan convert rumahnya jadi granary.


Kedua, pembekal yang jahat. Disebabkan harga beras import naik, jadi mereka tukar pembungkusan agar beras tempatan menjelma jadi beras import. 


Ketiga, pengusaha curang. Macam aku tulis tadi, harga beras tempatan di kawal. RM2.60 terlalu murah. Jadi mereka sekat supply supaya kerajaan naikkan harga siling beras tempatan.


Keempat, ada pekedai yang tamak. Mereka ni sorok beras dengan harapan kerajaan akan naikkan harga beras tempatan. Jadi mereka akan jual semula bila harga beras dah naik. Untung lebih besar.


Kelima (tambahan), ada sekumpulan manusia yang tak puas hati dengan kerajaan. Mereka sorok beras dengan niat nak bangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.


So, ada macam-macam perangai. Dan perangai ini susah nak dikawal. Mereka ini semua ada beribu helah nak elak tertangkap. Orang jahat selalu licik.


Letaklah kerajaan mana pun, orang jahat seperti yang aku senaraikan di atas memang tetap akan ada. Bukan di sini saja bahkan di seluruh dunia.


Mujurlah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dah mulakan projek untuk meningkatkan penghasilan beras dalam negara. Kalau tak lagi parah.


Dalam situasi ini, aku lihat ada satu saja kesilapan yang berpunca daripada DS Anwar. Hingga hari ini belum lagi dilantik Menteri KPDN yang baharu.


Tanpa menteri, perjalanan kementerian terganggu dan penguatkuasaan tak cukup aktif. Tak seperti ketika Allahyarham Salahuddin Ayub dulu.


Kementerian perlu serbu bukan saja kedai-kedai, bahkan gudang dan kilang untuk membasmi segala kegiatan curang yang merugikan rakyat segera.


Nampak sangat sebaik harga beras import naik, beras tempatan pun terus hilang dari pasaran. Jelas ini semua hasil kerja konspirasi.


Tanaman padi memakan masa untuk membuahkan hasil. Jadi rasanya keadaan ini akan berlarutan untuk satu tempoh yang panjang. 


Sekiranya penguatkuasaan tak dimulakan sekarang, keadaan akan semakin meruncing dalam seminggu dua lagi. Harap DS Anwar lantik seorang menteri yang sama hebat, kalau pun tak dapat menyaingi kehebatan Allahyarham DS Salahuddin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Macam bukan lagi kebetulan tapi suratan



Notman Radzu


11 Ogos lalu saya ada menulis mengenai bagaimana Ustaz Azhar Idrus boleh muncul di Oasis. Saya terkejut jam 1-2 pagi menonton Oasis muncul wajah UAI sdgkan begitu ramai lagi agamawan bertauliah di negara ini. Saya menulis adakah ia suratan atau kebetulan. 

Hari ini keluar lagi Lebai pro pembangkang dan pernah disaman berkali kali… pendapatan saya ia bukan kebetulan ia sudah suratan… takdir.

RENTASAN 1448- JOM DENGAR


 

ANTARA ROYALTI ,DUIT HARAM DAN KERENGGA


 

JANGAN LUPA HADI AWANG. ZAMAN 33 BULAN KAMU BERADA DALAM PEMERINTAHAN. SATU APA PUN KAMU TAK BAWA.MASUK. SEMBANG.......

 


Rafizi Ramli





Zaman 33 bulan dia memerintah, semua tak jalan. Ada saja alasan.


Harga barang naik - bukan masalah besar


RUU355 - hilang terus


Debat di Parlimen – semua Kerajaan Perpaduan buat tak kena tapi diri sendiri tak bagi idea baru


Alih-alih bila dah tak jadi kerajaan, salahkan kerengga pulak 🤣




PELUANG BERHIMPUN BESAR SEKALI. BUKAN SEPERTI DULU


Gino Marvela.


 Peluang perhimpunan aman buat mana-mana NGO & parti politik itu besar sekali. Berbanding dgn apa yg PR & PH alami suatu ketika dahulu, pelbagai helah rekayasa di cipta.


Tahu sapa yg beri arahan tutup & rekayasa isu hingga memang sengaja di wujudkan team provokasi membenarkan menghambat serta menangkap peserta demo serta watercanon melalui teknik "anggota dah tewas...anggota dah tewas?". 


Hat tua yg duduk dlm PN itulah! Tetapi kenapa bawa masuk si tua itu di saat akhir menjelang PRU 14 ?


Kerna nak lepaskan sosok yg terpenjara itu terpaksa korbankan ego sikit sebelum berjaya mengemudi bahtera. Bila dah berjaya keluar, di buat arahan perlu melayakkan diri sbg ahli parlimen. Apabila dh berjaya, syarat 2 tahun...kemudian gaduh sana sini maka kita kata memerintahlah sehingga tamat penggal akhir.


Haaa...waktu inilah budak yg tepuk meja tu desak keluar gabungan. Kini, sekali lagi dia pula yg keluarkan dirinya sendiri. 😅


Kemarin cuba tanya, buleh lepaskah permohonan puak lebai kelarah tu nak berdemo?


Jawapannya, kami tak dapat apa2 permohonan pun hingga saat akhir. Kemudian tiba2 permohonan tu di hantar, tapi memang sengaja taknak letak siapakah nama penganjur & lokasi perhimpunan.


Kejap kata sogo...kejap kata bukit bintang...kejap kata dataran...kejap kata padang merbok. Pulis pun pening. 😄


Ok, setakat ini dahulu berita. Nak check in bersama rama-rama putih sat. 😅



NEGERI NEGERI MELAYU TAK BERSEKUTU. ANGKUT KEPALA TAIK JADI PENASIHAT


 

NAK LAWAN IDEA TAK ADA. AKHIRNYA BUAT FITNAH.




 Nak lawan idea memang out. Sebab otak mandul, tak pernah ada idea bernas. Sebab tu cuma mampu cipta persepsi palsu dan membuat fitnah.


Lepas tu selalu kena hentam sebab selalu ponteng sidang. Dari yang paling atas sampai yang bawah, semua kaki ponteng. Nak gaji buta je.


Sebab tak boleh nak counter, dia buat macam ni. Ambil gambar masa orang keluar solat. 8.17 pm tu hampir waktu isya' kan? Radzi uzur ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SELAMATKAN MALAYSIA. JOM KITA BACA KERAJAAN SEBELUM INI. SELAMATKAH KITA ?.


Ada demo esok di Kampung Baru. Katanya gerakan Selamatkan Malaysia. Oklah nak berdemo pun. Kita hormat hak bersuara. 


Set2 Kerajaan ni dulu pun buat Demo Bersih dan Reformasi. Mereka kena hadap la. Pembangkang buat pula. 


Cuma, saya nak faham. Nak Selamatkan Malaysia dari siapa sebenarnya? Depa kata dari Kerajaan sedia ada. Tapi alternatifnya bagaimana? 


Mari kita kaji pilihan yang lagi satu pula. 


******************************


❌ Zaman PN, lantikan barisan Menteri dan Timbalan sampai 74 orang, siap Duta Khas 4 orang. Banyaknya makan gaji buta sahaja. Tak nampak buat kerja. Kalau mereka naik pun scheme of things yang sama. Kalau macam tu, selamatkah kita? 


❌ Kerajaan sekarang gugur kes 47 pertuduhan TPMnya. Tapi PN pun buat benda sama. Dulu drop case untuk TS Musa Aman, 47 pertuduhan juga. In future macam mana? TSMY dan Wan Saiful Wan Jan pun Kluster Mahkamah, bila mereka naik, sure perangai sama. Undang2 hanya terpakai kepada marhein, bukan kayangan. Maka selamatkah kita? 


❌ Ekonomi teruk satu dunia. Kalau tukar Kerajaan pun, India tetap larang eksport berasnya. Satu dunia rasa kesannya. Adakah kalau PN naik, diaorg boleh settle? Zaman diaorg pun dulu, barang tiada. Harga minyak masak sekali ganda. Maka selamatkah kita kalau mereka kembali berkuasa? 


Saya bagi 3 dulu, untuk kita perah otak. Pikir antara mudarat kecil dan yang besar. 


Politik ini memilih the lesser of 2 evils. Yang kurang mudarat kepada negara. Tepuklah dada, tanyalah iman jua. 


Selagi mereka tak ranapkan negara, kita biar mereka buat kerja. PRU16 kita pertimbang lain pula.


Salam hormat,

Liyana Marzuki



KENA SEKOLAH DENGAN YDP DEWAN


 

WOIII KOME...CARI KERENGGE BUAT APE ?


 

KENA SETEPEK KE MUKA BARU TAU NAK DIAM.


 

DATANG DEWAN MACAM BUDAK SEKOLAH. BUKAN NAK BINCANG TENTANG EKONOMI DAN KEBAJIKAN RAKYAT. RENDAHNYA AKAL BUDI PN.


 

TUN MAHATHIR “PERDANA MENTERI” KEPADA 4 NEGERI PAS



Sebagaimana dilaporkan media, empat negeri bawah pentadbiran PN telah bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata, empat Menteri Besar dari negeri PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan membincangkan pelan tindakan selanjutnya bagi kumpulan SG4 itu.


Katanya, Tun Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi buat masa ini, terutama dalam menghubungkan SG4 bersama pelabur luar seperti daripada Jepun dan Korea Selatan.


Ditanya sama ada Tun Mahathir akan dilantik sebagai penasihat secara rasmi, Samsuri berkata ketika ini pihaknya hanya mendapatkan nasihat secara tidak rasmi dan akan melihat keperluan ke arah itu selepas ini.


Menurut Naib Presiden Pas itu lagi, SG4 akan memfokuskan isu seperti pertanian, industri, pelancongan dan lain-lain kerjasama, sambil menambah keempat-empat negeri akan saling membantu antara satu sama lain.


Dengan perkembangan terbaru ini, adalah jelas PN, khususnya Pas, semakin ingin menjauhkan diri daripada kerajaan pusat yang dipimpin Anwar Ibrahim.


Bermula dengan peranan awal Tun Mahathir hanya sebagai penasihat tidak rasmi untuk menarik pelabur daripada Jepun dan Korea Selatan, tetapi lama kelamaan adalah diyakini peranan bekas Perdana Menteri itu akan semakin melebar lagi.


Dengan itu, kemungkinan beliau akhirnya akan dilantik secara rasmi sebagai penasihat khas kepada empat negeri berkenaan adalah besar sekali.


Tambahan lagi kerana Presiden Pas, Hadi Awang ternampak begitu meminati Tun Mahathir sejak kebelakangan ini dan sudah mengenepikan minatnya terhadap Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin sendiri.


Peranan sebagai penasihat khas itu nanti tentunya untuk menasihati keempat-keempat negeri berkenaan dalam hampir semua perkara kerana mengenali kebiasaan Tun Mahathir, apabila beliau berada di dalam sesuatu kedudukan itu, beliau pasti mahu menjadi seperti seorang ketua yang akan mengawal segala-galanya.


Dalam erti kata lain, Tun Mahathir dengan jawatan penasihat khas secara rasmi itu nanti tidak ubah seperti “Perdana Menteri Tidak Rasmi” bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Perlis.


Iyalah…nak jadi Perdana Menteri yang rasmi tentulah tak boleh sebab Tun Mahathir bukan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, malah tidak mempunyai parti dan bertanding pun hilang deposit pada PRU15 lalu.


Dengan bertanding hilang deposit, maka sesuailah jadi “Perdana Menteri Tidak Rasmi” itu.


Namun demikian, perkembangan ini seharusnya juga memberi petunjuk kepada Anwar selaku Perdana Menteri dan kerajaan pusat agar berpada-pada dalam melayan permintaan negeri-negeri terbabit selepas ini.


Empat negeri berkenaan sepertinya lebih ingin berdikari sekarang ini, bahkan dengan memberi peranan kepada Tun Mahathir itu seolah-olah Pas mahu terus bermusuhan dengan kerajaan pusat dari segi politik.


Ini kerana Tun Mahathir bukanlah orang yang mahu berbaik dan membawa orang lain berbaik dengan Anwar.


Sementara diharapkan Tun Mahathir mampu memberi idea dan menarik pelabur sehingga keempat-empat negeri berkenaan maju setanding Selangor, Pulau Pinang atau Johor dalam tempoh tidak terlalu lama selepas ini, Anwar dalam hal ini perlu memikirkan suatu kaedah khusus untuk menyalurkan bantuan kewangan daripada kerajaan pusat kepada negeri-negeri itu.


Hakikatnya, dengan adanya Tun Mahathir sebagai “Perdana Menteri Tidak Rasmi” bagi negeri-negeri berkenaan, semakin tidak berfaedah dan tidak memberi untung kepada kerajaan pusat jika peruntukan kewangan disalurkan terus kepada mereka.


Bahkan, dengan peruntukan kewangan itu nanti, lebih galak lagi mereka mengatur program itu dan ini untuk menjatuhkan kerajaan di peringkat pusat.


Baiklah dibiarkan saja Tun Mahathir membantu empat negeri itu. – ShahbudinHusin 15/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette



HAK AMPUN DIBAWAH YDPA.




 Aku malas nak ulas panjang isu ni. Betul apa yang Rafizi katakan tu. PH tak setuju, itu hak PH. Tapi hak berikan pengampunan tu hak YDP Agong. Kalaulah YDP Agong perkenan berikan pengampunan, PH tak ada hak untuk bantah.


Ahli UMNO tak perlu marah. Ini jawapan politik yang paling tepat. Andai kata Rafizi kata PH sokong, dan andai kata YDP Agong berikan pengampunan, dah pasti PN akan mainkan isu ini untuk kata DS Anwar campur tangan nanti.


Tapi yang aku nak tumpukan bukan soal kenyataan Rafizi ni. Tapi sebaliknya cara media mainkan isu ni. Boleh dikatakan semua media letak tajuk PH tak setuju Najib diberi pengampunan. Ini cara mereka pancing kemarahan ahli UMNO.


Hebat permainan media. Mereka pergunakan isu ini untuk goyangkan Kerajaan Perpaduan. Cara tajuk diolah menunjukkan macam PH tak hormati UMNO. Ini bukan kebetulan ni. Tajuk yang sekata sebegini seolah memang dah dirancang.


Sayangnya masa Gerakan tolak modul hadits 40 dulu, kisahnya tak dimainkan sebegini rupa. Rugi PH. Sepatutnya para pemimpin PAS diasak dengan soalan berkenaan kenyataan Gerakan. Sebaliknya PH pula yang selalu terkena.


Sedih tengok cara media layan PH. Dah macam PH yang pembangkang dah. Kebanyakan berita berikan kelebihan kepada PN tapi merugikan PH. Entah apa yang terjadi sebenarnya. Tapi aku pun setakat boleh berkomentar je la. Guane boh?

 


Raja Gelap II 


.


KEH..KEH...


 

BACHOK KENA KAW KAW : LAIN KALI NAK.MASUK DEWAN KENA BACA LEBIH


 

EXCO PIKIR MACAM ORANG KAMPUNG KAH ? AWAT HANG TAK CERDIK SANGAT?

 



Arahan tak bertulis ni macamana? Senang cerita macam soseh soseh la kan? Jadi exco negeri tapi layan arahan tak bertulis apa pasal?


Ko pergi je la. Kalau orang larang, tanya dia mana arahan. Kalau dia tak boleh nak beri bukti, jalan je la. Takkan itu pun nak kena ajar?


Melainkan kalau ko sengaja nak cipta persepsi. Zaman sekarang ni, jangan setakat cakap je. Bukti kena sertakan sekali. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AIIIKKK BATAL PULAK DAH......




 Mirzan ni anak Mahathir. Kaya betul dia sampai ada pegangan saham 72% dalam syarikat tu. Bagus plan bisnes dia. Nak usahakan kenderaan elektrik. Aku suka rancangan itu.


Sayangnya tak kesampaian. Katanya, selepas buat pertimbangan mengenai keadaan syarikat, mereka terpaksa batalkan MoU tersebut. Dah kenapa pula? Rugi ke syarikat dia?


Entahlah. Tapi kalau betul rugi, timbul pula satu lagi persoalan dalam kepala aku. Adakah ini puncanya Mahathir beriya sangat nak jadi PM lagi sekali? Tanya je... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AWAT HANG TAK PI TOLONG. SEMBANG JA LAM FB





 Macamana seorang menteri besar boleh sokong perbuatan melanggar peraturan?


Nak simpati boleh. Ramai yang simpati. Tapi kalau nak salahkan pihak berkuasa yang jalankan tugas demi keselamatan awam, itu tak betul.


Kalau simpati, sepatutnya dia sepantas kilat pergi bantu lelaki tu. Bayar saman dan hidupkan insurans dan cukai jalan motornya. Baru betul.


Macam Nurul Izzah bantu penduduk Permatang Pauh yang motor mereka hangus terbakar. Beliau bantu belikan motor baru, bukan setakat update di social media atau tolong doa je.


Kalau yang tulis begini mat rempit, orang tak kisah sangat pun. Ini MB tau. Kalau MB pun tak pandai hormati peraturan, macamana dia tadbir negeri?


Last sekali dia kata kalau nak saman, carilah mat rempit. Hari tu berderet mat rempit yang ikut event RXZ Members 5.0 kena saman, walaun marah juga.


Yang kena saman tu bukan riders biasa. Mat rempit tu sebab motor masing-masing dah modified. Yang standard, JPJ janji takkan kacau pun.


Susah bila ada pemimpin yang tak boleh nak fikir kesan dari kata-kata dia. Sanusi kena ambil kursus kepimpinan ni. Teruk sangat leadership quality dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



DIA KATA DIA PAKAR EKONOMI PAS. RAFIZI JAWAB BALIK


 

AL KISAH ULAMAK SUP- AKA ULAMAK SUK. KEH.KEH.KEH


 

AKIBAT TAK DAPAT APA APA GAMAKNYA DIA MERAJUK....


 

BIARKAN MEREKA BERHIMPUN. ORANG KALAH NI KENA BAGI RUANG LEPASKAN PERASAAN.


 

INISIATIF KEMUDAHAN RAKYAT MASIH BOLEH MEMOHIN. INI JANJI KERAJAAN PERPADUAN.

 




Inisiatif kemudahan rakyat dilancarkan pada 20 Jun 2023. Setakat 25 Ogos, 3,998 permohonan diterima dan 1,385 telah dikemukakan kepada PBT/agensi pelaksana berkenaan untuk semakan sebelum dana disalurkan.


Tak pernah terjadi semenjak merdeka kemudahan awam dipermudahkan urusan permohonan seperti ini. Permohonan boleh dibuat terus ke Kementerian Ekonomi oleh mana-mana rakyat negara ini.


Bukan sekadar janji. Bukan gula-gula pilihanraya. Ini tekad Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini untuk sejahterakan hidup rakyat. Apa inisiatif pentadbiran PN sebelum ini pernah buat untuk mensejahterakan hidup rakyat? Pasti takkan ingat sebab tak pernah ada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.