Antara VVIP Yg mesra dengan pemaju kg baru ,annwar musa, shidan kasim, r...

PRK AYER KUNING - DENGAR NI ANAK2 MUDA DAN VETEREN TENTERA

PRK Ayer Kuning: Kempen PN lwn Kempen Perpaduan - Faktor penentu yang ra...

RENTASAN 1696 | PANAS!! CALON PN DUN AYER KUNING TAK LAYAK DIANGKAT SEBA...

Ramai pemimpin, aktivis Pas jadi penjawat awam di agensi baharu kerajaan Terengganu


 

Pertubuhan Muafakat Rakyat Terengganu (Muafakat) mempersoal pertambahan mendadak bilangan kakitangan awam kerajaan negeri itu yang perlu dibayar gaji, elaun dan bonus tahunan.


Pengerusinya, Zubir Muhamad berkata, ramai kakitangan awam baharu didakwa daripada kalangan pemimpin, ahli dan aktivis Pas yang dilantik menerusi agensi kerajaan yang baharu dibentuk oleh kerajaan negeri.


Antaranya, TSIS (Terengganu Strategic & Integrity Institute), I-Mits (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera), Duat (Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu), SRIDI, SMIDI dan lain-lain lagi.

“Kesemua agensi ini mendapat dana sepenuhnya dari Kerajaan Terengganun tetapi tugas sebenarnya kita tidak tahu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau berkata, dalam tempoh tujuh tahun sahaja bermula 2017, kenaikan kakitangan awam di Terengganu adalah lebih 100 peritus.

“Pada 8 Jun 2017, Berita Harian menyiarkan bilangan penjawat awam di Terengganu adalah seramai 7,128 orang. Ini berlaku Ketika negeri ini ditadbir oleh Barisan Nasional.


“Pada 26 Ogos 2024 pula, Harian Metro menyiarkan kenyataan MB Terengganu bahawa penjawat awam di Terengganu adalah seramai 14,457 orang,” jelasnya.


Zubir menegaskan bahawa pertambahan mendadak itu berlaku ketika Terengganu ditadbir oleh Pas di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.



“Kita ingin tahu, kenapa kenaikan kakitangan awam begitu mendadak di Terengganu selepas kerajaan bertukar tangan,” tambahnya lagi.






USM DAH JADI MARKAS PEMIKIRAN SAMPAH ?


SANUSI, DR MASTURA, NI YANG INI PULAK ? BIAR BETUL ?



 Ramai terkejut profesor kehormat tergamak hina PM, universiti mana tu?

Seorang individu bergelar profesor kehormat mengundang kecaman orang ramai apabila meninggalkan komentar berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri.

Komentar pakar kejuruteraan sungai dan kejuruteraan persekitaran hidro di sebuah universiti awam di utara Semenanjung Malaysia itu susulan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, ahli akademik yang difahamkan sudah bersara itu mengaitkan kejadian alam tersebut dengan bala yang berlaku pada era pentadbiran Perdana Menteri.


Susulan itu, netizen berkongsikan tangkap layar berkenaan lelaki berkenaan yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD dari dua universiti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Rata-rata menempelak ahli akademik yang berperangai keji itu lantaran tidak selayaknya dengan ijazah pengajian tinggi dimiliki.

“Ingatkan dah pakar ‘river engineering dn hydro environment engineering’ bolehlah bagi idea untuk selesaikan masalah banjir kilat tapi tulah hampeh.

“Ini Islam kata manusia paling tidak bermanfaat. Ada ilmu tapi tak digunakan untuk kebaikan. Malah, ilmu diguna untuk menghina dan wasangka buruk,” tegas pengguna X, Wahidul Azam.





PM Anwar Selesaikan Isu Bil Air Tertunggak Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi

 


Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan pada 14 April 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Isu bekalan air di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan akibat bil tertunggak mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membantu menyelesaikan perkara itu.

Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi mewakili Anwar bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP).

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan isu bekalan air yang berlaku sejak Mac lepas itu memberi kesan kepada pengurusan dan kemudahan asas di kawasan perkuburan yang sering diziarahi waris dan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, proses penyambungan semula bekalan air telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan bersama-sama memastikan kemaslahatan masyarakat terus terpelihara,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsi di laman Facebook Anwar.

Ahmad Farhan berharap usaha kecil itu dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada waris serta pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.


PM Anwar Hadir Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Tun Abdullah

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 15 April 2025. Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama, Masjid Negara, di sini, hari ini.

Anwar tiba di Masjid Negara pada jam 1 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau kemudian menyertai solat sunat jenazah bersama barisan kepimpinan kerajaan.

Van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk urusan mandi dan kafan jam 8.20 pagi 15 April 2025.

Turut hadir memberi penghormatan adalah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Md Isa; bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Selain itu, hadir sama adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin memaklumkan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam tadi.

Jenazah Abdullah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini mengikut Istiadat Pengebumian Negara.



MESTI TAK SEKOLAH.. BAB PERLEMBAGAAN DIA TAK FAHAM

 


BANTUAN PMX MENELANJANGKAN MAINAN PN


 

KEMANUSIAAN. BAGAIMANA BELIAU TERPENJARA DULU

 Sky Rock


PMX beri kebenaran Jabatan Penjara urus untuk DS Najib beri penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah di Masjid Negara





PATUT SOH TUTUP MULUT. BUKA MULUT JA PEMBOHONG

 


418 PROJEK KERAJAAN MADANI DI TERENGGANU. 32-0 JUGA ENTAH LAH.


 

HILANG JUGA.

 Rang Meran



Melayu tanam KAPSUL tengah bandar.

Cina tanam MUSANG KING tengah hutan.

🤣🤣🤣

Melayu marah2, salah kita juga. Tanah kau dimana.





GARA GARA TAK CUKUP JOMLAH

 Bukan kerana lagu dangdut "Gara2 Sebotol Minuman" tapi Gara2:








1. Pengumuman Muhyidin dapat membentuk kerajaan & surat restu drp istana pukul 3 pagi.

2. Kenyataan Hj Hadi sudah cukop jumlah.

3. Kenyataan media PN mendapat 73 kerusi dan penipuan mendapat sokongan drp UMNO dan GPS.

🤣🤣🤣

Penyokong bersorak gumbira akhirnya kuciwa melampau menjadi aggressif tahap jurassic. Semua kesalahan & kelemahan pemimpin mereka di halakan kpd UMNO, DAP, PMX & Kerajaan.



BILA BEKAS BUDAK MURTAD BERCAKAP

 Arif Jamil




Bila bekas budak murtad mula nak bercakap pasal kotak, abam rasa dia sebenarnya tgh menelan pahitnya realiti bila Tun sendiri buka kapsul masa yg ditanam selama 30 tahun namun isinya cuma macam barang pejabat perbandaran contohnya kad jemputan, brosur promosi, pen kristal dan pamplet lusuh.


Kononnya ia Kapsul Masa Wawasan tapi tak lebih dari kapsul nostalgia kosong. 


Kapsul yg sepatutnya menyimpan roh zaman, cita-cita negara, ramalan teknologi, karya seni dan blueprint Wawasan 2020 akhirnya cuma tinggal memo promosi KL Tower. 


Satu kapsul… kosong jiwa.

Itu bukan warisan. Itu simbol kegagalan. 


Kapsul tu tak simpan impian rakyat tapi hanya mempamerkan apa yang pernah Tun agung-agungkan dan kini terbukti tidak sampai ke destinasi.


Jadi jgn hairan kenapa bekas budak murtad ni tetiba bising pasal kotak. 


Dia tengah jem. Tengah kecewa. Tengah terpukul dgn kenyataan bahawa kapsul yang ditanam oleh “ayahanda negarawan ulung” dia dulu rupanya hanya goodie bag besi brg² pejabat. 


PMX tak perlukan kotak untuk buktikan nilai dia.

Yang dia perlukan ialah kekuatan dasar dan tindakan nyata.


Dan sekarang, kes Presiden kamu dah mula dibicarakan.


Silap hari bulan, parti bunga pun ikut layu dan gugur sekali.


Kalau nak kotak sangat pergi cari Ezam.

Yang tu baru tokey kotak.



INIKAH POLITIK MURAHAN


 

MENGHANTUI KEHIDUPAN SILAM.

 

Hukum Karma?





Rakan saya, Zaidan (bukan nama sebenar), terkenal dengan kenakalannya semasa zaman muda. 


Walaupun rupa parasnya biasa-biasa sahaja, dia dianugerahkan satu kelebihan yang jarang dimiliki iaitu “gift of the gab” – petah berbicara dan pandai memujuk.


Saya sering bergurau dengannya,

“Zaidan, kau ni kalau memujuk, burung atas pokok pun sanggup turun ke tangan kau.”


Zaidan bijak memikat hati wanita. 


Sasaran utamanya bukan gadis muda, tetapi wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an, yang menurutnya, lebih mudah didekati kerana kebanyakan mereka perlukan sokongan emosi.


“Perempuan yang ada masalah emosi lebih mudah didekati. Saya cuma bantu ringankan beban mereka, seperti bayarkan bil mereka atau bantu repair kerosakan kecil di rumah mereka,” katanya kepada saya satu ketika dulu, dengan nada serius yang mencuit hati.


"Semasa sedang membantu mereka, di situlah saya cucuk jarum kerana suami mereka selalu tak endahkan mereka dan jarang berada di rumah" sambung Zaidan membuka rahsia. 


“Saya cuma bantu ringankan beban emosi mereka. Tak lebih" Zaidan tersengih. 


"Apabila mereka sudah percaya, apa-apa permintaan nafsu saya akan mereka tunaikan" ujar Zaidan tersenyum.  


“Gadis muda susah sikit, Tuan Haji. Diorang banyak demand,” katanya selamba.


Saya selalu menasihatinya,

“Taubatlah, Zaidan. Hidup ini tak selamanya, jangan tunggu sampai terlambat.”


Namun jawapannya selalu sama,

“Itulah, Tuan Haji. Banyak kali saya nak berubah, tapi hasutan syaitan terlalu kuat. Saya selalu kalah.”


Tapi masa berlalu, dan Zaidan berubah. Bukan kerana kesedaran agama semata-mata, tapi kerana ketakutan yang menghantuinya setiap kali melihat anak perempuannya yang semakin membesar.


Dia langsung tidak percaya anak gadis berumur 15 tahun boleh keluar rumah bersendirian.


“Aku takut lelaki macam aku dulu akan buat benda yang sama pada anak aku" kata Zaidan khuatir. 


Bayangan silam menghantui dirinya. Setiap kali anaknya keluar sama ada untuk aktiviti sekolah atau sekadar beriadah bersama kawan, Zaidan akan mengekori dari jauh, seperti pengintip tak bernama. 


Zaidan jadi sangat risau. Terlampau risau.


“Anak aku dah remaja. Aku tahu macam mana lelaki fikir, sebab aku dulu macam tu,” dia luah pada saya.


Dia tak percaya anak gadis umur 15 tahun boleh jaga diri sendiri. Setiap kali anak keluar rumah, Zaidan akan ikut dari jauh, macam bayang-bayang.


Trauma? Ya, tapi bukan trauma kerana orang lain. Trauma pada dosa sendiri. Bayangan siapa dirinya dulu, kini menghantui dirinya sebagai seorang ayah.


Apabila anak perempuannya mencecah usia 18 tahun, dia dipinang oleh anak jiran sebelah dan akhirnya berkahwin.


Pada hari walimah, Zaidan mendekati saya dan berbisik,

“Lega betul rasanya. Macam bongkah batu besar tercabut dari kepala. Nasib baik aku tak kena hukum karma.”


Saya tersenyum, tapi jauh di sudut hati, saya tahu kerisauan Zaidan sebenarnya lahir dari rasa bersalah yang tidak pernah padam.


Moralnya…


Apabila direnung kembali, kerisauan Zaidan bukanlah kerana dia percaya benar pada ‘karma’, tetapi kerana jiwanya masih terpenjara oleh dosa-dosa lalu.


Hakikatnya, dalam Islam, tiada konsep karma seperti yang dipercayai dalam kepercayaan lain. 


Dosa seseorang tidak akan ditanggung oleh orang lain, melainkan oleh dirinya sendiri, seperti yang ditegaskan dalam Al Quran: 


Firman Allah dalam Surah Fathir (35:18):


“Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain…”


Dan dalam Surah Fussilat (41:46):


“Barang siapa yang berbuat kebaikan maka itu untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang berbuat kejahatan, maka itu (akibatnya) atas dirinya sendiri.”


Wallahua’lam.


Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: 


* gambar google album Wings



JEPUN BAKAL BERHADAPAN MASAALAH PENURUNAN BILANGAN PENDUDUK


Nazri Hamdan 


Jepun sekali lagi catat penurunan penduduk yang luar biasa — kali ni paling teruk dalam sejarah moden negara tu. Untuk tahun ke-14 berturut-turut, bilangan rakyat Jepun terus merosot, dengan hampir 900,000 orang penduduk tempatan ‘hilang’ dari statistik. Bukan sikit tu! Ini bukan kali pertama Jepun berdepan isu ni, tapi kali ni penurunan tu dah sampai tahap luar jangka.


Antara punca utama? Kadar kelahiran yang makin rendah, orang muda lambat kahwin, kos sara hidup tinggi, dan budaya kerja yang ‘tak mesra keluarga’. Ramai yang pilih untuk hidup solo atau tak nak anak sebab tekanan hidup terlalu kuat. Dalam masa yang sama, warga emas makin ramai, jadi kadar kematian pun automatik naik. Bila dah dua-dua arah menyusut, makin cepatlah jumlah penduduk jatuh.


Kesan dia bukan main-main — ekonomi boleh perlahan, bil tenaga kerja makin kurang, pencen dan sistem kesihatan makin terbeban. Bandar-bandar luar Tokyo pun dah banyak jadi sunyi sepi sebab tak cukup orang tinggal. Kerajaan Jepun sekarang tengah pening kepala nak cari cara bagi galakkan orang ada anak dan dalam masa sama terpaksa fikir pasal buka lebih banyak peluang untuk tenaga asing masuk.


Kalau trend ni berterusan, Jepun mungkin jadi negara maju pertama yang ekonomi dan populasinya menyusut serentak.



LAWATAN PRESIDEN CHINA DSRI 15-17 APRIL. KUASA BESAR CHINA SEDANG MELAWAN US.

 


PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA. MENGKRITIK TAK APA BUKAN MEMFITNAH DAN MENGHINA.


 

DIA MEMANG MENGKHIANATI KAWAN LAWAN