Woiii...woiiii...nok g mano tuh....?
Ahmad Shahril
Otw nak g bantu mangsa banjir ganu sambil ops mencari anok buoh ilang dengar kato di Auckland leni...takpo kawe g cari ni.
TUN MAHATHIR DAN PERSARAAN PENUH KEPEDIHAN
Minggu lalu Tun Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi
Pejuang dan seterusnya bersara sepenuhnya daripada dunia politik.
Berbeza dengan pengumuman bersara kali pertama dulu yang penuh emosi, teriakan dan tangisan, persaraan kali ini hanya dilakukan dalam diam saja.
Tiada sidang media, tiada tangisan dan tiada air mata, malah pemakluman bersara itu hanya dihebahkan oleh bekas calon Pejuang iaitu Lan Lando, seorang aktivis seni yang barangkali tidak pernah pun berlakon sebagai hero dalam drama atau filem.
Persaraan Tun Mahathir itu kemudian disahkan oleh Mukhriz Mahathir selaku Presiden Pejuang melalui kenyataan media yang menyanjung jasa serta sumbangan bekas Perdana Menteri itu selama ini.
Bersara sepenuhnya Tun Mahathir ini tidak dinafikan adalah penuh dengan kesedihan dan kepedihan.
Walaupun cemerlang sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir sebaliknya bersara dengan kegagalan yang menyakitkan.
Kegagalan terbesar, walaupun beberapa kali cuba menghalang kemaraan politik Anwar Ibrahim, termasuk memecatnya pada 1998 dan sengaja memungkiri janji peralihan kuasa selepas kemenangan PH pada 2018, Tun Mahathir akhirnya bersara di ketika bekas sahabat dan musuh politiknya itu gagah berdiri sebagai Perdana Menteri yang disanjung dunia.
Lebih malang lagi, di ketika PH yang dipimpin oleh Anwar berjaya memenangi paling banyak kerusi pada PRU15 lalu, Pejuang pula kalah semua kerusi yang ditandinginya.
Sudah tentu yang terburuk sekali, semua calon Pejuang, termasuk Tun Mahathir sendiri hilang wang pertaruhan mereka.
Dipedihkan dengan semua kekalahan, walaupun melalui jalan berliku, kerusi Perdana Menteri tetap jatuh kepada Anwar jua akhirnya.
Makna kata, bersama kejayaan Anwar menjadi Perdana Menteri itu seumpama ada sesuatu hukuman turut ditimpakan kepada Tun Mahathir.
Agaknya, kalau Pejuang sekadar kalah dan hilang deposit pilihanraya tetapi bukan Anwar yang jadi Perdana Menteri, kesediaan dan kepedihan Tun Mahathir tidaklah begitu menusuk-nusuk jantung kalbunya.
Kini dengan bersara sepenuhnya dan tidak mungkin mampu kembali aktif lagi sebagaimana selepas bersara pada 2003 dahulu, hari-hari mendatang Tun Mahathir pastinya akan terus sepi dan sunyi.
Menonton berita tv pun barangkali cuba dielakkannya kerana jika terpandang wajah Anwar ketika ini, bertambah lagilah luluh hatinya.
Dengan persaraan Tun Mahathir, Pejuang kini dipimpin oleh anaknya Mukhriz yang tentunya memerlukan keluarbiasaan dirinya untuk menghidupkan kembali parti itu.
Diperbualkan sejak minggu lalu lagi dan sekarang disahkan oleh Khairuddin Abu Hassan, Mukhriz dikatakan telah melontarkan cadangan agar Pejuang bernaung di bawah PH sebagai pilihan untuk memastikan parti itu terus bernyawa.
Bernaung di bawah PH itu adalah sama seperti apa yang parti Muda yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Diberitakan, Mukhriz sedar jika Pejuang bergerak sendirian, nasibnya tidak akan ke mana-mana dan bakal hilang deposit sekali jika bertanding dalam pilihanraya akan datang.
Dengan itu, pilihannya sama ada menyertai PH atau PN dan dalam hal ini, Mukhriz dikatakan lebih condong memilih PH kerana melihat masa depan gabungan itu lebih cerah dalam konteks politik Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.
Difahamkan lagi, Mukhriz juga dikatakan sebolehnya mahu penyertaan Pejuang ke dalam PH dilakukan sebelum PRN beberapa negeri tahun depan dengan harapan mereka diberikan kerusi untuk bertanding sama.
Berikutan tidak setuju dengan cadangan Mukhriz itu, selain Khairuddin telah meletak jawatan jawatan dan berundur daripada Pejuang, difahamkan beberapa pemimpinnya yang lain akan juga berbuat demikian sedikit masa lagi.
Apakah akhirnya nasib Pejuang dalam politik Malaysia dan bolehkah ia diterima oleh PH?
Sama ada Pejuang diterima untuk bekerjasama dengan PH atau tidak, kedua-dua keadaan itu adalah satu lagi kesedihan dan kepedihan buat Tun Mahathir dalam menanti hari-hari kehidupannya di dunia ini berakhir.
Jika Pejuang diterima untuk bersama PH, ia bermakna parti yang diasas dan ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri akhirnya terpaksa tunduk dan akur untuk berasa bawah kawalan serta kekuasan Anwar.
Kalau tidak diterima pula, ini bererti Pejuang akan berdepan laluan yang gelap dan mungkin akan terkubur begitu saja.
Apabila Pejuang terkubur dan karier politik Mukhriz berakhir, inilah yang sebenarnya paling dan paling menyedihkan Tun Mahathir. – ShahbudinHusin 21/12/2022.
HILANG DARI RADAR KA...
IBRAHIM MAT ISA
Kalau air banjir datang dan menenggelamkan bumbung rumah rakyat, kau tak payah eksyen la e-paper ke, iPad ke, kepala tengkorak teknologi apa pun air sapu habis lah.
Jangan berlagak dan bersuara sombong kerana pusingan dunia macam roda, takdir alam akan selalu memicu jadual kehidupan setiap makhluk Tuhan dalam sedar dan tidak.
Dalam penderitaan rakyat yang terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan diri, keluarga serta mereka kehilangan harta benda, pembesar negeri 8-0 bersenang santai melancong ke luar negara. Enak ya?
Begitu juga negeri 14-0, bila pembesar cuma mengandalkan air naik cuma bah biasa, separas dada itik pada anggapannya barangkali, sebaliknya dalam realiti tembok tebatan banjir pun mampu diterjah air dan menjunam ke penempatan warga. Yang sedihnya ada warga yang jadi mangsa lemas.
Oh Tuhan!
Sewajarnya pemimpin mesti bertindak awal iaitu sepanjang tahun bila tiada musibah banjir sewajarnya kenderaan pengorek sudah mendalamkan aliran sungai yang tersekat, aktiviti pembalakan yang merosakkan ekosistem diperhalusi semula. Mana yang menggondolkan hutan dan bukit dihentikan terus.
Rakus! Manusia adalah haiwan yang mempunyai otak tapi tidak berakal. Bushit dah!
JANGAN BIKIN HANYA UNTUK ASAL BOLEH.
Semalam aku menonton video di medsoc Kak Lah MP Pas, ceritanya air menerobos tembok tebatan banjir melimpah dan masuk ke perjiranan warga. Jadi aku yakin projek tebatan itu tidak dibina sesuai dengan asakan perubahan iklim yang semakin memburuk.
Pemimpin yang berakal akan menimbang pelbagai sudut supaya projek yang dibuat berguna untuk puluhan tahun buat menyelamatkan dari bencana. Bukan asal boleh!
𝘽𝙖𝙣𝙟𝙞𝙧 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙪𝙨 - 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝘼𝙢𝙖𝙧
𝘽𝙖𝙣𝙟𝙞𝙧 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙪𝙨 - 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝘼𝙢𝙖𝙧
🄰🄳🄸🄻🄰 🅂🄷🄰🅁🄸🄽🄽🄸 🅆🄰🄷🄸🄳
KOTA BHARU - Banjir di Kelantan melibatkan daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas ketika ini disifatkan sebagai belum berada pada tahap serius.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, banjir tersebut adalah bah biasa akibat hujan.
"Banjir ketika ini baru peringkat awal akibat hujan. Apabila hujan berhenti, banjir akan surut.
"Banjir yang betul-betul serius apabila air datang dari hulu yang dipanggil hujan hulu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.
Beliau berkata, bagaimanapun penugasan banjir dilaksanakan seperti biasa membabitkan usaha menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh anggota keselamatan.
"Barangan makanan kepada mangsa banjir sudah tersedia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain persiapan menyelamat seperti bot juga bergerak apabila banjir,” katanya.
Menurut Mohd Amar, bantuan kewangan kepada mangsa pula akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana banjir ini di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pada Rabu, Kelantan merekodkan serami 2014 mangsa banjir daripada 634 keluarga yang dipindahkan ke tujuh PPS di dua daerah tersebut.
ANWAR BAKAL JADI PM TERKAYA DI DUNIA
Razman sudah - RM5 juta
Sanusi sudah - RM10 juta
Muhyiddin pun sudah - RM15 juta
Siapa yang nak kena 20 juta pula fitnah la DSAI
Patutlah beliau rela bekerja tanpa gaji, kalau menang semua saman tu, jadi PM tanpa gaji 10 tahun pun ok. Ana syokong laaaaaa 😁
MASA JADI KERAJAAN MULUT PENUH SAGON
"Harga minyak masak RM26 tu promosi 'purchase with
purchase' (PWP) la. Adoi... Bukan turun harga pun." Eh memanglah. Tapi
kena ingat. Pasaraya tu boleh offer harga RM26 sebab harga dah turun jadi RM29.
Kalau harga minyak masak RM39, maunya ke dia turun jadi RM26?
Takde la kan? Paling habis pun jadi RM36. Banyak lagi beza tu. Soalnya
sekarang, minyak masa hari ni jauuuh lebih murah berbanding waktu Mahiaddin
jadi PM dulu.
Itu belum sebulan tu. Tapi walaun dan chai bunge biasa la masih
mintak yang bukan-bukan. Sebab masa PN dalam kerajaan mulut penuh sagun. Nak
cakap hidup susah pun tak boleh takut nanti sagun menyembur dari mulut.
Bila dah jadi pembangkang, bekalan sagun dah habis, barulah dia
boleh bercakap. Tu yang bukan bukan mintaknya tu. Guane boh?
JANGAN KATA APA- LENA SAJA PANDAI
Tolong jangan troll pakcik kat tengah yang tengah tidur tu.
Kesianlah kat dia. Dia dapat insomnia tu semenjak 24/11. Tak boleh nak tidur
malam. Ada la tu yang dia fikirkan tiap malam tu. Kesiaaannn dia. Guane boh?
.
WALAU DIFITNAH MACAM MACAM- BELIAU TERUS MEMBANTU. MELAYU BANYAK YANG DIA BANTU- HARAP WALAUN...MMMMM
Walaun Pas bole la fitnah cina yang jujur ni... xla macam pemimpin Pas kat Perak tu, nak bagi derma kena kembangkan duit kertas macam kipas pastu suruh walaun bodo rakam foto...
KOH KOH KOH... jilaker!!
Masa kempen PRU Kak Nur dan keluarga kena usir dari rumah sewa
mereka. Ketika itu saya aturkan rumah baru buat mereka.
Tengah kempen tu, saya hanya mampu bagi bantuan kecemasan supaya
ada bumbung atas kepala. Kalau buat lebih-lebih nanti jadi benda fitnah. Saya
janji kat Kak Nur saya akan datang lepas PRU.
Hari ini saya pergi kedai beli katil, sofa, meja makan dan kipas
siling untuk Kak Nur. Nak bagi satu kejutan kepada keluarga mereka di rumah
baru kat Desa Wawasan. Dia ada bagi tau anaknya Irfan kena tidur atas lantai
sebab tilam dulu semua rosak dek banjir masa PRU.
Saya cari sofa dan katil yang baik sikit nak bagi keluarga
mereka hidup selesa. Dah lama mereka tak merasa kesenangan. Total beli perabot
lebih kurang RM5,000.
Kak Nur terkejut bila perabot dihantar ke rumah. Dia kata duduk
atas sofa tu terasa macam orang kaya pula.
Kak Nur sangka takkan dapat jumpa Steven lagi lepas DS Anwar Ibrahim
jadi PM. Saya
bagitau dia, perjuangan kita baru mula. Bukan saja untuk DS Anwar ataupun diri
saya, tapi perjuangan keluarga mereka baru bermula.
Hari tu Kak Nur kata nak start buat gerai makanan, jadi saya
dapatkan lot penjaja di Alma Jaya. Barang-barang niaga saya belikan, modal
permulaan saya kasi. Total RM3,000.
Hari ini saja, Kak Nur dah untung RM500 jual nasi lemak berlauk
kat sana. Dulu suami Kak Nur, Abang Li ambil upah potong rumput mungkin dapat
sebulan lebih kurang RM500-800 saja. Syukur.
Hangpa kalau ada masa, mai lah cuba nasi lemak berlauk kat gerai
Kak Nur di lot penjaja Alma Jaya, Jalan Rodzhan Bukit Mertajam. Saya guarantee
sedap punya.
Waktu operasi 1pm-7pm
Lokasi: gerai 13 ( https://maps.app.goo.gl/5UoM67qaaMsr1Hqd8
)
Saya gembira Kak Nur, Abang Li dan Irfan kini tak perlu hidup
dalam ketakutan entah bila akan kena halau dari rumah.
Tapi Steven hanya dapat bantu takat ini, perjuangan seterusnya
bergantung kepada Kak Nur sekeluarga.
Kita doakan semoga segalanya dipermudahkan buat keluarga ini