KAH..KAH..KAH..UPSEREY NAPETEY...KESIAN HANGPA ORANG KEDAH...PENANG NEGERI INDUSTRI PENDAPATAN ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA ...CINA DAP TAK. BERLAGAK MACAM MENTERII HANGPA...APA RAAAA..


 

HAAAH. TU DIA ..WALAUN NAIK GEREK JA..


 

POLIS CADANG KK MART, PEMBEKAL STOKING DIDAKWA PERTUDUHAN JENAYAH

 


Polis telah melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking dengan tulisan “Allah” di sebuah cawangan KK Mart di Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain, pegawai telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan sedang menunggu arahan seterusnya.

Bercakap pada sidang media pagi ini, Mohd Shuhaily berkata polis mencadangkan kedua-dua KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah berhubung insiden itu.

“Kedua-duanya. KK Mart dan kilang,” kata Shuhaily ketika ditanya jika pertuduhan akan dikenakan terhadap KK Mart mahupun kilang di Johor yang membekal stoking tersebut.

Polis telah merakam keterangan 174 individu bagi melengkapkan siasatan.

Menurut Shuhaily, antaranya adalah kakitangan KK Mart, daripada pekerja di ibu pejabat, pembantu di cawangan serta pemandu lori.

“Kita perhalusi proses perolehan, ada kawalan mutu (atau tidak). Siasatan berasaskan proses dan fakta, kemudian kita ajukan kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Shuhaily berkata ketika siasatan, polis mendapati 14 pasang stoking yang memaparkan kalimah Allah, yang dipulangkan cawangan KK Mart kepada pembekal.

Ditanya jika ada banyak lagi stoking itu di luar sana, dia berkata tiada petanda seumpama itu setakat ini.

Pada masa sama, Shuhaily berkata mana-mana individu yang sudah membeli stoking tersebut perlu menyerahkannnya kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya syor jangan guna. Walau dia bukan beragama Islam, jika dipakai (boleh) menimbulkan lagi amarah umat Islam.

“Siapa yang sudah terbeli, elok serahkan kepada polis dan beritahu (beli di) kedai mana.

“Kalau ada yang terbeli di kedai lain, tolong datang buat laporan. Jangan tangkap gambar dan tularkan (di media sosial). Ia sangat tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan ‘Allah’ dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway, dan tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

 


22.03.2024 - MADANI TERKINI | TEKAD DIRI, JAGA KAMPUNG MASING-MASING


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberitahu di Dewan Rakyat bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Shamsul berkata, siasatan akan tetap diteruskan bagi menyiasat dan mendakwa pihak terbabit khususnya yang mengedar dan menjual produk itu walaupun permohonan maaf sudah dibuat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), 16 Mac lalu.





PERSEPSI JAHAT DAN KOTOR DICIPTA DI SEBALIK ISU STOKING


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberitahu di Dewan Rakyat bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Shamsul berkata, siasatan akan tetap diteruskan bagi menyiasat dan mendakwa pihak terbabit khususnya yang mengedar dan menjual produk itu walaupun permohonan maaf sudah dibuat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), 16 Mac lalu.





ACAH ACAH TERSAKITI


 Lebai acah2 tersakiti... 🤣🤣


Kat bawah ni video live daripada Bekas Bendahari Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Fakhrulrazi




Betul ke PASTI ni lubuk SUMBER PENDAPATAN PEMUDA PAS? 🤭🤭


ADUN JABI merangkap EXCO TERENGGANU PN PAS mengaku pun akhirnya.Harap batal teruslah parti pemecah-belah ummat ni. Patutlah menggelupur sangat apabila kerajaan MADANI PH BN pimpinan PMX mula ambil tindakan ke atas TADIKA PASTI,SEK REN SRITI dan SEK MEN SMITI.Anda lihat dengar sendiri video pengakuan Ustaz Fakhrulrazi https://twitter.com/Missmeow7777/status/1770753122526220583/video/2 


Anda jangan cari penyakit hantar anak2 kecil kamu ke mana2 TADIKA PASTI milik PAS.Hantar saja ke TADIKA KEMAS kerajaan atau TADIKA ABIM yg menjaga kebajikan GURU2 dan MURID2 tadika.



[parlimen] WAN SAIPOL FITNAH LAGI! MP GUA MUSANG NAFIKAN TUDUHAN KAKI FI...


Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) menafikan dakwaan yang dibuat oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) atas alasan ia adalah fitnah yang dibuat untuk mencemarkan nama baiknya. “Saya mengetahui perkara ini hanya selepas beliau membuat kenyataan tersebut kerana ketika itu saya di luar Parlimen, menghadiri sesi taklimat. Dakwaannya mengejutkan saya dan ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menjemput atau memanggilnya berjumpa Perdana Menteri. “Saya masih ingat saya jumpa beliau dan seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kafe di Kuala Lumpur tahun ini. “Dia beritahu saya bahawa dia ditemui oleh seseorang untuk memperoleh sokongan buat Perdana Menteri dan saya menunjukkan butiran dan perjanjian yang akan saya peroleh dengan menyokong Perdana Menteri. “Saya memberitahunya saya mendapat peruntukan sama seperti MP lain di dalam kerajaan perpaduan. “Untuk saya, kenyataannya tidak berasas dan bertujuan memfitnah saya. Jika benar, dia boleh kemukakan bukti seperti rakaman suara atau saksi yang menyokong dakwaannya,” katanya, lapor NST. Azizi berkata beliau akan berbincang berkenaan dengan Speaker Dewan Rakyat sebelum mengambil langkah seterusnya ke atas Wan Saiful. Hari ini Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mendakwa bahawa dua orang ahli parlimen cuba mempengaruhinya, termasuk ucapannya agar menyokong kerajaan perpaduan. Beliau turut menamakan ahli-ahli parlimen berkenaan – Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang). Tawaran-tawaran ini dibuat oleh Gua Musang dan dua individu yang dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Jan. Sumber Video/Berita 1. YT Parlimen Malaysia



TANGKAP DAN SEBAT


Gino Marvela. 


 Lahir tahun 97, 98, tahun 2002 2005, mula nak petik 13 Mei keris terbang, parang terbang kunun jgn sampai berulang. Siap nak cari Agong, nak cari Anwar...


Pabenda la budak2 nih. PDRM kutip ja budak2 mcm nih, kasi sebat ja belakang badan sekoq2.


Tahun lepas dlm sesi jelajah, kami jumpa dgn ramai warga emas yg masih hidup sejak 13 Mei 1969. Di masa ketika itu, ramai bangsa cina serahkan anak dan bayi ke org Melayu utk di jaga. 


Ada yg berpesan, jika apa2 berlaku kpd diri (mangsa keluarga cina), jagalah anak2 itu dgn baik. Bukan tu saja, ketika pemberontakan itu berlaku...bangsa Melayu kita pun cuba berlindung di kawasan kediaman bangsa cina yg baik2. 


Ingat PDRM, YDPA, ATM & Kerajaan Malaysia nak duduk diam biarkan saja benda ini berlaku ?


Ini budak2 yg baru nak hidup tak kira dia cina ka, melayu ka...india ka...kalau buat masalah ja, tangkap ja. Bagi rotan ja belakang dia, biar tahu cara hidup bermasyarakat. 


Isu stokin itu dah di ambil tindakan ikut perundangan, malah kedai yg terlibat pun dah di tutup. PDRM pun rasanya dah serahkan kertas siasatan ke peguam negara utk tindakan keras seterusnya.


Bagi kami, isu kalimah Allah pd stokin ini mmg biadap & salah. Tapi perlu siasat juga, mengapa stokin import China itu hanya terdapat beberapa helai saja di 2 lokasi di Johor sedangkan KK mart ini ada lebih 800 cawangan seluruh negara. Ini juga kepelikan bagi kami.


Dan kerajaan sedang & sudah ambil tindakan tegas dlm hal ini.


Cuma satu ja yg kami nak tanya...


Isu kalimah Allah pd stokin bagai langit nak runtuh. Ni kalimah nama Allah & Muhammad yg di cop dan tampal pada capal serta replika besar di gantung di dinding2 madrasah tu pula bagai mana ?


Bukankah nama Allah & Muhammad itu puak kamu sendiri perkotak katilkan letak pada capal dan replika capal? Takkan bab ini kamu senyap membisu & buta tiba2 ?



BERAPA DOLLAR KAMU ADA.



 Sinopesis hidup. Yassin Salleh


Ringgit turun, berapa USD kita 

milik?

Harga getah naik, berapa hektar kebun kita?

Pelaburan bertambah, tiada satu pun babitkan company kita?

Berkali-kali kakitangan awam 

diberi bonos

kita bukan saja pencen, tapi tak pernah 

kerja makan gaji.

Ayahibu telah pergi

mereka tak sempat beli saham

Yang ditinggal pesaka politik pandir

Yang kita dapat hanya isi Padu

itu pun terlekat lekat

Apapun kita masih 

makan beras puteh import

tanpa bawang yang 

masih dalam kajian.


Wagsa Melawati.

22/3/24



GANU KITE- JOM LIHAT PENDAPATAN


 Tengok Terengganu yang kononnya MB dia hebat bakal jadi PM tu….




NI BUKAN DI PENANG. PENANG BUAT UMAH BAGI RAKYAT DIA DUDUK. SEWA BAYAQ.. LAMA LAMA JADI HAK MILIK..

 Nasrun Amir


Saya merayu bagi pihak tuan rumah. Ibu tunggal anak 12 seorang sudah meninggal. Sekarang tinggal di rumah bersaiz 10x10. Tempat tidur dan tempat memasak pun di situ. Kg Machang Manis, Jelor.

Bantu lah.




WAN JI BEBAS

 

Tulis syarah, pengenalan kepada kita hadis



Sementara itu, graduan pengajian hadis daripada Pakistan serta al-hafiz itu mendedahkan dia berjaya menghabiskan 30 buah buku dalam penjara


Selain membaca, dia juga, katanya, menulis dua buah buku agama iaitu  syarah terhadap 80 hadis Sahih al-Bukhari serta pengenalan Sunan al-Tarmizi dan istilah-istilah.


Selain itu, katanya, dia juga menulis kisah kerinduan Nabi Yaakub dan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf serta sebaliknya dan novel cinta bertajuk Cinta di medan Kashmir. 


“Kisah percintaan yang terhalang ekoran gerakan Isis, tetapi berjaya disatukan semula kerana antikeganasan. 


Bagaimanapun katanya, buku yang ditulis tangan sehingga bab 72 itu dirampas warden penjara.


Dia juga berkata akan menceritakan pengalaman lanjut dalam penjara dalam acara khas selepas itu.


Bagaimanapun, secara ringkas dia berkata berjaya memujuk seorang banduan daripada membunuh diri serta menyaksikan pengislaman seorang banduan.



LAMA DAH TAK SELESAI...NOH MB KAMI BEST


 

SIAPA KATA GURU PASTI KERJA SUKARELA. MEREKA TERPAKSA. PIMPINAN MEREKA YANG KATA SUKARELA.


 

SANUSI SEMBANG DERAS- AYAQ PUN TAK DAK


 

DARI TAHUN LEPAS SAMPAI TAHUN NI TAK DAK LAGI KA AYAQ..


 

JOM DENGAR APADIA


 

INSENTIF RAYA NEGERI SELANGOR


 

ANTARA PESERTA LADANG RAKYAT DAN GURU PASTI, SIAPA SEBENARNYA SUKARELAWAN?





Che Ibrahim


Peserta Ladang Rakyat dan Guru Pasti adalah antara jentera utama Pas dalam gerakkerja pilihanraya dan kerja kerja politik Pas. Kedua duanya dibayar sejumlah elaun bulanan oleh parti atau agen parti.


Adapun Peserta Ladang Rakyat adalah "sukarelawan" Pas kerana walaupun mereka dibayar elaun tetap bulanan atas nama "Dividen Ladang Rakyat" (padahal bukan dividen pun hak sebenarnya), namun mereka tidak ada " kontrak pekerjaaan". Mereka tidak ada senarai tugas, tidak ada waktu kerja dan tidak terikat dengan apa apa terma dan syarat perkhidmatan.


Manakala Guru Pasti, mereka tertakluk kepada waktu bekerja harian, senarai tugas rasmi, terikat dengan terma dan syarat perkhidmatan, maka mereka bukan sukarelawan, tapi seorang "PEKERJA" yang tertakluk kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) dan Perintah Gaji Minimum 2022.


Maknanya mereka berhak menikmati gaji minimum rm1500 sebulan, waktu kerja tidak  lebih Dari 45 jam seminggu (jika lebih kena bayar elaun kerja lebih masa), cuti bersalin bergaji penuh 60 hari setahun dll kemudahan cuti rehat Dan cuti sakit. Selain itu mereka wajib dibuat caruman KWSP dan diberi perlindungan insuran pekerjaan di bawah PERKESO. 


Berilah hak kepada yang berhak kerana itulah yang Islam ajar. Soal dah lebih 40 tahun mereka tidak diberi hak mereka bukan satu alasan untuk berterusan selama lamanya menafikan hak mereka. Islam tidak ajar lagu tu.



PENTINGNYA CARUMAN PERKESO DAN SEUMPAMANYA.

 


Pentingnya caruman PERKESO 








Pertamanya saya ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana membangkitkan isu ini.


Tiada tujuan lain, melainkan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan caruman Perkeso. 


Sekitar Disember 2022, selepas Anwar Ibrahim menjadi PM, berlaku banjir di Kelantan. 


Banjir ini membawa berita sedih apabila 3 orang adik-beradik meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. 


Syazwani seorang guru Pasti AnNur

Sakinah seorang guru Tadika al-Munir

dan Noor Fathiah (tiada maklumat pekerjaan)


Dalam tiga orang mangsa ini, seorang telah mencarum Perkeso. Beliau ialah Sakinah yang bekerja dengan Tadika al-Munir.


Tadika al-Munir adalah Tadika swasta yang mematuhi semua peraturan yang perlu.


Manakala Pasti an-Nur pula berdaftar dibawah parti Pas dan tidak mematuhi peraturan kerajaan. 


Syukur majikan Sakinah mencarum Perkeso.


Hasilnya ibu bapa Sakinah mendapat pencen penakat dengan bayaran RM332.50 seumur hidup ibu bapanya.


Adik lelaki  Sakinah yang pada masa kejadian berumur 19 tahun, akan menerima sehingga umur 21 tahun.


Ibu bapa Sakinah turut menerima bantuan pengurusan jenazah RM1000.


Manakala Syazwani yang bekerja dengan Pasti tidak mendapat apa-apa bantuan dari Perkeso kerana majikan majikannya tidak mencarum Perkeso walaupun carumannya amat rendah sekali.


Mungkin ahli Pas ada menyumbang derma, tapi pastinya tidak dapat menyumbang sehingga akhir hayat keluarganya.


Mari kita doakan supaya ketiga-tiga Allahyarham diampunkan dan diredhai Allah S.W.T. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



HAIIIIIYA..INI MACIAM TAK BOLEH MAJU.

 

MACAM MANA BOLEH MAJU KALAU MACAM INI...



            Zunar Cartoonist Fan Club






NUSI. KALAU BERITA PALESU BAIK JAWAB..TULAR BERITA BETOI KA DAK ? KALAU TAK BETOI FITNAH . BAIK TERANG BAGI ELOK. KONON PELESIT LA SETAN LA APA KA NAMA....


                               368,888


MB NUSI TULAR DALLAM FB KONON HANG BELI KETA BARU? BETOI KA..KAMI NAK TANYA SAJA. BUKAN FITNAH NAA...JAWAB MAI SAT.



TAK PATUT


Che Ibrahim


 Satu ancaman kepada agama @ kata kata yang tak patut keluar Dari seorang Muslim, tapi kalau kamu bersikap keras, mengecam dan membencinya... Bukan mustahil ianya berlaku sengoti




NAH BUAT KONTEN PASAL INSUR myAN. SEKALI DR ZUL JAWAB. TERUS HILANG. GAK GUNA BETOI.

 Siraj Fahmi


Ha hambik kau buat lagi marketing yang bukan-bukan. Nak hide nama pun tak guna dah sebab viral teruk sampai official akaun KKM pun contact dah tu.



Cerita entah betul entah tidak. Dah 2024 ni cukup-cukup la buat marketing merapu. Harap jadi pengajaran untuk semua konsultan takaful.


Screenshot penuh dekat komen


to the name as per mention... IQA apa ntahh...

read this idiyettt....

do not put your hand on hot pan. habaq je la hospital mana yg rx (treatment) sampai tunggu 1/7 tu... 

nak bgtau naa... Surgeon 9am - 5pm. sometimes o/s for certain cases or attend meeting, course etc.

kena faham kenapa kena "dilewatkan" utk rawatan. Adakala, MO nk clarified wht da best treatment shud given. Bukan onspot u involved wt minor mva, and req for fully 100% of examine. 

Haluuu... red zone is priority. If u in Green or Yellow, u need to WAIT. u r not in TRAUMATIC type.




KISAH 2 BERADIK YANG MENINGGAL

 


Semalam saya kongsikan sebuah kisah dua orang adik-beradik yang meninggal.


Keduanya guru, satu cikgu tadika swasta, satu lagi guru Tadika pasti.


Yang swasta dapat manfaat, yang Pasti tak dapat.


Perkeso ni..insurans kerajaan yang murah dibawah kuasa kerajaan untuk semua pekerja.


Alhamdulillah Kerajaan Madani bersetuju untuk carumkan Perkeso kepada semua pemandu teksi dan bas sekolah.


Kebanyakan mereka adalah kerja sendiri dan kurang peka kepada keperluan Perkeso. 


Tapi mereka juga yang sering terdedah kepada kecelakaan jalan raya.


Langkah Kerajaan Madani ini benar-benar menunjukkan sikap menyayangi pekerja dan menghargai mereka.


Kerajaan Madani boleh, PAS pasti boleh.


𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗧𝗘𝗞𝗦𝗜, 𝗕𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢 𝗠𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡


📌 23 November 2023 - Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim


📌 23 Februari 2024 - Kerajaan menanggung sepenuhnya caruman Perkeso kepada 35 ribu pemandu teksi dan 18 ribu pemandu bas sekolah bermula bulan depan. 


✅ 90% caruman dibiayai Kementerian Kewangan


✅ 10% ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan 


✅ Hanya 3 bulan sahaja masa diambil untuk kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak dengan menjaga kepentingan dan kebajikan pemandu teksi.


⚠️ Sebelum ini Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin berkata mereka mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjaga kebajikan pemandu teksi setelah sekian lama tidak diendahkan sejak pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. 


🌐 InshaAllah, pelbagai usaha akan dilakukan dalam memastikan rakyat terbanyak dijaga, dibela dengan sebaik baiknya.


Muhammad Fairul Al Qasas 

No=

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



LORI TERBALIK PUN SAMUN JUGA.

 


Dengarnya ada lori bawa gula tergolek. Dengarnya lagi orang ramai 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝘀𝘂 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗴𝘂𝗹𝗮 yang jatuh bertaburan atas jalan tu.


Itu sama dengan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗿𝗶 ya. Amat malang bila ada yang ambil kesempatan atas tragedi. Sanggup pula anggap itu 𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝗷𝗮𝗸.


Namun, demikianlah Melayu. Marah dengan bak Kut teh sebab ada babi. Padahal makanan tu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 pun untuk kau makan.


Tapi bila ada benda macam ni, berebut ambil. Takkan tak sedar hukumnya? Babi memang haram. Makanan curi pun 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗷𝘂𝗴𝗮 hukumnya.


Malahan, hina lagi makan makanan curi dari makan babi. Setidaknya ketika 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁, dibolehkan makan babi tapi makan curi, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺.


Sebab tu aku kata, orang Melayu tak makan babi lebih kepada 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸. Bukan sebab hukum sangat pun.


Kalau sebab hukum, bukan babi je tak makan. Barang curi, rasuah, termasuk juga 𝗵𝗮𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 pun dia tak akan sentuh. Contohnya belanja duit yang sepatutnya dibayar kepada pekerja sebagai 𝗴𝗮𝗷𝗶. Itu pun 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 hukumnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BANYAK DUIT TU. KONTRAK 1 BILLION


 

ISU PASTI- HANG NAK MOHONG SAPA. JOM DENGAR ULASAN NI.


 

DAH JELAS DALAM DEWAN..PEMBANGGANG BUAT HAL LAGI..TAK KAN TAK FAHAM


 

LAGI KETERANGAN KES PASTI

 




Ada yang bertanya kepada saya kenapa pihak kerajaan ambil tindakan siasat Pasti dll?


Kerajaan ada dendam ke dengan Pasti?


Atau ini agenda DAP?


Kebetulan Menteri Sumber Manusia ialah YB Steven Sim Chee Keong 沈志强  dari parti DAP.


Saya pandang dia...saya tanya..kau tahu hari tu Afrika Selatan saman Israel kat mahkamah ICJ?


Dia jawab...ada dengar...macam mana ya kes tu?


Saya jawab..ok lah tahu...rasanya satu dunia tahu  yang Israel serang dan zalimi Gaza. Hancurkan bumi mereka dan buat pembunuhan besar-besaran.


Kezaliman Israel dilaporkan pelbagai media dunia...tapi tiada tindakan dari badan dunia seperti UN.


Nak kena pihak lain pulak bawakan isu, kumpul bukti, buat dakwaan, bawak hujah.


Tapi akhirnya keputusan tu tidak cukup bermakna pun.


Sama juga macam kes Pasti. Semua pun tahu Pasti ni kerja dengan gaji bawah gaji minimum, tak carum KWSP dan Perkeso. 


Cuma yang baru tahu ialah mereka ni sukarelawan. 


Jadi sekitar tahun 2020/2021 ada guru-guru Pasti yang mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK). JTK pun siasat dan kemudian putuskan Pasti tu kena bayar RM20 ribu kepada guru tersebut. Ini tahun 2022.


Tapi pihak Pasti bawak kes ni ke mahkamah tinggi. Ada isu teknikal berkaitan pemilikan Pasti, maka mahkamah pulak putuskan untuk membatalkan keputusan JTK atau mahkamah buruh. Ini tahun 2023.


Adakah keputusan itu muktamad? Tidak, boleh lawan lagi. Menurut guru Pasti yang lawan tu, mereka dah habis RM10 ribu untuk bawa kes ni, mereka dah tak ada dana, tapi ada bukti baru.


JTK suruh fail balik kes baru dan bawa bukti baru. Jadi tahun 2024, benda pun dah tahu berkenaan tindakan Pasti dll, laporan ke JTK pun dah ada, kenapa nak biar je guru-guru yang kekurangan dana tu lawan Pasti sorang-sorang?


Kerajaan kan ada. Kerajaan kan ada kuasa siasat. Dan siasatan Kerajaan akan lebih menyeluruh terhadap semua Pasti. Bukan nanti Pasti Ibnu Malik kena denda, Pasti lain releks je.


Jadi tindakan KSM ni, setelah dibincangkan diperingkat kabinet adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah secara holistik.


Ala..kan sekolah KPM sendiri banyak masalah.  Kelas macam tin sardin. Padat. Selesai lah masalah tu.


Hal KPM, memang KPM akan selesaikan. Mereka lagi banyak peraturan dan KPi yang perlu dicapai.


Hal Pasti dll adalah  soal kebajikan pekerja. Sebab itu yang siasat bukan KPM, tapi KSM.


Kronologi pun jelas. Ada aduan, ada siasatan, ada keputusan dan ada kes mahkamah. 


Ala ni mesti nak buat sekatan pada Pas, nak susahkan Pas. Lawan gentel lah bro.


Kalau boleh guna kuasa nak lawan Pas, baik haramkan Pas, tak bagi guna nama Islam pada Pas...bukan tak pernah cuba, Mahathir pernah cuba, tapi MRR tak sokong masa tu.


Yang penting sebenarnya ialah sangka baik. Baru hati tenang. Biar kerajaan jalankan tanggungjawab dia.


KSM nak bantu bela pekerja. Bubuh lah nama sukarelawan ke apa ke

 Tapi iklan jawatan kosong membuktikan sebaliknya.


Insya-Allah yang terbela nanti adalah guru-guru Pasti jugak. Kesian kat guru Pasti, komitmen pada kerja tinggi, tapi tak dihargai sewajarnya. 


Dah kenapa beria nak pertahankan gaji tak bermaruah kepada guru yang banyak berjasa?


Fikir-fikirkan. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



JANGAN DOK BUAT QAMAI

 

Harakatdaily


Pemilik MyKampungFreshMart akui hairan jumpa sepasang stokin di Kedai KKMart. 


“Lagi menghairankan apabila saya ada kedai tapi saya pergi kedai orang lain,” ujarnya kehairanan.




TU DIAAA AIHHB... MB HANGPA BUAT APA?

 

Ahmad Khailani


Sebuah syarikat yang dulu canang akan bina plant bernilai RM3 billion di Kedah Rubber City, sekarang nilai saham hanya SETENGAH sen. Tapi tanah di KRC dah dijual kepada mereka.





Sebuah syarikat yang canang nak bina Widad Langkasuka bernilai RM40 billion, sekarang nilai saham hanya 9.5 sen. Bank mana yang berani bagi pinjam?


Sebuah syarikat yang canang akan bina Kulim Airport hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta, dan syarikat ini dikehendaki membayar RM2.5 bilion atau 125 peratus daripada anggaran kos pengambilan tanah bagi projek KXP.


Towards Grayer Kedah...



DIA JUGA ADA SAHAM ZAMAN 98.

 Tertonton Sidang Parlimen

MSO


Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin (Larut) tidak senang dan yakin dengan amalan dan pendekatan Anwar Ibrahim; sekiranya mahu ke depan (maju) kita perlu bersifat pemaaf. 


Hamzah seperti berbulu dengan sifat Anwar yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail di parlimen sekejap tadi.


Semasa menggulung satu perbahasan mengenai perfilmen Saifuddin menarik perhatian dewan mengenai suatu sifat mulia yang ada pada Anwar yang mengamalkan sifat memaafkan. Sifat itu menjadi pegangan Anwar sekiranya ingin maju ke depan. 


Apa diceritakan Saifuddin itu adalah chemestynya dengan Anwar.


Kata Saifuddin, dia sering diberi tahu dan diingatkan oleh Anwar jika ingin maju kita hendaklah bersifat pemaaf.


Wakil Larut itu bangun mempertikaikan apa dinyatakan Saifuddin tentang perdana menteri itu dengan menegaskan apa yang perlu dilihat bukan kata-kata, tetapi tindakan. Bagi Hamzah apa diceritakan Saifuddin mengenai Anwar bohong.


Ulasan Hamzah itu menyebabkan Saifuddin tersindir lantas membela perdana menteri itu dengan membangkitkan soal peruntukan untuk ahli parlimen. 


Saifuddin membuat dugaan kalau tidak adil itu mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, semasa pihak sebelah sini menjadi pembangkang dahulu peruntukan untuk mereka juga dinafikan.


"Masa Pagon (Mahiaddin) dahulu kami tidak perolehi apa-apa peruntukan, cuma setelah Bera (Ismail Sabri) baru dapat," kata Saifuddin mengingatkan Hamzah yang kemudian terdiam dengan pengembalian paku buah keras itu. 


Ternampak ketika nama wakil Pagon disebut, Mahiaddin bangun untuk mengatakan sesuatu tetapi duduk kembali apabila masa diperuntukan kepada Saifuddin menggulung sudah habis.


Kesimpulannya, pihak pembangkang nampak tidak percaya dan menerima kebaikan dan sifat pemaaf yang ada kepada Anwar seperti diceritakan Saifuddin, sebalik tetap menganggapkan itu semua sebagai hipokrasi semata. Trims.