Tertonton Sidang Parlimen
MSO
Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin (Larut) tidak senang dan yakin dengan amalan dan pendekatan Anwar Ibrahim; sekiranya mahu ke depan (maju) kita perlu bersifat pemaaf.
Hamzah seperti berbulu dengan sifat Anwar yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail di parlimen sekejap tadi.
Semasa menggulung satu perbahasan mengenai perfilmen Saifuddin menarik perhatian dewan mengenai suatu sifat mulia yang ada pada Anwar yang mengamalkan sifat memaafkan. Sifat itu menjadi pegangan Anwar sekiranya ingin maju ke depan.
Apa diceritakan Saifuddin itu adalah chemestynya dengan Anwar.
Kata Saifuddin, dia sering diberi tahu dan diingatkan oleh Anwar jika ingin maju kita hendaklah bersifat pemaaf.
Wakil Larut itu bangun mempertikaikan apa dinyatakan Saifuddin tentang perdana menteri itu dengan menegaskan apa yang perlu dilihat bukan kata-kata, tetapi tindakan. Bagi Hamzah apa diceritakan Saifuddin mengenai Anwar bohong.
Ulasan Hamzah itu menyebabkan Saifuddin tersindir lantas membela perdana menteri itu dengan membangkitkan soal peruntukan untuk ahli parlimen.
Saifuddin membuat dugaan kalau tidak adil itu mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, semasa pihak sebelah sini menjadi pembangkang dahulu peruntukan untuk mereka juga dinafikan.
"Masa Pagon (Mahiaddin) dahulu kami tidak perolehi apa-apa peruntukan, cuma setelah Bera (Ismail Sabri) baru dapat," kata Saifuddin mengingatkan Hamzah yang kemudian terdiam dengan pengembalian paku buah keras itu.
Ternampak ketika nama wakil Pagon disebut, Mahiaddin bangun untuk mengatakan sesuatu tetapi duduk kembali apabila masa diperuntukan kepada Saifuddin menggulung sudah habis.
Kesimpulannya, pihak pembangkang nampak tidak percaya dan menerima kebaikan dan sifat pemaaf yang ada kepada Anwar seperti diceritakan Saifuddin, sebalik tetap menganggapkan itu semua sebagai hipokrasi semata. Trims.