ANTARA PESERTA LADANG RAKYAT DAN GURU PASTI, SIAPA SEBENARNYA SUKARELAWAN?





Che Ibrahim


Peserta Ladang Rakyat dan Guru Pasti adalah antara jentera utama Pas dalam gerakkerja pilihanraya dan kerja kerja politik Pas. Kedua duanya dibayar sejumlah elaun bulanan oleh parti atau agen parti.


Adapun Peserta Ladang Rakyat adalah "sukarelawan" Pas kerana walaupun mereka dibayar elaun tetap bulanan atas nama "Dividen Ladang Rakyat" (padahal bukan dividen pun hak sebenarnya), namun mereka tidak ada " kontrak pekerjaaan". Mereka tidak ada senarai tugas, tidak ada waktu kerja dan tidak terikat dengan apa apa terma dan syarat perkhidmatan.


Manakala Guru Pasti, mereka tertakluk kepada waktu bekerja harian, senarai tugas rasmi, terikat dengan terma dan syarat perkhidmatan, maka mereka bukan sukarelawan, tapi seorang "PEKERJA" yang tertakluk kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) dan Perintah Gaji Minimum 2022.


Maknanya mereka berhak menikmati gaji minimum rm1500 sebulan, waktu kerja tidak  lebih Dari 45 jam seminggu (jika lebih kena bayar elaun kerja lebih masa), cuti bersalin bergaji penuh 60 hari setahun dll kemudahan cuti rehat Dan cuti sakit. Selain itu mereka wajib dibuat caruman KWSP dan diberi perlindungan insuran pekerjaan di bawah PERKESO. 


Berilah hak kepada yang berhak kerana itulah yang Islam ajar. Soal dah lebih 40 tahun mereka tidak diberi hak mereka bukan satu alasan untuk berterusan selama lamanya menafikan hak mereka. Islam tidak ajar lagu tu.



No comments: