PENTINGNYA CARUMAN PERKESO DAN SEUMPAMANYA.

 


Pentingnya caruman PERKESO 








Pertamanya saya ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana membangkitkan isu ini.


Tiada tujuan lain, melainkan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan caruman Perkeso. 


Sekitar Disember 2022, selepas Anwar Ibrahim menjadi PM, berlaku banjir di Kelantan. 


Banjir ini membawa berita sedih apabila 3 orang adik-beradik meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. 


Syazwani seorang guru Pasti AnNur

Sakinah seorang guru Tadika al-Munir

dan Noor Fathiah (tiada maklumat pekerjaan)


Dalam tiga orang mangsa ini, seorang telah mencarum Perkeso. Beliau ialah Sakinah yang bekerja dengan Tadika al-Munir.


Tadika al-Munir adalah Tadika swasta yang mematuhi semua peraturan yang perlu.


Manakala Pasti an-Nur pula berdaftar dibawah parti Pas dan tidak mematuhi peraturan kerajaan. 


Syukur majikan Sakinah mencarum Perkeso.


Hasilnya ibu bapa Sakinah mendapat pencen penakat dengan bayaran RM332.50 seumur hidup ibu bapanya.


Adik lelaki  Sakinah yang pada masa kejadian berumur 19 tahun, akan menerima sehingga umur 21 tahun.


Ibu bapa Sakinah turut menerima bantuan pengurusan jenazah RM1000.


Manakala Syazwani yang bekerja dengan Pasti tidak mendapat apa-apa bantuan dari Perkeso kerana majikan majikannya tidak mencarum Perkeso walaupun carumannya amat rendah sekali.


Mungkin ahli Pas ada menyumbang derma, tapi pastinya tidak dapat menyumbang sehingga akhir hayat keluarganya.


Mari kita doakan supaya ketiga-tiga Allahyarham diampunkan dan diredhai Allah S.W.T. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



No comments: