BENCANA PUN JADI BAHAN POLITIK. NAK BUAT MACAMANA....DAH TOK LEBAI AJAR GITU.





Bila berpolitik melangkaui batas kemanusiaan. Banjir yang merupakan satu bencana pun dijadikan bahan cercaan politik. Sampai tergamak beri reaction gelak pada berita berkenaan bencana ini.


Kalau tengok komen, ada pula yang gunakan berita ini untuk menyindir sebab banjir ini berlaku di Selangor. Tanpa sedar di Kelantan sendiri pun jumlah mangsa banjir meningkat dengan mendadak.


Tak kiralah berlaku di Selangor atau di Kelantan, atau di mana-mana negeri sekali pun, mangsanya adalah rakyat. Bukan ahli politkk. Berhenti jadikan bencana sebagai bahan politik. Terutama sekali yang memakai topeng Islam tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II



USTAZ BADUT DAN KOMEDI

 

Asyraff Jeffry


Sekadar renungan.

.


Bila pempengaruh buat modul pickup line dalam Sekolah,ramai yang marah (termasuk saya), tetapi kurang pula yang tegur bila Ustaz-Ustaz buat lawak double meaning di Masjid.

Taknak percaya takpa. Sekurang-kurangnya kita ikhtiar. Saya tak kata tahun depan tapi tanda-tanda sudah ada,lol.



BARANG IMPORT KENA CUKAI ..ISSHHHH. JOM BACA FAKTA SIAPA PERKENALKAN DULU YA.

 



Adoi la... Barang import bernilai rendah pulak kena cukai ni. Apa Kerajaan Madani ni? Nak cukai rakyat je kerjanya ni? Tak tau ke rakyat tengah susah?


Tapi nanti kejap. Cukai barang import bernilai rendah (LVG) ni sebenarnya diluluskan tahun 2022 lagi dalam Belanjawan 2023. Masa tu PN dalam kerajaan.


Masa diumumkan dulu, berdedai MP PAS menyokong. Harakah pun keluarkan beberapa artikel mengatakan cukai ini bagus tak dan sebabkan inflasi.


Kalau tahun 2022 cukai ini dikatakan bagus, takkan la 2023 tiba-tiba jadi tak bagus pulak? Sedang ekonomi kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas.


Jadi walaun tak perlu meroyan. Ini bukan cukai dari Madani. Ini cukai yang dicipta masa PN masih dalam kerajaan. Masa tu tidur ke? Atau masa tu otak ada kat workshop tengah ken modified? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MEMALUKAN UMMAT ISLAM


 

KEH..KEH...FORMULA CETAK DUIT KEPALA BAPAK HANG


 

PENAKUT RUPANYA


 

UMMMMPHH...TAK LEH PAKAI



 

BERSATU HANYA MAHU KUASA TANPA KISAHKAN RAKYAT



Menarik aku baca interview oleh Utusan bersama MP Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz. Banyak yang didedahkannya tentang kepincangan dalam Bersatu.


Antara yang menarik perhatian aku ialah sikap sambil lewa pemimpin Bersatu dalam soal membawa suara rakyat. Syed Abu Hussin kecewa kerana isu yang dia bawa tidak diketengahkan.


Mahiaddin juga katanya cuba mungkiri janji apabila mahu meletakkan Idris Ahmad sebagai calon di Bukit Gantang padahal sudah berjanji semua MP Bersatu yang menang akan dikekalkan.


Tak salah telahan aku,  PN sengaja enggan berunding dengan kerajaan kerana nak tunjuk pada rakyat konon kerajaan zalim. Mereka tak peduli pun kesukaran yang bakal dihadapi oleh rakyat.


Bagus baca sendiri. Boleh tahu banyak kepincangan dalam Bersatu. https://tinyurl.com/yck2s9nz. Besar kemungkinan PAS bakal menjanda semula tak lama lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ISTERI YANG BAIK TEMPATNYA DI SYURGA, INSYA-ALLAH








Rafizi Ramli


Jenazah allahyarhamah Nik Roslini Nik Mansor, isteri kepada Che Zam Hamzah selamat dikebumikan hari Jumaat lalu.


Che Zam adalah salah seorang aktivis reformasi & pimpinan awal KEADILAN di Wilayah Persekutuan sejak 1998. Beliau tidak pernah berhajat utk memegang jawatan politik & akan serta merta menolak jika diminta bertanding dalam pilihanraya. Namun beliau tidak pernah lekang dalam semua gerak kerja utama gerakan reformasi dan parti.


Bila saya gerakkan kempen INVOKE utk PRU14 & Ayuh Malaysia utk PRU15, beliau adalah salah seorang tulang belakang utama. Maka bila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi, saya memujuknya membantu saya sebagai Setiausaha Politik.


Che Zam & allahyarhamah isterinya menjalani latihan kerjaya sebagai akauntan bertauliah. Mereka mempunyai firma khidmat profesional sendiri sejak sekian lama yang diuruskan bersama.


Sebab itu Che Zam berkemampuan utk menyumbang seberapa banyak yg mungkin utk parti tanpa ganjaran, kerana isterinya yg mengambil alih beban menguruskan firma. Che Zam ada kelapangan utk bergerak ke seluruh negara selama lebih 20 tahun kami dalam gerakan reformasi kerana allahyarhamah Nik Roslini berada di Kuala Lumpur menguruskan perkara lain.


Bagi setiap lelaki yg ada sumbangan khidmat kepada masyarakat, ada isterinya yg tidak didendang yg memikul beban kerana tuntutan masa ke atas suaminya. Isteri inilah yang menenangkan, yg menyembunyikan masalah dari suami untuk dipikul sendiri, yang mempermudahkan segala-galanya.


Sementara seluruh keluarga besar KEADILAN berduka dgn pemergian allahyarhamah, saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan semuanya untuk arwah.


Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar Subuh hari Jumaat. Jenazahnya disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan jemaah yang besar. Dikebumikan selepas solat Jumaat dalam rintik-rintik hujan yg tenang & tidak panas terik.


Allahyarhamah memudahkan urusan orang lain semasa beliau hidup, terus memudahkan urusan yg masih hidup dalam pemergian sebagai hamba Allah.


Bertenanglah Che Zam & keluarga. Berdukalah. Dan bergembiralah kerana allahyarhamah adalah seorang isteri yang sangat baik.


Dan tempat seorang isteri yang sangat baik ialah di syurga, Insya-Allah!



KADANG DIKENALI SEBAB TAK PANDAI

 


YB Viral ni betul-betul viral ke eh? Ramai je yang tak kenal dia lagi. Viral amenda macam tu. Viral lagi si Iqbal tu kalau nak kira. YB Viral ni nak tunggang nama Rafizi untuk jadi terkenal je sebenarnya.


Pernah la ada orang tag aku kat video dia. Aku tengok, nak habiskan video tak berapa minit tu pun payah gila rasanya. Sebab kosong. Dia kata kerajaan gagal, tapi tak beri fakta gagal tang mana.


Contoh kita kata Mahiaddin dan PN gagal, ada sebab yang kita senaraikan. Ekonomi merudum, inflasi naik, pengangguran tinggi, harga barang keperluan asas melambung, ramai bunuh diri.


Banyak lagi nak senaraikan. Tapi dia ni, setakat ulang perkataan gagal je. Dah la bahasa tunggang langgang. Siksa aku nak habiskan tonton tapi aku habiskan juga sebab nak tengok dia bagi fakta tak.


Jadi sebab tu la dia takut nak berdepan dengan  Rafizi. Bila dah ketakutan, itu yang debat jadi podcast pun dia buat alasan. Apa beza sangat pun? Yang penting hadir dan nyatakan hujah. Tak berani, kan?


Memanglah tak berani. Sebab dia tak ada hujah. Dia setakat sembang kosong je. Dengan Dayangku Intan dan walaun lain boleh la dia sembang. Tapi nak jumpa Rafizi, memang ketar lutut la.


Walaun patut malu. Ye la sebab yang walaun lambung lambungkan tu rupanya penakut. Spesis Raja Petra gak ni. Cerita hebat, tapi nak balik Malaysia tak berani. Memang walaun suka yang jenis penakut eh?


Ye la. Mahiaddin, Hamzah dan Hadi pun takut nak ke sidang parlimen kalau DS Anwar ada. Memang walaun spesis yang memuja penakut. Nak buat macamana. Dah begitu DNA mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PATUT APA PUN TAK JADI....LEMAH MATEMATIK


 

CUBA DENGAR APA PEDUKANG NI KATA. KALAU YA PUN HANG NI TAK TAU NAK BEZA RATUS DENGAN PULUH RIBU. AKU INGAT BAIK HANG JANGAN CAKAP BANYAK. ORANG TAU HANG BODO LAGI MALU..MESTI TAK SEKOLAH TINGGI.



 

KENAPA RAMAI KAWAN-KAWAN KITA MENINGGAL DUNIA…


Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, antara kekerapan yang selalu hadir dalam hidup saya ialah mendapat berita mengenai kawan-kawan yang tiba-tiba ditimpa kesakitan dan sesetengahnya meninggal dunia.


Di waktu yang sama, sentiasa pula disampaikan perkhabaran daripada kampung halaman tentang saudara-mara atau kawan sebaya semasa kecil dan zaman remaja dahulu yang juga ditimpa perkara yang sama.


Mana-mana yang berkesempatan atau saya ada kelapangan, seboleh mungkin saya memang cuba menziarahi mereka yang ditimpa kesakitan atau kematian itu.


Kenapa ramai kawan-kawan sebaya kita yang ditimpa sakit dan meninggal dunia sekarang ini?


Mengapa sepuluh atau lima belas tahun dahulu, perkara ini tidak kerap berlaku?


Soalan yang sama baru-baru ini ditanyakan kepada saya oleh salah seorang ahli keluarga saya.


Sebenarnya apabila ramai kawan-kawan kita ditimpa kesakitan, terbaring di katil hospital atau neninggal dunia, ia adalah suatu peringatan yang baik kepada kita.


Ia secara langsung mengingatkan bahawa sebagaimana kebanyakan kawan-kawan atau saudara mara kita yang sakit dan meninggal dunia itu disebabkan kerana sudah tua, ia dengan sendirinya menandakan kita pun bukan lagi muda.


Sebab itu, ketika sepuluh atau lima belas tahun sebelum ini, jarang-jarang sekali perkhabaran tentang kawan sakit dan meninggal dunia singgah ke telinga kita.


Kita sendiri pun ketika itu turut masih segar, aktif dan tiada apa-apa penyakit.


Kita bernasib baik masih mendapat khabar mengenai kawan-kawan yang sakit dan meninggal dunia kerana Tuhan masih memanjangkan usia kita.


Jika kita terlebih dahulu yang sakit atau meninggal dunia, pastilah ketika ini kawan-kawan kita yang diberi khabar mengenai keadaan kita.


Begitu pun, suatu hari nanti yang entah bila waktujya, kawan-kawan dan saudara mara kita yang masih bernafas pasti akan diberi khabar sama ada mengenai kesakitan atau kematian kita sebagaimana kita diberikan berita mengenai mereka.


Begitulah lumrah kehidupan dan putaram alam yang sudah ditentukan Tuhan.


Masing-masing menerima ketentuan yang berbeza dalam kehidupan dan segalanya tersimpan sebagai rahsia Yang Maha Esa.


Apa pun, hanya dengan kematian kita akan dapat bertemu dengan Tuhan.- ShahbudinHusin 17/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/17/kenapa-ramai-kawan-kawan-kita-meninggal-dunia.html




Kalau wartawan pun tak faham, walaun lagi tak faham!!!!.





Che Ibrahim


Seksyen 498 KK dibatalkan kerana ketidakadilan undang undang, ada yang tidak betul atau tak kena dalam undang undang tersebut apabila hanya pihak lelaki yang dianggap bersalah apabila berlaku isu goda menggoda, sedangkan pihak perempuan dianggap "suci", tidak bersalah wpun perbuatan tersebut berlaku suka sama suka.


Pemansuhan undang undang ini bukan bermakna perbuatan goda menggoda antara isteri orang dan suami orang dibolehkan, namun oleh kerana undang undang ini "bias jantina", berat sebelah di mana hanya lelaki yang boleh dituduh menggoda, manakala wanita "kebal" @ tidak boleh dituduh, maka undang undang tersebut wajar dibatalkan.


Adapun jika perbuatan goda menggoda tersebut perlu dijenayahkan, peruntukkan yang sedia ada dalam enakmen jenayah syariah tidak memadai untuk mencegah kelakuan ini, Kerajaan boleh menggubal satu akta baru berkaitan gangguan seksual dan goda menggoda ini.



SAMA JUGA MACAM TADI....YANG NI PUN HANGPA NAK LANTIK PERINTAH MALAYSIA ?





 Kita Merdeka tahun 1957. Kemudian Malaysia ditubuh pada 1963. Sekarang dah lebih 66 tahun merdeka dan 60 tahun tahun Malaysia dibentuk, baru keluar cerita nak tetapkan cuma Melayu jadi PM. Kenapa?


Adakah semasa rundingan kemerdekaan dahulu, para pemimpin kita, yang hampir kesemuanya Melayu, tak terfikir nak letak perkara ini? Takkanlah pemimpin kita masa tu tak tersedar langsung. Atau apa?


Sebenarnya isu ini tak pernah berbangkit pun selama ini. Cuma sekarang saja. Dan sebabnya bukan kerana orang bukan Melayu mahu jadi PM. Tapi sebab adanya sebahagian Melayu yang hilang kuasa.


Fahamkan betul-betul. Bukan Melayu hilang kuasa tapi sebahagian kecil pemimpin Melayu hilang kuasa. Jadi mereka gunakan isu ini untuk tiupkan api kebencian bagi membolehkan mereka raih sokongan.


Bolehkah orang bukan Melayu jadi PM? Boleh, sebab tiada larangan perundangan. Tapi dapatkah itu terjadi? Mungkin, tapi bukan sekarang. Selama mana Melayu masih lagi majoriti, selagi itu susah untuk itu berlaku.


Paling utama, kuasa melantik PM adalah YDP Agong. Sudahkah hilang kepercayaan Wan Fayhsal terhadap DYMM YDP Agong hinggakan dia merasakan perlunya pindaan perlembagaan untuk perkara ini?


Jangan kita lupa, Kerajaan Perpaduan baru setahun ambil alih. Sebelum ini, PN dan PAS dalam kerajaan. Masa tu mereka tak sentuh langsung isu ini padahal mereka boleh saja buat kalau mahu.


Tapi tak. Sebab masa tu mereka ada kuasa, maka tak ingat isu yang sebegini. Hudud dan RUU355 pun lupa, apa lagi isu Melayu. Tapi sekarang baru nak berbunyi sebab nampak mereka boleh dapat laba politik kalau isu ini dimainkan. Itu hakikat sebenar.


Jadi rakyat yang cerdik tak usah terpengaruh dengan permainan isu serta hasutan kebencian dan prejudis kaum. Lebih baik kita tumpukan usaha untuk majukan diri dan negara. Itu lebih utama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MACAM NI NAK PERINTAH MALAYSIA..?





 Taki yang masih terkeliru. Dia ingat kerajaan ini masih dikuasai oleh PN dengan Mahiaddin masih lagi PM. Sebab itulah dia fikir MP PN yang sokong PMX akan dapat jawatan dalam kabinet.


Malangnya tidak. Sebab ini Kerajaan Perpaduan dan diterajui oleh PMX, DS Anwar Ibrahim. Kerajaan ini tak beli MP macam PN. Ini adalah bukti 5 MP Bersatu itu sokong PMX tanpa ganjaran.


Tapi sepatutnya kenyataan Taki ini memberikan isyarat jelas kepada rakyat kerajaan bagaimana yang nak PN tubuhkan jika diberi kuasa. Mereka menormalisasikan rasuah. Bolehkah kita rakyat harapkan kerajaan yang sebegitu? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PMX BERTEMU BEBERAPA PENGERUSI SYARIKAT GERGASI JEPUN













 Dalam lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan bersemuka dengan tiga syarikat utama Jepun yakni ROHM WAKO Co. Ltd, yang diketuai pengerusinya Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh naib presiden kanan Matsuki Toshiya dan Mitsui & Co oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Kenichi Hori.��Seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, saya maklumkan hadirin dan memberi jaminan bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia.


Usai, saya juga sempat menyertai persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Tokyo dimana kesempatan itu saya singgung walaupun kerajaan Madani hanya baru berusia setahun, ia stabil, dengan dasar yang sangat jelas untuk memacu pertumbuhan Malaysia.�

Saya juga menzahirkan penghargaan dan kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang disertai 25 syarikat pelbagai ruang lingkup perusahaan.


Terima kasih Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (JAMECA) Malaysia atas usaha mereka membantu mengatur mesyuarat dan sesi persidangan meja bulat hari ini yang memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan delegasi Malaysia.


Sayugia, lebih banyak pelaburan dijangka akan dibawa masuk lagi tahun hadapan dengan sokongan semua pihak terkait.


#MalaysiaMADANI



OWHHH .NGERIKU

 

Che Ibrahim


Apa nak jadi dengan negeri ku??

Malangnya mereka hanya asyik cari modal untuk hentam kerajaan pusat....









KENYATAAN MEDIA TERBUKA



1. Saya menyokong dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan Seksyen 498 Kanun Kesiksaan kerana wujudnya kepincangan dan ketidakadilan jantina dalam undang undang tersebut. Adalah tidak adil apabila hanya pihak lelaki sahaja yang boleh didakwa, manakala pihak wanita tidak tertakluk kepada undang undang tersebut dan tidak boleh didakwa atas kesalahan menggoda suami orang atau lelaki lain. 


2. Pembatalan undang undang ini bukan bermakna suami atau mana mana lelaki bebas menggoda isteri orang kerana masih lagi ada undang undang lain samada undang undang sivil atau syariah yang melarang perbuatan tersebut. Perbuatan menggoda isteri orang tetap haram dan dilarang dalam Islam dalam apa situasi sekalipun.


3. Bukan semua kesalahan moral atau kesalahan kekeluargaan perlu dijenayahkan atau diletak di bawah undang undang jenayah negara. Ada kesalahan wpun tidak dianggap jenayah di sudut undang undang jenayah negara, tetapi ianya dianggap jenayah di sudut enakmen jenayah syariah negeri. Kesalahan menggoda isteri orang adalah sebahagian dari kesalahan jenayah syariah. 


Che Ibrahim Mohamed

Bekas Hakim Mahkamah Syariah

Kota Bharu


17 Nov 2023



RAFIZI TAK PERLU LAYAN BUDAK ITU.

 



Ada beberapa komen menyebut untuk apa Rafizi nak layan YB Viral ni.


Sebenarnya betul, YB Viral ni tak signifikan pun. Sekali fikir macam buang masa layan manusia macam tu. Tapi kalau fikirkan semula, YB Viral dah serang Rafizi macam-macam. Tapi Rafizi tak pernah diberi peluang untuk bela diri.


Yang jadi masalah, walaun guna hujah tanpa fakta YB Viral ni dan sebarkan. Salah faham di kalangan rakyat jadi semakin meruncing. Suka tak suka, Rafizi mesti berikan penjelasan. Kalau dibiarkan, lebih ramai rakyat yang tertipu.


Persoalan berani atau tidak YB Viral nak berdebat atau join podcast dengan Rafizi bukan isu. Aku berani kata 90% dia takkan berani. Tapi itu pun sudah cukup untuk buktikan yang dia ni cuma sembang kosong, sebab tu takut nak bersemuka.


Jadi apa yang Rafizi buat ni bukanlah sia-sia dan tidak menjatuhkan tarafnya sebagai menteri. Ini sebaliknya mungkin jadi belati yang membunuh terus personaliti YB Viral ni dari media sosial. Sebab tu aku menyokong sepenuhnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEH..KEH..PEGUAM, BEKAS MENTERI UNDANG UNDANG DULU.....APA DIA BUAT...OTAK KEMETOT.

 

Bila kita berfikir orang lain sama macam kita yang amalkan Scheme Of Things…




MAKAN MALAM BERSAMA PIMPINAN ASEAN

 










Usai pertemuan rasmi, saya dan Azizah sempat hadir ke majlis makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.


Seraya turut diapit Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kesempatan makan malam itu juga digunakan untuk bertegur sapa dengan rakan pemimpin yang turut sama hadir ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.


Dititipkan doa agar hubungan kita, benua ASEAN dan Jepun terus utuh di masa hadapan.


#MalaysiaMADANI



PMX BERSAMA RAKAN SEJAWAT DI JEPUN. MEMETERAI PERJANJIAN.














 Saya berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida dalam lawatan kerja lima hari bermula hari ini.


Ini merupakan program pertama saya sempena lawatan kerja ke Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.


Melalui pertemuan ini juga, kami telah mengumumkan penaiktarafan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi; pertahanan dan keselamatan; sains, teknologi, inovasi dan persekitaran; dan pertukaran budaya.


Selain itu, kami turut membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, tenaga dan alam sekitar. 


Saya juga menggunakan kesempatan yang ada bagi menghargai sokongan dan solidariti Jepun bersama-sama Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel yang menuntut gencatan senjata segera.


Intiha, kami kemudiannya telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Pertukaran Nota bagi Pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan di bawah Program Bantuan Keselamatan Rasmi dan Memorandum Kerjasama dalam Pembangunan dan Aplikasi Angkasa.


Hari pertama lawatan kerja yang penuh bermakna. Adalah mustahak untuk Malaysia memastikan hubungan dengan Jepun terus maju dan menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI